Sunday, November 28, 2010

Home » , » Kek saya mendap

Kek saya mendap

Salam ceria hari minggu,

hari ni, kami sekeluarga tiada di rumah.. kami ke Lenggong kerana majlis perkahwinan 2 puteri. Jadi ini adalah n3 autopublish.. sekiranya sehingga ke malam, ibu masih tidak menjawab apa2 komen @ berkunjung ke blog kalian, bermakna kami memang lewat sampai ke rumah. Winking smile

Hari Jumaat, 26 Nov 2010.. dengan bahan yang limited.. (sian sebenornya anak2 xde kudap2). Ibu pun kumpul2 apa yang ada.. dan mulalah projek membuat kek, sambil anis & aliya dok usik sana sini. Depa lagi xcited nak buat kek… adehhh… terlepas gak suara ibu.. “aiipppp, jangan pegang ni… tengok jer” “ tak boleh main ni, ni ibu nak buat kek…. eehhhh”

susu pekat takde stok.. susu segar lagi lah dah lama en ayah tak beli… so ade yang ini jer…

IMG_9151

konon2 nak buat kek coklat lagi… tapi serbuk koko tak ade.. maka guna la stok milo yang hanya tinggal sikit.. 2 sudu jer…


IMG_9152
ni 20 minit sebelum cukup jam.. elok jer naiknya…

IMG_9153
hangus juga walaupun dah adjust tray... ni selepas dah sejuk sket… 15 minit juga dia bertapa dalam oven sebelum ibu keluorkan.. nampak tak kek ni mendap… uwaaa… Thinking smile

IMG_9154
bukan setakat dia mendap… bahkan menguncup.. Smile with tongue out  nampak tak kat tepi loyang tu renggang… apsal yer kek jadi kuncup camni? apa masalah yang tak kena ni….

IMG_9156
ibu cuba2 buat topping.. tapi tak begitu pekat… hehehhe… kena belajar lagi, buat bagi betul… nampak tak kek tu nampak cam bengkang jer… huhuuu…  Hot smile texture yang tak menarik… ni mungkin kesan daripada mendapan yang berlaku… Open-mouthed smile gamaknya susu sejat tak sesuai kot utk buat kek....??? 

yang terer buat kek... nadiah ke.. sila beri ulasan untuk improvement..


Walaupun kek ni mendap.. tapi anak2 layan tak hengat… segan juga nak balas piring jiran.. kebetulan maks & maktam datang rumah.. maka depa lah jadi tukang rasa & tukang perabis..

as usual, en ayah takde nyer nak puji ke apa… dok tanya  “apa nama kek ni?”

Ibu jawab “ kek tak cukup bahan yang mendap ”… Smile with tongue out dah sah2 awak tak gheti buat kek, nak salahkan bahan pulak… ekekkekkeeekk… Winking smile




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .