Monday, October 10, 2011

Home » , , , , » Aliya sudah ‘CD’less

Aliya sudah ‘CD’less



Salam bahagia,


Open-mouthed smile Alhamdulillah, selepas mencecah umur 3 tahun (pada 18 Julai 2011), baru akhirnya saya berjaya memujuk Aliya supaya tidak ber’CD’(cloth diapers) di siang hari.


JIka sebelum ni, Aliya akan selalu beri alasan “nanti baby kencing atas lantai” “nanti ibu marah baby kencing seluar” “nanti ayah marah” “baby kecik lagi”.. dan segala macam lah alasan dia… susah benor dia nak lepaskan CD dia tu…


Yang sebenarnya Aliya ni terbalik sikit proses toilet training dia. Kalau Fikri dan ANis, depa mula dengan diaperless yang lebih kepada ‘menahan kencing’, dan dalam masa yang sama saya latih sekali untuk membuang air besar di tandas.





Tetapi Aliya, dia mula pandai buang air besar di tandas dulu… sejak bulan Feb 2011 (umur 2 tahun 7 bulan). Memang jarang sangat lah kes dia membuang air besar dalam CD. Thumbs up  Tapi bab nak train kencing kat tandas yang sedikit slow dan sukar mendapat kerjasama.. macam2 helah diberinya, tapi dah memang masa itu Aliya belum bersedia lagi. Jadi saya pun takde lah nak paksa-paksa sangat.


Alhamdulillah, semasa Aliya 3 tahun 1 bulan. Hanya berCD di malam hari sahaja. Kes terbabas di lantai tu, normal lah.. walaupun kadang-kadang nampak macam dah lulus, tapi terbabas juga.. Kadang2 belah malam (time nak tidur) dia malas nak berCD.. pernah 1 hari (hari yang saya demam tu), tidur malam memang tak berCD, memang kering sampai ke pagi. Tapi saya tak berani lah nak amik risiko setiap malam tak berCD. Jenuh la nak jemur tilam comforter bagai.. Smile with tongue out





Tapi kalo nak pergi berjalan (Tesco atau ke rumah opah di UK), Aliya akan minta nak pakai CD.. nanti ade lah alasan dia “nanti baby kencing dalam kereta ayah” “nanti tak sempat kencing kat tandas”.. hahahhaaaa… saya layan jer la.. riso jugak kan, sebab dia baru je tak sampai 1 bulan tak berCD di siang hari.


Dan sekarang ini (Oct 2010), ALiya sudah pun 3 tahun 3 bulan.. sudah tidak berCD di belah malam. Memang dia sendiri yang tak mau, dan Alhamdulillah untuk tempoh 2 bulan.. sejak penghujung Aug sehinggalah kini, memang belum pernah kencing tilam di malam hari.


Kadang-kadang saya kejutkan dia jam 6 pagi, Aliya ikut jer masuk ke tandas, dan duduk mencangkuk.. tapi tak kencing pun. Winking smile cuma bila dia bangun pagi jam 8 pagi tu, saya memang pastikan dia masuk ke bilik air dulu.


Memang betul la tiap anak memang berbeza tahap nya kan.. Open-mouthed smile


Fikri dulu lulus sejak umur 2 tahun 8 bulan (2 minggu jer saya train dia, tidur malam pun lulus cemerlang tanpa diapers).


ANis pula masa umur 2 tahun 11 bulan (tu pun 2 kali train.. amik masa lebih 4 bulan) dan masih berCD di malam hari sehingga umur 4 tahun. Genap 4 tahun (8 Aug baru ni), dia sendiri kata tak nak pakai CD di malam hari (tak tau kalo kes malu dengan Aliya… Winking smile ). So far, Alhamdulillah.. LULUS Open-mouthed smile tapi ade juga hari2 nya dia terbabas.. memang belum lulus cemerlang lagi.


Solusinya : setiap malam sebelum tidur saya harus pastikan Anis & ALiya buang air kecil dulu sebelum masuk tidur. Dan saya akan kejut lagi pada jam 6 pagi untuk buang air kecil. Kes-kes yang terjadi  ANis terbabas kencing tilam tu.. salah saya sendiri, kadang2 lupa nak check dia dah ke tandas ke belum sebelum dia tidur. Bila dia tak ke tandas, bermakna bila saya kejut jam 6 pagi tu, memang dah basah dah..




Anis ni memang saya kena push lebih dia nih.. selalu kena ingatkan dia, “kalo kakak terasa nak kencing, terus bangun pergi tandas.” Masaelah anak dara saya ni, ade banyak vitamin M.. Winking smile 


Aliya pulak, dia memang agak ‘berlagak’ sikit lah dari kakak dia.. bila kakak terbabas & saya kena basuh comforter dan jemur tilam.. dia mula lah cakap pada kakak Anis.
“baby pandai.. baby tahan jer.. (tahan tak kencing lah tu).”
“kakak tak boleh sekolah kan ibu? kakak kencing tilam.. ”




salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .