Salam bahagia kawan-kawan,
Warning: n3 ni penuh dengan gambar.. so saya buat ‘read more’.. kalo tak nanti akan meleret panjang bila di 1st page..
Sempena sambutan hari bapa yang lepas.. kami adik-beradik yang ada di Ipoh ni, pot-luck jer makanan sorang sikit.. menjamu selera di rumah makbonda & ayahnde..
Tengok lah, cucu dah kerumun… tak sabor2 nak kek..
Aliya paling dekat dengan Atok, tapi dia dapat last sekali.. mujur la tak majuk.. tapi sempat la buat muka… hahhaaa..
aksi suap-suap… kami sajer jer dera mak & ayah.. bukan selalu kan…
and juadah makanan… sila lah jamu mata yer..
the limau suam…
Pisang goreng dan Kepok lekor dari MakNgah Miela (ohyer.. Miela dah buka blog personal yang baru yer.. sebab blog sebelum ni kena virus.. mujur berjaya export data blog lama.. )
Mana-mana kawan blog yang kenal Miela sila lah add blog baru ni yer.. http://mirabadqis.blogspot.com/ Iela pun tak berapa sihat lately ni, so blog dia pun memang ala2 dah penuh ‘spider’..
nota : sori yer iela, tak sempat nak tolong make-up kan blog iela lagi.. n3 lama pun tak sempat nak tolong publishkan semula..
Bukti yang Aliya orang terakhir dapat kek.. hihiii… sian Aliya, camno atok leh tak perasan Aliya ..
selesai sudah.. tengok bihun saya, sangat laku kan (perasan.. kembang jap).. the fact is adik-beradik saya termasuk lah anak-anak sedara sekali, lebih suka layan bihun berbanding mee atau keteow..
Anak jantan saya, si Fikri, yang baru baik demam (masa tu la) dan leka dengan buku mewarna Transformer nya.. langsung tak amik port time orang semua sibuk dok berebut makanan.. dah semua orang selesai makan, baru dia nak makan.. itu pun jenuh kena paksa.. makan sikit jer pun..
Itu lah alkesah sambutan hari bapa untuk ayahnde kami…
Seronok dapat berkumpul ramai-ramai dengan adik-beradik.. tapi tak semua ada, adik di KL 3 orang tak balik.. si Aam pulak sekarang ni di pusat Matrik Pongsu Seribu di Seberang Jaya.. (saya teringin nak jejak kaki ke pusat Matrik ni… ari tu tak dapat ikut.. heheh… tetiba rindu plak zaman matrik yang dah lebih 20 tahun berlalu… hmmm, sudah tuo la.. )
p/s
harap2 dapat berkumpul lagi dengan adik-beradik.. tetiba datang mood nak buat jamuan untuk besday Aliya (ketiga) dan Anis (ke-4).. tak pernah buat lagi tahun-tahun yang lalu, sian kat Anis & Aliya... semoga dimurahkan rezeki dalam 1-2 minggu ni…
salam kasih sayang,
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!