Monday, September 13, 2010

Home » » Menang Foot detox patch & Congratulation card package

Menang Foot detox patch & Congratulation card package

Salam bahagia syawal ke 4




sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Pagi ini kami di rumah sahaja.. bersarapan pagi mee goreng.. tengahari jiran bagi sup kaki lembu... huuhuuu.. semangkuk besor.. muat2 seperiuk... ibu tak reti sangat makan kaki lembu, tapi anak-anak & en ayah sedap jer melayan dengan nasi... so hari ni ibu tak masak lunch.. 

hari raya ke 3 pun tak masak jugak.. sebab ke rumah makngah miela makan-makan sempena majlis merisik adik makngah miela. Ibu pulun makan nasi dagang.. huhuuu.. best.. terangkat rasa sebab dah lama bebenor tak merasa nasi dagang. Maaf, memang takde gambor.. busy melantan sampai lupa nak keluorkan kamera.


1. Menang foot detox patch

okay.. hari ni baru nak umumkan pasal ibu menang GA dari D'Nur Health & Beauty online



n3 untuk GA, boleh klik pada foto ini, hadiah belum sampai lagi.. kalo dah sampai ibu buat tayangan lain plak.. heheh.

Terima kasih Nurshahfamily.. buat yang ingin mencuba foot detox juga beberapa lagi produk detox patch yang boleh untuk mengurangkan berat badan dsb.. sila jangan malu-malu jengah D'Nur Health & Beauty online


2. Menang handmade kad dari Cardzstation

GA n3.. boleh refer SINI.. ibu join masa bulan Jun 2010. Sampai tak teringat langsung pasal GA ni, sebab dah lama bebenor.. tapi tu ler, tak  menyangka, buka blog Tanda Kasih hari ni, nampak mesej di shoutbox... hehehee.. kembang kuncup jap rasa hati... 



Sejak 7 Sept lagi depa dah kasi notis... ibu jer yang lambat @ jarang buka blog Tanda Kasih.. lepas ni harus kerap & aktifkan blog Tanda Kasih. Terima kasih D'twilyte.

Ini dia pakej kad yang ibu menang.. very the sweet... hmmm, nak buat apa ya dengan kad-kad ni? Insya Allah, next GA ibu akan gunakan kad ini untuk pemenang GA kakyong[dot]com... actually ibu ni bukan yang jenis suka mengumpul koleksi kad.. eventhough kad ni memang sangat-sangat sweet.. ibu fikir lebih baik give it away to those yang memang betul2 suka menyimpan koleksi... ;)




DAn buat yang suka dengan kad-kad hasil tangan kreatif ni.. boleh jer usha blog Cardz Station. Ada macam2 jenis kad... semua nya cantik2 dan kreatif, harga juga berpatutan... istimewa yang ibu rasa kad2 nya banyak guna item yang bling2.. nampak berkelip liplap liplap...





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .