Showing posts with label berita sedih. Show all posts
Showing posts with label berita sedih. Show all posts

Monday, October 17, 2011

Di pusara abadi




salam bahagia,


Hari ahad, saya pulang ke kampung Changkat Tin lagi.. Agak lama tidak menjejakkan kaki ke tanah perkuburan. Sebaik melangkah ke dalam kawasan perkuburan dan memberi salam, terasa ada suatu perasaan yang sukar nak diterangkan dengan perkataan.. tapi perasaan itu bagai ber’gegar’ dalam hati..






Saya juga akan ke sini juga akhirnya nanti. Ntahlah, kenapa setiap kali mengingati mati saya pasti akan terkenang anak-anak yang masih kecil.. Ya Allah, kenapa lah ada rasa macam nih.. agaknya mungkin iman yang senipis kain jarang.. Sad smile Belum cukup lagi persiapan bekalan untuk ke sana.. 






Semoga roh Onyang kendak @ Sariah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan mereka yang beriman.

Jom review adap-adap wanita ke tanah perkuburan, di SINI.


Sewaktu kami (saya, makbonda dan adik lelaki - suami miela) sampai, jenazah telah pun diturunkan ke liang lahat. Saya memang tidak berkesempatan untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Menitis juga air mata - tatkala melihat mereka menimbus tanah... ada suatu getar di hati... Hujan turun sebaik bacaan Yassin dan talkin dimulakan.



AlFatihah. Dari Nya kita datang dan dariNya juga kita kembali.



salam kasih sayang,


.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, July 8, 2011

Sepupu saya di ICU Hospital Sg Buloh



Salam bahagia,


Saya mendapat berita sepupu saya, Junaidah Said berada di ICU pada petang Isnin, 4 Julai .. tapi saya lambat publish n3 sebab menanti info yang betul.

Ringkasnya :
1. Jun kena denggi berdarah (saya tak tahu bila, tidak dapat tarikh yang tepat) dan telah dibuat pemindahan darah
2. Darah yang diterima tidak serasi dan berlaku infeksi , gatal2 (ini yang adik ipar beritahu saya)
3. Petang Isnin, adik beritahu saya (melalui FB), Jun berada di ICU SG Buloh
4. Malam hari selasa, maklumat dari adik ipar.. situasi Jun 50-50, saluran darah di otak dah pecah.. Sad smile
5. Semalam, 7 Julai, jasa baik seorang kenalan mendapatkan info untuk saya, sepupu saya mengalami AVM (arteriovenus malformation), dan salur darah di otaknya pecah, berlaku pendarahan di otak. Situasi sepupu saya agak stabil (word ‘agak’ tu buat saya risau), doktor masih memberi rawatan untuk memulihkan kondisi otaknya dengan bantuan mesin. Crying face


Jun ni muda hampir 14 tahun dari saya.. Tak silap Nov/Dec 2011 ni usia baru nak mencecah 26 tahun. Dia lahir masa saya bercuti semester form 1 (cuti hujung tahun).. saya ingat lagi sebab masa tu saya balik bercuti ke rumah makNgah. Sebulan saya dok di rumah makNgah..


Jun, atau lebih dikenali dengan panggilan kakTeh ni, memang seorang yang tak banyak cakap.. tapi masa kecik dia lah paling petah bercakap..


Saya dah melilau mencari gambar dia dalam segala folder yang saya ada.. Masya Allah, tak jumpa lah pulak.. adik saya pulak dah private kan album2 dia di FB.. saya request dia tak online pulak..


Alhamdulillah, berjaya jumpa.. gambar tahun 2008..



Mohon doakan sepupu saya yer… semoga dia memberi respond yang positif untuk rawatan yang diberi… semoga dia kuat berjuang dan pulih. Amin.


Saya memang sangat teringin nak ke sana menziarah KakTeh..  Disappointed smile


Buat MakNgah, kaklong, kakNgah, abangLang dan adik-beradik sepupu yang lain.. tabah kan hati.. kakyong mendoakan dari jauh.. dan buat MakNgah juga, semoga cepat sihat (makNgah saya lumpuh, sudah setahun lebih).


p/s
sepupu2 saya semuanya takdak FB, blog apatah lagi twitter... saya pulak takdak henfon, nombor phone sepupu pun ntah ke mana2..  *sangat tak bagus situasi macam ni, lambat dapat info up-to-date*



salam kasih sayang,

.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, December 2, 2010

Tiada lagi ku dengar kidungmu

Salam bahagia,

Bila telah sampai janji Allah, tiada lagi dapat bertangguh walau sesaat pun..

ilanov2008
Ila : Mar 1990 – 1 Dec 2010

AlFatihah buat Ila, adik Ema. Semoga roh mu aman di sana dik. Ila ni makSu kepada Haris & Aidil. Salam takziah buat Man (suami Ila), makcik (mak Ila), Ema dan adik-beradik dan anak2.. semoga tabah melalui kehilangan ini.

Sebab kematian – sesak nafas. Sebaik di bawa ke Hospital Tg Karang, di sahkan sudah meninggal. Mujur ada anak sedara bapa tirinya yang bekerja di Hospital Tg Karang, maka segera diuruskan tanpa melalui post-mortem. Pihak hospital juga uruskan proses mandi dan kafan jenazah serta hantarkan jenazah pulang ke Changkat Tin.

Menurut kata makcik (mak Ila), memang Ila ade mengadu sakit dada, tapi takde le bawa check up ke doktor.. hanya sapu minyak dan urut2 jer. Untuk makluman semua, Ila tinggal di Sabak Bernam dengan suaminya. Depa baru menikah 4 bulan lepas.

Alhamdulillah, sudah selamat di simpan di Changkat Tin pagi tadi. Jenazah tiba dari hospital Tg Karang malam tadi (x pasti jam berapa.. lupa nak tanya). Kami (ibu tumpang makNgah miela) sampai menziarah jam 1 pagi.. bertolak dari Ipoh jam 11 lebih.. singgah makan di Tg Tualang, Ibu tak makan, minum jer. Turut sekali menumpang kereta Ixora makngah Miela adalah maksu enon, maktam & opah nasi lemak (makbonda ibu la).

Hampir jam 2 pagi baru bertolak balik ke Ipoh.. ibu sampai rumah jam 3.02 pagi. Mujur le perjalanan balik tu makngah miela yang drive, kalo pakngah yang drive.. buleh luruh jantung ibu.. Terpaksa juga menziarah lewat malam tadi sebab kalo nak ziarah pagi ni memang tak sempat.


ema anak2
Ema, Aidil & haris

Haris pastilah teramat merasai kehilangan ni, memang sejak kecil diasuh oleh Acu Ila.. maafkan maklong yer abang haris.. maklong bukan sengaja nak tanya macam tu, cuma maklong nak tengok reaksi haris (teringin menguji jiwa kecil si anak berusia 5 tahun).. bergenang airmata haris bila maklong tanya,  “kenapa dengan Acu?”  tak sanggup rasanya menatap wajah penuh sayu.

Buat Ema.. kuatkan hati.. jangan sedih2 sangat.. nanti effect pada baby pulak…

p/s:
keputusan Mari teka part 2 dah ade. Esok lah yer.. hari ni memang betul takde mood nak siapkan n3 tu.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, May 11, 2010

Adakah saya akan seTABAH mereka

.
Salam hari Selasa semua..

Semoga kalian sihat2 & berbahagia selalu di samping keluarga & sahabat handai taulan.


mati itu pasti.. cuma bagaimana kita hadapinya bila kehilangan teman hidup?!!

Ibu sebenarnya tak dapat nak menggambarkan bagaimana kah keadaan & perasaan ibu, jika ibu kehilangan en ayah untuk selama-lamanya. Bukan ibu tidak meRedhai nya.. cuma.. ntah lah.. macam2 yang bermain di kepala, & macam2 gambaran yang berputar-putar.. hakikatnya & dengan sejujurnya ibu katanya, ibu memang tidak bersedia rohani & jasmani. Ohhooo, mungkin ibu harus tarbiah jiwa ibu.. harus jadi kuat mulai detik ini. mati itu pasti, cuma kita tidak tahu siapa yang akan dipanggil dulu.

Bukan ibu sengaja nak bercerita begini, cuma ibu terkesan dengan dugaan yang dilalui oleh seorang rakan blog ni. Ibu memang sangat-sangat minta maaf pada Ismayanti kerana ibu baru tahu, nampak sangat banyak lagi blog kawan2 ibu yang belum ibu jejaki & terlepas pandang.

