Monday, September 20, 2010

Home » , , » Naik suara

Naik suara

Salam hari Isnin





sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

Hari ni pasti ramai yang mula bertugas seperti biasa. Buat semua, selamat menjalankan tugas dan melaksanakan amanah dengan cekap dan betul.

Semalam, setelah sekian lama ibu tak naik suara dengan adik-adik.. akhirnya, naik juga pitching suara dengan mode "marah sambil mata macam nak terjojol"

carian google

Buat adik yang kena marah tu,, bukan suka-suka kakyong nak naik suara.. bukan sesenang jer nak marah-marah ni.. tapi dalam tempoh 6 bulan ni dah puas rasanya kakyong bersabar dengan perangai kamu.

Hanya kerana kamu seorang abang dan hanya kerana kamu rasa kamu betul... itu tidak memberi kamu hak untuk jerit-jerit terpekik terlolong dan tendang terajang adik kamu. 

Hanya kerana kamu panas hati sangat... adalah sangat tidak beradap bila kamu terpekik terlolong depan pintu pagar rumah kakyong... kalo kamu tak reti nak jaga air muka kamu, tapi tolong lah jaga air muka kakyong.. tolong lah.. kot iyer pun ade masalah keluarga, tak perlu lah sampai 1 kawasan kejiranan perlu tahu.

Kakyong tahu kamu tu anak kesayangan mak, mak sayang sebab kamu budak pandai di sekolah, mak tak pernah marah kamu, walau apa salah silap yang kamu buat... tapi tolong lah tambahkan lagi ilmu di dada... belajar lah kawal kemarahan tu.. nak marah & nak pukul adik pun, jangan lah sampai kamu lupa.. kamu tu kat rumah kakyong... sekurang2nya.., tolong lah hormat sikit kakyong...

Kakyong bukan sesuka jer nak suruh kamu balik (halau balik).. tapi cara kamu ni dah sampai tahap mencabar kesabaran kakyong.. masuk rumah kakyong takde adap.. pastu naik kaki tangan depan mata kakyong.. ini kali ke2 dalam tahun ni kakyong naik suara dengan kamu..


Kakyong tak suka kamu tendang-terajang depan anak-anak kakyong.. sebab cara tu memang tak betul dan kakyong tak nak 'budaya tak elok' tu ada dalam rumah kakyong... 


fakta kejadian :

pukul 6 petang semalam, adik kakyong yang bongsu datang rumah.. kakyong masa tu pun ade depan laman, tengok ligan anak-anak supaya masuk rumah untuk mandi petang. Kakyong nampak kawan perempuan adik antor naik motor.

Kakyong tanya. "kamu dari mana?" 
adik jawab " cam biasa la, jalan2 rumah kawan"

Kakyong geleng kepala jer.. sebab ini situasi yang biasa.. bila dah lewat petang macam ni, dia akan jadikan rumah kakyong tempat 'escapism'. Kakyong masih ade 2 orang adik perempuan yang belum kahwin, sorang umur 24 dan yang bongsu ni baru 13 tahun. Actually, rumah kakyong ni memang tempat 'escapism' depa bila ade isu kat rumah sana.

Adik yang bongsu ni memang problematik sikit... ade kakyong ceritakan di n3 yang lalu.. buat yang dah follow blog kakyong sejak sekian lama, pasti dah tahu kan serba sedikit. Biasalah budak tengah meningkat remaja ni, tak betah dok di rumah... lebih lagi kalo pendekatan di rumah membuat dia rimas.

Lepas maghrib si bongsu ni tidur kat hall.. siap berselimut lagi dengan si anis. Tak lama adik lelaki (form 5) datang rumah kakyong.. ngamuk2, marah2.. bila tang part naik kaki tangan tu yang buat kakyong naik suara.. terus suruh dia (adik lelaki) balik rumah. Dia siap marah-marah kakyong pula sebab bagi muka pada si bongsu. Kakyong suruh dia balik, sebab kakyong tak suka cara macam ni & kecoh2 macam tu takkan selesaikan masalah.

Marah, berleter, sepak terajang.. bukan cara untuk selesaikan masalah budak remaja umur 13 tahun ni... malah ia akan merosakkan lagi keadaan... si bongsu ni bukan le jenis tak mendengar kata.. cuma cara pendekatan kat rumah makbonda tu memang buat dia rimas... ini tak kena, buat itu tak kena... tu yang buat dia suka keluar rumah.. kadang2 tak cakap dia pergi mana. 

Kakyong bukan tak cuba nak 'bagi elok' @ nasihatkan si bongsu tapi bila pendekatan kakyong tak sama dengan pendekatan orang2 di rumah sana... camana????!! Bila si bongsu lari rumah kakyong, kakyong juga yang dapat nama buruk.. kakyong juga yang dipandang tak elok... ntah lah.. 


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .