Thursday, August 4, 2011

Home » , , » Semoga suami Salwa kembali dengan selamat

Semoga suami Salwa kembali dengan selamat



Salam bahagia kawan-kawan,

Saya hanya diduga dengan sedikit dugaan kecil.. tak berat mana pun.. tapi sahabat saya, Salwa, diuji dengan ujian yang lebih berat.

Suaminya hilang setelah keluar rumah pada jam 3 pagi pada 2 Aug 2011, hanya untuk check kereta, kemudian terus tidak masuk ke rumah.

Ini saya printscreen dari wall FB salwa. Mungkin di kalangan rakan blogger ade yang mengenali nya dengan nama IK @ IbuKauthar.




saya mengetahui berita ini malam tadi.. sangat-sangat terkejut tatkala dapat tahu berita ni. Walaupun sudah lama saya tak ke blog Salwa, apa tah lagi berhubung (saya kan dah berbulan tiada henfon), tapi ukhwah tu tetap ada rasa terjalin rapat. Menitis airmata saya. Saya tahu Salwa ni tabah dan cekal orangnya, sudah banyak dugaan yang beliau lalui. dan kali ini saya mohon Allah berikan kecekalan hati dan kekuatan emosi dan minda buat Salwa.


semoga Ithnin kembali pulang ke rumah dalam keadaan sihat dan selamat. Semoga Ithnin dapat ditemui secepatnya. Amin

Pada saya, suami Salwa ni sangat baik orang dan berbudi bahasa. Saya pernah beberapa kali berbual dalam telefon, sebab tak dapat bercakap dengan Salwa, tapi suami Salwa ni sangat lemah lembut tutur bahasanya. Memang bertuah sungguh Salwa.


KAWAN2,
tolong sebarkan berita ni & berdoa semoga suami Salwa pulang dalam keadaan selamat. Amin







p/s
saya jadi tak boleh tidur malam bila memikirkan jika saya yang berada di tempat Salwa.


salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (30)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Memang sangat besar dugaan puan salwa ni. Semoga suaminya selamat pulang ke sisi kembali dengan selamat...
My recent post Komunikasi yang betul tu penting!
Kalau zu dkt tempat akak ni..bukan tak leh lena...mkn pun tak rasanya...boleh lak hilang mcm tu sahaja...Allah lebih maha mengetahui...semoga suami akak salwa ni...di lindungi Allah...
My recent post Pernah Dengar Buah Binjau???
YA Allah, moga suami sis Salwa selamat2 hendaknya..

mmg sebak & luluh kalu berada di tmpt beliau. moga beliau tabah & kuat.
1 reply · active 712 weeks ago
MasyaAllah, hebatnya dugaan yg dia kena hadapi..camne prkembangan trkini????
My recent post Gotong Royong Memasak-Puasa ke 3
1 reply · active 712 weeks ago
aminnnn..mintak2 dijauhkan berita yang sedih....
My recent post Ringkasan Ramadan
1 reply · active 712 weeks ago
Kak Yong, saya baca kat wall Salwa tnetang ni. Memang terkejut. Since dah kenal Salwa dah dekat 3tahun, pernah jumpa face to face dengan Sal dan hasben dia time diorang attend kursus MBfPC Jun lepas. Suaminya memang baik, humble.
Semoga Ithnin selamat kembali ke pangkuan keluarga.
My recent post Doakan keselamatan En Ithnin Ngadiman
1 reply · active 712 weeks ago
Ina Hashim's avatar

Ina Hashim · 712 weeks ago

Ya Allah....tak dapat bayangkan perasaan Ibu Kauthar...moga suami beliau selamat pulang ke rumah dalam masa terdekat ni...AMIN
My recent post Wordless Wednesday
1 reply · active 712 weeks ago
Kak Yong, Ain nak nak copy ye, nak tolong war war kan pada yang lain... nanti Ain link balik ...
My recent post ...:: :S egmen - Singgah Sahur Pucukandubi
1 reply · active 712 weeks ago
semoga suami pn salwa kembali dengan selamat...amin...
1 reply · active 712 weeks ago
Allah.. hebatnya dugaan Allah untuk puan salwa..
semoga beliau dan anak-anak dikurniakan kekuatan menghadapi ujian.
dan semoga Allah tunjukkan jalan untuk suaminya pulang dengan selamat. ameen..
1 reply · active 712 weeks ago
kak yong..curik info & picca yer..nnt saya link kat n3 ni balik
1 reply · active 712 weeks ago
didoakan moga suami beliau dijumpai segera..
musykil jugak ni ape yg terjadi
My recent post wordless wednesday - belajar gayut
1 reply · active 712 weeks ago
kak, tak terduga benda2 macam ni kan..
memang terkejut...
semoga suami salwa cepat kembali ke pangkuan keluarga...
1 reply · active 712 weeks ago
Smoga suami salwa cepat di jumpai dan pulang dgn selamat.
1 reply · active less than 1 minute ago
terkejut saya dengar berita camni. tertanya2 gakkan, kemana la peginya suami dia. sama2lah kita berdoa semoga suami salwa pulang dlm keadaan yg selamat...aminnn
My recent post Membeli belah di Param
1 reply · active less than 1 minute ago
Besarnya dugaan beliau di bulan ramadhan ini...
1 reply · active less than 1 minute ago

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .