sumber di sini : Isteri satu ovari gusar
SAYA sudah dua tahun berkahwin tetapi belum mempunyai cahaya mata. Adakah masalah senggugut dan keputihan menyukarkan seseorang itu hamil?
Adakah penggunaan pelbagai produk untuk kehamilan akan membawa kesan kepada saya yang hanya mempunyai ovari di sebelah kiri sahaja? Adakah saya sukar hamil kerana hanya satu ovari saja yang aktif? Apakah yang harus saya lakukan untuk mendapatkan cahaya mata?
LUNA
Sabah
ANDA tidak menyatakan usia anda serta tujuan ovari kanan anda tiada atau dibuang. Masalah senggugut boleh berpunca daripada penyakit endometriosis. Seperti diketahui, endometriosis peringkat lanjut (tiga atau empat) boleh mengganggu kesuburan wanita, manakala endometriosis peringkat satu atau dua pula tiada kaitan dengan kesuburan. Selain itu, tidak semestinya senggugut berpunca daripada endometriosis.
Masalah keputihan adalah suatu yang sering dialami oleh wanita, ia juga tidak semestinya berkait dengan kesuburan. Menggunakan sebarang produk perlulah secara berhati-hati dan dengan nasihat pakar. Setiap produk (termasuk ubat perubatan moden) mempunyai kesan baik dan negatifnya. Lazimnya sebelum doktor memberikan ubat-ubatan moden, kesan sampingan ini akan diberitahu agar seseorang itu tidak panik sekiranya mengalami kesan biasa dan segera datang mendapatkan rawatan perubatan apabila berlaku kesan serius yang dinyatakan. Begitu juga dengan perubatan tradisional atau produk kesihatan lain, sewajarnya kesan sampingan juga diberitahu dan bukan saja kesan baiknya. Lazimnya semakin cepat seseorang mengalami kesan ‘pemulihan’ yang dikehendaki, semakin kuat atau berpotensi produk itu. Ini bermakna, semakin kuat juga kesan sampingan yang boleh dialami, tidak mengira sama ada ia berlaku dalam masa terdekat ataupun dalam masa beberapa tahun akan datang. Mengamalkan konsep sederhana sangat penting.
Mempunyai sebelah ovari saja lazimnya tidak mengganggu kesuburan ovari. Pada setiap kitaran haid, ovulasi dijangka berlaku dari ovari terbabit saja.
Bagaimanapun, keadaan struktur lain seperti tiub fallopio dan organ dalaman pelvis penting diketahui. Sekiranya anda sudah menjalani pembedahan (misalnya membuang ovari kanan), maklumat sewaktu pembedahan terbabit sangat penting. Selain itu, suami juga dinasihatkan menjalani ujian air mani.
ulasan ibu :
Adik ipar ibu, ovari nya terpaksa dibuang sebelah kerana ia nya pecah akibat mengandung luor rahim. Bahaya tau kalo terjadi kes macam ni.. harus segera ke hospital & dioperate.. kalo lambat boleh membawa maut. Masalah nya, kita ni mana lah nak tau @ detect yang kita mengandung di luor rahim kan. Selalunya kes ni terjadi jika kita sakit di bahagian air2... macam senggugut, tapi leh jadi cam menggigil gitu.. masa tu haid dah lewat lebih 1 bulan.. dan kita plak assume darah yang keluor tu darah haid, tapi sebenornya bukan haid.
Actually ada banyak kes juga kawan2 ibu yang ade rahim depa terpaksa di buang.. ade yang masalah cyst dan ketumbuhan.
Beberapa ketika selepas kejadian, sedey juga si adik ipor.. yer le kan.. umur muda lagi, belum 25 pun masa tu.. riso kan tak leh mengandung lagi.. mujur le masa tu dah ade sorang. Setahun selepas kejadian, Alhamdulillah, dah rezeki tertulis.. mengandung dia akhirnya.. dapat le sorang lagi anak lelaki.
So, buat yang hanya ade 1 ovari usah le berdukacita.. yang penting jaga kesihatan & pastikan pusingan haid teratur.. selain berdoa dan tumpahkan kasih sayang pada anak-anak. Tak kiralah anak2 sapa pun, asal jumpa tu.. ambil la peluang untuk cium dan belai (dengan izin makpak nyer lah yer,...). Insya Allah, jika kita ada kasih sayang pada anak2.. Allah lorongkan rezeki itu untuk kita.
Dan jika ada masalah kesihatan @ kesuburan.. berubat lah.. jumpa pakar.. dua-dua suami isteri harus sepakat. Sebab banyak kes, suami yang ego tak mau buat check-up, asyik nak salahkan pihak isteri jer. dan satu lagi, nasihat untuk pihak isteri, jika berat badan berlebihan.. contoh BMI lebih 26 tu.. sila berusaha untuk turunkan sedikit berat badan. Terlalu kurus pun susah juga nak mengandung., tapi walau apa pun semua ini kehenadak Allah. Allah yang mengatur dan aturan Allah itu selalunya lebih baik untuk kita dan ade hikmahnya yang tersendiri.
![]() |
jangan malu2 amik tau apa dia semua ni... rajah ni amik dari SINI |
Ibu share 1 lagi kes.
Kawan ibu ni masa ibu kenal, dia dah kahwin hampir 10 tahun. Masa tu ibu bujang lagi le. Ibu tanya kenapa dia belum ade anak? huhuuu.. soalan poyo & straightforward orang yang belum kahwin. Kata kawan ibu tu, dia belum sedia.. lagipun dia nak sediakan rumah yang lengkap sebelum ade anak. Tapi masa ibu bertanya tu, dia dah ade rumah, dah lengkap dah rumah dia. Still dia kata tak sedia, takut nanti anak tak cukup makan, so nak tunggu dapat kenaikan gaji @ pangkat pulak.. huhuuuu... tak lama kemudian, sebelah ovari nya kena dibuang kerana terdapat pengumpulan darah beku... huhuuu, bahaya tu.
Sebab berlaku pengumpulan darah beku di saluran falofia (rujuk rajah) - kawan ibu tu cakap, doktor beritahu ia adalah kerana darah haid tidak turun semuanya. Haaaa, camner kan nak tahu darah haid kita turun abis ke tak..???!!
Bila dah takde sebelah ovari, baru lah dia mencuba untuk mengandung. Tapi kawan ibu ni ade satu masalah, dia ni tak suka budak2.. kalo kami buat jamuan raya @ hari keluarga, dia suka betul mengutuk mak2 yang ade anak lasak dan tak reti dok diam. Biasalah kan anak2 memang cam tu kan... kalo deme tak lasak, tak syok la jadi budak2.. hehehe...
Dipendekkan cerita (panjang benor dah rasanya menaip ni), beberapa tahun kemudian, terjadi lagi pembekuan darah di saluran falofia yang satu lagi... dah kena di remove kan juga, camno nak beranak kan, kalo dua2 ovari dan saluran dibuang. Akhirnya, hingga kini masih berdua. Ibu tabik spring pada suami kawan ibu tu, sebab bersabor dan enjoy dengan kehidupan yang ada.
Ada lah hikmahnya kan di setiap kejadian itu... dalam kes kawan ibu ni, mungkin berdua lebih baik untuk mereka.. Allah sayang pada hambaNya yang kasih dan sayang sesama insan. Wallahu'alam.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
aten10 · 755 weeks ago
My recent post SIPUT LALA
Cybermummy@ikeen · 755 weeks ago
Ikeen pun ada gak akak sedara yang ada satu ovary . Dah kawin 3 kali tapi tak pun ada anak ( di cerai sebab tak de anak ) tapi alhamdulillah . Suami yang keempat ni banyak bersabar dan sanggup buat apa saje untuk dapat kan anak . So mereka buat IVF sebanyak dua kali . Dah berabis duit sebanyak S$18000 baru lah allah kurniakan meraka anak . Sekarang dah ada anak sendiri , baru je malahirkan sebulan sebelum syawal . Dengan technology canggih sekarang insyallah boleh tapi mesti lah usaha bukan hanya duduk dan tunggu . Ye tak kak yong ? =)
kakyong72 119p · 755 weeks ago
betul tu... yg penting berusaha... Alhamdulillah, berkat kesabaran dan kesungguhan.. walau berbelanja besor, tapi dgn kemampuan lah kan... itu lah betul suami sayang isteri..
syidagorjes · 756 weeks ago
kakyong72 119p · 755 weeks ago
betul sgt2 tu... penyakit di dlm.. mana kita nak tahu..
kang byk juga kes2 tahu2 kena kanser sekvik peringkat 4.. mau tak longlai mendengar yer..
kakyong pun takut juga..
transformed hw · 756 weeks ago
My recent post Reminiscent of the good old days
kakyong72 119p · 755 weeks ago
memang molek buat Pap smear tu.. bukannya lama nak buat pun.. kena sepnd sikit masa utk kesihatan masa depan...
ieda · 756 weeks ago
My recent post
kakyong72 119p · 755 weeks ago
betul tu.. kdg2 Allah menguji sampai berbelas tahun.. memang betul2 terpilih lah tu...
atasnamaaku · 756 weeks ago
kakyong72 119p · 755 weeks ago
semua tu ujian utk setiap org.. yg penting bawa berubat elok2.. jumpa doktor...
Alhamdulillah, walau bermasalah.. ade juga cahaya mata..
attyfir · 756 weeks ago
kty setuju dgn apa yg kakyong citer pasal kawan kakyong tu.
kakyong72 119p · 756 weeks ago
mungkin itu lah kebahagian dia..
anne · 756 weeks ago
kakyong72 119p · 756 weeks ago
dah benda kat dlm.. mana nak nampak.. kita pun selalu pk.. alah sakit sikit jer..
AshAnas 28p · 756 weeks ago
salam kakyong, lama shira xdtg ziarah kan...
My recent post CUTE LITTLE MUSLIM & MUSLIMAH CONTEST
kakyong72 119p · 755 weeks ago
betul.. tp semua tu pun ujian utk kita.. jika kita sabr & redho, ada ganjaran Allah beri,,
adik ipar kakyong tu cool orang nya.. dia leh kata.. xper lah kalo tak leh beranak lagi... tp berkat kesabaran dia tu la, dpt sorg lagi anak..
kakyong72 119p · 756 weeks ago
tu la harus berjaga2.. kdg2 kita ni suka tahan sakit..
sakit sikit tu rasa mcm xde apa.. esok baik lah...
sbb kakyong pun suka mcm ni... tp beringat2 jugalah kan...
ummumishkah · 756 weeks ago
My recent post Hero Mama Dah 3 Tahun!
kakyong72 119p · 756 weeks ago
berusaha, berdoa & tawakkal...
mustahil di mata kita, tp tidak pada Allah... :D
Luna · 756 weeks ago
betul kata kakyong, ajal,maut,zuriat,jodoh di tangan Allah, tiada yg mustahil bg Nya.yg penting kita positif, yakin pd Allah, berusaha dan akhirnya bertawakal..
brgsiapa yg bertaqwa kpd Allah, akan didorongkan jalan keluar.. (sbhgn maksud ayat 1000 dinar)
My recent post Satu Jam yang sungguh berharga
kakyong72 119p · 756 weeks ago
yer betul tu.. semua tu terjadi dgn kehendak Allah jua..
cuma, bila dah tau ade masalah cam ni.. bawa2 lah berubat.. jgn mengharap magik.. ;)
D_08 57p · 756 weeks ago
yang bapak2nye pulak....
janganle jadikan ini alasan utk kome tambah soghang lagiii....
pantang ade peluang sikit......
jage wife memasing elok2....
deme udah down tu....
jgn kasi down lagiii...
P/S: semue kuase Allah......
kakyong72 119p · 756 weeks ago
hehehe... semakin parah ujian si isteri kalo suami caghi lain.... kesian..