Seronok betul abang fikri ‘menumpang’ harijadi mat aliff.. alah apa salahnya kan, aliff kan sepupu fikri juge. Masa harijadi abang fikri yang ke-2 pada 27 Februari 2008 yang lalu, ibu dan ayah tak buat apa-apa majlis pun untuk abang. Ibu memang dah merancang nak ajak semua makcik-makcik dan pakcik-pakcik abang, serta sepupu-sepupu abang fikri. Tapi nak buat macammana, masa tu kan abang fikri demam. Jadi ibu ingat postphone kan dulu.. sudahnya ibu terlupa langsung.. hampir penghujung bulan Mar 2008 baru ibu ada masa nak buat barbeque kat rumah.. tapi ibu tak beli kek pun untuk abang fikri.
Walaupun ibu tak beli kek, tapi ingatan dan sayang ibu tetap ada untuk anak ibu ni. Jadi, dapat menumpang kek harijadi aliff pun okay jugak kan.. Mak Ngah (mak buyong), mak su Tikah dan acik marina pun ada nak raikan sama abang fikri.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!