Showing posts with label breastfeeding. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding. Show all posts

Wednesday, November 10, 2010

Foot detox tidak digalakkan untuk ibu mengandung dan menyusu bayi

Salam ceria,

BUkan ibu yang cakap.. tapi memang amaran dari pihak yang menjual foot detox patch sendiri.


IMG_8721a


Btw, ibu dah mencuba foot detox ni.. actually ibu ade beli masa bulan Ramadhan yang lepas.. dan ade menang 5 peket (50 keping) foot detox. tapi ibu takde lah guna hari-hari… 1 kali dalam tempoh seminggu.. tapi ni pun dah 2 minggu ibu tak guna.. heheh.. bukan apa, sebab Aliya masih menyusu badan, maka ibu takde lah beriya2 nak guna kan foot detox ni.


IMG_7942a

INi masa kali pertama ibu gunakan foot detox patch ni… hitam legam dan nampak melekit-lekit. Yang kali ke2 dan seterusnya ibu tak sempat nak snap.. actually baru guna 6 kali jer.. bermakna baru guna 12 keping. Kali ke-6 tu, warna sudah agak coklat2.. tidak lah hitam seperti dalam gambar. NI dah lebih 2 minggu tak guna…


Ingredient Foot detox

IMG_8720b

Ibu tak sempat nak buat proper study tentang bahan2 foot detox ni.. tapi sempat la jengah @ cari sedikit info untuk bacaan. Klik aje pada link biru ni.. jangan riso, akan terbuka kat tab yang lain.. Winking smile

Tourmaline – khasiat & kebaikannya boleh rujuk >> Tourmalines' beneficial effects on health dan juga sila baca kat sini >> tourmaline detoc-foot patches

Dokudami  - rujuk sini >> what is dokudami dan the benefit of dokudami


Pregnant and breast-feeding women should avoid chitosan because it can reduce the amount of calcium and vitamin D in the body.
Read more:
http://www.livestrong.com/article/299018-long-term-effects-of-chitosan/#ixzz14rjBV3Sy

Selebihnya, jom kita buat study lagi yer… foot detox pacth ni memang sedang glamer, namun ibu nasihatkan buat kawan2 ibu yang masih menyusu badan baby/anak.. usahlah ghairah sangat nak detox2 ni. Ibu pun sejak dari Aliya lahir sampai lah sekarang masih tak berani nak mencuba apa2 produk slimming sebab riso effect pada susu badan.. Sarcastic smile  La ni Aliya lebih kerap bergayut belah malam, jadi lagi la tak leh nak ber'detox' ni...

memang tak leh nak kurus la.. sebab memang suka makan.. cuma kawal makanan yang berlemak dan bergoreng jer.. tapi dah azali memang suka makan, memang tak leh nak berdiet @ kurangkan makan. Pernah la cuba, tapi nanti masuk angin plak.. dah masuk angin , lagi la susah. Smile with tongue out



 

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, November 8, 2010

Bayi tercekik @ tersedak susu ~ Anis & Aliya pun penah alami

Salam ceria,
n3 ni dah banyak hari ibu draf kan.. ingat nak published pada hari sabtu.. tapi dok tahan2 sampai la hari ni.

MInggu lepas ibu dapat berita dari kawan yang anak jirannya meninggal dunia kerana tercekik susu. Bayi itu memang dalam jagaan ibu ayahnya semasa kejadian berlaku. Bayi jiran kawan ni baru 3 bulan usianya. Sebaik usai solat subuh, si ibu dan ayah mendapati bayi sudah berbuih mulutnya.  Crying face

Sejam sebelum itu si ibu memang ada menyusukan bayi dengan botol susu. Setelah di bawa ke hospital, memang disahkan bayi dah meninggal. Sedih kan jika kita yang berada di tempat ibu tu.  Sad smile Sudahlah itu bayi pertama. Tentu kita akan salahkan diri kita sebab tak jaga betul-betul. Namun, harus juga kita ingat, mungkin sudah sampai janji Allah untuk anak comel kita tu. Doakan lah supaya ibu bayi itu & keluarganya tabah. AlFatihah.

Anak-anak ibu pun pernah alami masalah tersedak susu ni. Anis & Aliya, tapi kes yang agak berbeza.. Abang Fikri? Alhamdulillah, tiada masalah sepanjang menyusu ibu (direct feed) dan juga menyusu botol.


agak2 ini Anis @ Aliya… Open-mouthed smileWinking smile (jgn sendal botol susu kat bantal cam ni yer.. salah ni.. ni pun sebab nak amik gambor jer)

Anis mula hisap susu botol masa umur 3.5 bulan. (masa tu susu ibu macam dah kering.. sebab masa tu ibu dah pregnantkan Aliya.. huhuu) Bila menyusu badan, Anis tiada masalah tersedak susu, tapi bila hisap susu botol jer mesti akan berlaku kejadian susu memancut keluor dari mulut dan hidung macam air pancut.

Kali pertama terjadi, memang panik sangat.. Confused smile  mujur la segera di angkat, walau terketor2. Ikhtiar kami adalah menukar puting susu anis ke puting susu yang bentuk crocked @ sempit. contoh macam gambar kat bawah ni. Anis guna putting ni sampai umur 3 tahun… huhuu.. baru jer lately ni kamu tukor puting yang biasa.


putingsusu
pic ibu pinjam dari SINI.. hasil dari carian google

Kes Aliya pulak… Aliya jadi tersedak susu semasa dalam pantang lagi. Bayi yang menyusu badan juga boleh tersedak susu yer… masa tu saluran nya masih sempit lagi. Jadi harus ambil langkah berjaga2 juga selepas disusukan.

Ada yang kata bayi yang direct feed susu badan ni tak perlu nak di’burk’ @ ditepuk2 manja belakang nya sampai bunyi @ keluor angin. Ibu ada mendapat nasihat doktor, Dr Tun @ senior masa di MRSM dulu. Katanya baby ni kadang2 ade yang tak pandai nak telan terus susu yang dihisap, apa yang terjadi adalah susu terkumpul dalam mulut (hujung mulut @ di saluran) sebelum mengalir @ ditelan. Maka, selepas disusukan (BF ye), kita tegakkan baby @ posisikan dia dalam keadaan kepala tinggi sedikit @ iring kan @ kita tegakkan (tegakkan sikit jer @ condong sikit) untuk di ‘burk’  (disendawakan) @ supaya susu dapat mengalir ke dalam salurannya.



IMG_0082Aliya umur 3 bulan… berketak-ketak (rindu saat ni, la ni Aliya dah keding)

Ibu buat macam ni sampai ALiya umur 4 bulan. Sekadar untuk pastikan Aliya betul2 sudah tiada masalah tersedak susu.  Tapi cuak jugaklah sebab ramai le sedara mara yang sibuk nak jadi doktor tak bertauliah.. sibuk dok kata, “eh tak payah buat camtu, susu badan tak payah nak burk-burk kan baby.” As usual, ibu selalu buat derk jer.. lagipun malas nak bersoal jawab dengan orang yang tak bertanya, tapi hanya tahu nak tunjuk pandai jer. Fikir sendiri lah kan, Aliya tu bukan anak pertama, jadi sila lah bertanya, jangan suka2 jer nak serkap jarang. Smile with tongue out

** The fact is – jangan biarkan bayi anda menyusu sendirian, lebih lagi bayi yang berumur kurang 1 tahun.  (rujuk berita di Kosmo online) **

Biarlah orang mengata yang kita ni menatang anak tapi bayi dibawah umur 1 tahun memang sangat wajar ditatang bagai minyak yang penuh.


** btw, berhati2 bila angkat baby, jangan terus ditegakkan kepala baby sekiranya berlaku tersedak susu melalui hidung & mulut.. sebab dikhuatiri susu akan termasuk ke saluran pernafasan... sebaiknya iringkan dulu..**


rule of thumb bila baby tersedak susu
1. iringkan badan baby dulu &
2. tepuk manja @ urut belakang baby untuk tenangkan baby &
3. lapkan mulut dan hidung baby.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, September 3, 2010

Calling to all BF mommies... cute BF dolly for you

Salam bahagia dan salam ceria...






sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Ibu present this BF (breastfeeding) dolly buat semua ibu2 yang
  • sedang & masih menyusukan anak-anak
  • sedang pregnant dan merancang untuk menyusukan anak-anak
  • telah menyusukan anak-anak
juga buat yang masih bujang juga.. sebagai inspirasi untuk anda sebaik melangkah ke alam perkahwinan dan bersedia untuk menjadi ibu yang memberikan pemakanan terbaik untuk bayi anda nanti.


Special credit to MommaMia for this special effort, BF dolly created by Wansteddy..

meh pakat ramai2 jengah sini.. baca pernyataan ibu-ibu tentang penyusuan ibu... 


dolly ini tiada tarikh luput ya.. mana2 mummy blogger yang terserempak dengan n3 ini.. sila lah jangan segan silu untuk copy & paste di blog kalian... 





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, August 3, 2010

Kad Penghargaan Ibu Menyusu & Minggu Penyusuan Ibu Sedunia

Salam bahagia buat semua..




Ibu dapat kad penghargaan Ibu menyusu ini daripada MommaMia.. dan UmmuMishkah..

dan seterusnya ibu nak panjangkan kad penghargaan ini buat semua ibu2 yang menyusukan anak.. yang telah, yang sedang dan juga yang bercita2 untuk menyusukan anak.. sila lah ambil ya.. jangan segan-segan.. hargai diri anda atas keistimewaan ini.







Minggu Penyusuan Ibu Sedunia 2010 (1-7 Ogos 2010)
maklumat lanjut boleh rujuk di WorldBreastfeedingWeek.org




Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, July 7, 2010

Aliya masih lagi menyusu ibu

.
Salam bahagia










Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com dan Special Giveaway kakyong[dot]com... meh la join.



Jika dikira mengikut tahun hijrah, Aliya sudah pun genap 2 tahun pada 14 Rejab yang lalu.. jika mengikut perkiraan tahun masehi 18 Julai 2010 nanti, genap lah Aliya 2 tahun.

Saya bukan lah seorang yang obses bab penyusuan ibu ni.. tapi ibu telah mencuba segala daya yang terbaik untuk Aliya.. sebab Fikri hanya menyusu ibu selama 5 bulan sahaja, itu pun campur-campur. Anis pulak ekslusif 3 bulan++ , bila ibu dapat tahu mengandungkan Aliya, masa tu Anis dah masuk 4 bulan, susu pulak kering... sila consider pada faktor usia.. jadi rezeki Anis hanya 3 bulan sahaja..

Walau Anis hanya sempat menyusu 3 bulan++ sahaja, tapi Anis sangat kuat menyusu. Ibu habis jer pantang, berat badan turun banyak... memang rasa best sangat masa tu.. rasa ramping jer.. tapi tak sempat nak bergaya bagai, mengandung pulak lah lagi..

Agaknya mungkin sudah tersurat rezeki Aliya memang lebih berbanding abang Fikri & kakak Anis, ditambah pula pada waktu itu ibu pun dah pandai sket 'merancang'.. dan sudah banyak juga menggali ilmu2 supaya dapat membanyakkan susu daripada doktor, gynea, orang2 tua dan jiran-jiran.


Aliya pada usia 4 bulan ++

Ibu sebenarnya tidak ada banyak tips dalam penyusuan ibu ni, yang ibu amalkan adalah sikit lebih kurang macam ni :

  1. minum air 1 cawan sebelum dan selepas menyusukan Aliya.. ini tips yang penting. Camno badan nak stimulate air susu kalo air dalam badan tak cukup.
  2. orang kata halba baik.. tapi ibu tak rebus @ minum air halba.. sebaliknya ibu guna halba campur tiap kali masak kari ikan. Kami anak-beranak memang suka makan kari, anak2 lebih suka kari berbanding masakan lemak yang lain.
  3. MInum susu - tak juga.. sangat2 jarang.. tapi ibu kerap minum milo panas.. sekurang2nya 1 cawan 1 hari.
  4. Ibu suka biskut IKO.. semua biskut IKO yang berasaskan OAT ibu makan. ini pun makan 1 paket kecil @ 2 keping 1 hari.
  5. Minum soya - tak juga.. boleh di kira berapa kali je, tapi ibu suka tauhu & tempe.. jadi dalam 1 minggu mesti ada 1,2 kali lauk yang ada tauhu @ tempe.. tauhu goreng cicah dengan sambal kicap, sangat mebeles.. sambal tempe goreng bersama ikan bilis pun yummyyy...
  6. ada orang kata daun kucai boleh banyakkan susu.. tapi ibu takde la buat stail rebus kucai & minum air nyer.. tak lalu. Ibu pastikan tiap kali masak mee goreng, keateow goreng @ cucur mesti letak kucai. 
  7. hmmm.. apa lagi ya... ohh ya,, ibu ada makan jamu... hmm, ade ibu BF banned terus jamu nih.. ohhh, ibu tidak, ibu dapatkan nasihat & amik tahu apa kandungan dalam jamu tu.. so far jamu yang ibu makan ni memang membantu untuk stimulate susu ibu... nantilah ibu share lain kali pengalaman ibu dengan jamu ni 
  8. Ibu suka minum air mata kucing/longan... walau bukan hari-hari, tapi sekurangnya 1 minggu mesti nak cari jugak. 
  9. last sekali ibu rasa lebih kepada sikap & kemahuan kita. Dalam amalan pemakan, harus konsisten, begitu juga dari segi emosi & motivasi.. sebab ada yang baru cuba pemakanan 1 kali tengok cam takde hasil terus give up... ohhhooo, tolong jangan cepat putus asa.. bab pemakanan ni, sila lah beri ruang kepada badan kita untuk digest & sesuaikan diri dia.. mana ade ubat 1 kali makan terus menampakkan hasil kan. So, cuba berkali2 baru cakap, cara pemakanan A tu tak sesuai untuk anda.



Cara Aliya menyusu : berapa kali 1 hari.. ??

ntah lah ibu dah tak larat nak kira.. permintaan dia memang takde penghujungnya. kalo ikutkan Aliya ni selalu jer melekap dengan ibu. Sambil ibu buat kerja pun dia selamba jer memposisikan diri dia untuk bergantung. Walau dah kenyang makan, dia mesti nak melekap juga. Kalo tidur malam, memang bergantung jer.. ibu le yang lenguh bahu sebab kena mengiring.

Cuma kalo kami pergi ke majlis kenduri/kuor jalan-jalan ker, dia memang akan asyik nak makan jer. dia boleh menahan gian dia.. tapi once dah masuk kereta, terus mencari posisi untuk melekap. Kalo di rumah kenduri tu, kalo dah tak leh tahan tu, dia mula lah bisik-bisik "ibu.. nak t*t*k" .. tahu pulak dia malu, kalo di rumah, lambat sikit jer.. mahu melalak sampai jiran sebelah pun boleh dengar.

btw, sekarang ni Aliya dah pandai guna botol susu. Botol susu tu hanya untuk minum milo jer.. 








Buat masa ni ibu belum lagi merancang nak weaning-off.. lagipun dah biasa Aliya selalu jer melekap.. bior le dulu  kan.. nanti kalo dia dah tak nak melekap.. ai rindu plak...








sempena entri pasal penyusuan ibu ni (tak lah sehebat ibu-ibu yang lain..) ibu tampalkan award dari shira ni.. dah lama ibu peram award ni.. dah 1 tahun lebih.. baru ni nak tampal...

tak ingat le either shira kata leh kasi kat kawan2 blog yang lain atau tidak.. tapi ibu nak kasi & nak minta ibu2 yang terpilih ni story mori serba sedikit tentang pengalaman kalian menyusukan anak.



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, May 17, 2010

Meratah susu

.
Salam hari Isnin...

Semoga semangat berkobar-kobar untuk memulakan minggu baru ni...



ni alkesah Aliya pada suatu tengahari (hampir nak tengahari tapi masa tu ibu belum masuk dapur lagi). hari tu Abang fikri & anis ikut atok, jalan2 naik motor & singgah terus rumah opah.. tinggal lah si kecik ni sorang dengan ibu.. pukul 3 petang baru abg fikri & kakak anis balik rumah


diam-diam aliya buat projek kat dapur.. ntah masa bila dia panjat kerusi & amik bekas isi susu kakak anis atas meja (ibu yang lupa nak alihkan kerusi jauh-jauh)

susu botol belum berapa reti nak minum.. tapi susu tepung ni sedap jer dia ratah... ibu snap foto pun dia buat dek jer..


muka baru lepas nangis.. kena tinggal, tak dapat ikut atuk..


ni la muka pesalah yang langsung tak rasa bersalah.. innocent jer...



Aliya masih lagi BF.. 2,3 minggu ni dia langsung tak mau fresh milk. Pagi2 dia akan minta milo, minum dalam botol.. Selain milo, memang asyik berkelek dengan ibu jer.. Boleh kata tiap jam dia akan mintak nak t*t*k.. so, kejadian BF sambil ibu buat kerja itu adalah suatu yang normal.

Ibu buat kerja = ibu mengadap lappy samada untuk kerja akaun, berblog, berFB, bertenet, dsb.

Pernah terjadi, suatu petang ade customer telefon.. baru jer nak bercakap dah Aliya merengek nak BF. Bila minta Aliya tunggu & cakap yang ibu nak cakap dengan kawan ibu dulu, tapi Aliya dok melalak sampai ngamuk-ngamuk. Sah2 customer dihujung talian pasti mendengar suara lalakan anakku. Jadi, terpaksalah minta maaf dengan customer sebab tak dapat nak bersembang. Minta la no telefon customer, nanti ibu buleh return-call. Sudahnya, bila ibu return-call, customer tu cakap tak jadi pulak nak beli. Takde rezeki lah kan. 

Ibu pun sedih lah jugak, sebab dah hilang seorang customer. Tapi nak buek camno kan.. bukan kita tak mau layan panggilan customer, tapi situasi tak mengizinkan.. lagipun ibu takde pembantu.. sebab tu lah, kalo hal2 belian on-line ni, ibu prefer customer hantar request melalui email. Bukan sombong, tapi tak mau kejadian anak menangis minta perhatian, semasa menjawab panggilan customer, berulang lagi.

Aliya akan genap 2 tahun 18 Julai 2010.. Ibu pun belum plan apa2 untuk weaning-off.. kadang2 tu terfikir juga, kalo si kecik ni tak melekap jer kat ibu, lebih banyak kerja yang ibu boleh selesaikan. Tapi bila tengok muka tulus-mulus yang kuat merengek tu.. tak sampai hati pulak. Bior lah dia menyusu dengan ibu selagi yang dia mahu. Selagi ibu tak pregnant lagi, selagi tu la Aliya boleh terus menyusu.

Pengalaman sebelum ni, time pregnant susu memang kering.. dah tua lah katakan.



p.s
lama tak makan tempe.. bila lah ayah nak belikan tempe.. 




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, July 23, 2009

200 BreastFeeding photo contest 2009

Kawan-kawan, ibu masih lagi dalam mood bercontest ya... usahlah muntah darah ya.. Ibu sekadar ingin memeriahkan contest2 yang dibuat oleh kawan-kawan blog jer. :D
Butiran yang perlu disertakan untuk sertai contest.
  • Nama ibu : Habibah binti Yahya, panggil kakyong .
  • Nama anak : Aliya Nadhirah binti Sharul Ainal
  • Tarikh lahir anak : 18 Julai 2008.
  • Umur anak semasa foto diambil : foto diambil pada 12 Julai 2009, 6 hari sebelum Aliya cukup 1 tahun, jadi umur waktu itu adalah 11 bulan 3 minggu 1 hari.. :D

  • Lokasi foto diambil : dalam kereta, semasa sedang tunggu en ayah belikan pisang goreng di Taman Tasek Damai.. sebelum tu kami sekeluarga shoping kat Tesco. Aliya memang lapor sangat lah time ni, tu yang menyusu sampai terlena
Dan ini ibu kongsikan sedikit kisah pahit manis ibu menyusukan Aliya. *Belum pernah lagi buat catatan pasal BF dalam Catatan Ibu, ini lah kali pertama* semoga ade pengajaran yang boleh dijadikan iktibar.
Semasa fikri dan anis (abang & kakak Aliya) masih bayi, ibu memang tidak berjaya *bukan gagal yer.. kalo gagal, maknanya langsung tak BF* untuk menyusukan mereka secara exclusive walaupun selama 6 bulan. Senang cakap, pada hari pertama lagi anis & fikri sudah diberi FM, sebab susu ibu tak mahu keluar, walaupun nurse datang membantu & mengajar ibu cara untuk mengeluarkan kolostrom pertama.. :( Fikri hanya menyusu selama 5 bulan lebih, anis pula hanya 3 bulan. Cerita lanjut, nanti ibu ceritakan dalam n3 yang akan datang. *kalo ade masa lah yer... *
Alhamdulillah, 2 anak tidak berjaya, tetapi lain pula kesahnya bila Aliya lahir. Aliya sejak hari pertama lagi sudah pandai reject FM. Sejak hari pertama ibu suakan nenein bu, aliya terus menghisap dengan kuat sekali, sampai opah (makbonda) yang berada di wad saat itu sempat bersuara. "Pandai nya menghisap ni, nanti ngopek jer lah sampai besor" Agaknya memang makbul pun kata2 makbonda, sampai hari ini Aliya masih lagi fully nenen ibu. :)
Aliya paling suka kalo nenen sambil baring, sebab nanti dia boleh lah nenen sambil membuat macam2 gaya.. kejap terkangkang luas kakinya, kejap ala2 menonggeng gitu.. sampai en ayah selalu cakap... 'nenen pun berlagak... dah expert lah tu, sampai nonggeng2 lagi...' btw, foto aliya nenen sambil nonggeng takde lah kami snap... * too personal, ihikkkss * Dan setiap sessi menyusu Aliya sekurang2nya 20 minit ke setengah jam... semasa dalam pantang hingga usia 6 bulan, Aliya akan menyusu sehingga terlena dan ibu akan biarkan Aliya lepaskan sendiri nenen nya. Jadi, Aliya jarang merengek sebab lapar susu. Ibu memang tak boleh faham & tak boleh tahan, kalo ade ibu2 yang menyusukan anak 2,3 minit sahaja. Lebih tak tahan kalo anak @ baby nyer mula melalak sebab tak puas menyusu.
Orang selalu kata, kalo anak 1st & 2nd tak fully BF, anak2 yang seterusnya pun sama lah juga nasibnya. Alhamdulillah, ibu berjaya menepis segala andaian itu. Mungkin kerana keazaman ibu sejak mengandungkan Aliya lagi. Kesungguhan ALiya menyusu sejak hari pertama lagi, lebih memberi semangat untuk ibu menyusukan Aliya, selama mana yang ibu mampu & ALiya mahu.
ALhamdulillah, setahun berlalu, rasanya tidak banyak masalah yang dihadapi, produksi susu sentiiasa ada walaupun pada hari2 ibu berpuasa. Untuk menambahkan susu badan, pada 3 bulan pertama ibu banyak makan sayur lobak putih, kemudian slowly ibu makan biskut IKO.. *maksima ibu hanya boleh makan 1 pack sahaja, kalo lebih.. merana badan... terasa bagai membawa 2 ketul batu besar .. ;;) *, selain tu tempe, dan sayur sawi batang putih juga sesuai untuk ibu menambahkan susu.
Ibu juga amalkan makan jamu kakyang 4 bahagia. Setengah jamu akan membuat susu badan susut, tapi jamu kakyang 4 bahagia membantu ke arah menambah susu badan, jadi kerana itu ibu memang tak boleh makan berlebihan biskut IKO & juga oat. Sebenarnya, lain orang lain kesannya.. Alhamdulillah, untuk ibu kebanyakan tips & makanan yang membantu ke arah susu ibu... memang memberi kesan yang sangat baik. Pada masa yang sama juga, ibu kurangkan minum minuman berkafein, yang berais, juga mengurangkan makanan yang masam2. Yer lah, untuk menjaga kualiti susu kan.
Selain itu belajar juga lah tips untuk mengurut supaya susu yang dihasilkan adalah susu yang pekat *penuh lemak berkrim* disukai Aliya. Cuma yang musykil nya Aliya tidak lah semontel mana pun.. namun Aliya seorang periang dan cergas. Boleh berjalan pada usia 11 bulan, berbanding kakak & abang yang berjalan pada usia 14 bulan. Insya Allah, ibu berhasrat untuk menyusukan Aliya sehingga Aliya 2 tahun.
Begitu lah serba sedikit pengalaman ibu dalam penyusuan susu ibu. Kalau nak cerita lagi, nanti panjang berjela2.. buhsan penganjur contest nak baca.
Kawan-kawan ibu sila klik pada banner di atas untuk ke link contest.
Sila maklum ya, tarikh akhir contest adalah pada 25 Julai 2009.


Pada 26 Julai 2009, sesi pengundian akan bermula, dan akan berlangsung sehingga 10 Ogos 2009. Jadi kan, ibu *dengan nada merayu* nak minta jasa baik kawan2 ibu... Nanti tolong vote ibu yer... ;;) . tetapi harus diingat yer, penganjur telah beri syarat, hanya boleh vote sekali sahaja... jadi, jangan lupa ya nanti vote ibu.. sebab contest ni 100% bergantung kepada UNDI. Btw, ibu berharap jangan lah 100% undian.. letih tau, sebab ibu ni tak pandai nak melobi... ;))

dan ini adalah hadiah yang ditawarkan :sangat menarik bukan...
Pakej Cloth Diaper sumbangan Ibu Az Shoppe Pakej Cloth Pad sumbangan My Luvly Pad Produk Kecantikan sumbangan rahsiacantik.com Pakaian kanak-kanak sumbangan redroses2u.net Produk kesihatan DCL sumbangan E-Anggun Sihat Voucher Pembelian produk HPA sumbangan Herbs n' U Produk Breastfeeding sumbangan Sayang Baby Ibu


Kawan2 yang belum join, mari lah join.. jom kita memeriahkan contest ini, tanda sokongan kita ke arah penyusuan ibu.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .