Sunday, February 7, 2010

Home » , » mengandung lagi pada usia lewat 30'an & awal 40'an

mengandung lagi pada usia lewat 30'an & awal 40'an

Salam ceria buat semua,

Maaf sebab ibu belum sempat lagi nak UP kan n3 ~ point @ mata kawan2 untuk suku akhir (bulan Januari 2010) giveaway Catatan Ibu. Sabar ya, ibu dah kira separuh jalan, pastu bila ibu leka dengan kerja2 cross-stitch, penyakit M melanda pulak nak buka laptop.


beberapa hari lepas @ mungkin juga minggu lepas kot (ingat2 lupa), ibu senyum2 sendiri bila baca n3 ni di blog kakyati NB. Sweet je teta minta uminya buatkan baby. Mujur lah fikri dan Anis tak pandai nak tanya hal2 mcm ni.. mungkin juga sebab depa dah ade adik.. so takde isu kan. *kak NB kalo berkenan kat CD (cloth diaper) kena le ade baby lagi... ihikkk.. gurau jer ye kak*


cuma lately ni ramai pulak (jiran2, sedara mara, kawan2..) yang bertanya, 'bila lagi nak menambah?'..

ohhooo.. itu soklan cepumas yang agak sukar juga untuk dijawab.

kenapa??? sebab dengan 3 orang yang sedang membesar ni (4 tahun, 2 1/2 tahun & 1 1/2 tahun) dah cukup untuk buat hidup ibu UP & DOWN dengan kerenah depa yang tak menentu. Ada masanya ibu boleh cool dan buat derk jer kalo depa buat perangai & rumah2 disepah2kan rupe tongkang karam.. tapi ade hari2 nyer ibu akan menyinga & menjerit2 ala tarzan. Emo tak menentukan.. uhukkk..!!



So, untuk menjawab soklan bila nak menambah lagi tu.. selalunya ibu senyum2 jer.. nak kata apa eh,...


kalo tak pun, ibu akan cakap, 'tunggu lah setahun dua lagi'. Jika ada yang tahu umur ibu yang dah nak mencecah 40 ni, ada lah yang kata 'dah 40 nanti bahaya kalo mengandung, baik mengandung sekarang.' aduhhh, senang nyer cakap.


actually ramai jiran yang tak tahu ibu ni umur dah hampir 40 tahun. Yerlah, fizikal kecikkan, nampak muda jer... ramai yang ingat ibu ni baya2 depa jer... lewat 20'an... ;) kadang2 sonok gak perasan muda ni.. ;))


Sebenar masa ibu bersalin kan aliya, my usual gynea Dr Raofah, katanya ibu ni jenis yang senang bersalin, so nak bersalin 10 kali pun boleh.. :D tapi part mengandung, Dr Raofah dah warning ibu.. "sila berehat sehingga 2 tahun (sekurang2nya) sebelum mengandung lagi, sebab dah 3 tahun mengandung berturut2.. so memang kena rehat., nanti boleh terjejas kesihatan, (terutama emosi) "

Tapi takkan lah setiap kali orang tanya bila nak menambah anak lagi, nak kabo kan 'doktor nasihat supaya berehat lama sikit sebelum mengandung lagi' kang orang kata kita ngada2 pulak..

So, kesimpulan nya.. ibu memang nak mengandung lagi. tapi keLETIHan tahap gaban & ketidaktentuan emosi yang buat ibu stress yang menjadi keTAkutan. 9 bulan nak melalui Up & down emosi, memang seksa... so la ni memang tak bersedia nak mengandung lagi.. Insya Allah, hasrat tu memang ada, kalo dapat menambah sorang lagi anak lelaki ker... nanti fikri ada lah kawan nak ber'sparing bersumo bagai'.

Kalian boleh google jer pasal "pregnancy at late 30 or early 40". Macam2 info kalian boleh dapat. Yerlah, memang lah kena aware pasal risiko mengandung pada lewat usia.

Ibu ni pun mengandung kali pertama pada usia 33 tahun, bersalin kali pertama pada usia 34 tahun. Bersalin kali ke-2 pada usia 35 tahun dan kali ke-3 pada usia 36 tahun. 3-3 pregnancy itu memang LETIH.. ibu tak cergas macam ibu2 yang mengandung pada usia 20'an.. ibu memang kerap kena perli & disindir 'orang lain mengandung juga' tapi lama-kelamaan ibu dah malas nak amik hati. Tawakkal ajer lah, Alhamdulillah, tak lah susah sangat nak bersalin.. cuma masa fikri jer dok wad lama.. fikri yang nak spital lama2.. hihiii..

macam2 risiko kalo mengandung lewat ni, antaranya

  • benih yang lemah, sebab itu keguguran adalah biasa untuk wanita yang cuba mengandung pada usia lewat 30'an @ awal 40'an.. ini adalah fakta yang tidak dpt dielakkan, terutama untuk ibu yang pernah c-sec sebelum ini.
  • sukar untuk bersalin normal.. ni agak subjektif juga, sebab ada gak ibu2 awal 20'an yang kena c-sec.
  • mudah terkena diabetes.. ni juga subjektif, sbb ada juga ibu2 awal 20'an yang kena diabetes masa mengandung.. lepas mengandung diabetes hilang
  • baby mungkin SD (sindrom down).. ni juga bergantung pada sejarah keluarga.. eg belah en ayah memang ade yang SD.. so my SIL 1st baby is SD.. she is just 25 masa 1st pregnancy.. so ibu pun ade kebarangkalian untuk dapat baby SD..
  • kualiti telur yang 'kurang'.. anak akan kurang pintar & mudah sakit.. setahu ibu lah kan, anak2 yang dikandung waktu usia ibu matang akan lahirkan anak2 yang matang & pintar... so, ni pun subjektiflah..






~imej diambil dari Photograhersdirect.com



Ibu memang positif lah pasal nak pregnant lagi pada usia 40'an.. sebab :




  • makbonda bersalinkan ainun pun pada usia 43 tahun.. tak de masalah masa bersalin.. Ainun pulak bukan tak bijak cuma dia malas belajar.. jadi semua ni isu pendidikan dalam & luar rumah
  • maklang (adik mak yang ke3) juga kali pertama mengandung pada usia 39 tahun (kahwin lambat). Shima, sepupu ibu tu antara budak bijak di sekolah nyer sejak sekolah rendah lagi, UPSR 4A. Dapat tawaran ke asrama penuh tapi ditolak. tahun ni bakal amik PMR, awal2 lagi dengan confident jer dia cakap.. nak dapat 8A. walaupun orangnya nampak pendiam tapi matang.


So, dengan sejarah keluarga yang positif ni, ibu yakin ibu boleh lagi mengandung pada usia 40'an. Sekiranya ada kekurangan @ sesuatu yang negatif masa ibu mengandung nanti, ianya adalah kehendak ALLAH. Kita mampu merancang, tapi Allah pasti merancang yang lebih baik untuk kita.


Ibu tahu ramai kawan2 sebaya ibu yang masih single (kawan2 sama MRSM, kawan2 sama di UUM) & ada yang buat keputusan tak mahu kahwin kerana kurang yakin boleh dapat anak, juga takut akan risiko mengandung pada usia 40'an. Pesan ibu, satu jer.. yakin lah pada ALLAH.. jika kita fikir negatif memang negatiflah jadinya kan.. 



p/s :
belum dapat msg dari Pija lagi ni.. kemarin dia dah masuk wad.. lewat petang semalam katanya belum bersalin lagi, masih 3 cm.. siap meronda macam YB lagi kat wad.. :)





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

20 kawan ibu yang hebat:

♥cybermummy♥ said...

Shikeen ni walaupun baru je awal tiga puluh tahun tapi kalau suruh melahirkan lagi memang tak mau .
Penat dah badan ni dan lebih2 lagi semua anak2 shikeen C-sec. Tapi kekadang tu teringin nak anak ppuan lagi satu :P

Ps: kak yong kalau pija selamat bersalin boleh lah woot!! woot!! kat sini ye . Semoga pija selamat bersalin . Amin

Unknown said...

kak yong ni mmg positip orang ye kan...
tapi ikutkan saya ni nak peggy lagi masa umur 28 ni mcm tak sama mengandung pada usia 24 tahun tu..
letih dan lemau..
tapi ikut ckp org..bior la rapatpun anak..nanti satu peringkat umur bole stop..tp kenangakan kepayah tekanan emosi dan fizikal..mmg tak larat rasanya nak peggy tp bila kenangkan anak yg sedikit tu nak je menambah...BILA LA SAYA NAK MENAMBAH LAGI NI KAK YONG

uminuha said...

go kak yong go ...:-)
saya xde plan nak anak brp tapi mcm plan umo 30 stop dah bersalin.....huuaaaaaaaaaaa..

transformed housewife said...

salam K.Yong,
Anak ni kan rezeki, umur berapa pun kalau dah nak dan berupaya, apa salahnya. ;)

Emak si Teta dan Balkish, mak Andak Ojan, Hakim, said...

yong akak melahirkan qaisara masa umur 39 tahun tapi tengoklah qaisara tu macamana? ha.ha kekadang letih nak mendengar cerita dia tau!
dalam usia 40an akak berharap dapat anak lagi, walaupun bersalin selama 9 bulan akak sentiasa tidur di bilik air tapi akak rasa nak mengandung lagi, tapi ALLAH yang tentukan..sbb nak dapat qaisara pun susah...

Fid said...

kak yong
soalan yg paling malas saya jawp hahahaaaa

Nadiah Sidek said...

rasanya ramai dah sekarang ni yg mengandung & bersalin di usia 40an. mak sedara suami nadiah gitu jugak..43 ke umurnya masa bersalin anak yg kecik tu. alhamdulillah sihat2 aje diorang :)

Yan said...

Salam kakyong.. ape maksud kakyong.. ade yg perli "orang lainpun mengandung jugak..."
tak paham... huhuhu..

3 anak berderet..perghhh yan baru lepaskan sorang.. dah rase letih.. letih especially bile p checkup sebab yan ni ada macam2 masalah.. checkup kat kerajaan tu yg detail tu.. uhuk uhukk

Ina Hashim said...

Bib,

setahun sorang memang penat..biarlah Aliya dah boleh berdikari sket & fikri dah masuk tadika ke...senang sikit nak manage anak² & baby kan

Unknown said...

shikeen,
kalo dah c-sec tu.. kena lah ambil langkah berjaga2.. :D
yg ade pun dah cukup meriah & gamat kan...


hada,
bila nak menambah.??!!. eh2 mcm kakyong plak yg tolong bawa peyut... LOL..
anak tu rezeki.. dpt anak lelaki sorg pun ok kan.. leh jd kwn sparing en raffi... ;)


nida @ uminuha,
wahhh.. mentang lah kawin awal.. siap plan umur 30 nak stop bersalin.. tp xleh gak nak ckp.. kakyong ade kwn yg kata nak anak 2 jer... dia pun kahwin lepas grad.. tp skrg ni dah 7 anak dia.. :D


nuradyani @ temp house wife,
yer betul tu.. kalo dah rezeki & melekat.. takkan nak tolak... kakyong ade gak kawan, kawin muda masa umur 20.. tp masa awal kahwin xnak ade anak, konon2 hidup x stabil lagi.. sudahnya, sampai skrg xde rezeki & ALlah uji pulak dia dgn kanser pangkal rahim.. terpaksa la remove rahim.. both side pulak tu..:|


kak NB,
Insya Allah, ade rezeki adalah kan.. tp qaisara memang matang berbanding usia dia..
tidur di bilik air? heheeee.. saya dulu koje berulang ke bilik air jer.. dr pregnant fikri sampailah aliya.. hampir setiap jam nak lawat bilik air... penah bergaduh dgn staff sbb dah le dia guna toilet utk eksekutif, pastu dia lepak lama2 dlm toilet tu...

Unknown said...

fid,
mulut org mane leh nak tutup.. deme ade jer yg nak ditanya...
Insya Allah, ade lah rezeki nanti kan. Tak sama seme org, ade org subur terlebih, ade plak yg susah nak lekat..


nadiah,
kerana itu lah kena pk positif.. ;)


Yan,
heheh.. yer le org lain mengandung ok jer.. tp kakyong ni LETIh terlebih.. tak secergas orang lain.. buat kerja sikit, tp rehatnyer lebih.. :))

hez @ Ina hashim,
tu ler.. tunggu Aliya 2++ tahun.. bior dia puas menyusu dulu... ;)

Whitelab Maira said...

Kak Yong

Saya bersalin anak pertama pd usia 25, anak kedua pd usia 33. Tapi anak kedua saya nampak lebih bijak dan problem solvingnya lebih baik dari yang pertama pada usia adiknya. So saya rasa kadang2 semua ini takdir Allah SWT. Rezeki...mana mungkin kita menolaknya

nadnye said...

Memang lain kalau umur 20an..30an nie mengandung apalagi kalau dah ada anak sebelum tu..
letih jangan cakap. Kak Yong sama macam saya nak beranak senang.. tapi hubby kata cukup jea 3 orang.. tapi kalau ada rezeki kami terima jea, tu cuma perancangan..

pss: pija dah beranak ker?

NzA said...

semua tu kuasa Allah. Mama kak nza melahirkn adik diusia 43 thn n skrg adik bakal brgelar doktor..ttp last ank bongsu-si farouk tu kak nza mengandung diusia 33 thn....aduzzz time tu dh xlarat rasa...myb sblm ni dh ada 4 ank....

Unknown said...

kak nza,
betul sgt2 tu.. Allah yg menentukan, tetapi kita juga yg membuat pilihan & keputusan.. sbb saya ade kawan, masa awal kahwin tak mau mengandung.. mcm2 cara buat tak mengandung.. konon2 life belum stabil & sebagainya, kesudahannya seem Allah memang tak takdirkan dia untuk dpt anak sendiri, bila dia dpt barah pangkal rahim & terpaksa remove..

sebab tu masa staff2 saya yg muda2 baru kahwin, saya ckp kat depa.. at least get 1 baby dulu.. pastu pandai2 lah nak merancang.. jgn tak nak mengandung langsung..

NBK said...

Salam, am going to be 42 in jun and insyaallah will deliver my 5th. in June 2010...Have read all the positif and negatif aspects of late pregnancy, now tawakkal to Allah for whatever that might come..Allah will give us what he decide...If He want us to care for 'special kid' He can do it even for our healthy born child because there are many diseases that doesnt presenta at birth, like metabolic diseases and even trauma...nauzubillah..Am not asking for bad things to happen, just a reminder to myself and others...I m praying everyday so that this beautiful bundle of joy sihat walafiat when it comes out in June..;)

Dr.Nor

Unknown said...

salam DR Nor,

kakyong dah jengah ur blog... ur hubby tu mcm familiar jer.. Dr dulu x-mrsm kuantan ya.. kakyong pun ada kawan, x-kuatagh.. la ni dah jadi ADUN kat Pahang, lupa plak apa nama tempat dia tuh..

btw, utk Dr Nor, all the best.. Insya ALlah, we always wish for the best.. kalo ada cacat cela sekalipun Allah lebih tahu & after all He is the best planner..

thanks sudi singgah & tinggalkan komen.. kakyong add ur link.. nanti leh share pengalaman ibu2 40'an... ;)

NBK said...

Salam, yup, i ex-kuatagh...Hubby i familiar, dia pernah kerja HKL, hospital temerloh, hospital ampang, hospital selayang , now kat hospital kuantan..gomen doktor le katakan..

BTW thanx sebab link dgn blog I..Masa mula pregnant dulu jenuh mencari blog ibu ibu pregnant at 40s..Tak banyak sebab by my age, ramai dah 'pencen'..;)

ummuabdullahsyaakir said...

salam kak yong,suka entri ni.

Emm walaupun kak yong ni kecik molek rupanye senang nak bersalin yea...alhmdulillah.

Kak yong,Allah dah tentukan kak yong mengandung berderet sebab kak yong ada kelebihan mudah bersalin.Mgkn utk 1,2 tahn ni kak yong blh stop dlu n ,mgndung balik bila smuanya ank2 kak yong dah besar sikt n blh handle.Tapi klu Allah takdirkan kak yong dapt baby lagi dlm waktu trdekat,xpe kak...rezeki utk akk tu.Allh pilh akk utk dapt ank sbb tau kekuatan akk utk handle mereka....ramai yg nak ank tapi masih blm ada rezeki diorng lagi.Sbnrnya tak semua ada kekuatn utk mgndung lewt usia..cth mcm mak saya,lps beberapa thn keguguran bberapa kali n mgndungkn adik yg bngsu,mak btl2 tak larat n selalu tak sihat tapi alhmdulillah mudah masa nak melahirkan.Tapi saya sokng kak yong,mmg betul klu kita fikr negatif mmg akbn jadi negatif tak kiralah mngndung masa muda atau dlm 30-40 an

Insya Allah bab emosi mmg lumrah,kak yong..saya pun rasa apa yg kak yong rsa-walaupun baru ada Abdullah sorng,Hajar tu belum masuk line lagi..huhu

Unknown said...

UAS,
heheh, bersalin senang, Alhamdulillah.. tp masa mengandung tu yang tak rela...
tp kalo ade rezeki, takkan nak tolak kan.. mcm kata QM & nadnye...

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .