Wednesday, September 1, 2010

Home » , » Tikam menikam

Tikam menikam

Salam ceria hari rabu,


sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Ibu sebenarnya dalam mode malas benor nak menulis blog.. huhuuu...

hari ni perancangan asalnya nak menjawab tag.. tapi bila baca soklan pertama tag tu " apakah perasaan anda bila ditikam oleh kawan" lebih kurang cam tu le soklannya.. buat ibu teringat pada pengalaman semasa ibu bekerja dulu.


Terus tak jadi jawab tag.. heheee..

Ibu cuba share pengalaman ini dan harap dapat dijadikan teladan untuk semua, terutama buat ibu-ibu yang bekerja.

Kes ini berlaku pada tahun 2004. Ibu bekerja di syarikat A yang membuat komponen otomotif (wire harness).. Ibu mula bekerja di syarikat A pada Ogos 2003. Posisi ibu pada waktu itu adalah Asst Manager aka Asst Accountant. Ibu actually memang ahli MIA yang layak utk jawatan Akauntan, tapi sebab boss ibu dah pegang post Accountant, jadi ibu sebagai pembantu nya maka tak leh la ade 2 post Akauntan

Ada 6-7 staff yang berada di bawah seliaan ibu.. awalnya ibu harus monitor dan semak kerja semua staff sorang diri.. memang kerap lah pulang lewat.. lebih dari jam 6 petang masih lagi di pejabat.. tray dokumen untuk semakan kerja2 staff juga tidak pernah surut. huhuuu.. masa tu tak kahwin lagi kan.. so ibu memang dedicate banyak masa ibu dengan kerja.. 

work load cartoons, work load cartoon, work load picture, work load pictures, work load image, work load images, work load illustration, work load illustrations
http://www.cartoonstock.com/directory/w/work_load.asp


Setelah hampir 8 bulan bertungkus-lumus monitor kerja staff sorang2, tu belum campur kerja ibu yang selalu kena attend meeting, buat report.. & juga kena monitor performance staff, kaunseling staff.. dan macam2 lagi lah.. rasanya siapa yang ada staff bawahan pasti tahu tanggungjawab ini., Akhirnya ibu dapat pembantu aka Eksekutif Akaun (EA). Alhamdulillah, sebahagian kerja ibu sudah berpindah tangan ke EA.

Kes yang ibu nak share ni memang ada berkait dengan EA. Kejadian berlaku setelah beberapa bulan EA masuk. Suatu hari bos aka Akauntan panggil mengadap.. ibu di'attack' sampai tak leh nak defend diri sendiri.. rupanya EA ada mengadu dgn bos yang ibu ni 'fussy', banyak dokumen perlu ammend berkali-kali... pastu lambat buat semakan dan macam2 lagi lah.. which is kalo nak tulis semua ibu rasa tak sanggup.. tak sanggup nak ingatkan segala tohmahan yang dilemparkan. kesimpulannya pada waktu itu, imej ibu di mata bos memang dah ' tercalar'.

Kerana kejadian itu, bos telah 'suspend' ibu daripada menyemak beberapa dokumen.. walhal dokumen itu amat penting dan melibatkan banyak pihak. Jika tidak disemak betul-betul boleh menyebabkan bahagian produksi tergendala.. dan dokumen ini melibatkan pihak bank, pengimport, pelabuhan dan juga kami sebagai pembeli bahan mentah. Well, ibu terima hal itu dengan tangan terbuka. tapi awal2 ibu dah cakap, 'sekiranya berlaku kesilapan, ibu tak mau ambil tanggungjawab' fullstop.Tugas untuk menyemak dokumen tersebut diserahkan kepada EA.

dan, the worst part ialah - selama 1 bulan bos langsung tak bertegur sapa dengan ibu.. hatta panggil masuk mengadap pun tidak.. walhal sebelum ni setiap minggu ibu pasti dipanggil untuk membuat laporan.

Ibu ni jenis bukan orang yang mudah mengalah, tapi peristiwa itu memang sedikit buat ibu frust. Memandangkan senarai kerja ibu yang sangat panjang dan timeline yang singkat, maka ibu alihkan rasa frust dengan fokus kepada kerja-kerja lain.. pada ibu takde sebab ibu nak tunjuk kecewa, walau masa itu ibu dapat rasakan diboikot oleh beberapa orang staff termasuk bos sendiri. 
work load cartoons, work load cartoon, work load picture, work load pictures, work load image, work load images, work load illustration, work load illustrations
ni sebagai hiasan jer.. sumber dari http://www.cartoonstock.com/directory/w/work_load.asp


Tapi kerja ibu tak pernah surut.. sebab ibu juga harus melapor kepada pengarah dan Pengurus Besar (GM).. dan perlu juga attend meeting.. dalam 1 minggu entah berapa meeting.. ibu juga yang kena siapkan minit.. heran sungguh, GM tu bukan takde sekretari tapi ibu juga yang diberi tugasan untuk menyiapkan minit. 

Dan dalam tempoh tersebut, ibu memang tidak monitor kerja-kerja EA sebab boss kata dia yang akan directly monitor. So, lagi lah ibu suka.. memang ringan sangat bebanan fikrian sebab ibu boleh siapkan banyak kerja dengan aman. Dan EA pulak memang suka hati lah sebab dia dapat perhatian boss berlebih-lebih dari ibu. Ibu sikit pun tak amik port.. buat lah apa suka.. pada ibu yang penting ibu buat kerja betul2 dan elakkan buat silap.

Setelah hampir 1 bulan.. naik 1 isu.. barang yang kami pesan dari Japan telah stranded ke Port/pelabuhan yang salah. Masa itu pihak prokduction dah bising... sebab duedate dengan Proton dah hampir.. tapi material masih tak sampai-sampai.. sepatutnya production dah patut ON. Ibu dapat tahu hal ini pun sebab HOD Production datang jumpa ibu dan tanya ibu pasal pesanan tu. 

Selepas diteliti dan disiasat dengan EA dan pegawai akaun yang terlibat... rupanya details dalam dokumen LC (letter of credit) telah silap tick port.. sepatutnya Pelabuhan Kelang, tapi yang di tick adalah Singapura... jauh tu Singapura dan Pelabuhan Kelang. Ingat senang ke nak retrieve kargo kami dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Kelang. Macam2 prosedur, kos dan masa yang terlibat. 

Boss pun dapat tahu.. kan main lagi dia mengamuk.. selamba jer dia nak letakkan kesalahan pada ibu.. " kenapa u tak check??"  dan selamba juga ibu jawab " U kan yang tak bagi I sentuh semua dokumen yang berkaitan LC dan BA (bankers Acceptance), so why I pulak yang kena tanggung??"

So, akhirnya ibu pun berbincang dengan boss (boss ni actually my fren & kami sama2 kerja dalam 1 team semasa kerja di Audit Firm).. walaupun kami kawan, tapi dalam hal kerja kami kekalkan profesionalisme.. xde lah nak panggil aku engkau depan staff.. cuma memang ibu sedih bila boss boleh termakan kata-kata EA, sampai hilang percaya pada ibu.

Hasil perbincangan itu, ibu come out with solution.. tapi EA yang perlu handle kes ini.. jika tidak berjaya baru lah ibu yang akan ambil alih.. nak sangat KUASA kan (memang nampak sangat dalam tempoh 1 bulan tu,EA memang kerap masuk bilik boss dan boleh kata ada beberapa kerja ibu dia nak amik alih..).. so meh sini kita test, pandai ke tak berurusan dengan bankers, pihak pemgimport dan beberapa pihak yang berkaitan.

Dipendekkan alkesah, ibu juga akhirnya yang perlu selesaikan masalah itu.. at last bos sendiri yang decide EA masih belum berkemampuan untuk buat beberapa kerja @ tanggungjawab, kerja2 tu akhirnya diserahkan semula pada ibu.


sumber dari sini


Perasaan ibu..??!! Tak lega pun.. sebab kerja ibu tetap bertambah.. tapi dah tanggungjawab ibu ambil ler semula kerja2 tu.. lagipun ibu memang suka dan ibu seronok bekerja.. I really love accounting.. btw, Accounting bukan setakat nombor.. tapi juga kemampuan untuk membuat keputusan.. macam2 keputusan yang pasti ianya melibatkan operasi syarikat..

So pada yang bercita2 nak jadi Akauntan.. maksud ibu yang sudah kerja dalam bidang akaun tapi masih di tahap officer @ executive.. sila lah belajar dengan tekun untuk melayakkan diri bergelar Akauntan. Sila asah diri supaya sentiasa positif dan tekun dalam kerja.. jangan lokek ilmu dan jangan juga malas belajar benda baru.

Akauntan sekarang tak macam dedulu.. akauntan dedulu hanya petik kalkulator jer.. tapi akauntan sekarang perlu pandai PA.. kalo tak pandai bercakap camana nak berurusan dengan bankers, pembekal, juga pembeli, dan juga agen2 lain yang berusuran dengan syarikat.. perlu pandai buat presentation yang menarik.. kalo public speaking berterabur dan presentation orang tak faham.. camno pengarah/director nak terima idea... Akauntan sekarang ni memang perlu dinamik dan uptodate.. sebab Akauntan sekarang adalah sebahagian decision maker dalam syarikat.

nota:
dalam xde mood nak menulis.. terpanjang plak repekan kali ni.. hopefully sedikit info dapat memberi manafaat..





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (20)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kak,klu saya jadi akk msti saya menangis.Saya ni bukan jensi blh handle masalah...ada emosi sikt..huhu

Saya tabik betul pada akk.Tetap tenang hadapi saat ditikam.Tak kecoh dan still boleh buat keja lagi.Takut pulak nak hadapi saat bekerja nanti.
My recent post Buah Pertama Dari Benih Cinta - Part 1
Yati cuma tahu yang akauntan ni, buat kerja-kerja akaun, book keeping, balance, dan semua berkait kira akaun dan auditing. Rupanya, lebih dari tu. Kena ada eye for detail jugak ya, kalau tak, tak nampak mana silap atau kurang. Tikam belakang ni memang biasa. Yati juga pernah merasa masa kerja dulu. Tapi yang peliknya, kejadian tikam belakang ni tak berlaku masa Yati kerja kat multinational company yang ownernya orang Jepun, atau company cina sekali pun. Masa Yati kerja company bumiputera baru Yati terkena dan baru tahu...Tapi semua tu tambah pengalaman kita kan...
My recent post Business card case
berat jugak tugas kakyong kan... teruk sungguh EA kakyong tu... baru masuk kerja dah buat perangai... bencik la kalo dpt rakan sekerja camtu...

p/s: kat mana2 pun ada ja tikam belakang ni... so, selalu la kena hati2...
My recent post KAMI KEMBALI
byk gak experience kak yong keje dulu.odah keje kjp sgt.

p/s; dpt emel odah.anto kat gmail kakyong.?
Nur suka semangat K.Yong. Mungkin K.Yong boeh tulis pengalaman2 dulu lps tu jadikan mcm buku motivasi. Amacam? ;)
My recent post Apa makna Merdeka- Mama BM entry
salam..
walaupun kerjaya sy tak sama dgn Kak yong namun banyak yg dpt sy pelajari. Ketahanan diri sangat penting dlm apa jua tugasan. Syabas Kak Yong. Salam Ramadhan.
My recent post
1 reply · active less than 1 minute ago
terima kasih cikgu aziz sbb tinggalkan link.. dari bulan2 lepas tak berjaya dpt kan link cikgu...

saya setuju dgn term cikgu tu ' ketahanan diri.." ramai juga staff saya yang mudah mengalah & bertukar kerja hanya kerana tak upaya @ lebih tepat kurang ketahanan diri utk terus berjaya dlm kerja...

kerjaya sbg guru skrg ini pun sgt memerlukan ketahanan diri yang hebat... jika tidak camano nak didik anak2 skrg ni yg begitu mcm2 ragamnya..
hmm..panjang lebar citer kak yong ni...seronok lak baca...sya pun pernah alami perkara sama cam kak yong...tp sya keje kt company swasta...tk de la besar mana pun..so kira gaduh ngn big bos terus la...he3...sbb ada org yg hasut...huhuhu...

My recent post Salam Sahur
1 reply · active less than 1 minute ago
syamila,
sesekala terkenang.. masa tgh ingat tu yg terus menaip... heheh..

fenomena biasa dlm pekerjaan, jd huru-hara hubungan dgn bos & staff lain bila ada batu api dlm organisasi...
complicated gak kije k yong dulu ye...yatie baca pon pening huhu
1 reply · active 760 weeks ago
yatie,
xde lah complicated mana..
kalo yatie nanti dah berada di post yg tinggi, ade staff bagai, yatie juga akan berusaha utk keep everything finger-tips.. maksudnya ' dah master dah dgn segala tggjwb,, tinggal nak jlnkan jer.."

bila dah jd bos, kita akan melihat jaringan kerja secara menyeluruh (melihat dr atas - conceptual).. gagal di satu point akan berjangkit ke point yg lain.. sbb tu kdg2 bila ade staff tanya, eh camana puan leh pk camtu.. kita cuma jawab ' sebab saya bos.. cara saya berpk berbeza'... huhuuuu....

tp skrg saya seorg ibu.. so jgn lah tanya prosedur yg pelik2.. dah lama tutup buku... :D
BEnda kalo dah bukan salah kita......
last2 kena balik la org yg tikam kita tu....
tapi at least kakyong tau jugak la org yg tikam belakang kakyong tuu...
kalo sampai sudah tak tau ....
lagi laaa......

My recent post Pembunoh
dahsyat eh... baru sebulan masuk keje situ dah pandai tikam2 orang...

owhh yeke akauntan dulu tekan2 kalkulator je kakyong???
tuler akauntan skang mmg mencabar tanggungjawapnyer... kena bijak, pandai handle situasi.
teringat akauntan lelaki tempat keje yan dulu.. dia juga merangkap Manager.. anak2 buah cukup sayang ngan dia.. klu orng melayu kata tu leh wat menantu la gitu dia punye baik tu.. tp sebab dia cina.. tak jadikla hehehe..
tp lg satu akauntan.. pempuan.. sangat2 fussy... tp kami menurut je perintah dia.. & tak penah lak nak backstabbed dia depan bos.. sbb dia bukan buat salah apepun.. cume dia fussy & keje kene pantas & pickup.
yan benti pun bukan pasal masalah ngan staff/akauntan.. tp dgn bos (jenis mulut tak taula nak explain).. & mungkin juga tekanan keje disaat kite tgh peknen..
1 reply · active 760 weeks ago
yan,

kakyong ade jumpa akauntan yg hanya tahu figure jer.. kerja dia sekitar buat akaun & report akaun jer.. masa tu dia tua dr kakyong 15 tahun... huhuu.. bygkan dia generasi mana... walhal skrg ni kerja buat akaun & report akaun kerja pegawai @ kerani jer..

akauntan pempuan tu mcm kakyong lah.. actually bila u dah berada di posisi dia, yan akan tahu.. betapa perlunya buat kerja dgn pantas & zero error.. dateline tak menanti kita..

cuma kakyong punya stail akan selalu beri masa utk staff pick up sesuatu projek @ kerja yg baru.. kdg2 staff ni kita kena explain dgn kaedah yg mudah.. sbb kerja tu selalunya depa dah buat.. tp bila tgk projek besor.. jd cam gelabah.. walhal, dah biasa buat pun..
ala...akak, bukan setakat akauntan je yg ada masalah cam tu. kita pun ada same problem jugak. rimas la dgn orang cam ni.

akak masak ape ptg ni?
My recent post Berbuka Di Luar - Episod 3
1 reply · active 760 weeks ago
syida,
dlm mana2 bidang pekerjaan pun tak akan terlepas dr isu berdepan dgn org2 mcm ni...
x yah rimas2.. bior jer dia tunjuk lagak.. nanti pecah juga tembelang nya..

petang ni masih tak plan lagi nak masak apa.. gigi sakit lagi ni.. selera nak makan pun x berapa sgt.. cuma teringat anak2 nakmakan jer...
baru saya tau kerja bahagian akaun begini.
dan agak dramatik jugalah EA k.yong tu.
bulan je keje dan memandai nak handle tugasan senior. Hebat. kehkehkeh...
1 reply · active 760 weeks ago
wans,
tengok juga pada jenis xtvt perniagaan..
'dramatik.. ' yes.. that's the word yg kakyong dok cari2 tp tak kuor2 ..

tu la kan.. kakyong ni pulak, style.. "nak sgt, amik ler.."
kan ade jenis org yg style suka bodek2 & nak cepat naik....
macam2 pesen manusia kakyong, mungkin sebab tu kakyong lbih kuat semangat seperti sekarang... chaiyok kakyong!
My recent post Menang The New You Giveaway
1 reply · active less than 1 minute ago
wan anie,
dlm kehidupan kita ni pun mcm2 kes kan.. dlm di alam pekerjaan, itu lah sekali kena stabback.. & malang sungguh selepas 1 tahun lebih EA tu resign dan tinggalkan semua masalah kat kakyong... huhuuu...

x suka sungguh dgn org yg ber'attitude' mcm ni.. kita kalo nak resign pun, jgn tinggalkan 'sampah' pada org lain...

mujur la skrg ni dok rumah jer.. tak tau la, dgn kerenah anak 3 ni.. pastu nak adap kerenah staff lagi... huhuuuu... memang tabik sungguh dgn ibu2 yang boleh bekerja 8to5 sampai umur pencen...

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .