Ainun dah selamat balik ke rumah malam tadi. Kakyong pun dapat tahu dari zizan (adik yg no 8), dia antor sms tapi kakyong cuma dapat tahu selepas jam 11.30 malam, sebab malam tadi en ayah bawa henfon.
Misteri kehilangan Ainun selama beberapa hari ini memang belum dapat terjawab. Jadi tiada hasil post-mortem yang dapat kakyong laporkan di n3 ini. :)
Menurut Zizan, Ainun tak nak jawab apa2.. dia buat sikap mendiam dan membatukan diri. Jadi lewat malam semalam, kakyong sms zizan dan bagitahu bior Ainun rehat dulu, esok2 baru lah tanya.
Sebagai kakak kakyong melihat kes Ainun kali ini tak boleh dibiarkan jer. Kakyong sebenarnya dah banyak meng'x-ray' diri dan merenung jauh akan masalah Ainun ni, dah berbulan2 kakyong fikirkan. Dan macam2 perkara yang kakyong rasa perlu tindakan koreksi, bukan Ainun sahaja yang perlu dikoreksi, tapi semua orang dalam keluarga perlu ambil tindakan koreksi. Agaknya kita ni dah terlepas pandang yang kita ni ada adik yang perlukan perhatian.
kita tak amik port pun adik kita ni berkawan dengan siapa. Kita tak pernah check pun samada dia menipu dalam kata2 nya, yerlah dia cakap dia g rumah kawannya si A, tapi sebenarnya dia pergi tempat lain.
Bila adik kita buat salah, kita terus marah dan tuding semua jari kat dia, kita tak tanya & tak betul2 cuba nak amik tahu kenapa dia buat macam tu. Dan kadang2 bila dia buat salah, kita tak amik port pun nak tegur dia. Sebab tu lah dia terus buat kesalahan yang sama.
Kita tak boleh nak samakan diri kita dengan adik kita.. yer lah kan, semua akan cakap "kume dulu pun lalui zaman peralihan nak membesor juge, tapi kume takde ler nak buat perangai macam ni (merujuk pada Ainun). kume takde pun sampai nak melawan mak, kuor rumah tak kabo.. buat apa2 sesuka hati"
Adik kita ni cabaran dia lain.. zaman kita dulu lain, kita membesar di kampung dan di pekan kecil. Adik kita ni godaan kiri kanannya super hebat. Hati dia tak secekal kita.. lebih lagi dalam persekitaran dalam rumah yang 'kita semua pun tahu macamana'.
Adik kita ni kawan2nya pun 'super hebat'. Kawan2 dia ade banyak 'kelebihan' yang dia tak ade. Kawan2 dia ade baju2 cantik branded & uptodate, tapi dia ade baju2 ehsan dari kakak2 dia jer.. baju t-shirt abang dia pun dia sapu. Kawan2 dia ade henfon. Kawan2 dia petang2 boleh jalan2 naik motor, tapi adik kita naik beskal kecik yang dah tak sesuai pun utk dia. Bila cuti sekolah, kawan2 dia ade yang pergi bercuti ke luar negara, @ cuti2 malaysia. tapi adik kita ni.. ade saper kesah nak bawa dia bercuti.
Kita sedar atau tidak, adik kita ni kawan2nya ramai yang umur nya lebih dari dia. Masa dia baru jer masuk tahun 6, dia dah berkawan dengan ramai budak sekolah menengah. Kita pernah tak amik kesah influence @ pengaruh yang adik kita telah 'serap' dari kawan2 dia tu.
Adik kita ni cheghodik orangnyer.. cikgunya cakap dia ni kalo tak belajor pun bila periksa masih boleh dapat B. Tapi ntah penyakit Malas dari mana tah adik kita ni dapat, sepanjang tahun 6 ajer dia ponteng kelas lebih daripada 50 hari. Kelas tambahan boleh kira berapa kali jer dia pergi. Lepas exam UPSR, adik kita ni terus tak jejak kaki ke sekolah pun. Ade kita amik kesah hal ini, kita semua tahu kan.. tapi kita take for granted jer.
Akhirnya, bila result UPSR kuor.. adik kita dapat 1A 4C. Cuba kalo adik kita ni rajin sikit, ade motivasi lebih sikit, tentu dia boleh dapat keputusan lebih baik dari A'am.
Harap2 kita semua ni dah boleh melihat apa yang kurang dalam diri adik kita ni (dari apa yang kakyong dah menceceh tu).. jadi, abang2 dan kakak2 ainun.. sila amik tahu.. Ainun perlu kan sokongan moral, perhatian dan juga kasih sayang. Proses yang sedang Ainun lalui ni biasa nya dilalui oleh remaja usia 13-17 tahun.. tapi Ainun laluinya sedikit awal dan dia plak tak dibimbing dengan sewajarnya, sebab tu lah terlalu banyak SALAH laku dan banyak pihak yang telah tidak senang hati.
Dan tempiasnya memang ada terkena pada kakyong, tapi susah juga untuk kakyong 'bercakap' @ slow talk dengan makbonda pasal hal salah laku Ainun ni. Sebab tu lah selama ni kakyong buat sikap mendiamkan diri, cakap bila perlu ajer. Kalo dulu kakyong selalu jadi 'kaunselor keluarga yang tak bertauliah', bila adik2 buat hal jer, kakyong akan terus tegur, terus bagi ingatan. Tapi la ni adik2 kakyong semua dah besor belaka, tak suka ditegur2 @ dinasihat, bahkan ade yang cakap, "jaga jer family kamu baik2, depa (adik2) tahu lah nak jaga diri sendiri".
Kakyong pun tak nafikan, bila dah sibuk dengan urusan keluarga, urusan anak2.. kakyong juga terlepas pandang hal Ainun. Walhal, dari umur 1 hari kakyong le yang bela dia. Masa dia baru 3-4 tahun, kakyong usung dia ke mana jer kakyong pergi. Kalo orang tanya, "anak ker?" kakyong memang iyer kan jer. Yer lah, masa kakyong bujang dulu memang kakyong tatang adik yang bongsu ni, tapi bila dah berkeluarga slowly hubungan akrab tu merenggang.
Belum terlambat untuk memperbetulkan keadaan, adik kita ni masih boleh dibentuk. Tapi bior kena caranya.. sebabnya dia ni 'rebung dah agak keras..', kita kena cari ikhtiar untuk bantu adik kita ni kenal potensi diri dia. kalo betul caranya, kakyong yakin Ainun ni boleh berjaya lebih daripada kakyong, abang2 & kakak2 nya yang lain. Kita ni harus selalu ingatkan adik kita tu supaya dia tak sia-siakan masa muda dia. dan akhir sekali jangan lupa doakan adik kita ni setiap kali lepas solat.
Dah cukup panjang kakyong membebel ni, sejak subuh tadi lagi. Ini lah sebahagian suara hati kakyong.. kalo ikutkan hati, banyak lagi kakyong nak tulis, tapi tak boleh nak tulis, takut ade banyak hati yang akan terluka nanti. Cuma yang kakyong harapkan makbonda & ayahnde usahlah berkeras sangat dengan Ainun.
p/s :
bila lah kakyong ade peluang nak buat sesi hati ke hati berdua jer dengan Ainun.. susah sebab setiap kali mesti mak ade, baru nak cakap sikit, nanti mak mesti mencelah itu ini.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
15 kawan ibu yang hebat:
cuba bwk ainun kuar jln2 dgn akak je, mungkin mcm tu lg sng. dulu adik yatie nakal jugak, so yatie ajak dia keluar ber2 dgn yatie dan kitorg ckp ber2 je. alhamdulillah, dh slowly ok.
salam kak yong ,
shikeen agree dengan yatie chomeyl. Kak yong kuar lah berdua je . cara macam ni lebih bagus dan lebih tenang . budak2 remaja ni kadang2 dia buat tu semua sebab dia nak kan perhatian . Mungkin dia terasa tersisih dan merasa yg tak de org peduli . Lagi satu kadang2 kalau parents membebel banyak sangat pun boleh buat jiwa remaja kacau .
Buat lah yang terbaik untuk dia kak yong sebelum dia pergi lebih jauh . she needs u . shikeen doa kan semoga semua kekusutan ini dapat di selesaikan dengan segera . :D
syukur dah jumpa blik kak.
kak,ayu phm perasaan akak mcmana sbb ayu pun adik2 sume ayu bela..
hmm..
yup,lain adik lain cabarannya seiring dgn zamannya.
teringat falsafah Dr. Hamka: mendidik anak kenalah dengan zamannya bukan dengan zaman kita.
apepun mmg setuju sgt dgn kak yong sbb memdidik bkn dgn kekerasan or semua kesalahan dituding pada anak tersebut semata..
banyak caranya lagi dalam membentuk mereka.
rasanya tak terlambat algi untuk ainun tu sbb akak boleh explore masalah dia dalam2 selepas ini.insyaa Allah n all the best untuk kak yong n ainun.
kak yong
sedihnya baca pasal ainon, mesti dia rasa terpinggirkan, mesti dia rasa tidak dipedulikan, usia macam ni memang very fragilelah kak yong, teringat adik akak..usia 12 tahun dia mencarut, marah2 mak dia dan nak baling kerusi, alhamdulilah..ayah buat tindakan yang cukup pantas, masukkan dia ke sekolah tahfiz dan berikan dia perhatian ..skearang dia berubah 100%, dah ada keluarga dan jadi seorang hafiz yang lemah lembut..
kak yong ajaklah dia bermalam di rumah kak yong..bolehlah bercakap dengan diakan..masih boleh diubah ainon tu..insya-ALLAH dia muda sangat2
alhamdulillah ainun slmt pulang. sy pun setuju dgn yatie. kakyong bwk la dia jln2 dan ambil peluang tu utk slow talk dgn dia. sy rs dia perlukn seseorg utk luahkn apa yg terbuku di hati dia. umur mcm dia perlukn seseorg yg blh dia percaya utk cerita semua benda. secara tak langsung, kita kena jd 'kwn' dia. mdh2an ada la perubahannya tu nnt
alhamdullillah, ainun dah balik, jiwa remaja masa kini, senang memberontak, tak boleh cara kasar, dibuatnya cara halus, dlm diam2..itu lagi bahaya,kak yong ajak bermlm kat umah kak yong n try nasihat dia...insyaallah masih boleh dibentuk
alhamdulillah dia dah balik... betul kakyong, cabaran zaman dia lain dari kita... dulu pengaruh luar ni tak la sehebat skrg...
shira setuju dgn diorang, bwk ainun kluar bdua je dgn akak or bwk die tido umah akak... dia mmg perlukan perhatian...
alhamdulillah, ainun dh pulang...biarkn dia tenang dulu..kesian dia.
K.yong..thank goodness she's back..Alhamdulillah
K.yong,dah bwk dier gi check up ker?just to make sure everything is alrite..I think a paediatric specialist shud see to her asap..takut bende ni berulang kali and takut lak the next time its a worse case scenario.
Let her talk to someone who is trained in understanding kids..This people are trained to understand the needs and worries of children..
kak yong.... ainun sama perangai dengan my luqman. bersabarlah kakyong. berikan dia perhatian....jangan pernah berputus asa. (ingatan untuk diri sendiri juga.
apa khabar ainun? dia dh mahu bckp?
selamat bersua kembali Bib...alhamdulillah dia dah balik...ini bukan kali pertama kan?uols must do sth...sy rs she seeks attention from her loved ones
mommy SN,
sejak dah berderet anak2 ni memang susah la utk en ayah bg kakyong keluor sorg2.. even dgn adik-beradik lain. Kalo nak pun anak2 seme kena angkut... huhuuuuu... tp Insya Allah, kakyong cuba usahakan.
ikeen,
yer betul sgt2.. perkataan tersisih tu le yg kakyong termiss utk mentioned..
parent membebel - juga sgt2 betul... :)
kak NB,
masa awal2 kahwin dulu, Ainun ni masih On & off selalu ade kat rumah kakyong.., kakyong g memana pun memang dia masih ngekor.. tp lepas dia masuk tahun 5, mula jd konflik dgn makbonda.. yer lah sbb ainun lebih dengar ckp kakyong, apa2 sikit kakyong.. jd kakyong pun beralah, ainun cuma leh bermalam rumah kakyong waktu cuti sekolah jer.. tu pun tak leh lelama..
tp tu ler, sejak dah jrg dtg rumah kakyong, perangai dia pun dah makin lain.. tak mdengar ckp... suruh solat pun malas.. tolong buat kerja pun harus kena paksa...
kakyong faham dia memang tak tahn sbb hari2 kena marah & kena leter.. ade sekali tu dia ade kat rumah kakyong, tup2 makbonda dtg.. mbebel2, marah2 kat dia.. depan pintu pagar rumah.. jiran2 kiri kanan depan seme dengar.. adehhh, kakyong malu tau.. sampai kakyong kena minta mak masuk rumah.. so kesimpulannyer.. mak2 ibu2 nak marahkan anak2 tengok lah tempat sikit.. sesuai ke.. anak pun ade air muka tau.. sian juga kat ainun kena marah cam tu..
rasanya tak siapapun suka dibebel.. di nagging2.. sbb tu kakyong faham gelodak hati ainun tu.. sbb kakyong dulu, umur dah hampir 30 tahun (masa dok dgn mak), tersilap sikit jer.. tp 1 hari suntuk kena bebel dgn mak.. masa tu kakyong dah kerja, bahkan jd breadwinner for the family.. masih dibuat mcm tu...
that's, kalo boleh tak nak tulis cam ni.. tp kdg2 org tak faham knp jadi nya sesuatu perkara.. & as for me, bila dah tak tahan kena bebel, di malukan depan jiran2 dsb.. tu lah pindah dok menyewa dgn kwn2 bujang masa umur 28 tahun..
Ayu,
betul ckp ayu tu.. saper lah yg tak sedih bila adik yg kita bela dari masa masih merah.. akhirnya jadi mcm ni dalam usia masih kecik lak tu..
memang lah ade kwn yg ckp, ainun tu bukan tgjwb kakyong, tp spjg kakyong bela dia.. kakyong rasa dah cuba didik dia sebaiknya supaya dia jd insan berguna.. tp nampak2nya semua nilai2 yg diterap tu dah makin terhakis, adik kakyong tu mcm dah transform jd org lain... :(
nadiah,
yer dia memang perlukan seseorang yg boleh mendengar suara hati dia.. tp la ni dgn kakyong pun dia berat mulut.. mungkin suasana yg tak sesuai kot.. tu yg harus juga cari ruang utk berdua2an jer dgn dia... ;)
mamasyaza,
sebenarnya kan rumah kakyong ni dah jd kwsn larangan bg ainun... (this is very bad... ) sbb ainun ade buat salah laku .. & en ayah tak leh maafkan dia.. so dia memang tak leh ade di rumah kami, kecuali kalo dia dtg dgn makbonda @ adik-beradik yg lain... kakyong memang lah sedih, kdg2 ade juga ainun dtg waktu pagi (masa en ayah xde kat rumah), tp dia dtg kejap2 jer.. sort of singgah touch n go jer.. kdg2 tu tak sempat nak bercakap dgn dia, tahu2 dia dah pergi mcm tu jer.. walhal dah byk kali ajar, kalo nak balik bgtahu, jgn pergi mcm tu jer..
hmmmm..
shira,
kakyong dah bercakap thru teelfon jer, dgn ainun mcm tadi.. tp dia mcm berat mulut nak ckp hal yg sebenar.. pastu asyik dengor makbonda mencelah jer dr belakang... adehhhh... so memang x tau apa yg sebenarnya berlaku.... :|
kak
ayu dah boleh jangka klu benda ni jadi rumit
akak kenalah sabo yerk?!
mak bpk selalu rasa mereka betul
kita ni as yg kakak or abang kdg2 serba salah jugak sbb yg itu mak bpk yg ini adik.
tpi apepun..
ade jugaklah nnti penyelesaiannya tu..
setahu ayu..ainun tu mmg rasa terpinggir..
dia jdi minority..bukan majority.
all the best again tukkak yong.
Post a Comment