Showing posts with label adik-beradik. Show all posts
Showing posts with label adik-beradik. Show all posts

Friday, July 8, 2011

Sepupu saya di ICU Hospital Sg Buloh



Salam bahagia,


Saya mendapat berita sepupu saya, Junaidah Said berada di ICU pada petang Isnin, 4 Julai .. tapi saya lambat publish n3 sebab menanti info yang betul.

Ringkasnya :
1. Jun kena denggi berdarah (saya tak tahu bila, tidak dapat tarikh yang tepat) dan telah dibuat pemindahan darah
2. Darah yang diterima tidak serasi dan berlaku infeksi , gatal2 (ini yang adik ipar beritahu saya)
3. Petang Isnin, adik beritahu saya (melalui FB), Jun berada di ICU SG Buloh
4. Malam hari selasa, maklumat dari adik ipar.. situasi Jun 50-50, saluran darah di otak dah pecah.. Sad smile
5. Semalam, 7 Julai, jasa baik seorang kenalan mendapatkan info untuk saya, sepupu saya mengalami AVM (arteriovenus malformation), dan salur darah di otaknya pecah, berlaku pendarahan di otak. Situasi sepupu saya agak stabil (word ‘agak’ tu buat saya risau), doktor masih memberi rawatan untuk memulihkan kondisi otaknya dengan bantuan mesin. Crying face


Jun ni muda hampir 14 tahun dari saya.. Tak silap Nov/Dec 2011 ni usia baru nak mencecah 26 tahun. Dia lahir masa saya bercuti semester form 1 (cuti hujung tahun).. saya ingat lagi sebab masa tu saya balik bercuti ke rumah makNgah. Sebulan saya dok di rumah makNgah..


Jun, atau lebih dikenali dengan panggilan kakTeh ni, memang seorang yang tak banyak cakap.. tapi masa kecik dia lah paling petah bercakap..


Saya dah melilau mencari gambar dia dalam segala folder yang saya ada.. Masya Allah, tak jumpa lah pulak.. adik saya pulak dah private kan album2 dia di FB.. saya request dia tak online pulak..


Alhamdulillah, berjaya jumpa.. gambar tahun 2008..



Mohon doakan sepupu saya yer… semoga dia memberi respond yang positif untuk rawatan yang diberi… semoga dia kuat berjuang dan pulih. Amin.


Saya memang sangat teringin nak ke sana menziarah KakTeh..  Disappointed smile


Buat MakNgah, kaklong, kakNgah, abangLang dan adik-beradik sepupu yang lain.. tabah kan hati.. kakyong mendoakan dari jauh.. dan buat MakNgah juga, semoga cepat sihat (makNgah saya lumpuh, sudah setahun lebih).


p/s
sepupu2 saya semuanya takdak FB, blog apatah lagi twitter... saya pulak takdak henfon, nombor phone sepupu pun ntah ke mana2..  *sangat tak bagus situasi macam ni, lambat dapat info up-to-date*



salam kasih sayang,

.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, July 6, 2011

Meraikan Atok Yaya



Salam bahagia kawan-kawan,


Warning: n3 ni penuh dengan gambar.. so saya buat ‘read more’.. kalo tak nanti akan meleret panjang bila di 1st page.. Winking smile


Sempena sambutan hari bapa yang lepas.. kami adik-beradik yang ada di Ipoh ni, pot-luck jer makanan sorang sikit.. menjamu selera di rumah makbonda & ayahnde.. Smile




Tengok lah, cucu dah kerumun… tak sabor2 nak kek..



Aliya paling dekat dengan Atok, tapi dia dapat last sekali.. mujur la tak majuk.. tapi sempat la buat muka… hahhaaa.. Winking smile



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, December 15, 2010

Remang senja

salam bahagia dan salam ceria,


pagi2 ni nak wish besday untuk Atok anak-anak (ayahnde kakyong). Selamat harijadi yang ke 58 ayah. Terima kasih ayah sebab rajin melayan cucu-cucu yang semakin nakal ni. Semoga ayah diberi kesihatan yang baik & rajin-rajin bekerja.

atok

susah benor nak dapat snap foto atok ni. Ni foto terbaru semasa kenduri di Changkat Tin, atok dengan Aidil. NI pun crop, sebab snap dari jauh jer.

Ibu ade buat kek.. lepas maghrib semalam buat… siap dengan topping lagi.. tapi belum sempat amik gambor lagi… malas plak nak snap foto kek tu, bahan tak cukup.. teringin nak buat kek coklat topping dengan buah stoberi, tapi en ayah cakap mahal, daripada beli stoberi, lebih baik beli telor sepapan. Hajat nyer pepagi ni nak potong kek tu masuk dalam tipuware dan antor je ke rumah makbonda. Winking smile


Tajuk tu sebenarnya bukan lah nak mengata ayahnde dah ‘senja’. Asalnya plan nak tepek gambor pandangan senja hari di taman perumahan ni.. Masa baru menaip, tetiba teringat 15 Dec ni harijadi ayahnde.


aju
dan untuk pakcik Ju.. hepi belated besday pada 10 Dec yang lepas.. sori la terlupa nak wish, sebab dah lama tak buka FB. Semoga cepat2 bertemu jodoh (gatei plak tangan menaip nak kabo adik teman ni masih available… Winking smile ).. tapi adik teman ni ghete tak mandang, ada lah koje, yang teman jamin hal solat dia memang jaga.


so, lastly, jom layan foto senja, yang ibu snap-snap masa melayan anak-anak main di padang mainan. Foto ditangkap lebih kurang jam 6.30 petang. Kamera cabuk jer.. bukan dslr yer.. Smile with tongue out

photo 1 : original- snap guna mode scene sunset
IMG_9450-ori

foto 1 : versi edited – colour enhance
IMG_9450-edited

foto 2 : versi original – mode sunset
IMG_9451-ori

foto 2 : versi edited..
IMG_9451-edited

foto 3 : ori – mode beach (as if matahari atas kepala)
IMG_9452-ori
angle sama macam foto 2 tapi guna mode berbeza jer… nampak macam sama seperti yang foto 2 edited kan…

Actually ibu ni dari awal beli kamera suka ‘tembak’ gambar langit.. ade banyak dah koleksi.. tapi banyak dah hilang masa lappy rosak… huhuuu… mungkin ade dalam thumdrive & copy di DVD, malas nak cari.. dah banyak sangat folder.. kalo ibu jumpa ibu tepek lah nanti…

foto 4 : ori – mode beach
IMG_9454
Foto ni nampak seperti snap di waktu tengahari kan… guna setting/mode berbeza.. maka berbeza lah hasilnya…

p/s :
tunggu n3 Anis & fikri panjat tembok pagor, pergi rumah atok jalan kaki, berdua.


salam kasih sayang buat semua,

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, September 20, 2010

Naik suara

Salam hari Isnin





sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Hari ni pasti ramai yang mula bertugas seperti biasa. Buat semua, selamat menjalankan tugas dan melaksanakan amanah dengan cekap dan betul.

Semalam, setelah sekian lama ibu tak naik suara dengan adik-adik.. akhirnya, naik juga pitching suara dengan mode "marah sambil mata macam nak terjojol"

carian google

Buat adik yang kena marah tu,, bukan suka-suka kakyong nak naik suara.. bukan sesenang jer nak marah-marah ni.. tapi dalam tempoh 6 bulan ni dah puas rasanya kakyong bersabar dengan perangai kamu.

Hanya kerana kamu seorang abang dan hanya kerana kamu rasa kamu betul... itu tidak memberi kamu hak untuk jerit-jerit terpekik terlolong dan tendang terajang adik kamu. 

Hanya kerana kamu panas hati sangat... adalah sangat tidak beradap bila kamu terpekik terlolong depan pintu pagar rumah kakyong... kalo kamu tak reti nak jaga air muka kamu, tapi tolong lah jaga air muka kakyong.. tolong lah.. kot iyer pun ade masalah keluarga, tak perlu lah sampai 1 kawasan kejiranan perlu tahu.

Kakyong tahu kamu tu anak kesayangan mak, mak sayang sebab kamu budak pandai di sekolah, mak tak pernah marah kamu, walau apa salah silap yang kamu buat... tapi tolong lah tambahkan lagi ilmu di dada... belajar lah kawal kemarahan tu.. nak marah & nak pukul adik pun, jangan lah sampai kamu lupa.. kamu tu kat rumah kakyong... sekurang2nya.., tolong lah hormat sikit kakyong...

Kakyong bukan sesuka jer nak suruh kamu balik (halau balik).. tapi cara kamu ni dah sampai tahap mencabar kesabaran kakyong.. masuk rumah kakyong takde adap.. pastu naik kaki tangan depan mata kakyong.. ini kali ke2 dalam tahun ni kakyong naik suara dengan kamu..


Kakyong tak suka kamu tendang-terajang depan anak-anak kakyong.. sebab cara tu memang tak betul dan kakyong tak nak 'budaya tak elok' tu ada dalam rumah kakyong... 


fakta kejadian :

pukul 6 petang semalam, adik kakyong yang bongsu datang rumah.. kakyong masa tu pun ade depan laman, tengok ligan anak-anak supaya masuk rumah untuk mandi petang. Kakyong nampak kawan perempuan adik antor naik motor.

Kakyong tanya. "kamu dari mana?" 
adik jawab " cam biasa la, jalan2 rumah kawan"

Kakyong geleng kepala jer.. sebab ini situasi yang biasa.. bila dah lewat petang macam ni, dia akan jadikan rumah kakyong tempat 'escapism'. Kakyong masih ade 2 orang adik perempuan yang belum kahwin, sorang umur 24 dan yang bongsu ni baru 13 tahun. Actually, rumah kakyong ni memang tempat 'escapism' depa bila ade isu kat rumah sana.

Adik yang bongsu ni memang problematik sikit... ade kakyong ceritakan di n3 yang lalu.. buat yang dah follow blog kakyong sejak sekian lama, pasti dah tahu kan serba sedikit. Biasalah budak tengah meningkat remaja ni, tak betah dok di rumah... lebih lagi kalo pendekatan di rumah membuat dia rimas.

Lepas maghrib si bongsu ni tidur kat hall.. siap berselimut lagi dengan si anis. Tak lama adik lelaki (form 5) datang rumah kakyong.. ngamuk2, marah2.. bila tang part naik kaki tangan tu yang buat kakyong naik suara.. terus suruh dia (adik lelaki) balik rumah. Dia siap marah-marah kakyong pula sebab bagi muka pada si bongsu. Kakyong suruh dia balik, sebab kakyong tak suka cara macam ni & kecoh2 macam tu takkan selesaikan masalah.

Marah, berleter, sepak terajang.. bukan cara untuk selesaikan masalah budak remaja umur 13 tahun ni... malah ia akan merosakkan lagi keadaan... si bongsu ni bukan le jenis tak mendengar kata.. cuma cara pendekatan kat rumah makbonda tu memang buat dia rimas... ini tak kena, buat itu tak kena... tu yang buat dia suka keluar rumah.. kadang2 tak cakap dia pergi mana. 

Kakyong bukan tak cuba nak 'bagi elok' @ nasihatkan si bongsu tapi bila pendekatan kakyong tak sama dengan pendekatan orang2 di rumah sana... camana????!! Bila si bongsu lari rumah kakyong, kakyong juga yang dapat nama buruk.. kakyong juga yang dipandang tak elok... ntah lah.. 


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, July 6, 2010

sesekala layan bowling rami-rami

.
Salam ceria & salam bahagia




Dah jengah contest TAGline kakyong[dot]com dan Special Giveaway kakyong[dot]com... meh la join.


Ni alkesah minggu yang lalu.. 27 JUn 2010... citer dah basi.. ibu tak main, tapi ibu sibuk snap foto jer...


dah lama tak tayang muka kat blog... sesekala leh la menempel


ni la adik-beradik kakyong dengan makbonda, ada 1 orang yang takde iaitu adik yang kerja kat Genting

Jom tengok aksi-aksi depa main bowling...

gaya makbonda.. lempor cam lempor nyiur jer... tau2 jer dah strike.. kekadang ke longkang juga..

ni aksi Dekla (yg no 8, kira adik yg no 7).. ke longkang ler... ni le adik kakyong yang koje kat Ria Moda Ipoh.. & masih sambung belajor kat Kolej swasta


gaya maksu... ke longkang juga... maksu main kejap jer, pastu anak2 sedara yang cover line.. 


ni Pakngah (adik bawah kakyong) gaya mesti ada walau bolanya ke longkang juga.. oppss, ni makngah Miela yang punya

 makteh ani (adik no5) ni adik kakyong yang ada kedai jahit.. kahwin muda masa umur 17 tahun.. 


 suamiku punya lah happy.. strike la katakan..


pakcik Am (adik lelaki yg bongsu, kira yg no 9, second last), tahun ni akan amik SPM.. 

ibu tak sempat snap foto pakcik Ju beraksi baling bola bowling.. asyik dok pujuk si aidil yang mengamuk. Aidil tak padan dengan kecik, melalak sebab tak dapat main & pegang bola keras

abang nasrul dengan Aliya. nasrul ni anak makteh Ani, umur 11 tahun.. pandai speaking mandarin.. dari umur 5 tahun sekolah cina.. boleh tahan juga dia main bowling.. 


Aliya melalak tak hengat.. terkejut tetiba suasana bertukar dengan bunyi bola bowling yang melantun-lantun.. tapi kejap ja melalak.. pastu tempat tu dia buat cam rumah sendiri.. lari sana-sini... sampai tak mau balik...

merekod markah... yang pakai topi hitam tu, pakcik John, adik no 3.. 


ni la asbabnya kami berkumpul.. 
pertandingan bowling keluarga Taman Bertuah anjuran komuniti Jiran taman.. family kami menang 3 hamper.. 1 hamper pakcik Ju dapat sebagai pemain perseorangan, dan 2 hamper dapat pada anak sedara Mamat & Nasrul sebagai tunas jiran...

Ibu pun sebenarnya tahu hal ni pagi Ahad tu, so apa lagi ajak lah en ayah ikut sekali.. lagipun bukan selalu adik-adik yang dok KL balik Ipoh... & tak mudah juga kami nak kumpul beramai-ramai...



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, December 23, 2009

AINUN sudah pulang

Salam kawan2 ibu..

Ainun dah selamat balik ke rumah malam tadi. Kakyong pun dapat tahu dari zizan (adik yg no 8), dia antor sms tapi kakyong cuma dapat tahu selepas jam 11.30 malam, sebab malam tadi en ayah bawa henfon.

Misteri kehilangan Ainun selama beberapa hari ini memang belum dapat terjawab. Jadi tiada hasil post-mortem yang dapat kakyong laporkan di n3 ini. :)

Menurut Zizan, Ainun tak nak jawab apa2.. dia buat sikap mendiam dan membatukan diri. Jadi lewat malam semalam, kakyong sms zizan dan bagitahu bior Ainun rehat dulu, esok2 baru lah tanya.

Sebagai kakak kakyong melihat kes Ainun kali ini tak boleh dibiarkan jer. Kakyong sebenarnya dah banyak meng'x-ray' diri dan merenung jauh akan masalah Ainun ni, dah berbulan2 kakyong fikirkan. Dan macam2 perkara yang kakyong rasa perlu tindakan koreksi, bukan Ainun sahaja yang perlu dikoreksi, tapi semua orang dalam keluarga perlu ambil tindakan koreksi. Agaknya kita ni dah terlepas pandang yang kita ni ada adik yang perlukan perhatian.

kita tak amik port pun adik kita ni berkawan dengan siapa. Kita tak pernah check pun samada dia menipu dalam kata2 nya, yerlah dia cakap dia g rumah kawannya si A, tapi sebenarnya dia pergi tempat lain.

Bila adik kita buat salah, kita terus marah dan tuding semua jari kat dia, kita tak tanya & tak betul2 cuba nak amik tahu kenapa dia buat macam tu. Dan kadang2 bila dia buat salah, kita tak amik port pun nak tegur dia. Sebab tu lah dia terus buat kesalahan yang sama.

Kita tak boleh nak samakan diri kita dengan adik kita.. yer lah kan, semua akan cakap "kume dulu pun lalui zaman peralihan nak membesor juge, tapi kume takde ler nak buat perangai macam ni (merujuk pada Ainun). kume takde pun sampai nak melawan mak, kuor rumah tak kabo.. buat apa2 sesuka hati"
Adik kita ni cabaran dia lain.. zaman kita dulu lain, kita membesar di kampung dan di pekan kecil. Adik kita ni godaan kiri kanannya super hebat. Hati dia tak secekal kita.. lebih lagi dalam persekitaran dalam rumah yang 'kita semua pun tahu macamana'.

Adik kita ni kawan2nya pun 'super hebat'. Kawan2 dia ade banyak 'kelebihan' yang dia tak ade. Kawan2 dia ade baju2 cantik branded & uptodate, tapi dia ade baju2 ehsan dari kakak2 dia jer.. baju t-shirt abang dia pun dia sapu. Kawan2 dia ade henfon. Kawan2 dia petang2 boleh jalan2 naik motor, tapi adik kita naik beskal kecik yang dah tak sesuai pun utk dia. Bila cuti sekolah, kawan2 dia ade yang pergi bercuti ke luar negara, @ cuti2 malaysia. tapi adik kita ni.. ade saper kesah nak bawa dia bercuti.

Kita sedar atau tidak, adik kita ni kawan2nya ramai yang umur nya lebih dari dia. Masa dia baru jer masuk tahun 6, dia dah berkawan dengan ramai budak sekolah menengah. Kita pernah tak amik kesah influence @ pengaruh yang adik kita telah 'serap' dari kawan2 dia tu.

Adik kita ni cheghodik orangnyer.. cikgunya cakap dia ni kalo tak belajor pun bila periksa masih boleh dapat B. Tapi ntah penyakit Malas dari mana tah adik kita ni dapat, sepanjang tahun 6 ajer dia ponteng kelas lebih daripada 50 hari. Kelas tambahan boleh kira berapa kali jer dia pergi. Lepas exam UPSR, adik kita ni terus tak jejak kaki ke sekolah pun. Ade kita amik kesah hal ini, kita semua tahu kan.. tapi kita take for granted jer.
Akhirnya, bila result UPSR kuor.. adik kita dapat 1A 4C. Cuba kalo adik kita ni rajin sikit, ade motivasi lebih sikit, tentu dia boleh dapat keputusan lebih baik dari A'am.

Harap2 kita semua ni dah boleh melihat apa yang kurang dalam diri adik kita ni (dari apa yang kakyong dah menceceh tu).. jadi, abang2 dan kakak2 ainun.. sila amik tahu.. Ainun perlu kan sokongan moral, perhatian dan juga kasih sayang. Proses yang sedang Ainun lalui ni biasa nya dilalui oleh remaja usia 13-17 tahun.. tapi Ainun laluinya sedikit awal dan dia plak tak dibimbing dengan sewajarnya, sebab tu lah terlalu banyak SALAH laku dan banyak pihak yang telah tidak senang hati.

Dan tempiasnya memang ada terkena pada kakyong, tapi susah juga untuk kakyong 'bercakap' @ slow talk dengan makbonda pasal hal salah laku Ainun ni. Sebab tu lah selama ni kakyong buat sikap mendiamkan diri, cakap bila perlu ajer. Kalo dulu kakyong selalu jadi 'kaunselor keluarga yang tak bertauliah', bila adik2 buat hal jer, kakyong akan terus tegur, terus bagi ingatan. Tapi la ni adik2 kakyong semua dah besor belaka, tak suka ditegur2 @ dinasihat, bahkan ade yang cakap, "jaga jer family kamu baik2, depa (adik2) tahu lah nak jaga diri sendiri".

Kakyong pun tak nafikan, bila dah sibuk dengan urusan keluarga, urusan anak2.. kakyong juga terlepas pandang hal Ainun. Walhal, dari umur 1 hari kakyong le yang bela dia. Masa dia baru 3-4 tahun, kakyong usung dia ke mana jer kakyong pergi. Kalo orang tanya, "anak ker?" kakyong memang iyer kan jer. Yer lah, masa kakyong bujang dulu memang kakyong tatang adik yang bongsu ni, tapi bila dah berkeluarga slowly hubungan akrab tu merenggang.

Belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan, adik kita ni masih boleh dibentuk. Tapi bior kena caranya.. sebabnya dia ni 'rebung dah agak keras..', kita kena cari ikhtiar untuk bantu adik kita ni kenal potensi diri dia. kalo betul caranya, kakyong yakin Ainun ni boleh berjaya lebih daripada kakyong, abang2 & kakak2 nya yang lain. Kita ni harus selalu ingatkan adik kita tu supaya dia tak sia-siakan masa muda dia. dan akhir sekali jangan lupa doakan adik kita ni setiap kali lepas solat.

Dah cukup panjang kakyong membebel ni, sejak subuh tadi lagi. Ini lah sebahagian suara hati kakyong.. kalo ikutkan hati, banyak lagi kakyong nak tulis, tapi tak boleh nak tulis, takut ade banyak hati yang akan terluka nanti. Cuma yang kakyong harapkan makbonda & ayahnde usahlah berkeras sangat dengan Ainun.

p/s :
bila lah kakyong ade peluang nak buat sesi hati ke hati berdua jer dengan Ainun.. susah sebab setiap kali mesti mak ade, baru nak cakap sikit, nanti mak mesti mencelah itu ini.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .