Showing posts with label anak sedara. Show all posts
Showing posts with label anak sedara. Show all posts

Tuesday, November 29, 2011

Aksi anak-anak riang di majlis harijadi Adib



Salam bahagia,

Ni aktiviti keluarga masa 24 Nov 2011 yang lalu.. baru ni nak update.. majlis sempena meraikan harijadi Adib yang ke 3 tahun... happy


ni dia si besday boy nya. Adib Darwisi.. 



sebelum majlis bermula.. anak-anak riang tengok VCD Boboiboy dulu.. 



aksi ready nak berparty... hahah.. yer yer jer lah budak-budak nih

kakak Anis pun nak enterprem.. 


rerama kecik ni tutup mata pulak... heheh

antara hidangan : laksa (x nampak dalam gambar), pulut kuning dan rendang, sate ayam dan  daging, pizza dan juga kek.. memang sendat perut malam tu..

anak-anak riang yang tak sabor dah ...

kami tak biasa buat majlis.. lebih lagi ada main letup-letupkan kertas berterbangan nih... layan jer lah.. si makcik yang bawa DSLR tak sempat nak rakam momen nih.. kami yang guna kamera cikai ni jugak yang berjaya snap..



semua pun mood happy.. opah santan yang baju purple tu..

Adib yang tak de mood nak tiup lilin... jenuh mamanya pujuk..

tengok la sapa yang beriya-iya tiup lilin...

Lepas dah acara tiup lilin dan potong kek.. ibunya dah malas nak pegang kamera.. jadi masa time sibuk2 dok makan aka ibu melayan anak-anak 4 orang anak (termasuk Haris) makan, memang tak ada lah gambor nya.. macam-macam aksi depa nih..

Haris tak suka makan piza.. dia makan kek dan sate jer.. Anis pulak tak mau sate, nak piza dan kek ajer.. Fikri makan piza sampai 3 slice.. huhuu.. balas dendam tu.. dia dok merajuk ayah tak belikan piza, sekali dapat adap dia.. Aliya pun hanya makan kek & sate jer.. tak mau piza.. 


Si Adib dok sensorang di balik Langsir time abang kakak semua dok tengok Boboiboy..


Buat Adib.. selamat harijadi ke 3 sayang.. tahun depan Adib akan pergi sekolah di Kiwanis Bercham. Insya Allah, mak long doakan Adib cepat belajar dan berdikari bila dah pergi sekolah nanti.



salam kasih sayang,

.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, January 28, 2011

Rezeki semalam ;)

Salam bahagia,


Semalam Nadiah maklumkan pada ibu, yang ibu menang GA Aku Ibu Muda. Alhamdulillah, syukur sangat.. kiranya hari ni dalam sejarah la sebab 3 hari berturut-turut dapat berita gembira.  


Result penuh di SINI :





Ibu pilih blaus yang tengah tu.. belum pernah ade blause yang bersulam manik macam ni...  Terima kasih buat Wani..  


Kiranya sebahagian wishlist ibu untuk diri sendiri dah hampir tertunai.. pasni nak cari kasut pulak.. ade tak lagi GA yang bagi hadiah kasut @ sandal.. hari tu tak berTUAH untuk GA hezesuze.. tak salah kan cari hadiah free yang bergantung pada TUAH..


Semalam si baby Adib & makayahnya singgah ke rumah kami... tengok dah bulat dah baby ni.. ni lagi 2 hari nak cukup 40 hari..




Si Jasni (bapa nya si Adib ni aka adik ipar ibu) nak jumpa dengan en ayah. Ibu call en ayah, tapi en ayah cakap dia balik lambat, pukul 2.30 petang baru nak sampai rumah, sebab nak tunggu tokey kedai nak kutip duit santan. Ibu nak menjamu makan lunch pun memnag takde lauk nak masak, freezer memang kosong. (tu pasal selalu off freezer, bior jimat letrik)..

Si Jasni pun g godek2 lori dia.. tengok dalam peti ikan ade sekor lagi ikan pelotan.. besor juga.. ibu lupa nak snap gambor sebelum ibu siang. Adik ipar ibu ni meniaga ikan dan kelapa. 2-3 hari lepas dia tak meniaga sebab bot tak naik.. jadi ikan takdak la.. Ni pun jengah ke mari sebab antor kelapa ke kedai dekat area rumah makbonda.



ini le kari asam ibu.. refer resepi kat SINI


Alhamdulillah, ikan tu selamat ibu masak kari.. sebab ikan tu besor, jadi ibu masak sebahagian jer.. jadi semalam kami makan kari la.. Adib & makayah nya tak tunggu pun ibu selesai masak, pukul 2 depa dah ber'ansor' sebab ade urusan lain pulak. Maaf le kome, kali kakyong jamu air kosong jer.. bukan sengaja, tapi memang udoh tak mandang barang yang buleh dimasak.



dan sebelum menutup n3 ni.. nak tunjuk hadiah yang ibu dapat dari Ekin.. terima kasih Ekin... berebut anak2 nak kan pen ni... dah sampai hari Isnin tu.. cuma tak sempat nak snap sebab bateri kamera kong... kemarin dah adik tolong belikan bateri baru, tapi ibu yang lupa nak snap.







dan lastly... ni nak tanya ade tak kome yang ade tersalah trasnfer duit..dah 2 minggu ibu tak semak akaun MBB.. pagi tadi terasa nak semak.. sekali nampak ade fund transfer RM25...





Sebab kan dalam 2 minggu ni memang takde yang menempah apa2 design dengan ibu dan ibu pun takde caj yang seumpama dengan harga RM25 ni.. memang le orang kata RM25 tu sikit.. tapi kan kalo ibu pun tak tahu mana asal usul nya.. dah pasti lah bukan hak ibu kan..!! Kot le ade kome yang tersalah transfer duit ni sila la email ibu.. sebaiknya bagi sekali bukti yer @ resit yang diprintscreen.



p/s
Rezeki GA ke10 untuk Januari 2011.


salam kasih sayang,








kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, December 21, 2010

Bubur Asyura & cucu baru makbonda

Salam ceria,


Hari Ahad lepas kami mendapat berita, MakTeh Ani dah bersalin. Kali ni dapat anak lelaki juga… 4 la dah hero MakTeh Ani…


IMG_9542

Ini lah dia, Muhammad Adib Ammar, lahir pada jam 7 pagi 18 Dec 2010 bersamaan 12 Muharram 1432H, dengan berat 3.4 kg…. besor kamu ni Adib… Winking smile 

Masa kami sampai, si Adib tengah tidur tapi kejap jer lepas tu dia dah nangis… teghoyak kan main lagi… mujur la pitching tak tinggi macam Aidil.. sian, rupanya pagi tu deme ke spital lagi sebab semalam tu misi lupa nak bagi jab rubella… adehh, sian si Adib, dok teghoyak sebab tangan sakit ya… Sempat le ibu susu kan dia.. sebab susu ibunya tak berapa nak kuor lagi… Smile with tongue out  Geram plak ibu tengok dia cam tak puas nyusu jer… (apakah ini….????, teringin nak beranak kecik lagi kah…. Winking smile)

Masa ibu susukan Adib, Aliya tengok jer sambil buat muka tak approved, tapi takde la memberontak ke apa.. sebab kami jarang ke rumah MakTeh Ani. Anak2 ni bila jarang ke satu2 rumah tu, mula la buat sikap STONE. Dok diam, tak mau cakap.. main observe sekeliling jer.. lepas dah kenyang makan, deme ajok balik…


IMG_9548

Memang dok meroyan nak makan bubur Asyura.. dapat le jga merasa… makan sepuashati… Rolling on the floor laughing  takde la, 3 ketul jer ibu makan… manis.. tapi supaya tak rasa mengidam.. kalo ikut ati mau abis 1 pinggan ibu kojekan.. Bubur Asyura tu mak mertua Makteh Ani yang buat.. Makcik tu kata sebab kacau dalam kawah tu yang dia hitam, ditambah lagi bila boh buah pisang… ooohh, gitu…


IMG_9546

Chef in the making…. Open-mouthed smileThumbs up  dah buleh harap dah abang nasrul (10 tahun) ni. Tengah dok masak sotong salut tepung… sekor2 sotong tu dimasaknya…  tak susah lah MakTeh Ani sebab walaupun semua hero tapi dah boleh diharap buat koje rumah…


IMG_9547

Abang Muhammad yang pemalu.. siap lari lagi bila ibu nak snap foto dia… Tahun depan akan naik Form 1. Bagus la abang Muhammad tak payah masuk kelas peralihan (tahun 1-6 Muhammad ni sekolah cina).


IMG_9544

Si Akil Iman… gaya apa ni Iman..?! nak kata serban bukan serban. Insya Allah, bakal Al-Hafiz ni.. baru 3 tahun lebih (tua sikit dari Anis) tapi banyak dah pandai hafal surah2 lazim, (ibu ajor abang Fikri AlFatihah pun terkial abang fikri nak sebut.. huhuu) terang hati si Iman ni. Kalo Astro Aosis tu dia punya channel pilihan, jangan sapa kacau…


mamat fikri

Abang Muhammad ni sembang apa lah dengan Fikri… kalo berpesan yang baik-baik tak per… ibu suka…



Salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, December 17, 2010

berkongsi itu indah

Salam bahagia,

Ini foto yang sempat ibu snap, detik2 manis 2 orang sepupu ni berkongsi makan nasi lemak.



IMG_9311


hari sabtu 4 Dec yang lalu.. mak ila membuat kenduri kecilan untuk saudara mara terdekat di kampung Changkat Tin. Ibu dan 3 anak sempat juga ke sana, naik kereta dengan pakcik Ju, kalo pakcik Ju tak jemput memang takde lah kami sampai ke sana.

Bertolak dalam jam 10.30 pagi. Fikri tak mau makan, sebab di rumah dah makan roti. Maka atok (ayahnde ibu) bekalkan fikri nasi lemak 1 bungkus. Nasi lemak 50 sen jer.. memang saiz S punya. Sampai di Changkat Tin, baru fikri nak makan.. berkongsi pulak dengan si haris. Oowhh, nak makan dengan abang haris rupanya.  Thumbs up

Fikri ni kalo dengan abang haris, boleh jer nak berkongsi apa pun, tapi kalo dengan Anis @ Aliya.. huhuuuu, la ni makan berjamaah cam dulu pun dah tak mau.. asyik makan sambil main tolak2… huhuuu… Confused smile



p/s :
Jom teka semalam... Insya Allah, dah ade pemenang... tunggu ya..



salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, November 27, 2010

Tertunailah hasrat nak makan piza

Salam ceria dan salam bahagia,

Terima kasih Adib Darwisi, kalo tak kerana Adib, tak merasa la maklong nak makan pizza… dari awal tahun dah dok mengidam.. dok minta kat paklong, hmmm, mengharap jer lah. Thinking smile

IMG_9131




Tengok kome.. sampey 5 large pizza…. makan sampey muntah monggek… Winking smile

Asbab nye: 24 NOv 2010 adalah ulangtahun kelahiran Adib yang ke-2.. Hepi 2nd besday Adib… semoga semakin ceria, riang, aktif dan bijak. Thumbs up



Adib & papa nya…



Anis… menumpang tiup lilin.. x penah sambut besday dengan kek kan.. jenuh tiup tak padam2..

IMG_9125
aliya tak mau join tiup lilin.. dia tengok dari jauh jer.. dah dapat belon..

IMG_9136
abg fikri ni memula tak mau makan pizza.. dia cakap tak best.. bila ibu cakap, “sedap ade sosej..”  baru la nak makan.. habis gak 2 keping dia makan..

last but not least,
IMG_9140
Adib dengan busha pant , hadiah tak seberapa dari maklong..

finally,
please welcome Rayyan Darwisi
masa gambar ini diambil Rayyan baru berusia 8 hari





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .