Salam bahagia,
Pernah kah baca entry saya
Oil of ulan to OLAY.
Dan baru-baru ini saya mendapat komen yang begini..:
saya lebih gembira jika saudari yang bertanya tinggalkan alamat email @ blog.. bukan apa, mudah kan untuk saya hubungi semula..
Jadi saya telah menghubungi Procter & Gamble (P&G), Singapore.. atau lebih khususnya
Olay bagi Singapura dan Malaysia. Setelah beberapa hari menanti, akhirnya saya mendapat jawapan balas.
|
sila klik untuk imej yang lebih besar |
Namun pihak Olay tidak memaklumkan samada mereka mendapat pensijilan halal daripada pihak tertentu..
Dalam website
MuslimConsumer yang berpusat di Kanada.. ada dikeluarkan status seperti berikut..
Memula saya gusar juga bila mengetahui data ini.. walaupun ianya dikeluarkan 1 bulan selepas saya menulis entry tentang OLay.. tetap ada pihak yang mengecam saya..
dan fakta ini pun saya baru jer tahu.
Namun selepas mendapat jawapan daripada pihak P&G, saya merasa lega.. namun saya tidak dapat nak SAHkan status HALAL produk Olay.. kerana P&G memang tidak ada memohon sijil halal dari JAKIM.. check sini..
Senarai permohonan luar negara yang diluluskan memang tiada P&G dalam senarai itu
JIka diperhatikan senarai tersebut L'oreal ada memohon sijil halal untuk range produk Garnier...
.. termasuk juga colgate dan darlie.
Namun begitu, suka saya nak sebutkan yang sebenarnya barangan rangkaian kebersihan diri ni, yang biasa kita guna seperti syampu, krim mandian, mandian bayi yang mana syarikatnya tidak memohon sijil HALAL daripada Jakim. Contohnya Johnson & Johnsson, Procter & Gamble (P&G), Unilever (ada memohon untuk produk makanan, semuanya untuk produk ais-krim). Saya hanya menyebut beberapa syarikat.. sebab research saya tidak menyeluruh.. harap beri perhatian ya.
Walaupun beberapa syarikat luar negara ini tidak memohon sijil halal dari Malaysia, tetapi seperti
Johnson & Johnson mendapat pengiktirafam halal dari IFANCA.
JIka kita zoom-in
P&G - rangkaian produknya sahaja meliputi Olay, SK-II, Rejoice, Max Factor, Oral-B, Pampers, Head & Shoulder, Febreze/Ambi Pur, Hugo Boss, Pantene, dan banyak lagi.. dan boleh kata kebanyakan produk ini kita guna.. dan sedihnya, kita tak tahu pun status halalnya. Sebab bukan semua produk ini ada dalam
direktori HALAL JAkim
Ini pula rangkaian produk penjagaan diri Unilever... ada tak yang kome guna...
syampu-syampu yang kome guna tu... sah2 ke halal... dah bertahun guna, ade ke kesah halal @ tidak... begitu juga produk yang kita sapu bawah ketiak tu... kalo nak persoalkan hal halal haram pasal produk penjagaan diri nih.. memang tak habis..
Berbalik pada produk OLay... jika nak terus guna atau tidak, tergantung pada diri sendiri.. jika rasa was-was.. hentikan, jangan guna terus.. guna sahaja produk lain yang memang mendapat pengesahan HALAL.. contohnya range
produk Sendayu Tinggi (produk tempatan nih).. saya ni dah hampir 3 tahun tak guna apa2 produk pelembap muka pun..
Baru-baru ini.. Yuna telah dilantik sebagai Duta untuk produk Olay.. so, mungkin boleh tweet Yuna & tanya Yuna, adakah produk Olay ini HALAL...
Buat saudari Fisa... saya tak pasti samada saya ni telah menjawab atau tidak persoalan saudari.. sebabnya.. ia bukan hanya isu Olay. Isunya adalah - bertanya lah dengan pihak yang tahu.. bukan dengan saya yang hanya pernah menjadi pengguna.
p/s - maaf , harap2 tiada yang terasa dengan n3 ini.. sebab saya juga kurang ilmu dalam hal halal haram ini dan masih lagi tidak berhenti untuk belajar mensorting produk halal haram ini.
salam kasih sayang,
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!