Semalam semasa ibu terpandang status Ismayanti di FB., ibu jadi sedikit curious & rasa ingin tahu itu membuak2, jadi malam tadi ibu menjelajah ke blog beliau. Masya Allah, rupanya sudah sebulan lebih suami beliau dipanggil Illahi. Ibu menerjah hampir 5-6 n3, mungkin juga lebih, sehingga ke n3 beliau di penghujung Mar 2010. Aduhh, ibu rasa 'terduduk @ terjelepuk'.. tak leh nak kata apa.. tetiba terbayang 'how am i going to do if i'm in her shoe'

Syabas Ismayanti, anda memang ibu yang tabah.. salam takziah dari kakyong. Semoga terus tabah & kuat dalam mengharungi kehidupan. Kakyong juga doakan semoga Ismayanti (Yan) cepat sembuh & sihat. (beliau baru jalani pembedahan bahu.. akibat kemalangan itu)  Anak sulong beliau sebaya dengan Fikri, baru 4 tahun..

Ibu terkenang pula pada seorang sahabat ibu ni. namanya Suhanariyah (Ana). Ana ni kawan ibu sejak sekolah rendah lagi. Walaupun ibu masuk MRSM & belajar ke UUM, hubungan kami tidak pernah putus, bahkan Ana adalah antara sahabat ibu yang paling kerap mengutus surat. Semua suka-duka Ana kongsi dengan ibu melalui surat2nya. Dan pada tahun penghujung 2001 (tak silap ibu), suaminya pergi buat selama2nya kerana denggi berdarah. Pada waktu itu, Ana pula sedang sarat mengandung.

Ana melahirkan baby kembar pada Feb 2002. Ada Ana kirimkan beberapa keping gambar si kembar semasa masih bayi & juga semasa umur 2-3 tahun. Jenuh ibu selongkar cari dalam lemari album yang tu, tak jumpa lah pulak.. so ibu kidnap 1 keping foto si kembar dari FB Ana...  


ni foto tahun 2010. rasanya dah umur 8 tahun kot.

Si kembar ini langsung tidak pernah melihat ayah mereka, tapi ibu mereka sangat Tabah.. walau kata Ana perjalanan anak2 nya baru bermula, namun ibu tahu sahabat ibu ini memang seorang Ibu yang tabah & bersemangat tinggi.. si kembar ini khabarnya sudah mula mengecap kejayaan, semoga terus berjaya ya nak.. balas budi ibu kalian.

p.s
Ibu tak pasti adalah ibu boleh jadi ibu terbaik untuk anak2 jika harus membesarkan anak2 seorang diri. tetiba jadi pesimis... takut... sungguh, ibu takut.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Thursday, April 8, 2010

Maklong rindu dengan budak 2 orang ni.. (n3 emo)

Salam ceria buat semua,

1st of all, ibu nak ucapkan TAKZIAH pada makNgah Miela diatas pemergian Tok ke rahmatullah pada hari Isnin, 5 Apri 2010. Kali terakhir ibu jumpa tok tahun lepas semasa makan nasi beriani rumah mak makngah miela. Masa tu tok memang terbaring jer, tapi tok gagah juga duduk.. tok tak leh nak cakap, tapi tok kenal lagi ibu.. back to year 2000-2002, tok riuh lagi bersembang.. masa ibu kahwin pun tok ade datang & masa ibu buat kenduri untuk fikri (back to year 2006) pun tok ade datang, walaupun masa tok tak berapa nampak sebab baru jer operation mata... walaupun ibu bukan sapa2 pada tok tapi hubungan kekeluargaan tu tak penah buat ibu rasa tok tu orang asing. Sebab bila terpandang tok, tiap kali itu ibu akan teringat pada arwah onyang jenab (nenek makbonda). Semoga tok aman di sana. AlFatihah.





budak 2 orang ni.. maklong rindu sangat dengan kome 2 orang.. maklong harap  pakcik Ju boleh bawa balik kome datang ke rumah maklong....

Beberapa hari lepas, maklong memang marah. Maklong marah sebab riso masa depan komen berdua, tapi maklong lupa.. rezeki tu Allah yang tentukan. Apa2 pun jadi, kome 2 orang tetap anak2 sedara maklong.

Pada abang haris - haris ingat tak masa bulan lepas, haris ade sembang dengan maklong.. haris janji nak belikan umi & maklong rumah besor.. besor sangat2.. Haris memang baik sebab sanggup nak belikan 1 rumah besor untuk maklong. 

Haris ingat tak pesan maklong.. haris kena belajor pandai2.. kena belajor sampai berjaya.. masuk universiti.. baru buleh dapat kerja yang baik.. baru buleh ada banyak duit untuk belikan umi rumah besor. Haris ingatkan..

Haris kena jadi anak yang baik & berbakti pada umi dan juga abang yang baik pada Aidil. Haris kena jaga umi & Aidil. Haris kena dengor cakap umi elok2.. Haris kena kuat dan harus jadi tulang belakang umi.

Walau apa pun jadi, Haris & Aidil tetap ada opah, atok, maklong, pakngah & makngah, makteh Ani, makTam, pakcik Ju, pakcik am, pakcik jijan, pakcik john & maksu enon.







kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, April 2, 2010

GRRRrrrrrr...


I'm MAD.. realllyyy MAD



SmileyCentral.com



dengan seseorang 
yang buat keputusan semasa sedang marah...


dan telah buat seorang isteri 
juga seorang ibu 
tak keruan & hilang arah



SmileyCentral.com




tolong!!!
macam mana nak tolong REDA kan ni..

kalo dekat dah lama ku terbang ke sana...


apakan daya, hanya mampu mendengar tangisan di hujung talian... 
daku pun tumpang nangis sama


Ya Allah, hamba mohon padaMu permudahkan urusan kami dan jauhkan kami dari bisikan syaitan durjana. 

Ya Allah berikan lah kesabaran yang tinggi pada hambaMu yang lemah.



p/s : jika semalam anda bertikam lidah suami isteri, 
pagi2 terima sms dr suami ,
talakkan anda dengan talak 1.. apa nak buat?!














kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, September 9, 2009

Awasi anak.. usah bakar sampah depan rumah

Maaf ya, hari ni ibu terpaksa tunda untuk umumkan pemenang Contest Jom Main Air.. sebabnya ibu bersedih dan tak boleh nak buat2 yang ibu hepi hari ni.

Berita ni ibu lambat dapat sebab en ayah bawa henfon.. so masa makNgah Miela hantar sms memang ibu tak tahu.. dah lepas maghrib baru en ayah bagi tahu anak Nasri meninggal. Nasri ni pangkat pakcik @ bapa sedara dengan ibu.. Mak Nasri @ opah encek adalah mak sedara kepada ayahnde.

Malam tadi baru ibu baca n3 99.9% terbakar kat blog makNgah Miela.. sila lah klik untuk baca ya..

Ibu ingatkan pagi lepas sahur tadi boleh lah ibu tepon untuk tahu kesah yang sebenarnya. Tapi en ayah bawa henfon lagi.. sudahnya ibu email jer kat makngah miela. Ini lah jawapan yang ibu dapat dari email makNgah... Ibu tak tahu lah, naper berita ni menyentap hingga ke hati ibu..

Yang meninggal tu anak dia yang bongsu...si adik dr kembar tu. Masa dalam kul 6 lebih kot sbb smlm makcik tu singgah umah kata kul 5 lebih bebudak tu tengah main kat laman. Opah yang tengah bakar sampah, dia x perasan arwah adik ni ikut dia bakar sampah gak. Selalu dia x kacau. Tetiba api sambar baju gaun yg dia pakai. Mujur bukan kain getah leh gak rabut buang tapi malangnya opah yang perasan dah lewat... api dah bakar badan arwah gak. Then opah yang peluk dari belakang, habis tangan dan kaki opah yang melecur. Namun x leh wat paper sebab keseluruhan badan terbakar. Hanya belakang je selamat sebab opah yang peluk. 88% badannya terbakar dan 99.9% organ dalamannya rosak kecuali 1% iaitu jantung. Isinya masak. Meninggal jam 8.05 pg di PICU. Abg tau kul 11 mlm..dia sempat la g PICU tengok. Iela ingat nak g pagi tu..then dpt tau da meninggal. Iela g gak ke Bilik Mayat.. then amik mak, n abg bw balik cht tin. Kesian kat opah yang sebab rasa bersalah walaupun kejadian yang melanda bukan salah dia. Terjelepok kat kubur arwah merintih walaupun dia pun sakit melecur. Iela bg antivirus tu 3 suh sapu kat melecur tu sebab sebelum nie mak kena minyak panas, sapu elok. Teruk sangat iela tengok. Nasri n wife nampak macam redha tapi kembar tu nampak macam lost. Menempek je kat mak dia. Yang tinggal cuma kembar yg kakak yang ada parut kat mulut tu je. Cian depa. Tuhan nak duga bulan2 posa nie.. dorang mandi kan mayat pun sebagai syahid. Terus ke syurga arwah. Alhamdulillah.

Ibu memang jadi sayu bila dapat tahu atau terbaca kes2 kematian anak2 ni.. tak terbayang jika ibu yang berada di tempat ibuayah anak ini. Ibu doakan Nasri & isteri tabah & redho.. begitu juga untuk Opah encek. Insya Allah, selepas ni berusaha lah supaya dapat bersama dengan si kecil yang menanti di pintu syurga.

InshaAllah, anak-anak kecil yang meninggal ini akan berada di syurga Allah s.w.t. Disebut dalam kitab Ad-Durr Al- Manthur sesungguhnya orang yang beriman dan anak-anaknya akan berada di dalam syurga bersama-sama. (Ad-Durr Al-Manthur, 7/633 ; Tafsir At-Tabari, 27/25)
Bagaimanapun, jika seseorang ingin bersama anaknya tersebut, perlulah ia melakukan amal soleh dan menjadi orang yang beriman dengan benar-benar iman.

Buat semua kawan2 ibu, awasi lah anak-anak walau dalam apa jua keadaan. Malang memang tak berbau. Ajal, jodoh pertemuan memang hak Allah, maut adalah sesuatu yang Allah sembunyikan dari kita. Namun jika kita mengambil langkah2 yang dapat mengurangkan risiko, Insya Allah. Anak2 terlalu berharga untuk diri kita, namun perancangan Allah itu tiada dapat kita ketahui.

Seperti yang pernah ibu maklum kan dalam n3 sebelum ini, kawasan perumahan ibu ini adalah taman perumahan yang berhampiran dengan kawasan kampung. Masyarakat yang tinggal di rumah lot, yang punya laman luas, memang amalkan lagi pembakaran sampah secara terbuka. Mungkin selepas ni usahlah bakar sampah di laman rumah lagi. Bukan nak salahkan sesiapa kan tapi anak2 adalah sangat berharga dan anak2 kecil seusia 2-3 tahun masih belum tahu untuk membezakan bahaya dan menjaga diri. Namun apa pun apa yang telah berlaku pada keluarga nasri, kita anggaplah rahmat Allah. Rahmat ke arah satu hijrah mungkin.

Ibu teringat pada kesah seorang kakak ni, kita panggil dia kakpah. kesah nya diceritakan pada ibu semasa ibu masih bujang lagi. Menurut kakpah, anaknya meninggal kerana ter'jatuh' dalam kawah mengelegak. Waktu itu sedang sibuk masak2 kat rumah kenduri. Anak2 pulak dok main kejar sampai ke kawasan memasak. Anaknya waktu itu berusia 5 tahun. Kata kakak tu, sebelum anaknya meninggal, si anak kecil ni ada cakap pada ibunya.. "kalo dia dah takde nanti, mak jangan dah marah2 & pukul kakak & abang. "

Si anak kecil tu memang nakal, suka buat perangai ketegaq.. Anak2 ni kita nak marah pun ade hadnya, nak dipukul @ ditangan pun ade kaedahnya. Anak nakal sebab inginkan perhatian, tetapi bila tiada kawalan dan pengawasan boleh juga membawa kesan buruk kepada anak.

Syawal juga bakal menjelma tak lama lagi. Bagi yang pulang ke kampung, awasi anak2 ya.. boleh main bunga api tapi biarlah dengan pengawasan.. kadang2 bila berada di kampung, ade perkara yang kadang2 kita terlepas pandang.. maklum lah bila sudah berkumpul beramai2 memang asyik berkongsi cerita.. jangan terlupa tengok kan anak2. Anak2 seusia 1-3 tahun adalah anak2 yang suka buat aktiviti explorer.. jadi awasi tangga, awasi tempat2 yang mungkin anak2 suka nak memanjat, awasi mancis, awasi pisau & alat2 tajam... pendekata, jangan biarkan anak bermain sendirian tanpa ada yang lebih dewasa mengawasi.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .