Salam bahagia,
Saya mendapat berita sepupu saya, Junaidah Said berada di ICU pada petang Isnin, 4 Julai .. tapi saya lambat publish n3 sebab menanti info yang betul.
Ringkasnya :
1. Jun kena denggi berdarah (saya tak tahu bila, tidak dapat tarikh yang tepat) dan telah dibuat pemindahan darah
2. Darah yang diterima tidak serasi dan berlaku infeksi , gatal2 (ini yang adik ipar beritahu saya)
3. Petang Isnin, adik beritahu saya (melalui FB), Jun berada di ICU SG Buloh
4. Malam hari selasa, maklumat dari adik ipar.. situasi Jun 50-50, saluran darah di otak dah pecah..
5. Semalam, 7 Julai, jasa baik seorang kenalan mendapatkan info untuk saya, sepupu saya mengalami AVM (arteriovenus malformation), dan salur darah di otaknya pecah, berlaku pendarahan di otak. Situasi sepupu saya agak stabil (word ‘agak’ tu buat saya risau), doktor masih memberi rawatan untuk memulihkan kondisi otaknya dengan bantuan mesin.
Jun ni muda hampir 14 tahun dari saya.. Tak silap Nov/Dec 2011 ni usia baru nak mencecah 26 tahun. Dia lahir masa saya bercuti semester form 1 (cuti hujung tahun).. saya ingat lagi sebab masa tu saya balik bercuti ke rumah makNgah. Sebulan saya dok di rumah makNgah..
Jun, atau lebih dikenali dengan panggilan kakTeh ni, memang seorang yang tak banyak cakap.. tapi masa kecik dia lah paling petah bercakap..
Saya dah melilau mencari gambar dia dalam segala folder yang saya ada.. Masya Allah, tak jumpa lah pulak.. adik saya pulak dah private kan album2 dia di FB.. saya request dia tak online pulak..
Alhamdulillah, berjaya jumpa.. gambar tahun 2008..
Mohon doakan sepupu saya yer… semoga dia memberi respond yang positif untuk rawatan yang diberi… semoga dia kuat berjuang dan pulih. Amin.
Saya memang sangat teringin nak ke sana menziarah KakTeh..
Buat MakNgah, kaklong, kakNgah, abangLang dan adik-beradik sepupu yang lain.. tabah kan hati.. kakyong mendoakan dari jauh.. dan buat MakNgah juga, semoga cepat sihat (makNgah saya lumpuh, sudah setahun lebih).
p/s
sepupu2 saya semuanya takdak FB, blog apatah lagi twitter... saya pulak takdak henfon, nombor phone sepupu pun ntah ke mana2.. *sangat tak bagus situasi macam ni, lambat dapat info up-to-date*
salam kasih sayang,
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!