Showing posts with label mona_mz72. Show all posts
Showing posts with label mona_mz72. Show all posts

Sunday, June 7, 2009

152 Can man and woman be real friend ?

Salam semua,

Sebelum menyentuh kepada tajuk entri, kakyong nak menjawab beberapa pertanyaan :

  1. Pertanyaan dari Yan & Mirah tentang 'bocat'. Bocat adalah nama ikan ruan dalam loghat perak. Kalo orang Negeri Sembilan disebut 'bocek'. Yan, tak kuasa lah kakyong sesuka plak nak bagi nama timangan kat ikan tuh... heheheh... Laugh
  2. MamaQaypo ade bertanya pasal untuk bezakan 'komen bulanan' & 'komen terkumpul'.. rasanya yang MaMaQaypo dah letak di blog itu adalah 'komen terkumpul'. Untuk lebih lanjut mungkin boleh godek2 kat entri kakyong yang ini ~ SHARE some blog tutorials @ tips
  3. Untuk jejak/trace pengunjung dan analisa pengunjung boleh register @ sign up dengan Mr Histats

Ok, sekarang kita sembang tentang tajuk entri.. "Can man and woman be real friend?"

Ini adalah tulisan kakyong yang ditulis pada Thu, 06 Jul 2000, hampir 9 tahun yang lalu. *lama dah, masa dok godek2 benda lain, terjumpa pulak tulisan ini, yang ditulis menggunakan nickname Mona_Mz72.. * ini bukan lah tulisan asal, tetapi adalah balasan @ pendapat kepada email yang bertanyakan isu tentang tajuk "Can man and woman be real friend?"
Assalamualaikum rakan netter..

Lelaki & perempuan jadi REAL freind..  ?!

Islam sendiri dah buat guiedeline.. memang tak leh boyfren galfren ni..
Tapi bukan tak de contoh lelaki perempuan yg betul2 jadi real fren..seingat saya
majalah Al-Islam keluaran tahun lepas ade kemukakan isu ini.. rata2 yg jadi kwn baik
ni sebenarnya dah start berkawan sejak zaman kanak2 lagi.. bila dah kawin isteri/suami
pun tahu their relation tu.. & ada2 masa kalau spouse tak nak temankan depa pie
somewhere or shopping ke.. boleh ajak kwn baiknyer tu jadi teman shopping..

Pengalaman saya.. saya ade sorg je kwn lelaki yg memang betul2 baik & memang tak de
feel apa2 pun kat dia & dia pun memang tak de feel apa2 kat saya.. [saya tahu sebab
dia cakap kata saya mcm tu..] saya kenal dia masa saya tengah dok terkebil2 & 'sesat'
masa hari pendaftaran ko-k music semasa dikampus.. orangnyer memang le hensem.. tapi
ntah kenapa memang sejak kenal & until today memang semata2 hanya kwn.. dia pun memang
selalu tolong saya & jadi teman ketawa & menangis .. tapi kami ni bukan le jenis mcm
org lain yg macam belangkas.. tapi kalau kami ade problem study ke apa ker.. we end up
talk to each other... And byk le jugak secret dia yg save dlm 'poket' saya.. La ni dah
keje memang le jarang2 contact sebab masing2 pun bz.. dulu2 masa saya selalu turun Kl
parking kat rumah member di Bdr Tasek Selatan, dia rajin jugak tolong amik kat Pudu..
sempat singgah kat rumah dia lunch sama family dia.. & saya pun pernah lepak rumah mak
no.2 dia kat Seremban.. adik dia pun saya kenal rapat.. adik dia pun tanya " akak dgn abg camne? bila nak ikat " Kami gelak je..
tak kuasa nak cakap pjg lebar.. hakikatnyer kitorg ni memang sesuai jadi kawan jer..
la ni kekal berkawan thru email je.. dia lah selalu kata.. tak nak 'my somebody'
cemburu or ape ke..  :)

Selain dari tu saya memang fobia sikit berkawan dgn lelaki..
Kalau boleh terus nikah jer.. lagipun bila berkawan ni kita tak sedar macam2 dosa
kering/maksiat yg kiter buat..

bukankah org ketiga antara lelaki & perempuan itu ialah syaitan laknatullah... 


Hampir 5 tahun selepas kakyong menulis sedemikian, baru lah berjumpa dengan suami, kami kenal pun melalui orang tua... boleh baca pasal tu di entri Bertemu jodohnya... part 1 & Bertemu jodohnya - part 2.

Alhamdulillah, sekarang ni kawan baik adalah suami daku, tiada yang lain. *kawan baik yang lelaki lah * Sahabatku yang hensem itu pun dah lama tak contact, kadang2 adalah juga menegur di Facebook. Masih bujang lagi. Nampak dia pun dah sangat happy dengan life dia.. Rumah dia pun kan main vogue lagi... compare dengan rumah daku yang laksana kapal karam.

Kakyong ade seorang lagi kawan baik lelaki, Syalleh nama dia. Memang kelakar sangat berkawan dengan dia ni. Masa 1st year, Syalleh ni memang nampak pelik, rambutnya panjang, suka pakai t-shirt terbalik & jeans yang terkoyak dan pendek takat lutut. Tapi dia memang baik, bila dia tahu kakyong tak makan, dia siap belikan nasi bungkus, siap terjerit2 panggil soh turun makan. Masa tu dah kat kolej EON (kolej kediaman di UUM) block yang dekat dengan masjid tu. So, turunlah makan & dia siap tunggu kakyong makan sampai habis, masa tu umur baru 21. Pernah juga dia datang ke kolej kediaman pada tengahmalam, sampai pak guard amik nama & no matrik kami. Tak tahu lah pak guard tu report ke mana, sebab lepas tu memang takde kena tindakan apa2 pun. Bila diingatkan semula memang lucu kenangan tu. Rasanya dia dah lama kahwin, anak pun tentu dah besor & sekolah. Tapi memang sejak tahun 1996, lepas grad memang takde jumpa dia dah.

Tak salah jika kalian punya kawan lelaki yang baik, sebaiknya biarlah suami pun kenal juga. Sebab persepsi setiap orang tidak sama, ade suami yang tidak suka isterinya terlalu baik dengan kawan lelaki sebaik sudah menjadi isterinya. Lagipun, itu memang hak suami, buat apa nak cari kawan lelaki lain kalo suami sudah boleh jadi teman untuk mencurah rasa, dan kawan berbual yang baik. Sebaiknya jaga lah adap2 dalam bersahabat ni, dan jaga status kita sebagai isteri. Jika ada masalah rumahtangga, berbual dan berunding lah dengan suami, bukan nya meluah rasa dengan kawan baik lelaki kita. Fitnah boleh datang dari pelbagai arah, jadi jagalah status kita sebagai isteri, bila berkawan baik dengan lelaki selain suami kita.

Kakyong tak pandai nak bagi tips ke apa, sebab hal ini adalah common-sense.. tetapi ada juga di kalangan isteri-isteri yang ambil mudah hal ini, tanpa sedari dalam diam suami terasa hati. Jadi, sebaiknya jaga komunikasi 2 hala anda & suami. Berterus-terang jika anda ada kawan baik lelaki. Usah disembunyikan, nanti 'meledak bom jangka yang tidak kita menduga'.

Camner dengan plak dengan kalian?!


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .