Showing posts with label pregnancy. Show all posts
Showing posts with label pregnancy. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

Sembang dengan ALiya pasal baby

Salam bahagia,

Pepagi tadi menjengah blog cikgu Isza.. kebetulan Aliya pun dah bangun.. dia pun sibuk nak tengok sekali, sebab nampak gambor baby.





Tahniah cikgu Isza.. ade cikgu Isza call ibu on 27 Dec 2010… dah ade alamat cikgu.. ntah bila la kami nak sampai sana ni… tak sabar juga nak tengok baby besor ni… semangat tak kome tengok baby dalam gambor ni…? baby boy lahir pada 23 Dec 2010 secara c-sec, berat 4.5 kg.


Sambil ibu baca n3, Aliya pula tengok gambor baby.

Aliya : Ibu, nak baby.. nak baby
Ibu : Eeya nak baby ker?
Aliya : ya (sambil angguk kepala)
Ibu : Eeya nak baby kecik?
Aliya : nak, nak baby..
Ibu : Baby nak susu dengan sapa?
Aliya : Ibu la
Ibu : boleh ke kongsi t*t*k dengan Eeya?
Aliya : boleh.
Ibu : betul ni..
Aliya : (angguk kepala berkali dengan wajah happy.)
Ibu : cukup ker susu?
Aliya : cukup. (dengan confident nya..)
Ibu : … senyum juga… Open-mouthed smile


Ibu sebenarnya belum ade plan untuk baby baru.. sebab sekarang ni fokus utama ibu adalah dalam hal mengukuhkan ekonomi keluarga dulu. Tak mampu rasanya nak mengandung & pada masa yang sama nak ke sana ke mari menguruskan hal kerja.

Masa mengandungkan Aliya dulu pun, ibu selalu jer tak sihat.. berjalan pun macam siput.. hatta buat kerja rumah pun semput2.. Mujur la hanya uruskan Anis jer, Fikri memang kerap di rumah opah santan. Bukan nak mengalah, tapi harus akur juga dengan usia yang sudah menghampiri 40'an.

MUngkin mudah untuk sesiapa jua menjawab, ‘rezeki anak itu ada’ Memang betul, setiap anak telah ditetapkan rezekinya oleh Allah. Tapi rezeki tidak akan datang bergolek, jika tidak diusaha mana kan dapat hasil nya. Thinking smile

Tolong doakan yer semoga plan yang bakal ibu usahakan mendatangkan hasil untuk kehidupan kami sekeluarga. Amin.



p/s :
esok cuti umum kan.. sonok lah yer, dapat cuti panjang hujung tahun... ;)
tapi untuk ibu takde beza apa pun, yer lah dok rumah jer kan.. tak terasa lah impaknya..

1 Jan 2011 kami ade jemputan majlis bertunang lagi di Taiping,

3-5 Jan 2011, mungkin kami akan bermalam di ULu Kinta.. Fikri nak mulakan persekolahan kan... hmm, rasa macam tak bersiaran lah ibu untuk 3 hari nanti.. kalo kat sana ade line tenet, ade la ibu online.. jika tak.. memang sunyi lah blog & tak dapat nak ziarah @ BW dsb..



salam kasih sayang untuk semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, December 6, 2010

Tak penah dok wad kelas 1 GH

Salam ceria,

Semalam petang BW ke blog cikgu isza.. cikgu isza ni memang dah sarat menanti hari nak bersalin. ibu sempat la skodeng n3 cikgu isza yang bertajuk Wad 1 vs Wad 2 - Ada beza ke?

Ibu tak pernah dok wad bersalin kelas 1, walaupun pernah bersalin di GH. Hari air ketuban pecah pada 25 Februari 2006, sebaik mendaftar dan dibuat ujian CTG (cardiotocography), ibu kemudiannya di masukkan ke wad kelas 3. Layanan punya lah kasar.. dan kebanyakan ibu-ibu yang berada di wad kelas 3 adalah ibu2 yang datang dari kampung, mainly suri rumah, yang sangat2 penyabar, dan tidak langsung merungut dengan layanan misi2 yang bermulut laser.

Ibu sebenarnya tak kesah berkongsi bilik dengan ramai.. bilik wad tu bersesak dengan 4-5 katil, bilik pulak sempit.. sungguh.. jika keluarga bertandang.. memang tiada langsung privacy. katil pun rapat2..

Ibu request tukor ke wad 2.. dari jam 11 pagi mintak tukor.. hampir malam baru dapat/selesai.. itu pun kena tanya 4-5 kali kat kaunter.. misi2 ni sebuk bersembang dari menyiapkan kerja (masa itu la.. Feb 2006). Ohya, ibu kena bayar RM400 sebagai deposit, kalo nak ke wad 1 kena bayar RM800 sebagai deposit.

cajwad-hbi

jika tengok dari jadual yang ibu dapat dari SINI.. deposit sepatutnya RM350, tak tau la kenapa masa tu ibu kena bayar RM400. Bukan tak bertanya, tapi jawapan depa dok sebut RM400 jer..

Ibu stay di wad dari 25 Februari 2006 sehinggalah 1 Mar 2006, kos semua sekali almost RM400 la (5 hari… lama tau, sampai macam2 kes ibu nampak sepanjang dok wad). Ada 1 kes ni budak umur dalam 18 tahun macam tu.. masa dihantar ke wad 3, dia dok cakap pada kak di sebalah yang dia rasa macam nak bersalin.. terasa baby nak keluor. Tapi misi dok marah2, at last kakak yang sama sarat2 ni.. berkejor panggil misi sebab dah nampak kepala budak… kelam kabut suasana.. sebelum tu doktor & misi  dok marah2, belum masa nak bersalin lagi.. sebab budak tu baru 7 bulan.. kalo misi lambat memang kak sebelah (yang juga sarat) jadi bidan terjun.. Smile with tongue out

Ada satu kes lagi.. kak ni datang dari Parit.. sempoi je kak ni.. baby dia, 4 orang dah mati dalam perut… Ya Allah… kecut ibu dengor.. dah le kali pertama nak bersalin, dengor plak pengalaman macam ni. Tapi kan, kak tu punyalah tenang.. dia kata kalo anak yang ni pun menerima nasib yang sama, dia redho. Pregnant kali ni dia memang terus direfer ke Hospital Ipoh. Ibu pun tak tau apa nasib kak tu, sebab lepas ibu bersalin tu tak jumpa dah kak tu.. dok tanya2 depa kata kak tu dah balik Parit, doktor suruh datang minggu depan. Ni 2-2 kes yang dok wad kelas 3.

Pengalaman ibu dok kelas 2.. Alhamdulillah, misi boleh tahan la.. ikut shif depa kerja.. ada masa dapat yang baik.. ada masa dapat yang mulut laser. Tapi yang best, ade kelas mengajar cara nak susukan baby. Misi ni memang senior la.. sangat2 supportive.. siap ajor lagi cara nak pegang, cara nak picit dsb… 1st time kan masa tu, segala2nya kekok.

hari ibu bersalin, 27 Feb 2006, actually ibu sakit hati juga.. sebab doktor yang pakar kata lepas 24 jam mesti bersalin, maknanya 26 Feb lah kan.. tapi doktor yang kecik sikit (bukan saiz doktor tu kecik, Smile with tongue out ni kira pangkat doktor biasa la)  kata takper.. boleh tunggu sampai 48 jam.. hangin jer tau, sebab air ketuban dah mengering.. malam 26 Feb tu, pad yang ibu guna dah bertukor jadi kuning2.. jika jernih bermakna masih selamat.. subuh 27 Feb, pad dah jadi warna hijo.. Misi dah kelam kabut.. pagi2 jam 7.45 pagi ibu dah bersiap.. ade 4 orang sama2 dengan ibu dijadualkan untuk pagi tu.. semua induce..

Citer di labor room… hmmm.. ibu rasa macam dah penah citer.. tapi tak jumpa plak link. so ibu skip la citer tu kat sini. btw, fikri lahir memang dah biru la.. jadi 1 hari ditempatkan di NICU selama 24 jam untuk pemantauan. Ibu dipindahkan ke wad 2 jam 6 petang. Jam 7.30 malam, suami pun dah balik.. so sendiri2 le jaga diri sendiri.. darah di pad memang dah banyak atas lapik tilam. Datang sorang jururawat muda (memang muda) dia marah, kenapa tak salin pad. Selamba jer dia suruh turun katil dan salin pad. Rasa nak nangis pun ade, macam budak2 dibuatnya kita.. Dah la katil tu tinggi.. tinggi gila, kalo tak letak kerusi memang susah nak turun…  mujur lah dah pesan pada en ayah supaya letakkan kerusi supaya senang nak turun. Patutnya katil di wad ibu bersalin sepatutnya rendah dan memudahkan ibu yang nak bersalin dan yang sudah bersalin.

Pukul 8 malam, rasa tak selesa sangat, cuba lah turun.. lepas turun dari katil, dok kat kerusi dulu.. terasa dunia berpusing2.. cuba gagahkan diri berpaut pada katil & dinding.. terus pitam.. mujur kawan katil sebelah cepat datang dan tolong.. dia plak baru masuk & tunggu saat nak bersalin. Dia tolong sapu minyak cap kapak..

Kebetulan datang pula Misi yang lain.. dia cakap., ‘eh.. kenapa turun katil.. tak boleh lagi ni.. tunggu lagi 2-3 jam.. dah2, naik balik.. rehat jer.. bior jer darah kuor, lapik ada.. nanti tengah malam kita ganti lain’ Tak lama Misi tu datang, bawa sepersalinan uniform pink baru untuk ibu.

Ibu pun terus sambung rehat & tidur.. terjaga jam 12 tengahmalam. Baru la rasa segor, bangun buat milo panas.. dan pelan2 jalan ke toilet.. toilet tak le jauh, tapi 20 langkah le jugak.. 20 langkah untuk ibu yang baru bersalin bagai berbatu2 juga jauhnya. Nerd smile  Kebetulan ade pulak Misi lalu, Misi tu siap teman & tunggu kat luor toilet.. dia riso ibu pitam dalam toilet, sebab ibu baru melepasi 6 jam pertama kan. Alhamdulillah, rezeki ibu lah kan dapat misi baik camtu. Btw, ibu kata kat misi tak payah tunggu, sebab ibu nak mandi (mujur bilik mandi tu ade heater).. tapi 5 minit lepas tu dia datang lagi check.. kan dah kata, ibu memang bertuah.

Kat wad tu ade time2 tertentu ada staff (selalunya staff senior, dah pangkat makcik2) akan antor air panas.. kadang2 makcik2 ni akan tolong amikkan bekas/termos dan isikan air panas.. Kalo Misi mulut laser nampak, Misi ni akan marah pesakit, selamba je dia cakap.. “dah nak beranak tu bawa2 lah berjalan, jangan malas asyik nak baring jer…” huhuuu… bisa beracun sungguh… Angry smile

ohya, cikgu isza ade mentioned baby tidak dimandikan untuk di wad 2.. tapi masa hari ke 2, baby dah dihantar/dipulangkan pada ibu jam 6 petang. Malam tu ibu lap2 sikit2 jer si baby, sebab keadaan baby masa tu memang bersih.. esok pagi Misi yang mandikan, jam 8 pagi Misi dah start ambil baby untuk dimandikan.. Winking smile


rujukan gambar dari sini, wad bersalin di bangunan lama.. wad PICU di bangunan ini

Banyak la juga kenangan pahit manis bersalin di GH, maklum lah dok situ 5 hari kan.

Antara yang tak best, selepas bersalin, hari2 doktor nak check VE.. harap2 tau lah apa menda ni kan… bayangkan 2 hari dok situ selepas bersalin, 2-2 hari kena check… gila ke doktor ni macam xde koje lain.. dah lah tu, korek macam apa jer… walhal di swasta, once doktor dah jahit, dah bersihkan.. the next day kalo belum balik.. misi cuma pastikan kita bersihkan dengan air garam setiap kali tukor pad. Takde nya sibuk2 nak ‘intai2’ lagi dah. Pengalaman kalian camana, yang bersalin di GH le.. ?!

Ibu bersalin kali ke 2 & 3 di PRI Ar-Ridzuan? Mahal? Mahal sikit jer kalo bersalin wad kelas 1 GH, lebih kurang RM1,200++. Masa tu ibu bekerja dan mampu. Jika bersalin di wad 1 GH kos dalam RM800 gitu.. tapi tak boleh pilih doktor.

Sebab memilih PRI? Nak doktor perempuan Islam yang menyambut anak, siap dengan bacaan Bismillah & laungan takbir Allahu Akbar. Anis & Aliya sejak dari dalam perut lagi dah di’layan’ oleh doktor/gynea yang sama. Layanan dari nurse/misi di PRI memang baik dan mesra.. misi di situ nampak lebih santai.. sebab ade 4-5 jer wad/bilik untuk ibu bersalin (single bedded), jadi setiap masa max depa hanya ade 5 pesakit jer.

Yang belum kahwin dan juga yang bakal menjadi ibu, sakit bersalin setiap orang tak sama tau.. ade yang langsung tak rasa sakit.. ade yang menanggung sakit berhari2 sebelum/selepas bersalin. Jadi, masuk wad 1,2 @ 3.. tidak akan menyebabkan sakit bersalin berkurang @ bertambah… CUMA… jika u dilayan dengan sedikit kasar, mungkin jiwa lah yang akan sakit.. sakit di jiwa lebih meninggalkan kesan daripada sakit dijahit luka episiotomi. Smile with tongue out

Rule of thumb : jangan kuat merungut dan komplen.. tak kira nak bersalin diswasta @ GH.. ibu2 yang nak bersalin ni kena banyak bersabar & selawat banyak2.. Insya Allah, Allah permudahkan.


salam kasih sayang buat semua

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, October 13, 2010

Pakaian @ fesyen ibu mengandung

Salam bahagia hari rabu



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Apalah yang tak kena dengan ibu hari ini... mati2 ingatkan hari ni dah hari khamis.. sekali tengok kalender dan buka lappy... rupanya baru hari Rabu. Agaknya sebab semalam adalah hari yang panjang.. melayan kerenah anak..


gambar credit to Google.com

Pinjam gambor artis... heheh... ntah kenapa tetiba pagi ni nak citer pasal pakaian ibu mengandung.

Kalian (pertanyaan ni untuk ibu2 ajer yer, tapi kalo bapa2 kalo nak jawab bagi pihak isteri2 juga boleh) masa mengandung suka pakai baju yang camana ya...??

Ibu masa mengandung 3-3 anak, ibu suka pakai seluor. Memang ibu ade beli 3-4 pasang seluor ibu mengandung tu. Yang bujang2 sila ambil maklum, beza tau suor ibu mengandung dengan suor ibu yang perut kempis... ;) 

Baju2 pula, kebanyakan nyer ibu tempah dari makteh Ani.. baju yang ala2 jubah seluar tapi takde lah kain mahal2.. hanya kain biasa2 ajer.. dan sampai sekarang pun baju2 itu ibu masih pakai. Sekarang ni bila ibu pakai baju2 tu, orang mesti ingat ibu mengandung.. sebab baju tu besar kan, tapi ibu suka pakai sebab selesa dan berangin... ;)



Ibu memang tak ade gaun ibu mengandung.. sebab en ayah tak suka. Katanya nanti terselak sana sini.. lagipun gaun ibu mengandung ni banyak yang tangan pendek, tak lawo nanti nampak ketiak (yang part ketiak tu en ayah le yang cakap).. Actually boleh pakai dengan extender lengan kan..

Ibu suka juga tengok fesyen2 ibu mengandung ni.. sekarang ni dah banyak busana untuk ibu mengandung, yang sangat cantik, selesa, nampak sopan dan yang pasti ibu2 masih tetap vogue walaupun semasa mengandung.

Cuma ada beberapa kes yang ibu pernah lihat... ada ibu2 mengandung yang sedikit lalai dalam menjaga aurat, terutama di bulan-bulan terakhir. Ada yang tudung pun dah tak mandang, pastu pakai plak gaun sesingkat lutut bila keluar dari rumah... adduuiii... adakah alasan 'panas' sehingga ada yang rela menggadai aurat. 

Ibu akui, ibu juga kuat berpeluh semasa mengandung ke 3-3 anak.. tapi ibu sentiasa @ masih dalam 'sedar yang waras' tentang aurat. Kadang2 ibu jadi kecewa bila melihat situasi macam ni.. (terjadi pada orang yang kita kenal la...) 

Mungkin kah kerana sedikit sikap alpa ibu2 semasa mengandung (dalam hal menjaga aurat), memberi kesan kepada pertumbuhan sosial anak di masa depan. Isu aurat ini sensitif bila disebut, tetapi bila melihat cabaran ibubapa masa kini dalam mengasuh dan mendidik anak2, begitu juga dengan masalah sosial sekarang ini, rasanya harus kita ambil serius. Kadang2 hal yang kita anggap remeh sebenarnya memberi kesan kepada masa depan. Wallu'alam.

**gambar update jam 10.10am **
ni suor untuk ibu mengandung yang ibu punya.. beli kat JJ jenama scarlet... ibu suka sebab dia ade getah untuk adjust & kain di bahagian perut memang stretchable.. seluor yang coklat tu sampai sekarang ibu masih pakai... ;)

p/s :
Ibu tak mengandung okeh... hehehe.. tulisan ini hanya untuk peringatan pada diri sendiri juga... sebab masih berharap untuk mengandung sebelum usia mencecah 40 tahun pada 2012 nanti..  


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, October 6, 2010

Insya Allah, walau punya 1 ovari.. masih boleh hamil

Salam bahagia dan salam ceria




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


sumber di sini : Isteri satu ovari gusar

SAYA sudah dua tahun berkahwin tetapi belum mempunyai cahaya mata. Adakah masalah senggugut dan keputihan menyukarkan seseorang itu hamil?








Adakah penggunaan pelbagai produk untuk kehamilan akan membawa kesan kepada saya yang hanya mempunyai ovari di sebelah kiri sahaja? Adakah saya sukar hamil kerana hanya satu ovari saja yang aktif? Apakah yang harus saya lakukan untuk mendapatkan cahaya mata?

LUNA




Sabah


ANDA tidak menyatakan usia anda serta tujuan ovari kanan anda tiada atau dibuang. Masalah senggugut boleh berpunca daripada penyakit endometriosis. Seperti diketahui, endometriosis peringkat lanjut (tiga atau empat) boleh mengganggu kesuburan wanita, manakala endometriosis peringkat satu atau dua pula tiada kaitan dengan kesuburan. Selain itu, tidak semestinya senggugut berpunca daripada endometriosis.
Masalah keputihan adalah suatu yang sering dialami oleh wanita, ia juga tidak semestinya berkait dengan kesuburan. Menggunakan sebarang produk perlulah secara berhati-hati dan dengan nasihat pakar. Setiap produk (termasuk ubat perubatan moden) mempunyai kesan baik dan negatifnya. Lazimnya sebelum doktor memberikan ubat-ubatan moden, kesan sampingan ini akan diberitahu agar seseorang itu tidak panik sekiranya mengalami kesan biasa dan segera datang mendapatkan rawatan perubatan apabila berlaku kesan serius yang dinyatakan. Begitu juga dengan perubatan tradisional atau produk kesihatan lain, sewajarnya kesan sampingan juga diberitahu dan bukan saja kesan baiknya. Lazimnya semakin cepat seseorang mengalami kesan ‘pemulihan’ yang dikehendaki, semakin kuat atau berpotensi produk itu. Ini bermakna, semakin kuat juga kesan sampingan yang boleh dialami, tidak mengira sama ada ia berlaku dalam masa terdekat ataupun dalam masa beberapa tahun akan datang. Mengamalkan konsep sederhana sangat penting.
Mempunyai sebelah ovari saja lazimnya tidak mengganggu kesuburan ovari. Pada setiap kitaran haid, ovulasi dijangka berlaku dari ovari terbabit saja.
Bagaimanapun, keadaan struktur lain seperti tiub fallopio dan organ dalaman pelvis penting diketahui. Sekiranya anda sudah menjalani pembedahan (misalnya membuang ovari kanan), maklumat sewaktu pembedahan terbabit sangat penting. Selain itu, suami juga dinasihatkan menjalani ujian air mani.


ulasan ibu :

Adik ipar ibu, ovari nya terpaksa dibuang sebelah kerana ia nya pecah akibat mengandung luor rahim. Bahaya tau kalo terjadi kes macam ni.. harus segera ke hospital & dioperate.. kalo lambat boleh membawa maut. Masalah nya, kita ni mana lah nak tau @ detect yang kita mengandung di luor rahim kan. Selalunya kes ni terjadi jika kita sakit di bahagian air2... macam senggugut, tapi leh jadi cam menggigil gitu.. masa tu haid dah lewat lebih 1 bulan.. dan kita plak assume darah yang keluor tu darah haid, tapi sebenornya bukan haid.

Actually ada banyak kes juga kawan2 ibu yang ade rahim depa terpaksa di buang.. ade yang masalah cyst dan ketumbuhan.

Beberapa ketika selepas kejadian, sedey juga si adik ipor.. yer le kan.. umur muda lagi, belum 25 pun masa tu.. riso kan tak leh mengandung lagi.. mujur le masa tu dah ade sorang. Setahun selepas kejadian, Alhamdulillah, dah rezeki tertulis.. mengandung dia akhirnya.. dapat le sorang lagi anak lelaki.  

So, buat yang hanya ade 1 ovari usah le berdukacita.. yang penting jaga kesihatan & pastikan pusingan haid teratur.. selain berdoa dan tumpahkan kasih sayang pada anak-anak. Tak kiralah anak2 sapa pun, asal jumpa tu.. ambil la peluang untuk cium dan belai (dengan izin makpak nyer lah yer,...). Insya Allah, jika kita ada kasih sayang pada anak2.. Allah lorongkan rezeki itu untuk kita.

Dan jika ada masalah kesihatan @ kesuburan.. berubat lah.. jumpa pakar.. dua-dua suami isteri harus sepakat. Sebab banyak kes, suami yang ego tak mau buat check-up, asyik nak salahkan pihak isteri jer. dan satu lagi, nasihat untuk pihak isteri, jika berat badan berlebihan.. contoh BMI lebih 26 tu.. sila berusaha untuk turunkan sedikit berat badan. Terlalu kurus pun susah juga nak mengandung., tapi walau apa pun semua ini kehenadak Allah. Allah yang mengatur dan aturan Allah itu selalunya lebih baik untuk kita dan ade hikmahnya yang tersendiri.


jangan malu2 amik tau apa dia semua ni...  rajah ni amik dari SINI 

Ibu share 1 lagi kes.

Kawan ibu ni masa ibu kenal, dia dah kahwin hampir 10 tahun. Masa tu ibu bujang lagi le. Ibu tanya kenapa dia belum ade anak? huhuuu.. soalan poyo & straightforward orang yang belum kahwin. Kata kawan ibu tu, dia belum sedia.. lagipun dia nak sediakan rumah yang lengkap sebelum ade anak. Tapi masa ibu bertanya tu, dia dah ade rumah, dah lengkap dah rumah dia. Still dia kata tak sedia, takut nanti anak tak cukup makan, so nak tunggu dapat kenaikan gaji @ pangkat pulak.. huhuuuu... tak lama kemudian, sebelah ovari nya kena dibuang kerana terdapat pengumpulan darah beku... huhuuu, bahaya tu. 

Sebab berlaku pengumpulan darah beku di saluran falofia (rujuk rajah) - kawan ibu tu cakap, doktor beritahu ia adalah kerana darah haid tidak turun semuanya. Haaaa, camner kan nak tahu darah haid kita turun abis ke tak..???!! 

Bila dah takde sebelah ovari, baru lah dia mencuba untuk mengandung. Tapi kawan ibu ni ade satu masalah, dia ni tak suka budak2.. kalo kami buat jamuan raya @ hari keluarga, dia suka betul mengutuk mak2 yang ade anak lasak dan tak reti dok diam. Biasalah kan anak2 memang cam tu kan... kalo deme tak lasak, tak syok la jadi budak2.. hehehe...

Dipendekkan cerita (panjang benor dah rasanya menaip ni), beberapa tahun kemudian, terjadi lagi pembekuan darah di saluran falofia yang satu lagi... dah kena di remove kan juga, camno nak beranak kan, kalo dua2 ovari dan saluran dibuang. Akhirnya, hingga kini masih berdua. Ibu tabik spring pada suami kawan ibu tu, sebab bersabor dan enjoy dengan kehidupan yang ada. 

Ada lah hikmahnya kan di setiap kejadian itu... dalam kes kawan ibu ni, mungkin berdua lebih baik untuk mereka.. Allah sayang pada hambaNya yang kasih dan sayang sesama insan. Wallahu'alam.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Sunday, February 7, 2010

mengandung lagi pada usia lewat 30'an & awal 40'an

Salam ceria buat semua,

Maaf sebab ibu belum sempat lagi nak UP kan n3 ~ point @ mata kawan2 untuk suku akhir (bulan Januari 2010) giveaway Catatan Ibu. Sabar ya, ibu dah kira separuh jalan, pastu bila ibu leka dengan kerja2 cross-stitch, penyakit M melanda pulak nak buka laptop.


beberapa hari lepas @ mungkin juga minggu lepas kot (ingat2 lupa), ibu senyum2 sendiri bila baca n3 ni di blog kakyati NB. Sweet je teta minta uminya buatkan baby. Mujur lah fikri dan Anis tak pandai nak tanya hal2 mcm ni.. mungkin juga sebab depa dah ade adik.. so takde isu kan. *kak NB kalo berkenan kat CD (cloth diaper) kena le ade baby lagi... ihikkk.. gurau jer ye kak*


cuma lately ni ramai pulak (jiran2, sedara mara, kawan2..) yang bertanya, 'bila lagi nak menambah?'..

ohhooo.. itu soklan cepumas yang agak sukar juga untuk dijawab.

kenapa??? sebab dengan 3 orang yang sedang membesar ni (4 tahun, 2 1/2 tahun & 1 1/2 tahun) dah cukup untuk buat hidup ibu UP & DOWN dengan kerenah depa yang tak menentu. Ada masanya ibu boleh cool dan buat derk jer kalo depa buat perangai & rumah2 disepah2kan rupe tongkang karam.. tapi ade hari2 nyer ibu akan menyinga & menjerit2 ala tarzan. Emo tak menentukan.. uhukkk..!!



So, untuk menjawab soklan bila nak menambah lagi tu.. selalunya ibu senyum2 jer.. nak kata apa eh,...


kalo tak pun, ibu akan cakap, 'tunggu lah setahun dua lagi'. Jika ada yang tahu umur ibu yang dah nak mencecah 40 ni, ada lah yang kata 'dah 40 nanti bahaya kalo mengandung, baik mengandung sekarang.' aduhhh, senang nyer cakap.


actually ramai jiran yang tak tahu ibu ni umur dah hampir 40 tahun. Yerlah, fizikal kecikkan, nampak muda jer... ramai yang ingat ibu ni baya2 depa jer... lewat 20'an... ;) kadang2 sonok gak perasan muda ni.. ;))


Sebenar masa ibu bersalin kan aliya, my usual gynea Dr Raofah, katanya ibu ni jenis yang senang bersalin, so nak bersalin 10 kali pun boleh.. :D tapi part mengandung, Dr Raofah dah warning ibu.. "sila berehat sehingga 2 tahun (sekurang2nya) sebelum mengandung lagi, sebab dah 3 tahun mengandung berturut2.. so memang kena rehat., nanti boleh terjejas kesihatan, (terutama emosi) "

Tapi takkan lah setiap kali orang tanya bila nak menambah anak lagi, nak kabo kan 'doktor nasihat supaya berehat lama sikit sebelum mengandung lagi' kang orang kata kita ngada2 pulak..

So, kesimpulan nya.. ibu memang nak mengandung lagi. tapi keLETIHan tahap gaban & ketidaktentuan emosi yang buat ibu stress yang menjadi keTAkutan. 9 bulan nak melalui Up & down emosi, memang seksa... so la ni memang tak bersedia nak mengandung lagi.. Insya Allah, hasrat tu memang ada, kalo dapat menambah sorang lagi anak lelaki ker... nanti fikri ada lah kawan nak ber'sparing bersumo bagai'.

Kalian boleh google jer pasal "pregnancy at late 30 or early 40". Macam2 info kalian boleh dapat. Yerlah, memang lah kena aware pasal risiko mengandung pada lewat usia.

Ibu ni pun mengandung kali pertama pada usia 33 tahun, bersalin kali pertama pada usia 34 tahun. Bersalin kali ke-2 pada usia 35 tahun dan kali ke-3 pada usia 36 tahun. 3-3 pregnancy itu memang LETIH.. ibu tak cergas macam ibu2 yang mengandung pada usia 20'an.. ibu memang kerap kena perli & disindir 'orang lain mengandung juga' tapi lama-kelamaan ibu dah malas nak amik hati. Tawakkal ajer lah, Alhamdulillah, tak lah susah sangat nak bersalin.. cuma masa fikri jer dok wad lama.. fikri yang nak spital lama2.. hihiii..

macam2 risiko kalo mengandung lewat ni, antaranya

  • benih yang lemah, sebab itu keguguran adalah biasa untuk wanita yang cuba mengandung pada usia lewat 30'an @ awal 40'an.. ini adalah fakta yang tidak dpt dielakkan, terutama untuk ibu yang pernah c-sec sebelum ini.
  • sukar untuk bersalin normal.. ni agak subjektif juga, sebab ada gak ibu2 awal 20'an yang kena c-sec.
  • mudah terkena diabetes.. ni juga subjektif, sbb ada juga ibu2 awal 20'an yang kena diabetes masa mengandung.. lepas mengandung diabetes hilang
  • baby mungkin SD (sindrom down).. ni juga bergantung pada sejarah keluarga.. eg belah en ayah memang ade yang SD.. so my SIL 1st baby is SD.. she is just 25 masa 1st pregnancy.. so ibu pun ade kebarangkalian untuk dapat baby SD..
  • kualiti telur yang 'kurang'.. anak akan kurang pintar & mudah sakit.. setahu ibu lah kan, anak2 yang dikandung waktu usia ibu matang akan lahirkan anak2 yang matang & pintar... so, ni pun subjektiflah..






~imej diambil dari Photograhersdirect.com



Ibu memang positif lah pasal nak pregnant lagi pada usia 40'an.. sebab :




  • makbonda bersalinkan ainun pun pada usia 43 tahun.. tak de masalah masa bersalin.. Ainun pulak bukan tak bijak cuma dia malas belajar.. jadi semua ni isu pendidikan dalam & luar rumah
  • maklang (adik mak yang ke3) juga kali pertama mengandung pada usia 39 tahun (kahwin lambat). Shima, sepupu ibu tu antara budak bijak di sekolah nyer sejak sekolah rendah lagi, UPSR 4A. Dapat tawaran ke asrama penuh tapi ditolak. tahun ni bakal amik PMR, awal2 lagi dengan confident jer dia cakap.. nak dapat 8A. walaupun orangnya nampak pendiam tapi matang.


So, dengan sejarah keluarga yang positif ni, ibu yakin ibu boleh lagi mengandung pada usia 40'an. Sekiranya ada kekurangan @ sesuatu yang negatif masa ibu mengandung nanti, ianya adalah kehendak ALLAH. Kita mampu merancang, tapi Allah pasti merancang yang lebih baik untuk kita.


Ibu tahu ramai kawan2 sebaya ibu yang masih single (kawan2 sama MRSM, kawan2 sama di UUM) & ada yang buat keputusan tak mahu kahwin kerana kurang yakin boleh dapat anak, juga takut akan risiko mengandung pada usia 40'an. Pesan ibu, satu jer.. yakin lah pada ALLAH.. jika kita fikir negatif memang negatiflah jadinya kan.. 



p/s :
belum dapat msg dari Pija lagi ni.. kemarin dia dah masuk wad.. lewat petang semalam katanya belum bersalin lagi, masih 3 cm.. siap meronda macam YB lagi kat wad.. :)





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .