Showing posts with label parenting. Show all posts
Showing posts with label parenting. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Bayi tercekik @ tersedak susu ~ Anis & Aliya pun penah alami

Salam ceria,
n3 ni dah banyak hari ibu draf kan.. ingat nak published pada hari sabtu.. tapi dok tahan2 sampai la hari ni.

MInggu lepas ibu dapat berita dari kawan yang anak jirannya meninggal dunia kerana tercekik susu. Bayi itu memang dalam jagaan ibu ayahnya semasa kejadian berlaku. Bayi jiran kawan ni baru 3 bulan usianya. Sebaik usai solat subuh, si ibu dan ayah mendapati bayi sudah berbuih mulutnya.  Crying face

Sejam sebelum itu si ibu memang ada menyusukan bayi dengan botol susu. Setelah di bawa ke hospital, memang disahkan bayi dah meninggal. Sedih kan jika kita yang berada di tempat ibu tu.  Sad smile Sudahlah itu bayi pertama. Tentu kita akan salahkan diri kita sebab tak jaga betul-betul. Namun, harus juga kita ingat, mungkin sudah sampai janji Allah untuk anak comel kita tu. Doakan lah supaya ibu bayi itu & keluarganya tabah. AlFatihah.

Anak-anak ibu pun pernah alami masalah tersedak susu ni. Anis & Aliya, tapi kes yang agak berbeza.. Abang Fikri? Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang menyusu ibu (direct feed) dan juga menyusu botol.


agak2 ini Anis @ Aliya… Open-mouthed smileWinking smile (jgn sendal botol susu kat bantal cam ni yer.. salah ni.. ni pun sebab nak amik gambor jer)

Anis mula hisap susu botol masa umur 3.5 bulan. (masa tu susu ibu macam dah kering.. sebab masa tu ibu dah pregnantkan Aliya.. huhuu) Bila menyusu badan, Anis tiada masalah tersedak susu, tapi bila hisap susu botol jer mesti akan berlaku kejadian susu memancut keluor dari mulut dan hidung macam air pancut.

Kali pertama terjadi, memang panik sangat.. Confused smile  mujur la segera di angkat, walau terketor2. Ikhtiar kami adalah menukar puting susu anis ke puting susu yang bentuk crocked @ sempit. contoh macam gambar kat bawah ni. Anis guna putting ni sampai umur 3 tahun… huhuu.. baru jer lately ni kamu tukor puting yang biasa.


putingsusu
pic ibu pinjam dari SINI.. hasil dari carian google

Kes Aliya pulak… Aliya jadi tersedak susu semasa dalam pantang lagi. Bayi yang menyusu badan juga boleh tersedak susu yer… masa tu saluran nya masih sempit lagi. Jadi harus ambil langkah berjaga2 juga selepas disusukan.

Ada yang kata bayi yang direct feed susu badan ni tak perlu nak di’burk’ @ ditepuk2 manja belakang nya sampai bunyi @ keluor angin. Ibu ada mendapat nasihat doktor, Dr Tun @ senior masa di MRSM dulu. Katanya baby ni kadang2 ade yang tak pandai nak telan terus susu yang dihisap, apa yang terjadi adalah susu terkumpul dalam mulut (hujung mulut @ di saluran) sebelum mengalir @ ditelan. Maka, selepas disusukan (BF ye), kita tegakkan baby @ posisikan dia dalam keadaan kepala tinggi sedikit @ iring kan @ kita tegakkan (tegakkan sikit jer @ condong sikit) untuk di ‘burk’  (disendawakan) @ supaya susu dapat mengalir ke dalam salurannya.



IMG_0082Aliya umur 3 bulan… berketak-ketak (rindu saat ni, la ni Aliya dah keding)

Ibu buat macam ni sampai ALiya umur 4 bulan. Sekadar untuk pastikan Aliya betul2 sudah tiada masalah tersedak susu.  Tapi cuak jugaklah sebab ramai le sedara mara yang sibuk nak jadi doktor tak bertauliah.. sibuk dok kata, “eh tak payah buat camtu, susu badan tak payah nak burk-burk kan baby.” As usual, ibu selalu buat derk jer.. lagipun malas nak bersoal jawab dengan orang yang tak bertanya, tapi hanya tahu nak tunjuk pandai jer. Fikir sendiri lah kan, Aliya tu bukan anak pertama, jadi sila lah bertanya, jangan suka2 jer nak serkap jarang. Smile with tongue out

** The fact is – jangan biarkan bayi anda menyusu sendirian, lebih lagi bayi yang berumur kurang 1 tahun.  (rujuk berita di Kosmo online) **

Biarlah orang mengata yang kita ni menatang anak tapi bayi dibawah umur 1 tahun memang sangat wajar ditatang bagai minyak yang penuh.


** btw, berhati2 bila angkat baby, jangan terus ditegakkan kepala baby sekiranya berlaku tersedak susu melalui hidung & mulut.. sebab dikhuatiri susu akan termasuk ke saluran pernafasan... sebaiknya iringkan dulu..**


rule of thumb bila baby tersedak susu
1. iringkan badan baby dulu &
2. tepuk manja @ urut belakang baby untuk tenangkan baby &
3. lapkan mulut dan hidung baby.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, August 5, 2010

Sudah penuh aktiviti di siang hari.. tetapi kenapa anak sukar nak tidur awal

Salam bahagia,



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Jika entri yang lalu, ibu hanya hadapi masalah ini dengan Anis & fikri. Sekarang, sejak 1,2 minggu ini... penyakit tidur lewat sudah berjangkit pada Aliya pula. 

Kadang-kadang 3-3 orang sekali masih lagi aktif walau sudah menjangkau ke jam 1 pagi.


foto ini adalah buktinya.. tengok masa pada jam kamera pada foto.. dah pukul 1:37 pagi.. tapi si Aliya ni masih nak main tulis-tulis.. atau adakah kerana 'mainan baru' @ whiteboard baru beli... maka Aliya jadi terlebih excited.. sampai tak leh berenti nak enjoy the 'game'.

Tak dinafikan, minggu ini dan minggu lepas adalah minggu yang agak meletihkan.. sebabnya ibu harus agihkan masa untuk aktiviti anak-anak, juga aktiviti menggunting & menjahit, juga aktiviti yang tidak mampu kutinggalkan ~~ berblog (menulis & BW).... 

Aktiviti anak-anak sememangnya keutamaan.. dan sejak akhir-akhir ini mereka macam terlebih suka nak 'buli' ibu.. habis 1 aktiviti, sambung pulak aktiviti 2.. bila ibu nak rehat kejap, ibu ON la DVD magic english @ a-ba-ta @ ABC learn with phonic.. atau apa sahaja DVD kartun yang ada... tapi depa ni lebih suka juga buli ibu.. DVD ON, tapi still request ibu.. ibu tulis ini, ibu lukis ini, yang pastinya ibu kena hadap apa yang depa buat... dah jadi ala2 cikgu tadika plak..


Ini contoh aktiviti selepas bangun pagi... sila rujuk n3 ini.. anak-anak saya memang bangun lambat.. hanya Aliya yang bangun seawal 7-8 pagi.. yang 2 orang tu memang bangun selepas jam 9 pagi.

Depa ni dah terbiasa, semua aktiviti mesti nak buat berjemaah.. kalo melukis, semua nak melukis.. kalo abang main kereta toys lori dia.. maka 3-3 pun main kereta lori abang nyer.. kalo main perkakas dapur pun 3-3 join sekali...


makan memang dah harus berjamaah.. dalam foto ni anak2 tengah makan kentang goreng (bukan yang dari packing ya..).. ini memang ubi kentang tu potong ala2 wedges... kalo yang beli dalam packing tu depa tak makan... 


main perkakas dapur pun berjamaah juga... tengok jam kat gambar.. 1:26 tengahari.. rumah orang lain dah kenyang makan... tapi ibu 3 anak ni baru nak masuk dapur.. nasi jer dah masak seawal pagi... camno nak masuk dapur awal.. depa ni dah le sarapan jam 10-11 pagi... 


main pool pun berjamaah 3 orang... dalam foto ni berenang di air nan cetek.. kena marah dengan ayahnya sebab hari sebelumnya depa main air sampai nak melimpah pool tu... fikri & anis la.. nak berenang nak badan semua masuk dalam air... hehehe..

Kalo tak mandi pool di petang hari, ibu bagi depa main depan rumah (luor pagar),.. fikri boleh main beskal dengan anak-anak jiran.. aliya & anis pulak buleh main kejar-kejar dengan anak jiran.. sampai lutut luka pun tetap seronok main.. nanti nak mandi baru teringat lutut dia luka..  foto takdak masa anak2 main kat luor pagar... segan lah pulak dgn jiran-jiran.. anak main pun nak amik gambor... kihkihkih... depa mana tau ibu ni blogger... 

Seharian dah letih dengan macam2 aktiviti dan makan malam selalunya sebelum @ sesudah maghrib.. jarang lah lewat dari jam 8 malam.. still juga depa ni mata cergas sampai ke tengah malam.. ingatkan bila dah tak tidur siang.. cepat lah tidur malam.. 

Ibu jumpa ni dilink majalah pa&ma

Pengirim: SHAHRULNIZA NENIN, 19/1/2010 8:52:46 AM

saya juga menghadapi masalah yang sama sebelum ini, kini alhamdulillah.. semakin baik.. pelbagai bahan bacaan yang ikuti antaranya...
1. membiarkan anak menjalankan aktiviti mereka pada waktu siang sebaik-baiknya sehingga mereka berasa penat
2. tidur bersama-sama mereka sambil membaca buku cerita untuk mereka
3. memberikan susu suam sebelum masuk tidur
4. membersihkan badan mereka sebelum tidur untuk kesegaran dan keselesaan sewaktu tidur
5. tidur dahulu bersama-sama mereka bagi menghilangkan rasa takut mereka berada dalam bilik gelap dan mengetahui anda bersama mereka.
6. nyanyikan lagu dan alunan-alaunan zikir ke telinga mereka sambil menepuk-nepuk badan mereka
7. bacakan doa tidur sebelum mereka tidur
8. berikan mereka satu permainan yang boleh mereka pegang sewaktu tidur (teman tidur)



Tips 1,2, 5 & 7 tu memang ibu dah cuba buat.. kadang2 menjadi.. kadang2 depa sendiri keluor dari bilik & bermain di hall.. & ibu plak yang ketiduran sendirian... bila tersedar, tengok ada 1,2 anak yang takda di tempat tidur.. jengok kat hall si fikri tengah tengok DVD magic english... 

Tips no.3.. Anis dah tak mau minum susu.. dia minum susu 1 kali 1 hari jer.. so tukor bagi milo.. fikri sajer yang masih berbotol susu.. anis pula berbotol milo.. tapi lepas dah selesai depa minum susu @ milo.. bukannya depa tidur, jadi lagi cergas ade la... 

walau dah OFF lampu hall.. nanti ada lah suara kecil... 'ibu.. buka lampu depan.. kakak nak tulis-tulis' kalo kita cakap, 'esok lah kakak, ibu letih la, ibu nak tidur.. esok ibu nak work lagi'. Kalo tak dilayan, mau pulak dia meraung.. takkan nak bagi dia meraung kuat-kuat... anak-anak jiran semua dah tidur.. dah la kawasan taman kami ni, kalo dah tengahmalam.. anak orang yang hujung konar menjerit pun boleh dengar...

Jadi, buat masa ini.. ibu layan jer lah kerenah anak-anak ni.. jika anda ada tips sila beri ya.. terutama aktiviti yang boleh kasi depa ni letih heavy-metal di siang hari... 


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.





sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, June 4, 2010

Anak autisme

.
Salam ceria semua,

hari ni terpanggil untuk kongsi tentang anak istimewa autisme..

Dulu masa ibu masih bekerja di sebuah kilang membuat harness di Silibin, ade seorang manager ni, kami panggil che Din. Anak dia cuma 2 orang sahaja, dua-dua lelaki. Semasa syarikat dalam keadaan kelam-kabut (bakal nak bangkrup), ibu kerap membuat kerja di rumah dan che din pun kerap juga datang ke rumah, atas urusan kerja.

Ada satu kali che din datang bersama isteri dan anak-anaknya. Masa itu fikri pun dah lahir, masih dalam usia 4-5 bulan. Anak yang sulong tu dah sekolah menengah, ramah juga orang nya. Anak ke2, sangat pendiam.. dia langsung tak bercakap, tapi dia suka senyum, dari mula sampai hingga lah nak balik dia sangat asyik bermain dengan straw, kejap diputar-putarkan nya straw tu, kejap dibetulkan.. kata che din umur nya dah 9 tahun. Memula ibu pelik juga melihat kelaku yang sedikit pelik. Ibu ni mulalah bertanya itu ni, sekolah di mana etc.

Akhirnya che din beritahu bahwa anaknya itu OKU. Secara fizikal nya tiada yang cacat, normal, tiada beza sedikit pun seperti anak yang normal. Rupanya anak che din 'autisme'. Kemudian isterinya pula bercerita, masa masih baby bila diagah tidak memberi respond. Bila umur 1 tahun, pun semakin ketara.. memula ingatkan anaknya ada masalah pendengaran.. yer lah bila dipanggil tak menyahut.. tak respond apa2.. seolah2 anak nya berada dalam dunia dia tersendiri. Memula ingatkan biasa, tapi setelah beberapa kali ke pakar, akhirnya terjawab sudah persoalan. Sehingga umur 6 tahun masih belum pandai uruskan diri sendiri, semua harus dilayan seperti anak2 yang masih kecil. 

Kemudian dihantar ke sekolah khas, Alhamdulillah setelah usia 8 tahun, sudah pandai uruskan diri sendiri.. sudah boleh berinteraksi, ibunya pun sama-sama dok dalam kelas.. Anaknya memang tidak bercakap, jadi komunikasi menggunakan sign-language. Tu pasal ibunya harus dok belajar sekali dalam kelas. Isteri che din kata ibu bertuah sebab anak ibu normal. Katanya lagi, menjaga anak autisme ni sangat memerlukan kesabaran yang tinggi.. uhhh.. bersyukur Alhamdulillah, anak2 kita normal. Tabah sungguh che Din & isterinya, sentiasa kena duga. Kalo ibu berada di tempat isteri che din, ntah lah.. sudah lah susah nak dapat anak, diduga pula dengan anak istimewa. Namun bila ibu fikir-fikirkan, ibu2 yang punya anak istimewa itu bukan diduga tetapi diberi satu Anugerah istimewa. 

masih tergambar-gambar lambaian dari anak en che din, sewaktu tinggalkan rumah kami beberapa tahun yang dulu... sungguh sejak sekian lama baru kali ini ibu teringat bahawa ibu memang punya kawan yang ada anak autisme.

Dan seorang lagi sahabat ibu yang punya anak autisme adalah kakwani. Kakwani ni ibu kenal melalui mailinglist muslimat-net/hizbi-net pada tahun 1999. Kami sudah kerap berjumpa, berpotluck, bahkan bercuti sekali. Semasa bujang dulu pun pernah beberapa kali ibu bermalam di rumah kakwani. Cuma sejak dah berkahwin ni, belum punya kesempatan lagi untuk menziarah kakwani di Kajang.

Ada kakwani kongsikan pengalaman & cerita tentang Daniel (anak yang autisme) di blog. Kalo suka nak baca tentang Daniel  & menimba pengetahuan marilah baca SINI. Daniel ni memang hensem macam Amy search (masa dia kecik dulu lah)
 foto dicopek dari FB.. yang tengah tu Daniel.. hensem kan..
ini foto tahun lepas.. tak ingat lah daniel lahir tahun berapa.. rasanya tahun ni Danial darjah 5@6. Yang baju merah tu Zahidah,anak sulong kakwani, sebaya dengan maksu Ainun.


di Facebook pun sudah ade KELAB ANAK AUTISME


autisme ni ade level2 nya tersendiri..
begitu juga dengan anak sindrom down.. len kali citer pasal adib lah pulak




p.s
ada orang  Malu bila ade anak istimewa/OKU.. ade yang sanggup sorok anak semata2 nak jaga nama baik.. ade juga yang tak mau hantor anak ke pusat @ kelas khas untuk anak2 OKU..
usah lah sorok.. usahlah malu.. anak OKU ni anugerah istimewa.. hantar lah ke pusat @ kelas khas, supaya anak2 OKU boleh berdikari.. bahkan sekarang ni sudah ramai anak2 OKU yang berjaya samada dalam pelajaran mahupun kerjaya.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, June 2, 2010

Kempen minum susu dalam cawan

.
Salam malam rabu,

semalam tak sempat nak buat schedule n3.. gara2 terjebak dengan hal ini.. ni lewat petang baru sempat nak menaip..

Ibu nak tanya kalian, terutama ibu-ibu/mommies.. anak2 kalian pada umur berapa kalian pisahkan dia dengan botol?

Ibu la ni dalam usaha @ kempen kan fikri supaya minum susu dalam cawan.. tapi tak le drastik @ kempen habis-habisan. Buat masa ni, term dengan fikri : sebelah siang mesti minum susu dengan cawan & waktu malam time dekat nak tidur je baru boleh isap botol. 


foto ni diambil sebelum 'kempen' bermula.. kempen baru jer bermula 28 May 2010.


rasional ibu dengan fikri :
packing susu ni tak kata pun kena minum dalam botol.. ibu siap tunjuk lagi, kat packing kena bancuh dalam gelas/cawan... respond fikri : angguk.

Add caption


kemudian ibu tunjukkan lagi gambor dalam packing ni gambor budak main bola.. "abang dah pandai  main bola kan... jadi kena lah minum susu dalam cawan/gelas ".  respond fikri : angguk

memandangkan syarat nya : hanya boleh isap botol sebelah malam jer.. jadi fikri la ni dah tak minta di siang hari.. dah lepas Isya' macam tu baru dia minta susu.. & then nak dekat tidur nanti dia minta lagi.... huhhhuuuu... ibu juga yang tak berjaya dengan kempen ini. Agaknya lepas ni kena tukor syarat lagi kot... 

Yang gelihatinya, ayahnya cakap nak buang botol susu dia ke lori sampah.. tapi fikri buat selamba jer... yer la, belum kena buang kan. Btw, ibu tak suka nak buat cara macam tu.. ade sorang kakak ni dia buang botol susu anak dalam lubang jamban.. huhhh, sure la anak dia geli.. terus tak isap dah.

Tapi fikri ni lain sikit.. dulu nak putuskan dia dari poting pun sikit punya teruk ker.. kita potong puting dia, dia isap puting yg kena potong tu.. kita campak dlm bilik air, dia kutip basuh. Bila dah takde puting, dia rebut pulak puting anis... bila anis stop berputing, baru la fikri pun slowly 'lupa' kat puting dia... gamaknya kali ni pun kena putus-botol sekali dengan anis kot.... adeiii... 


atau mungkin kalian ade tips yang boleh membantu..


p.s 
pagi tadi 3 jam takde letrik.. terus tak leh nak blogwalking... huhuuu
sabar ya nanti ku balas kunjungan..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, May 25, 2010

Sejauh mana kita arif tentang pemakanan anak-anak

.

Salam ceria & semoga berbahagia selalu..


kerjasama makan sama-sama

Ibu actually google pasal tajuk/point lain.. tapi terjumpa artikel tentang pemakanan anak2 di Anakku.my -->Faktor pemakanan anak menjadi pintar. 

Ibu quote kan di sini bahagian yang penting.. mungkin ramai ibu bapa yang dah tahu.. tapi ini untuk peringatan diri ibu sendiri.. almaklumlah kadang2 kerap juga menyediakan makanan segera untuk anak2.. contoh burger, sosej,
Makanan terbahagi kepada dua kategori iaitu makanan neurofilik dan makanan neurotoksik. Makanan neurofilik adalah makanan yang akan merangsang perkembangan otak dan saraf. Manakala makanan neurotoksik adalah makanan yang meracun otak dan saraf.

Makanan neurofilik adalah seperti ikan, kekacang dan kekeras, bijirin, sayuran, buah-buahan, kismis, tamar, kurma, susu dan makanan dari susu, ayam, gula semulajadi (enau), koko atau coklat, belalang kunyit, majerin sayuran, minyak sayuran, beras warna coklat, roti mil penuh, ubi kentang, ubi keledek, madu lebah, daging tanpa lemak, makanan laut yang mengandungi iodin dan telur.

Makanan yang disenaraikan di atas adalah makanan yang boleh mencerdaskan fikiran, menjadikan seseorang itu rajin, mencerdaskan akal, meningkatkan daya fikir, kreatif, menajamkan tumpuan dan ingatan, menghilangkan rasa resah, runsing dan takut, meningkatkan semangat serta menghilangkan bosan.

Sementara makanan neurotoksik adalah seperti aiskrim, air berklorin, cuka, asam, jeruk, biji dan ulam gajus, biskut dan kek, buah pala, kepala ikan, kicap dan garam, gula, kopi dan teh, makanan yang berminyak, belacan, budu, cencaluk, dadah dan makanan segera serta makanan ringan.

Makanan-makanan di atas akan menyebabkan mengantuk, malas, hilang ingatan, lupa dan gangguan emosi. Ini bukanlah bermaksud anda tidak boleh mengambil makanan neurotoksik, tetapi adalah memadai anda mengambilnya dengan jumlah yang sedikit.

ulasan ibu :

1. untuk makanan neurofilik -- yang ibu warnakan oren itu belum pernah lagi ibu beri pada anak2.. terutama belalang kunyit. Kalau masa kecik2 dulu selalu la juga adik-adik dok cari belalang kunyit ni.. tapi ibu tak pernah terbuka hati pun nak makan belalang kunyit... tengok orang makan ade lah, tapi diri sendiri... uwaaa, tak rela.. baru tau rupanya belalang kunyit ni antara makanan yang bisa merangsang otak anak ke arah yang positif.. apa lagi.. mak2 ayah, lepas ni balik kampung, bawa la jaring (net macam tangkap rama-rama tu) siap2 ajak anak beriadah sambil cari belalang kunyit.

2. beras warna coklat/beras perang - ibu masa bujang dulu suka makan beras ni.. tapi la ni kalo nak beli, en ayah akan cakap mahal.. lagipun dia tak suka.. en ayah tak suka, tapi beras tu baik khasiatnya... pasni leh la kot pujuk2 beli kampit kecil..


3. Lepas ni harus la dikurangkan belacan dalam resepi nasi goreng.. dikurangkan bukan ditiadakan... huhhh, camana nih, en ayah kalo nasi goreng takdak belacan, jadi macam hilang selera jadinya. Sosej & burger, ni selalunya en ayah beli 1 kali dalam tempoh 2 minggu.. 1 kali beli hanya 1 pack 10 pcs tu.. agak2 kena berhenti terus ka... uhhhh...

4. Kicap -- rumah ibu ni kalo takde kicap memang tak sah.. en ayah memang 'hantu kicap'.. anak2 kurang makan kicap, tapi kalo en ayah yang amik turn suap anak2 makan.. memang ber'kicap'lah.. gulai kari pun berkicap, asam pedas pun berkicap... 

5. Biskut pula memang antara stock yang selalu ada, at least 1 tin 1 bulan. Kami biasa beli biskut jacob, samada high-fiber @ weatmeal. Biskut jacob ni tak manis, tapi termasuk dalam kumpulan neurotoksik jugak ke?... Kadang2 beli juga biskut Marie.. tapi biskut timbang jarang lah beli sebab manis. 

6. Kek memang sangat2 jarang.. tu pasal lah anak2 selalu minta sebab selalu dok nampak dalam iklan tv, tapi ibu selalu buat derk & asyik tangguh jer.. tapi kalo pandai buat kek sendiri, senang lah sket.. buleh adjust sendiri kandungan gula..

7. Kopi & teh --> ni memang minuman harian kat rumah. Selalu pagi2 ibu buat milo untuk Aliya. Anis & fikri pulak selalu request nak Teh.. & fikri pulak selera orang tua, kadang2 tu dia akan request nak minum kopi... kalo tak dilayan maunya ngamuk2..

8. Kismis & tamar - kalo kismis tu selalu beli 'kismis doa' tu.. beli kat pasar malam.. Aliya memang suka, Anis & fikri pulak terpengaruh dengan Aliya.. sebab Aliya suka makan, depa pun sama nak berebut.. Tamar/Kurma -- kenapa kalo bukan bulan Ramadhan susah sungguh nak cari..??!! Sapa nak tolong jawab... 


Panjang lah bebelan & repekan ibu nih...  supaya kita sama2 dapat didik anak dengan lebih baik & mencari panduan yang bersesuaian dengan pendidikan & pengurusan psikologi anak-anak..boleh saja layari website Ratuhati.com, Anakku sayang dan mungkin ada banyak lagi forum yang ibu sendiri belum explore.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, May 16, 2010

Di pondok kecil

.
Salam hari minggu,

Mencari @ surfing nasyid kumpulan InTeam.. terjumpa pulak a few nasyid kumpulan NadaMurni... Dulu masa di kampus (1992) ada simpan 1 kaset NadaMurni.. dengor berulangkali di samping beberapa nasyid Syria... tak tau lah hilang mana tape tu, cari2 dalam kotak tak jumpa pun...


Di Pondok kecik




Munajat



p.s
saya bukan fanatik Al-Arqam.. tapi saya cuma suka nasyid NadaMurni.. lagu mendayu2, buat jiwa tenang.. Ingat tak majalah Al-Arqam utk wanita/muslimah tu.. apa namanya ya...


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, March 7, 2009

061 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak

posting yang ini kakyong salin dari blog Ummi Ina

Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40 kesilapan ibubapa dalam mendidik anak-anak. Iaitu;

1) Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

2) Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

3) Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

4) Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

5) Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disaji untuk anak-anak.

6) Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

7) Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

8)Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

9) Kurang melahirkan kasih sayang.

10) Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

11) Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi & pulang dari sekolah.

12) Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

13) Tidak memberatkan pendidikan agama dikalangan anak-anak.

14) Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

15) Tidak programkan masa rehat dan riadah anak-anak.

16) Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

17) Mengizinkan anak menjamah makanan @ minuman yang tidak halal.

18) Tidak tunjuk contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak.

19) Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

20) Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dan anak-anak.

21) Tidak menggunakan bahasa yang betul.

22) Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

23) Senantiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

24) Tidak Membimbing Anak-anak supaya mematuhi syarat.

25) Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

26) Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

27) Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

28) Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak.

29) Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

30) Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

31) Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

32) Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

33) Kerap Meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan oleh anak-anak.

34) Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

35) Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

36) Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

37) Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman keatas anak-anak.

38) Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

39) Tidak tegas mendidik anak-anak.

40) Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

Teknik mengajar anak MENGHORMATI and mengeratkan hubungan ibu bapanya

1. Jika si ibu marahkan anak, bapa DILARANG backing anak semasa anak itu dimarahi. Begitulah sebaliknya. Jika tidak, anak akan hilang rasa hormat terhadap ibu/bapa yg memarahi. Anak mencontohi apa yg diajar/dididik oleh ibu bapanya. Apabila berlaku percanggahan arahan/undang2, anak akan menjadi keliru arahan/undang2 siapakah yg patut dipatuhi. Si ibu atau si bapa. Apabila berlaku pertentangan pendapat yg terang2 ditunjukkan ibu bapa ke atas anak ketika dimarahi, ia telah menjatuhkan MARUAH dan MARTABAT org yg memarahi (ibu/bapa). Anak hilang rasa hormat dan merasakan perbuatan nakal mereka adalah betul belaka kerana ada yg backing.

2. Bapa DILARANG menengking/mengherdik/bertengkar Ibu di hadapan anak2. Begitulah sebaliknya. Anak mencontohi tindak tanduk ibu bapa. Satu rutin putaran kehidupan akan kembali dilakukan oleh anak ke atas ibu yg sering ditengking oleh bapa di hadapan anak2.

3. Sentiasa masak utk anak dan ajak anak sama2 masak/makan, makanan hasil tangan ibu ini dapat mengeratkan hubungan rohani anak dan ibu.

4. Ibu bapa MESTI makan bersama anak-anak

kakyong : sementara anak-anak kecik lagi ni, jadi sedaya upaya untuk menerapkan nilai-nilai yang baik.. walau kekadang terbabas juga, bila terlebih2 berleter, terutama pada abang fikri. huhu...

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, March 4, 2009

058 Kids Remember your promises

kakyong : sebagai panduan & peringatan untuk diri sendiri..

dikutip dari Asian Parent

Kids Remember Your Promises

By Len Stauffenger

TheAsianParent: Helping Parents in Singapore, Malaysia, Indonesia and Hong Kong
But you promised!

“But Mommy/Daddy, you promised!” Heard those words a time or two with your kids? When you are a divorced parent, your helter-skelter, demanding existence seems to involve a lot of cajoling on your part to get your kids moving in the direction you want them to move. So, you promise them something to motivate them, right?

Your children remember every single promise you make to them. Because they haven’t learned to reason yet, they have a tendency to live in their feelings - their emotions - and these emotions create brilliant visualizations of what you’ve promised them: an ice cream treat; a trip to the park; some toy they really want. They can see it in their mind’s eye, because their mind created it for them.

To that visualization they add trust because their mom or dad said it and they trust you. And they expect you to DO what you said you would do. It would destroy your child to make promises you have no intention of keeping, so use “making promises” only when you intend to follow through meticulously.

Lessons learnt

Your children can learn wonderful lessons when you keep your promise to them. They can learn to trust, to love, to be secure, to be safe, to reach their potential. But if you don’t keep your promises, they can be negatively affected. They can experience anger, disappointment, depression, helplessness, and distrust. You don’t want that result, so it’s a great idea to keep your promises to them.

What does “I promise” mean to you? To me, it means “I intend to follow through and do what I’m saying to you.” And then I do it. My kids could always trust me to tell the truth to them and they could trust that my word was worth something. I wanted their words to have value and trust, too. So, if you keep your promise, they can count on you. If they keep their promise, you can count on them.

Mean what you say and only say what you mean. Here’s another aspect of promise-keeping you might not have considered: “Tommy, wash your hands and come to the table to eat.” He doesn’t do that. You say it again “Tommy, wash your hands and come to the table now.” He ignores you. “Tommy, if you don’t come to the table now, I’m going to [insert some promise]. I can guarantee you, if you are a promise keeper in other areas, Tommy is right now in the bathroom washing his hands.

I can also offer you this little tip: there is more meaning and more conviction behind what you said the third time than what you said the first time. If you could weave more meaning and conviction into your promise, make sure you have his full attention (a touch on the arm works) and then deliver the promise, you’ll only have to say it to your kid one time.

This article was provided by Tickled By Life, the world's most popular personal development website.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, February 24, 2009

052 Raising Children - What you should know

Raising Kids book Pictures, Images and Photos

Raising Children - What you should know By Susan Teo theAsianparent Image

What’s the best way to raise a child? A million dollar question, which unfortunately has no right answer. Each child is unique, thus no set of rules can apply to all. However there are a few things that you should keep in mind to be on your way to becoming a better parent.

The first thing is to keep cool when things mess up. Getting agitated or panicky during a crisis isn't gonna solve anything! Keep in mind that chances are, the situation that you are facing has happened to someone else. Can you imagine if each time you visited a doctor he got all panicky? He doesn’t because he has seen many cases, thus he remains calm and collected. The patient on the otherhand frets and worries, thinking their ailment is the most serious and unique. So if you want to solve any family problems or conflicts, the most important thing is remain cool.

The second most important rule is to strengthen your team. When we say strengthen your team, we don't literally mean to go out there and increase your family size! What we mean is to make sure that you and your partner are in cahoots with each other on your child raising and discipline philosophies. Spend time talking to each other about important issues like rules and discipline.

It is also very important to discipline consistently. At the end of a hard day it is so easy to give in to a child that is crying or whining...but that is not consistent. It does not teach them and only makes your job as a parent more difficult. Set limits and rules and always enforce them.

You should also ensure that there is order in your childs lives. Keep a regular schedule of meals, naps, bedtimes and chores. Children need schedules and structure in order to feel in control of the world around them. If you have to change the schedule, respect them by telling them about the changes ahead of time.

Also be sure to be a good role model. No matter how much you resist being a role model to your children, you can’t escape it. All kids take pleasure in imitating their parents, so why not be one consciously and effectively?

In addition to that, you should take an interest in their hobbies. Do things together, like reading, walking, playing and cleaning house. What children want most is your attention. Bad behavior is usually their way of getting your attention.

In the midst of everything else, remember to teach them to stand on their own. Let your child make simple decisions and gently remind them to stand on the decisions that they made. Guide them when they are deciding, tell them the pros and cons of their posible decision. But what ever their decision is, just respect it.

Be sure to also listen to your child. As parents, we sometimes are quick to judge our child's actions or choice of words, that we do not hear their cries for love, attention, or help. We should listen to their feelings, reactions, and opinions. Try to understand their point of view. Look at them when they are talking to show that you are hearing their every word. Put down that book, turn off that television, stop what you are doing and listen!

And finally, practice detachment. The role of a parent is that of a gardener. You don’t create the seed, nor the soil. The potential is already in the seed, you just have to ensure the right conditions for growth. You can loosen the soil a little, so that it may come out easily. Put a fence around it, see that it is not killed by anything, But you can’t control the outcome of the seed.

kakyong : asalnya plan nak translate artikel ni.. tapi masa tak mengizinkan.. jadi tepet ajer lah.. lagipun point nyer bagus untuk dibuat panduan.

artikel dikutip dari TheAsianParent

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .