Salam bahagia,
Seperti yang dijanjikan, tanpa perlu bermadah seloka mahupun memanjangkan celoteh dan leteran.. saya lancarkan Contest Ibu Sihat Anak Riang.
Tema contest : Ibu Sihat Anak Riang.
- Ibu yang sihat bukan setakat ‘FIT’ dari segi fizikal, tetapi juga dari segi emosi, mental dan rohani.
- tujuan dipilih tema ni adalah untuk berkongsi tips dan juga betapa pentingnya kesihatan untuk ibu
- Asasnya ibu yang sihat harus lah sihat dari segi emosi dan fizikal kan, supaya kita boleh jadi “SuperMak” yang dikagumi anak-anak. Jika sihat fizikal tapi celaru emosi, tidak baik juga untuk perkembangan anak-anak.
Syarat asas penyertaan :
- Ada blog dan FB
- buat entri penyertaan di blog atau Notes di FB
- ada alamat di Malaysia (yang dok luor negara pun boleh join asalkan hadiah dapat dipos dalam Malaysia
- kome tidak semestinya seorang ibu, bapa pun boleh, yang bujang teruna dara pun boleh.
Apa kome perlu buat :
- Buat karangan tidak kurang dari 150 patah perkataan dan tidak melebih 500 patah perkataan
(memula nak letak 1000 patah, tapi rasa nanti jadi panjang meleret-leret), mesti diiringi dengan gambar (ikut kreativiti masing-masing), tiada had bilangan gambar.
- Tajuk n3 adalah bebas, asalkan bersesuaian dengan tema contest. Setiap peserta dibenarkan untuk submit 2 penyertaan dengan tajuk n3/kupasan yang berbeza.
- KOme boleh ajer kupas isu ni mengikut salah satu kriteria (samada dari segi emosi, mental, fizikal & rohani_, kalo nak olah semua pun boleh, tapi bior jelas @ berfokus..
- contohnya, boleh ulas tentang tips @ panduan untuk mengelakkan penyakit yang sinonim dengan kaum ibu, contoh kanser payudara, kanser servik.. topik ni macam serius sikit, tapi kalo boleh olah dengan bahasa yang mudah difahami lah yer..
- contoh lain tentang pengawalan emosi.. apa cara yang kome amalkan untuk redakan perasaan marah/sedih/tensi didepan anak-anak.. boleh cerita tentang situasi yang pernah dihadapi dalam menangani telatah & kehendak anak-anak yang kadang2 buat kome ‘hangin’
- Cuba elakkan tips yang mempromosi produk jualan.. contoh “ibu yang sihat adala ibu yang langsing, maka minumlah jusmate DR, supaya anda kelihatan mantap dan menawan”.. frasa macam ni tak mau ya.
- tapi kalo ayat yang macam ni boleh.. “saya ada amalkan makan jamu mak dara, & ia nampaknya memberikan kesan yang baik pada saya & membantu saya untuk kekal cergas.
”
- kandungan entri tidak semestinya pengalaman sendiri, tapi dari pengalaman ibu bapa anda, adik-beradik anda..
nota : panjang lebor penerangan.. harap2 tiada yang keliru. 
Syarat sah penyertaan :
- sila tampal banner kat bawah ni dalam blog kome & link kan ke n3 contest ini.. tak kesah lah di sidebar, kat dalam page khas untuk banner ker.. yang penting banner ni ADA di blog kome
![]() |
official banner untuk contest |
- Sila LIKE FB Islamic Books for Kids dan FB SNUUS ~ Where Beauty,Health and Fashion collide
- SILA Follow blog De’Chantique butik dan Take me Home
- SILA tampal ke-EMPAT-EMPAT banner penaja dalam n3 anda. Banner penaja amik kat n3 ini ya >> Pre-contest Kakyong Ibu3A : kenali penaja
- Di penghujung n3 kome sila masukkan ayat ini “Post ini adalah untuk penyertaan Contest Ibu Sihat Anak Riang ini dianjurkan oleh Kakyong Ibu3A, dan hadiah-hadiah yang ingin saya menangi ditaja oleh Islamic Books for Kids , SNUUS ~ Where Beauty,Health and Fashion collide, De’Chantique butik dan Take me Home”
- dan lengkapkan ayat ini juga “Saya berminat untuk memiliki buku (berikan 3 nama buku) dari FB Islamic Books for Kids (jangan lupa tag kan nama anda di gambar buku tersebut) sekiranya terpiliih sebagai pemenang”
- Sila jemput 3 orang kawan anda untuk sama2 sertai contest ini, ya…
Selepas sudah siap n3 kome, sila emailkan butiran berikut ke kakyong72@gmail.com,
- nama id blog & id FB
- link n3 penyertaan kome
- sila letak tajuk email “Contest “Ibu Sihat Anak Riang” via Kakyong Ibu 3A”
- jangan lupa tinggalkan pesan di ruang komen yang anda sudah join & sudah emailkan butiran.
Fuhhh… banyak benor syarat nya kan… ade syarat asas dan ade juga syarat sah.. 
Kaedah penilaian :
- penulisan dan karya anda akan dinilai dari segi kreativiti
- penggunaan gambar yang sesuai dengan penerangan
- keaslian cerita yang merujuk pengalaman sendiri @ pengalaman mereka yang dekat dengan anda
- saranan dan tips yg praktikal dan bermafaat untuk perkongsian
Pemenang untuk hadiah tajaan:
- 1 untuk entri menarik & kreatif (pilihan & penilaian juri)
- 3 untuk 3 entri terbaik (pilihan & penilaian juri)
Pemenang hadiah saguhati:
- bagi setiap 15 penyertaan, saya akan pilih 1 entri (pemilihan adalah subjektif ya.. dan yang terpilih dalam mingguan tidak semestinya menjadi pemenang keseluruhan).
- hadiahnya adalah tajaan kecil dari saya sendiri.
Jika ada pertanyaan, tak faham atau keliru , sila lontarkan pertanyaan di kotak komen yer… Selamat menulis dan berkongsi pengalaman anda.
p/s : saya akan buat 1 n3 contoh, supaya boleh dijadikan sumber inspirasi untuk anda mula menulis dan berkongsi.
Nanti dah siap saya sharekan link.
salam kasih sayang,
.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
Ummi Myra · 694 weeks ago
My recent post Cekgu Cute dan Cekgu Hensom sangat Ohsemm :)
kakyong72 119p · 694 weeks ago
kakyong memang plan nak rebranding contest ni... mungkin sukar sgt kot.. nak kena buat esei pjg2..
nanti kakyong pm myra yer..
Zuraida Rahim · 698 weeks ago
Ummi Hanie 98p · 700 weeks ago
My recent post Makan-makan @ Pizza Hut
qema · 703 weeks ago
My recent post Batu Karang..
latifahbee 26p · 710 weeks ago
kakyong72 119p · 705 weeks ago
Bee dlm proses tukor domain pulak ker...???
My recent post Cinta Elysa – baru 2 episod tapi dah PANAS…
kakyong72 119p · 705 weeks ago
nanti dalam 1-2 hari lagi kakyong semak
My recent post Cinta Elysa – baru 2 episod tapi dah PANAS…
puanbee · 703 weeks ago
puan kutu · 705 weeks ago
My recent post Contest : Kisah Dongeng Tengku Puteri & Puan Kutu
sitisifir10 · 711 weeks ago
http://sitisifir10.blogspot.com/2011/08/ibu-sihat...
My recent post Ibu Sihat Anak Riang
kakyong72 119p · 705 weeks ago
thanks.. nanti kakyong review ya... ;)
My recent post Cinta Elysa – baru 2 episod tapi dah PANAS…
azman · 712 weeks ago
hannikasim 15p · 712 weeks ago
tp...
sy xde anak lg...
kene pinjam anak org nih..hehehe ;)
madammondoq 22p · 712 weeks ago
puanbee · 712 weeks ago
MamaYatie · 712 weeks ago
My recent post Separuh pun separuh laa...
m@m@ t0meLL · 712 weeks ago
My recent post Alyah - Kisah Hati..Layannnnn
juanita · 712 weeks ago
tranformed hw · 712 weeks ago
isza · 712 weeks ago
yatie chomeyl · 712 weeks ago
ummu muhammad · 712 weeks ago
kakyong72 119p · 712 weeks ago
kalo xde FB, buka lah a/c FB.. sbb perlu LIKE fan pages penaja.. kakyong ade 2 tajaan utama dari FB..
bukan susah pun nak buka a/c FB... ;)
ummu muhammad · 712 weeks ago
papepun semoge sukses GA kakyong! ;)
My recent post 3 RAMADHAN 1432H: MASJID MUHAMMAD