Semalam, 12 May 2009, memang tak dapat nak buat entri baru. Sebabnyer, daku sangat letih *selsema ini sungguh mendera, semoga terlerai lah dosa2 kecil daku... huhuuu* Kami ana-beranak akhirnya ketiduran di petang hari *kebiasaan yang sememangnya cuba ku elakkan. * Ibu yang nak tidur@berehat tapi en ayah telah angkut anak-beranak tidur sekali. heheh, sebenornya nak bagi tahu itu ler sebab nya tak leh nak update entri & berjalan-jalan ke blog kawan2...
Entri kali ini, kakyong nak menjawab bebrapa pertanyaan kawan tentang beberapa perkara yang berkaitan dengan tips/tutorial blog. Kakyong masih tidak pandai nak masukkan skrip html di entri, jadi semua yang akan dikongsikan di sini akan kakyong link kan dengan blog @ website berkenaan.
1. Pn Bai @ Mama Nazhan yang bertanya bagaimana nak masukkan/letakkan MAP@peta di blog.
--> MAP boleh didapati daripada Google Map. Di Google Map, anda boleh create map anda sendiri dan boleh di linkkan ke blog. Tutorial lanjut boleh rujuk di bloggerbuster. http://www.bloggerbuster.com/2009/02/how-to-easily-add-interactive-google.html
2. Top Commenter of the month
---> boleh rujuk di blog along arman, refer entri top komentar
3. Top commenter widgets dari sumber yang lain
--> boleh refer di bloggerplugins.org. http://www.bloggerplugins.org/2008/06/top-commentators-widget-for-blogger.html atau di googlesystem.blogspot.com di sini http://googlesystem.blogspot.com/2008/03/top-commentators-for-blogger-blog.html
4. MamaSyaza juga ade bertanya tentang nak buat 'collage'.. foto yang banyak2 dalam satu kotak tu dinamakan 'collage' ..
---> kakyong suka buat collage, sebab boleh tepek banyak foto sekali harung.. boleh refer enti lama kakyong yang ini, my 1st collage
Rasanya itu ajer lah kot untuk buat masa ni. Kakyong cuba untuk recall semula pertanyaan kawan-kawan tentang tips berblog ni. Kakyong tak de le reti mana pun, tu pun masih banyak yang perlu dipelajari.
Btw, ini adalah satu request daripada kakyong :
>---> pada kawan-kawan yang set WORD VERIFICATION di kotak komen masing-masing.. boleh tak u all tolong disable kan.. sebab kakyong banyak kali buang masa kat situ.. harus daku berulangkali menaip nyer.. * menimbulkan frust & sakit hati bila word verification tak jalan & komen ku tak keluar & perlu menaip lagi word verification nyer..*
---> kotak komen akan nampak lebih friendly bila tiada 'word verification', please Don’t make leaving comments a difficult task. * Terlampau sangat ke kakyong ni request segini...*
http://jordanandcaseyclark.blogspot.com/2009/03/why-word-verification-sucks.html
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
15 kawan ibu yang hebat:
thank you so muchhh kak yong...nanti saya cuba camna nak buat collage tu
sabar K yong.. saya pun byk kali kene taip word verification tu.. :)
saya pon rimas kadang2 kalau kene taip word verification tuh...hilang nafsu nak mengomen hehe
Word verification tu bukan untuk safety ker? X terpikirlah pulak sebab me too enable benda tu...nanti akan dipertimbangkan nak disable ker x coz me tu pun kena lalui perkara yg sama bila nk mengomen....
Kakyong, ada request..camner nak up kita punyer previous entry yg relevant ngan current posting yar? Yang "You Might Like These Stories"...semesti 3 previous posting ker? kalau 2 posting jer boleh x?
Thank you in advance Kakyong...hemm...rasanya nak salin nota blog tutorial dr blog kakyonglah lepas ni
kak yong kena buang(disable) ekk..nanti hada godek2..payah jugak kalau yg tu..mmg kadang kala mmg buang masa nak taip word yang ntah paper..ekekek...thanks kak yong..kak yong ni baik ati..tak kedekut share ilmu...
Bukan sengaja enable..tapi dah terset mcm tu. orang br belajar berblog... tak tau nak godek mane2 bg disable. ingatkan benda tu automatik..=p (nmpak sgt blogger yg hnya tau perkara2 asas jek..hehe)
salam semua,
nanti kakyong buat entri utk disable @ trun off the word verification. senang jer sebenornyer..
Hanz,
yg u might like this story tu.. tu automatik drp widget www.Linkwithin.com
kakyong cuma add widget tu jer.. hehehh
salam kak yong.. kena selsema?? huhu.. memang menyiksakan.. harap2 dah sembuh la yer.. mungkin sebab cuaca yang kering sekarang ni, kan.. sebab tu virus riang berterbangan..
Nadnye ~ kakyong kan merempit sehabis laju semenjak kwn dah ramai ni.. so WV tu memang mbuang masa daku utk mrempit terus-terusan.. :))
yatie Chomeyl ~ tu la pasal.. kakyong pun ade perasaan gitu gak
Hanz ~ safety.. hmmm.. i dont think so.. kalo org nak spam, depa masih boleh taip the WV
syahadah & mamazara ~ kakyong dah buat entri utk disable WV. harap2 mbantu yer..
salam Nurdaniella,
lama nyer tak jengah ke mari.. kakyong pun dah lama tak meninggalkan jejak di blog nurdaniella...harap2 semua nya sihat2 belaka, terutama si Aiman..
memang cuaca panas & kering ni buat selesema & sakit tekak lambat nak baik..
Salam kak Yong,ni yang tak sabar nak abis exam ni,nak belajar byk benda dgn kak yong-senior blogger ku.
kak yong.mula2 try yg along arman top komentar tuh xjadi.pastu try yg bawahnye tu.ok kot.boleh x kak yong tgkkan> jd tak? thnks kak yong
yan pun tak suke word verification tu.. tp terpakse jugakler.. huehehhe..
salam ummisalsabila.
kakyong dah jenguk blog US, yg odah amik tu yg monthly @ yg terkumpul?
Post a Comment