Showing posts with label health. Show all posts
Showing posts with label health. Show all posts

Tuesday, June 7, 2011

100 hari tanpa rokok

Salam bahagia kawan,


Tahniah buat Imran Ajmain.. check-out this video clip… very inspiring


100 hari tanpa merokok



harus tunjuk pada en ayah ni.. saya dah tak larat, kadang2 bergaduh juga gara-gara rokok ni.. bukan apa, kadang2 putung rokok dibuang merata, anak2 kutip.. kadang sesuka hati dibuang dalam pasu bunga la… huhuuu… ggrrr… Confused smile

sapa kata isteri perokok ni tak kesah, berbuih dah mulut berleter.. walaupun suami merokok di laman rumah, tapi saya hangin sebab putung rokok dibuangnya merata2.. sekali kita sound, dia okay.. lama kita mendiam, dibuatnya macam tu juga… tensi tau.. dan ade lah lagi beberapa perkara yang tidak disenangi bila suami ni merokok.. Smile

jadi, isteri2 di luar sana, bersyukur lah jika suami anda tidak merokok.. dan jangan la nak ‘basuh’ kami isteri suami yang merokok ni.. Situasi anda tak sama dengan saya.. jangan lah anggap isteri suami perokok ni tak pernah kesah hal ni. Bersyukurlah suami anda tidak merokok kerana kurang 1 sebab untuk anda ber’gaduh’.. Smile with tongue out


salam kasih sayang,



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, December 29, 2010

Hajat nak perangkap lalat, tapi lain pula yang menyerah diri

salam bahagia,


Sejak 2 minggu ni lalat suka sangat singgah di rumah kami.. tensi jer dengan lalat ni.. ntah apa lah yang dicari.. ramai jiran yang kata sekarang ni musim lalat…


IMG_9668


Rasanya gambar ni dah menceritakan segala-galanya. Winking smile  dan ini bukan burung yang pertama terjebak dengan ‘perangkap lalat’ ni. Kesian burng2 ni.. dah sayap nya kena getah.. sebaik dilepaskan.. laju jer depa ni// berdesup dia melompat.. walau tak leh nak terbang lagi.. tapi kejap jer dah boleh terbang semula…. tak padan dengan kecik.


Jangan terperanjat.. burung ciak rumah ni memang sebahagian dari ‘ahli rumah kami’… kalo pagi2 memang gamat dengan kicauan depa jer… meriah weiihh…. so pagi2, kalo ibu membebel dengan burung ni adalah biasa. Manalah tak membebel, suka-suki jer depa nak berak merata2.. kadang2 atas sinki.. kadang2 kat meja makan pun ade… hangin hangin.. tapi kan kalo burung ni takde sunyi pulak rumah. Smile with tongue out



salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, November 10, 2010

Foot detox tidak digalakkan untuk ibu mengandung dan menyusu bayi

Salam ceria,

BUkan ibu yang cakap.. tapi memang amaran dari pihak yang menjual foot detox patch sendiri.


IMG_8721a


Btw, ibu dah mencuba foot detox ni.. actually ibu ade beli masa bulan Ramadhan yang lepas.. dan ade menang 5 peket (50 keping) foot detox. tapi ibu takde lah guna hari-hari… 1 kali dalam tempoh seminggu.. tapi ni pun dah 2 minggu ibu tak guna.. heheh.. bukan apa, sebab Aliya masih menyusu badan, maka ibu takde lah beriya2 nak guna kan foot detox ni.


IMG_7942a

INi masa kali pertama ibu gunakan foot detox patch ni… hitam legam dan nampak melekit-lekit. Yang kali ke2 dan seterusnya ibu tak sempat nak snap.. actually baru guna 6 kali jer.. bermakna baru guna 12 keping. Kali ke-6 tu, warna sudah agak coklat2.. tidak lah hitam seperti dalam gambar. NI dah lebih 2 minggu tak guna…


Ingredient Foot detox

IMG_8720b

Ibu tak sempat nak buat proper study tentang bahan2 foot detox ni.. tapi sempat la jengah @ cari sedikit info untuk bacaan. Klik aje pada link biru ni.. jangan riso, akan terbuka kat tab yang lain.. Winking smile

Tourmaline – khasiat & kebaikannya boleh rujuk >> Tourmalines' beneficial effects on health dan juga sila baca kat sini >> tourmaline detoc-foot patches

Dokudami  - rujuk sini >> what is dokudami dan the benefit of dokudami


Pregnant and breast-feeding women should avoid chitosan because it can reduce the amount of calcium and vitamin D in the body.
Read more:
http://www.livestrong.com/article/299018-long-term-effects-of-chitosan/#ixzz14rjBV3Sy

Selebihnya, jom kita buat study lagi yer… foot detox pacth ni memang sedang glamer, namun ibu nasihatkan buat kawan2 ibu yang masih menyusu badan baby/anak.. usahlah ghairah sangat nak detox2 ni. Ibu pun sejak dari Aliya lahir sampai lah sekarang masih tak berani nak mencuba apa2 produk slimming sebab riso effect pada susu badan.. Sarcastic smile  La ni Aliya lebih kerap bergayut belah malam, jadi lagi la tak leh nak ber'detox' ni...

memang tak leh nak kurus la.. sebab memang suka makan.. cuma kawal makanan yang berlemak dan bergoreng jer.. tapi dah azali memang suka makan, memang tak leh nak berdiet @ kurangkan makan. Pernah la cuba, tapi nanti masuk angin plak.. dah masuk angin , lagi la susah. Smile with tongue out



 

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, October 6, 2010

Insya Allah, walau punya 1 ovari.. masih boleh hamil

Salam bahagia dan salam ceria




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


sumber di sini : Isteri satu ovari gusar

SAYA sudah dua tahun berkahwin tetapi belum mempunyai cahaya mata. Adakah masalah senggugut dan keputihan menyukarkan seseorang itu hamil?








Adakah penggunaan pelbagai produk untuk kehamilan akan membawa kesan kepada saya yang hanya mempunyai ovari di sebelah kiri sahaja? Adakah saya sukar hamil kerana hanya satu ovari saja yang aktif? Apakah yang harus saya lakukan untuk mendapatkan cahaya mata?

LUNA




Sabah


ANDA tidak menyatakan usia anda serta tujuan ovari kanan anda tiada atau dibuang. Masalah senggugut boleh berpunca daripada penyakit endometriosis. Seperti diketahui, endometriosis peringkat lanjut (tiga atau empat) boleh mengganggu kesuburan wanita, manakala endometriosis peringkat satu atau dua pula tiada kaitan dengan kesuburan. Selain itu, tidak semestinya senggugut berpunca daripada endometriosis.
Masalah keputihan adalah suatu yang sering dialami oleh wanita, ia juga tidak semestinya berkait dengan kesuburan. Menggunakan sebarang produk perlulah secara berhati-hati dan dengan nasihat pakar. Setiap produk (termasuk ubat perubatan moden) mempunyai kesan baik dan negatifnya. Lazimnya sebelum doktor memberikan ubat-ubatan moden, kesan sampingan ini akan diberitahu agar seseorang itu tidak panik sekiranya mengalami kesan biasa dan segera datang mendapatkan rawatan perubatan apabila berlaku kesan serius yang dinyatakan. Begitu juga dengan perubatan tradisional atau produk kesihatan lain, sewajarnya kesan sampingan juga diberitahu dan bukan saja kesan baiknya. Lazimnya semakin cepat seseorang mengalami kesan ‘pemulihan’ yang dikehendaki, semakin kuat atau berpotensi produk itu. Ini bermakna, semakin kuat juga kesan sampingan yang boleh dialami, tidak mengira sama ada ia berlaku dalam masa terdekat ataupun dalam masa beberapa tahun akan datang. Mengamalkan konsep sederhana sangat penting.
Mempunyai sebelah ovari saja lazimnya tidak mengganggu kesuburan ovari. Pada setiap kitaran haid, ovulasi dijangka berlaku dari ovari terbabit saja.
Bagaimanapun, keadaan struktur lain seperti tiub fallopio dan organ dalaman pelvis penting diketahui. Sekiranya anda sudah menjalani pembedahan (misalnya membuang ovari kanan), maklumat sewaktu pembedahan terbabit sangat penting. Selain itu, suami juga dinasihatkan menjalani ujian air mani.


ulasan ibu :

Adik ipar ibu, ovari nya terpaksa dibuang sebelah kerana ia nya pecah akibat mengandung luor rahim. Bahaya tau kalo terjadi kes macam ni.. harus segera ke hospital & dioperate.. kalo lambat boleh membawa maut. Masalah nya, kita ni mana lah nak tau @ detect yang kita mengandung di luor rahim kan. Selalunya kes ni terjadi jika kita sakit di bahagian air2... macam senggugut, tapi leh jadi cam menggigil gitu.. masa tu haid dah lewat lebih 1 bulan.. dan kita plak assume darah yang keluor tu darah haid, tapi sebenornya bukan haid.

Actually ada banyak kes juga kawan2 ibu yang ade rahim depa terpaksa di buang.. ade yang masalah cyst dan ketumbuhan.

Beberapa ketika selepas kejadian, sedey juga si adik ipor.. yer le kan.. umur muda lagi, belum 25 pun masa tu.. riso kan tak leh mengandung lagi.. mujur le masa tu dah ade sorang. Setahun selepas kejadian, Alhamdulillah, dah rezeki tertulis.. mengandung dia akhirnya.. dapat le sorang lagi anak lelaki.  

So, buat yang hanya ade 1 ovari usah le berdukacita.. yang penting jaga kesihatan & pastikan pusingan haid teratur.. selain berdoa dan tumpahkan kasih sayang pada anak-anak. Tak kiralah anak2 sapa pun, asal jumpa tu.. ambil la peluang untuk cium dan belai (dengan izin makpak nyer lah yer,...). Insya Allah, jika kita ada kasih sayang pada anak2.. Allah lorongkan rezeki itu untuk kita.

Dan jika ada masalah kesihatan @ kesuburan.. berubat lah.. jumpa pakar.. dua-dua suami isteri harus sepakat. Sebab banyak kes, suami yang ego tak mau buat check-up, asyik nak salahkan pihak isteri jer. dan satu lagi, nasihat untuk pihak isteri, jika berat badan berlebihan.. contoh BMI lebih 26 tu.. sila berusaha untuk turunkan sedikit berat badan. Terlalu kurus pun susah juga nak mengandung., tapi walau apa pun semua ini kehenadak Allah. Allah yang mengatur dan aturan Allah itu selalunya lebih baik untuk kita dan ade hikmahnya yang tersendiri.


jangan malu2 amik tau apa dia semua ni...  rajah ni amik dari SINI 

Ibu share 1 lagi kes.

Kawan ibu ni masa ibu kenal, dia dah kahwin hampir 10 tahun. Masa tu ibu bujang lagi le. Ibu tanya kenapa dia belum ade anak? huhuuu.. soalan poyo & straightforward orang yang belum kahwin. Kata kawan ibu tu, dia belum sedia.. lagipun dia nak sediakan rumah yang lengkap sebelum ade anak. Tapi masa ibu bertanya tu, dia dah ade rumah, dah lengkap dah rumah dia. Still dia kata tak sedia, takut nanti anak tak cukup makan, so nak tunggu dapat kenaikan gaji @ pangkat pulak.. huhuuuu... tak lama kemudian, sebelah ovari nya kena dibuang kerana terdapat pengumpulan darah beku... huhuuu, bahaya tu. 

Sebab berlaku pengumpulan darah beku di saluran falofia (rujuk rajah) - kawan ibu tu cakap, doktor beritahu ia adalah kerana darah haid tidak turun semuanya. Haaaa, camner kan nak tahu darah haid kita turun abis ke tak..???!! 

Bila dah takde sebelah ovari, baru lah dia mencuba untuk mengandung. Tapi kawan ibu ni ade satu masalah, dia ni tak suka budak2.. kalo kami buat jamuan raya @ hari keluarga, dia suka betul mengutuk mak2 yang ade anak lasak dan tak reti dok diam. Biasalah kan anak2 memang cam tu kan... kalo deme tak lasak, tak syok la jadi budak2.. hehehe...

Dipendekkan cerita (panjang benor dah rasanya menaip ni), beberapa tahun kemudian, terjadi lagi pembekuan darah di saluran falofia yang satu lagi... dah kena di remove kan juga, camno nak beranak kan, kalo dua2 ovari dan saluran dibuang. Akhirnya, hingga kini masih berdua. Ibu tabik spring pada suami kawan ibu tu, sebab bersabor dan enjoy dengan kehidupan yang ada. 

Ada lah hikmahnya kan di setiap kejadian itu... dalam kes kawan ibu ni, mungkin berdua lebih baik untuk mereka.. Allah sayang pada hambaNya yang kasih dan sayang sesama insan. Wallahu'alam.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, August 11, 2010

Aliya masih demam

Salam bahagia buat semua,



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

hari pertama memulakan puasa, Aliya masih lagi demam. Sudah 4 malam berturut tidur ibu tak menentu dan Aliya pula on & off merengek... Demam Aliya kali ini memang lama. Kebiasaannya paling lama pun 2 hari sahaja.

Aliya mula dedor pada hari sabtu, 7 Ogos 2010.. hari sebelum tu 6 Ogos kami ke AgroFest Negeri Perak di Infoternak Sg Siput. Agaknya sebab keletihan berjalan sajer sepanjang meronda di AgroFest.

keletihan.. ni dah hampir nak sampai rumah, kami sampai rumah dah maghrib..

dah letih jugak ni.. tu yang bersandar kat tiang ni sambil tengok burung unta

ni baru je 1/2 jam di AgroFest.. tu pun muka dah nampak letih.. 1/2 jam dok berjalan jer...

merengek-rengek jer... sedap lah ade ayah tolong urut-urutkan
Hari Ahad nya panas badan nya memang menjadi-jadi.. tapi langsung tak mau makan ubat.. asyik nak berkepit dengan ibu jer.. plan nak Giant hari Ahad tu pun terpaksa kensel. 


kak anis pun tolong juga urut-urut Anis... 

hari ahad tu minum milo pun tak mau.. makan pun tak mau... mana lah badan tak lemah..

pagi Isnin panas dah berkurang, ade selera nak makan nasi bubur & kentang goreng dengan telur
malam hari Isnin, dah lega sikit.. terus nak main kat laman pulak.. kebetulan fifi datang

hari selasa, masih tak mau makan ubat,, asyik melekap dengan ibu jer... 

hari ni (Rabu), jika panasnya masih tak berkurang.. kami nekad nak bawa ke hospital.. doktor di klinik yang kami biasa pergi tu pun dah pesan, hari ni kalo tak kebah juga, amik surat untuk ke hospital

malam tadi (selasa), dah kebah sikit & dah mau makan obat... terus nak main tulis-tulis dengan abang fikri

Pagi tadi, panasnya sudah berkurang.. ayahnya mandikan ALiya.. siannya sampai menggigil-gigil kaki tangan.. hari ni macam semalam, nak tidur dalam buai jer. Tapi ibu still tak leh nak buat koje lain, dia naik ibu buai sambil pegang kaki dia... kalau lepas jap mula lah merengek.. 

Permintaan Aliya pagi ni - ajak ayah '' nyontet'" .... bila ayahnya cakap.. Jom g Giant.. dan2 tu terus cari baju baru... huhuuuu.. demam nak berjalan rupanya...


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, June 1, 2010

kami tak pernah beli ayam tesco

.
Salam ceria.,

Kalian dah tahu kot tentang berita INI.

Kami memang tak pernah membeli ayam @ daging di TESCO/GIANT., hatta ikannya pun. Kalo membeli belah hanya beli barang2 kering aje.

Anak-anak pula memang suka makan ayam, tapi suamiku walaupun berniaga di pasar.. stok ayam hanya dibeli 1 bulan 1 kali, 1 ekor untuk 1 bulan... owhhh, sangat kedukut kan.. itu pun setelah anak-anak mula 'demand' nak makan ayam. Jika pulang ke rumah atok/opah-santan, hidangan ayam adalah ayam kampung yang atok bela. 

Tapi ayam atok-santan bela belum la termasuk dalam kategori ayam kampung organik... sebab ayam atok-santan takde lah diberi 'habbatus-sawda, halia, kunyit, pandan & air bawah tanah tanpa klorin'. Tapi ayam atok-santan tak dicucuk vaksin apa pun tau..  

Kenapa kami tidak membeli ayam di hypermart... ?!!

1. ayam sejuk beku - mesti tak fresh..
2. suami kerja di pasar.. ayam di sembelih depan mata bila nak beli.
3. suami ku lebih suka ayam kampung
4. harga ayam sekarang semakin mahal.. antara sebab suamiku tak mau beli ayam
5. ajar anak supaya lebih makan ikan...

Tapi ibu tak reti sangat nak masak ayam kampung ni.. lama nak kena tunggu.. leceh erkkk.. tapi opah-santan sangat expert masak ayam kampung.. jadi kalo ibumertuaku masak sup @ rendang ayam kampung.. kami dengan muka tak malu.. amik tapau... hahahaa...

Btw, ibu tak mau sentuh tentang vaksin ayam yang dikatakan mempunyai unsur yang meragukan yang dicucuk kepada ayam. Sebab ibu pun tak tau apa nama vaksin itu & memang tidak punya ilmu untuk mengulas lanjut. Cuma sedikit terkilan lah kan, jika pihak kerajaan @ jabatan pertanian/haiwan tahu berkenaan hal vaksin tersebut kenapa tiada tindakan diambil.





imej hasil carian di google.. teringin nak rasa sate ayam organik HPA ni..


Nak mengharap ayam organik.. rasanya tak ramai yang jumpa orang jual ayam organik di pasar malam. Stokis HPA, hmmm.. ibu baru berura-ura nak pujuk ayah g cari stokis HPA kat Ipoh ni.. teringin gak kan nak merasa apa itu ayam organik... mahal sikit lah harga ayam organik ni berbanding ayam biasa.. 




foto ni jumpa di blog INI.. kot lah teringin nak beli.. ni lah dia packing ayam radix


Btw, masa ibu dok google cari info pasal ayam nih.. actually cari info pasal vaksin tu la.. tapi tak jumpa maklumat yang dinginkan.. terjumpa pula blog yang cerita tentang TERNAK AYAM.. asyik pula ibu membaca nya... 

Bila bercakap tentang ayam ni, tak boleh la amik pukul-rata jer kan.. Almaklumlah pada yang sudah amal ayam organik, jangan lah persendakan kawan2 yang belum mencuba nih.. kalo boleh ajaklah dengan cara berhemah.. & usah lah buat andaian semua ayam-yang-bukan-organik tidak boleh dimakan... Ibu memang suka makan ayam.. terutama ayam goreng.. cuma lately je mengurangkan makan ayam goreng sebab geraham dah takdok.. susah nak mengunyah.... 


p.s
orang Ipoh.. kome biasa tak makan 'nasi ganja' kat Jalan Yang Kalsom..
ala, yang kedai makan mamak punya, kedai minum ch1n4 punya..
pesan ibu - usah lah makan situ.. sebab ade kawan en ayah nampak, pekerja kedai mamak tu sembelih ayam yang dah mati... kawan en ayah tu koje nyer 'despatch' ayam ke restoren.. yer le sekali antor ayam sah2 berbakul2.. 1 bakul pun ayam dah bersesak2.. sah2 ade ayam yang mati.. 



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, May 25, 2010

Sejauh mana kita arif tentang pemakanan anak-anak

.

Salam ceria & semoga berbahagia selalu..


kerjasama makan sama-sama

Ibu actually google pasal tajuk/point lain.. tapi terjumpa artikel tentang pemakanan anak2 di Anakku.my -->Faktor pemakanan anak menjadi pintar. 

Ibu quote kan di sini bahagian yang penting.. mungkin ramai ibu bapa yang dah tahu.. tapi ini untuk peringatan diri ibu sendiri.. almaklumlah kadang2 kerap juga menyediakan makanan segera untuk anak2.. contoh burger, sosej,
Makanan terbahagi kepada dua kategori iaitu makanan neurofilik dan makanan neurotoksik. Makanan neurofilik adalah makanan yang akan merangsang perkembangan otak dan saraf. Manakala makanan neurotoksik adalah makanan yang meracun otak dan saraf.

Makanan neurofilik adalah seperti ikan, kekacang dan kekeras, bijirin, sayuran, buah-buahan, kismis, tamar, kurma, susu dan makanan dari susu, ayam, gula semulajadi (enau), koko atau coklat, belalang kunyit, majerin sayuran, minyak sayuran, beras warna coklat, roti mil penuh, ubi kentang, ubi keledek, madu lebah, daging tanpa lemak, makanan laut yang mengandungi iodin dan telur.

Makanan yang disenaraikan di atas adalah makanan yang boleh mencerdaskan fikiran, menjadikan seseorang itu rajin, mencerdaskan akal, meningkatkan daya fikir, kreatif, menajamkan tumpuan dan ingatan, menghilangkan rasa resah, runsing dan takut, meningkatkan semangat serta menghilangkan bosan.

Sementara makanan neurotoksik adalah seperti aiskrim, air berklorin, cuka, asam, jeruk, biji dan ulam gajus, biskut dan kek, buah pala, kepala ikan, kicap dan garam, gula, kopi dan teh, makanan yang berminyak, belacan, budu, cencaluk, dadah dan makanan segera serta makanan ringan.

Makanan-makanan di atas akan menyebabkan mengantuk, malas, hilang ingatan, lupa dan gangguan emosi. Ini bukanlah bermaksud anda tidak boleh mengambil makanan neurotoksik, tetapi adalah memadai anda mengambilnya dengan jumlah yang sedikit.

ulasan ibu :

1. untuk makanan neurofilik -- yang ibu warnakan oren itu belum pernah lagi ibu beri pada anak2.. terutama belalang kunyit. Kalau masa kecik2 dulu selalu la juga adik-adik dok cari belalang kunyit ni.. tapi ibu tak pernah terbuka hati pun nak makan belalang kunyit... tengok orang makan ade lah, tapi diri sendiri... uwaaa, tak rela.. baru tau rupanya belalang kunyit ni antara makanan yang bisa merangsang otak anak ke arah yang positif.. apa lagi.. mak2 ayah, lepas ni balik kampung, bawa la jaring (net macam tangkap rama-rama tu) siap2 ajak anak beriadah sambil cari belalang kunyit.

2. beras warna coklat/beras perang - ibu masa bujang dulu suka makan beras ni.. tapi la ni kalo nak beli, en ayah akan cakap mahal.. lagipun dia tak suka.. en ayah tak suka, tapi beras tu baik khasiatnya... pasni leh la kot pujuk2 beli kampit kecil..


3. Lepas ni harus la dikurangkan belacan dalam resepi nasi goreng.. dikurangkan bukan ditiadakan... huhhh, camana nih, en ayah kalo nasi goreng takdak belacan, jadi macam hilang selera jadinya. Sosej & burger, ni selalunya en ayah beli 1 kali dalam tempoh 2 minggu.. 1 kali beli hanya 1 pack 10 pcs tu.. agak2 kena berhenti terus ka... uhhhh...

4. Kicap -- rumah ibu ni kalo takde kicap memang tak sah.. en ayah memang 'hantu kicap'.. anak2 kurang makan kicap, tapi kalo en ayah yang amik turn suap anak2 makan.. memang ber'kicap'lah.. gulai kari pun berkicap, asam pedas pun berkicap... 

5. Biskut pula memang antara stock yang selalu ada, at least 1 tin 1 bulan. Kami biasa beli biskut jacob, samada high-fiber @ weatmeal. Biskut jacob ni tak manis, tapi termasuk dalam kumpulan neurotoksik jugak ke?... Kadang2 beli juga biskut Marie.. tapi biskut timbang jarang lah beli sebab manis. 

6. Kek memang sangat2 jarang.. tu pasal lah anak2 selalu minta sebab selalu dok nampak dalam iklan tv, tapi ibu selalu buat derk & asyik tangguh jer.. tapi kalo pandai buat kek sendiri, senang lah sket.. buleh adjust sendiri kandungan gula..

7. Kopi & teh --> ni memang minuman harian kat rumah. Selalu pagi2 ibu buat milo untuk Aliya. Anis & fikri pulak selalu request nak Teh.. & fikri pulak selera orang tua, kadang2 tu dia akan request nak minum kopi... kalo tak dilayan maunya ngamuk2..

8. Kismis & tamar - kalo kismis tu selalu beli 'kismis doa' tu.. beli kat pasar malam.. Aliya memang suka, Anis & fikri pulak terpengaruh dengan Aliya.. sebab Aliya suka makan, depa pun sama nak berebut.. Tamar/Kurma -- kenapa kalo bukan bulan Ramadhan susah sungguh nak cari..??!! Sapa nak tolong jawab... 


Panjang lah bebelan & repekan ibu nih...  supaya kita sama2 dapat didik anak dengan lebih baik & mencari panduan yang bersesuaian dengan pendidikan & pengurusan psikologi anak-anak..boleh saja layari website Ratuhati.com, Anakku sayang dan mungkin ada banyak lagi forum yang ibu sendiri belum explore.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, January 8, 2010

18 years old with 20 years experience.. ;)

Salam buat semua kawan ibu,

Kelmarin 6 Januari, umur ibu berkalih 1 tahun lagi...

Ibu nak ucapkan terima kasih pada kawan2 yang WISH ibu di FB. terima kasih atas doa2 kalian. Harapan nya begitulah, semoga dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur (oppsss.. umur ni rahsia Allah..) supaya dapat terus mendidik anak2 juga berbakti apa yang terdaya.

Ibu memang takde berhajat apa2 pun, cuma mengharapkan kesihatan yang baik agar ibu dapat menguruskan keluarga dan kerja2 ibu.

btw, ibu suka WISh dari kawan ibu ni.







Nazhatul Afzan ni kawan ibu masa di UUM, kami sama2 dalam kumpulan Gamelan dulu.

Tiada acara istimewa. memula en ayah plan nak belanja ibu pizza.. *actually dah berbulan2 ibu teringin nak makan pizza.. dok sebut jer tapi tak adelah ibu mengharapkan pun * tapi ulcer lidah ibu yang dah hampir seminggu masih belum nampak tanda2 nak sembuh. Jadi berkubur ajer lah plan itu.







Ibu kena ulcer ditepi lidah. Ulcer lidah ibu ni sebenarnya disebabkan oleh gigi geraham belakang yang selalu tergigitkan lidah tu. Gigi geraham tu dah berlubang, dan tepi2 yang tajam itulah yang telah memberi musibah kepada lidah ibu. huuuuuhhhhuuuu.. actually dari bulan lepas dok plan nak g cabut, tapi ibu takut kalo sakit. huhhhuuuu.. yer le orang tua cabut gigi.. maunya lambat baik. Ibu dah tengok banyak kes.. sampai ada yang berdarah tempat cabut tu.. makan minggu juga nak baik.. :(

apa2 pun, ibu harap cepat lah baik ulcer ni. dah baik nanti baru nak g cabut gigi. Dah hampir seminggu ni, susah benor nak menelan. nak bercakap pun susah. ada masa sakitnya berkurang, tapi bila betul2 sakit.. beri kesan sampai ke kepala (sebelah plak tu) dan juga telinga, ia juga membuat ibu demam di sebelah malam. huhhhuuuu.. dah le anis & aliya pun dok demam @ dedor on & off.


Ibu ada juga membuat bacaan tentang ulcer lidah ni.. baca juga tentang kanser lidah.. ohhhh scary nyer..

Alhamdulillah, mamaqaypo @ eta cadangkan ibu guna BONJELA. dari kemarin dok pesan dengan en ayah, minta belikan, tapi asyik lupa jer.. so la ni ibu memang dok bertahan jer lah.. kalo rasa sakit tu, ibu telan panadol jer. Bila Aliya nak BF ibu pun baring dan terlelap sekali. heheheee... dapat lah juga berehat. Serius cakap, sakit nya memang menyentap ke urat kepala & telinga sama macam sakit gigi juga.

Sebelum ni dah 2 kali kena, tapi lepas 3,4 hari ulcer tu baik. pagi2 ibu akan berkumur dengan air garam dulu, semalam ada sorang kawan FB, kak Sham, dia nasihatkan berkumur dengan air soda bikarbonat. Serbuk putih penaik tu di campurkan dengan air, bukan air bergas ice-cream soda yer... :p. Ibu terlupa nak buat pun. Pasni kena terus buat.

Bibir pun kering, dok pulun minum air masak, pun masih kering juga. sudahnya asyik kerap ke toilet jer. Malam pun ntah berapa kali terbangun. Actually, terbangun malam bancuh susu anak ni 1-2 kali tu rutin biasa. Lagipun Aliya reverse cycle, dia lebih banyak BF waktu malam.

2 minggu ni memang letih sket.. anak2 On & Off demam.. ibu plak dapat ulcer lidah ni.. dok demam On & Off juga.. tapi kerja rumah & anak2 tetap perlu diuruskan. Fikri dia sonok lah ibu sakit lidah, sebab ibu tak leh nak marah2 sangat.. nanti ibu sakit... "tu lah ibu tak gosok gigi " ade ke ibu tak gosok gigi dapat sakit lidah.


oh ya, ibu tulis tajuk kan main lagi, tapi ceritanya banyak pasal ulser lidah.

resolusi ibu sama jer macam tahun lepas.. boleh baca ---> sila klik sini
Insya Allah, ibu akan berusaha untuk renew dan perbaiki lagi diri ibu. Kalo ibu tidak mampu untuk memberikan yang terbaik pada diri ibu, bagaimana ibu nak berikan yang terbaik untuk orang2 yang ibu sayang yang ada disekeliling hidup ibu.







kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .