Showing posts with label Catatan Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Ramadhan. Show all posts

Sunday, August 15, 2010

berebut kuih limas & citer berbuka puasa rumah opah santan

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Kuih limas ni jiran yang bagi semalam... jiran ibu pun anak 3 jugak... walau dia ade baby baru 3 bulan, yang boleh tahan juga bila time melalak.. tapi dia sempat lagi buat kuih limas... huhuuuu...

Ibu buat apa semalam? heheh.. jap lagi ibu citer..


Kuih limas (sama ke kuih limas dengan tepung pelita.. en ayah cakap lain..) ni jiran beri 5 sampan. 1 sampan fikri dah tibai dulu. Pastu yang 4 sampan ni ibu terus simpan masuk petiais, sebab semalam kami berbuka kat Ulu Kinta.

Sahur tadi, ibu makan 1 sampan.. pukul 10 pagi tadi, ibu kukus semula & jamu anak-anak makan. Rupanya tak cukup sorang 1, depa mintak tambah lagi.. si Anis la, dia mana cukup makan 1. Ibu bagi depa kuih talam yang ibu tapau dari rumah opah santan semalam.. tapi depa tak mau.. fikri jer makan seketul. 

Ibu mendera anak-anak lagi hari ni.. pukul 3 petang Aliya & Anis dah melalak nak makan.. nasi dah le ade sikit jer.. Aliya dok merengek-rengek "acak mi.. acak mi.. aye lapa" (masak mee, saya lapar)... sudahnya Aliya makan nasi dengan kicap jer.. huhuuu.. ibu baru jer nak goreng ayam.. tup2 tengok dia cakap, "kenyam" (kenyang).  

Tak lama lepas tu, Aliya kata 'nak acuk uyai"... & tunjuk muka dah letih nak tidur... so masuk jer buai, dia terus tidur.. dah besor ni tak yah nak enjut-enjut bagai.. kalo dah layu benor matanya, memang dia terus jer lena.



Ini lunch depa semalam... grill chicken ala ibu & wedges... huhuuu... jadi omputeh jap anak2 ku.. nak kabo ni,     "oven sudah ade di rumah ku".. takde lah termimpi2 bagai oven ohh oven... tu yang try masak grill chicken tu.. acu cuba test oven baru beli... ;)

Ibu buat apa semalam? Ibu tak masak apa2 pun untuk berbuka.. sebabnya kami berbuka di Ulu KInta.. di rumah opahsantan. Kami kuor rumah hampir jam 5.30 petang.. ibu hanya pack 1 persalinan baju anak-anak, kuor tu anak2 tak mandi lagi.

Kami singgah di Bazar Ramadhan Tasek, beli roti john.. en ayah beli 1 jer RM3.50 ..pastu singgah kat bazar Ramadhan di Bandar Baru Putra (Bercham) semata2 nak beli murtabak.. situ murah sket RM2.50 1 keping. Pastu singgah kat gerai air berahim.. macam biasa beli air mata kucing.


baru lepas hujan.. 

heheh.. ibu telah menangkap curi foto depa nih... hahaha.. terkujat jap depa... ibu & anak-anak tak kuor dari kereta pun.. tapi ibu ralut tengok budak2 comel (sebelum ibu snap ni ade 2 orang dara kecil comel yang bertudung comel, dlm foto ni tinggal sorang jer).. wajah tulus mulus ayu jer nampak bertudung, sejuk perut mak depa mengandung.. so far ibu tak pernah lagi tengok ummi budak2 ni...


Juadah kami semalam - ohhhooo, sangat meriah.. ibu mertua ku memang begini.. suka menjamu anak cucu makan.. 

juadah yang ibu mertuaku masak : 
labu masak lemak, ikan sardin jepun goreng, sambal belacan (ni Acu Tikah (adik ipar yg bongsu buat)..) dan bihum sup.

juadah tunjuk2 dari bazar Ramadhan :
roti john (2 jenis.. 1 dari Tasek, 1 dari Bercham raya... yang Bercham Raya punya keras ler.. so org Ipoh.. kalo nak mencari roti John.. sila ke bazar ramadhan tasek), murtabak (yg kami beli), kuih talam (2-3 jenis), ayam panggang, dan beberapa lagi yang ibu tak ingat.. air - air mata kucing & tembikai 


Semalam memang keras perut ibu.. lepas dah makan roti john & murtabak sikit.. ibu layan pulak makan nasi.. teringin kan labu masak lemak tu.. bau daun kunyit tu sungguh menggugat jiwa raga.. layan plak dengan ikan goreng dan sambal belacan.. konon2 makan guna pinggan kecik jer.. tau2 bertambah 2 kali... huhuuu... tak rasa pun bihun sup.. dah kenyang benor... tak leh nak masuk apa2 dah... 

Jam 9 lebih kami balik.. tu pun sbb anak-anak bising nak balik rumah... ada la ibu tapau sikit kuih talam, masak lemak labu & ikan goreng... lauk banyak, sayang jer kalo terbuang kan..

Jadi semalam hanya masak tengahari untuk anak-anak jer.. hari ni.? hari ni Insya Allah, berbuka di Taman Bertuah pula.. ibu dah masak puding roti .. jap lagi nak goreng keteow.. 

Anak2 dah makan? baru jer lepas asar tadi ibu masakkan keteow basah untuk Anis & Aliya.. masak 1/3 bungkus jer.. habis depa makan.. lapor bebenor lah tu...

Buat semua.. selamat berbuka & menjalani solat sunat terawih.. 





Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, September 22, 2009

Habiskan catatan Ramadhan

Salam lebaran buat semua kawan-kawan ibu,

3 hari sudah ibu tidak berkesempatan untuk menjenguk blog. Memang banyak n3 yang ingin dikemaskini, tetapi apa kan daya, masa sungguh terhad. Biasalah kan, semua pun pasti sibuk beberapa hari menjelang hari raya dan juga beberapa hari pula di awal syawal. Asalnya ibu plan nak buat schedule n3.. tapi tak berpeluang langsung nak online.. hehehe...

Memandang ibu belum habis lagi memuatkan kesah catatan Ramadhan tahun ni. Maka sehari dua ni ibu akan habiskan dulu catatan Ramadhan dan Insya Allah akan disusuli pula dengan kesah raya kami sekeluarga.

Ini adalah lauk berbuka puasa pada 24 Ramadhan 1430H. Ikan tongkol masak singgang. Anak-anak suka sangat. Ibu pun dah lama tak masak ikan singgang. Dulu masa tahun 1980'an, makbonda selalu masak ikan singgang.. masa tu kami tinggal di KT.

Ibu sebenarnya terlupa nak insertkan foto masakan ini pada catatan lepas day 22, 23,24 & 25.



Foto Aliya bertudung kuning ni adalah pada malam ibu tengah siapkan kiriman untuk 5 orang pemenang. Ibu sibuk nak kemaskan kiriman Aliya pun sibuk juga nyebuk.


Sibuk dok kuorkan tudung yang ibu dah masukkan dalam 'goodies bag'..


Ibu pun dah lupa tudung kuning untuk saper...



Dah habis Aliya menyebuk, kakak ANis pun jadi QC.. dok check semua sampul.. masukkan dalam kotak.. pastu letak balik atas meja.. tapi gaya tu memang ala2 QC ler... :D

ALhamdulillah, ibu dah poslajukan ke5-5 kiriman ini pada 16 September 2009. Pada 17 September, hari khamis, ibu dah dapat feedback dari 4 orang menyatakan kiriman sudah sampai. Alhamdulillah, cuma dari ibu damia jer yang ibu tak pasti.



Walaubagaimana pun, ibu masih berhutang kiriman hadiah beberapa pemenang ni..
  1. Elizahadi - tak sempat lagi nak carikan tudung.
  2. Isabelle - sila emailkan alamat ya... rasanya dah beberapa kali tinggalkan pesan di kotak komen & juga kotak sembang. please respond yer Isabelle.
  3. Hanz - tak sempat juga nak carikan kopiah
  4. Rossizam & mama erfan - ni pun sama, kes tak sempat nak carikan hadiah lagi
  5. Sya, watie aziz & haiza - sama lah juga kes tak sempat cari hadiah..


Untuk no 4 & 5, memandangkan ibu tak sempat carikan hadiah, jadi ibu berhajat nak poskan 'goodies bag' jer, yang berisi kuih2 raya... definitely buatan ibu lah. Tak tau lah sedap ker tak.. Insya Allah, nanti dah siap koleksi kuih raya nya, akan ibu kirimkan. Tolong bagi masa sket yer.. *terloncat2 rasanya nak buat kuih raya dengan anis & aliya *
:))




Dalam n3 yang lepas, ibu ade mentioned tentang kiriman yang ibu belum ambil di pusat poslaju. Alhamdulillah, ini lah hadiah baju raya untuk anak2 dari salah seorang kenalan blog ibu. Terima kasih N. Dia tak izinkan ibu disclosed nama dia. Jadi cukuplah ibu letakkan nama pangkalnya ajer.



Terima kasih sangat2.. anis dan aliya suka sangat dengan baju tu. Ibu doakan semoga Allah murahkan rezeki N.. memang ibu gembira tengok telatah anak-anak tatkala dapat baju baru.




Ini pula hidangan berbuka puasa pada Ramadhan ke 26 bersamaan 16 Sept 2009. Dah akhir-akhir ni jadi malas pula nak memasak.


hari yang ke 27 Ramadhan, ibu lupa nak snap foto jadi memang ibu tak ingat apa kah yang ibu dah masak pada hari tersebut. Tu lah, rasanya hari tu macam kelam-kabut sikit. Tau-tau jer MB perak dah baca doa di corong radio.



Hari ke 28 Ramadhan, ibu masak asam pedas ikan sardin. Dah lama tak masak asam pedas. hari tu ibu makan memang berkali2 lah bertambah.




lepas isyak le baru layan nasi & asam pedas. Berbuka tu makan burger ringkas (ringkas le sebab takde daun salad dan timun).. memang sungguh tidak menaikkan selera, tapi hentam jer lah, dah itu jer bahan yang ade dlm petiais.
Malam tu, paklang E sekeluarga sampai. Meriah lah rumah kami dengan telatah 2 lagi anak kecil. Fikri memang suka lah sangat sebab dia ade kawan.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, September 18, 2009

Ramadhan 1430H : Day 22, 23 , 24 & 25


Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini
Catatan Ramadhan
hari ke 22, sabtu, 12 September 2009
hari itu ibu mula ber'cuti' syar'ie.. namun walaupun bercuti ibu tetap seperti orang yang berpuasa juga.. cuma ibu boleh minum air.. LOL.. btw, hari tu ibu memang tak begitu sihat,. terbaring jer.. sampai en ayah pun risau. Nak masak pun malas.
Dipendekkan cerita, petang itu kami berbuka di rumah makteh Ani dengan makbonda dan pakcik A'am. Makteh Ani tinggal di Puncak Jelapang Maju. Kami datang bawa bekal keateow yang belum masak. Bertolak dari rumah pukul 6 petang, 6.45 baru sampai sebab banyak lah pulak tempat singgahan, dicampur dengan keadaan jalan yang agak sesak.
Sampai jer rumah makteh Ani, ibu terus memulakan operasi memasak keateow goreng. Bahan2 nya semua telah ibu siapkan dirumah. Sotong, udang dan kerang rebus, taugeh, kucai.. semua lah bahan2 memang dah siap, tunggu nak tumis jer. Dapur rumah makteh Ani plak, apinya kecik jer.. tak leh nak kuat dah.. so dalam 25 minit akhirnya siap lah juga.. Makteh Ani plak masak nasi goreng. Maka menu hari itu adalah nasi goreng & keateow goreng 2 bungkus. Hampir licin juga keateow ibu.. oppsss, ibu langsung tak ingat nak snap foto.. bukan tak ingat, tapi ibu tak cukup tangan sebab nak suap Aliya makan & melayan kerenah nya yang tetiba over excited.

Malam itu juga ibu dapat sms dari makNgah miela, bahwa ibu menang contest mana yang nampak lebih sedap.. terima kasih Miszmama. Insya Allah, ikut kata Miszmama hadiah sudah di pos, jadi ibu tunggu jer lah sehari dua ni. Alhamdulillah.
hari ke 23, Ahad, 13 September 2009
hari ini en ayah berbuka di Ulu Kinta. Plan asalnya en ayah nak berbuka di surau Ulu Kinta & en ayah bawa Anis sekali ke sana. Tapi Anis buat perangai, asyik melekat jer dengan ayah.. tak leh nak ditinggalkan.. sudahnya en ayah berbuka di rumah ibu mertuaku. Ibu plak.. ibu kat rumah jer,, ibu kan tengah ber'coti'.. jadi penyakit M nak memasak tu terus bermaharajalela.. tapi hari tu ibu memang ade projek. Nak siapkan sedikit buahtangan untuk pemenang contest.

ini asalnya adalah kuih gunting tapi telah dimodenkan menjadi versi mesin.. tak main lah gunting2 ni.. pukul berapa nak siap kalo digunting... senang jer nak buat nih.. cuma malas nak menguli jer.. resepi nya ade beberapa versi.. nanti ibu sharekan di sini.. ibu sekarang ni dalam proses nak mengumpul semua masakan simple ibu.. yer lah dah setahun ibu dok rumah.. dok koje kat dapur jer. Tu la ibu fikir nak simpan lah koleksi masakan ibu. Lain kali kalo ibu stuck tak tau nak masak apa, ibu boleh lah rujuk. Ibu compile pun untuk syok2 sendiri jer.. yer lah berbanding chef2 ternama & memang terer masak, masakan ibu ni apa lah kelas nyer. Biasa jer.. macam kata MakNgah dalam iklan ribena tu. ;)

kalo ikut timing biasa ibu, dalam 1 jam ke 1 1/2 jam dah boleh siap.. tapi disebabkan ibu harus berkuntao dengan aliya.. maka, berjam2 lah jadinya. IBu mula menguli jam 6 petang. Baru separuh jalan menguli, dah Aliya melalak-melolong.. *sajer je tu tak nak bagi ibu dok dapur*.. pastu malam tu pukul 8, ibu habiskan proses menguli. baru jer ibu nak mesin sikit, dah Aliya buat perangai lagi... sampai lah en ayah balik rumah pukul 10 malam, baru lah ibu dapat sambung semula. Memang Aliya on & off dok buat perangai.. akhirnya hampir jam 1 pagi baru selesai memasak & mengemas. Ya Allah, kalo macam ni ler gayer nya.. camner lah ibu nak buat kuih raya ni.
hari ke 24, isnin 14 Sept 2009
Hari ni pun ibu tak masak lauk, hanya masak nasi jer. en ayah beli sup kat pasar Ramadhan. Jiran sebelah bagi popia sepiring. Makcik bibah, jiran rumah 2 tingkat bagi bihun goreng.. membalas mee goreng yang kami beri pada minggu lepas.


Sebenarnya ibu kurang gemar sket makan sup daging ni.. ibu lebih suka sup ayam.. sebabnya sup daging ni mengumpul lemak jahat. Lemak jahat ni lah nanti yang akan berkumpul dalam darah.. yang boleh buat pembuluh darah 'bersalji tebal'.. bahaya kolestrol.

nampak tak lemak2 yang membeku tu.. tu ler yang bahaya tu.. letih jugak lah ibu 'mengutip' nyer.. dapat le sebekas kecil lemak2 jahat ni.. hati2 ya kawan2 bila makan sup daging, sup tulang, sup ekor.. masa makan memang sedap.. tapi untuk jangka masa panjang memang tak baik untuk kesihatan.

ibu ade kiriman yang belum diambil dari Poslaju *belum diambil pada 14 September, tetapi sudah diambil saat n3 ini di taip*, apa kah kiriman ini. Nanti ibu update di n3 yang akan datang. Sorry note dari Poslaju ni ibu terima pada hari Jumaat lepas, hari tu kan ibu telah ke Kuala Kangsar, jadi kat rumah takde sesapa yang terima kiriman tersebut.
Ibu tahu sekarang ni ramai yang sudah mula bercuti, dan mungkin ramai juga yang tidak lagi menjengah blog, tapi ibu tetap update juga.. nanti terlalu banyak pulak catatan yang ibu tertinggal dan terhutang.
Untuk kawan2 ibu yang pulang ke kampung, ibu doakan semoga selamat dalam perjalanan.

kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, September 16, 2009

Ramadhan 1430H : Day 18, 19 & 20

Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini

Catatan Ramadhan

hari ke 18, Selasa, 8 Sept 2009

hari ke 18 berpuasa, sebaik balik dari meniaga en ayah telah memulakan operasi membuat 'coleslaw'... selalu pun memang en ayah yang buat.. nak harap ibu buat 'coleslaw'.. memang tak de nyer.. resepi & cara2 buat pun actually en ayah belajar melalui merancangan tv, tak silap di tv8,.. 'cook in 30 minutes', tak silap lah nama program tu.. program tu tahun lepas (2008), tahun ni tak perasan lah pulak ade ke tak lagi..

ni masa ayah tengah dok sagat kobis.. si aliya sebuk nak nolong juga.. sudahnyer ayah buat kerja kat dapur sorang-sorang.. ibu plak masa tu tengok sibuk melayan tenet.. hahahaa... so kerja2 selebihnya ibu takde lah amik foto.. Insya Allah, lain kali kalo en ayah buat 'coleslaw' lagi, ibu akan kongsikan cara nak membuatnya.

petang tu kami berbuka dengan sandwich istimewa... ibu 1st time makan loaf daging ayam ni.. tak reti makan sebenornya.. ingatkan kena rebus ker.. masak atas pan ker.. rupenya lapiskan jer dalam sandwich.

tapi ibu masak lah juga nasi & masak sotong campur dengan karet & lada benggala. Setiap hari mesti masak yang berkuah, baru anak2 nak makan banyak. Kalo takde yang berkuah atau ala2 bersup, memang sikit jer depa makan.

Rojak buah tu jiran sebelah yang beri.. sedap.. ade mangga, ada jambu batu, ade nenas, ade jambu air, ade sengkuang... dari berbuka hinggalah menginjak ke lewat malam, berdikit-dikit ibu kudap2 kan.. tau2 jer dah licin.. memang sedap. Ibu ingat nanti ibu nak buat kuah rojak, nanti time raya masa adik-beradik berkumpul, boleh lah layan rojak buah.

ni lagi menu pada hari ke 18 tu.. ikan kembung tu ibu bakar dalam pan jer.. lumur garam & kunyit jer.. pastu ricih sket daun kunyit.. nak amik bau wangi tu jer.. dan sudah tentu air asam. Ibu punya ni simple jer.. ibu hanya letak tomato, bawang & cili masak + cili api.. pastu siram dengan budu & perah limau kasturi.

ini pula aktiviti anak2 di waktu tengahari.. dah lama ibu tak snap foto anak2 belajar.. malas sebenarnya.. kalo aktiviti yang sama tu memang ibu malas nak snap.. anak-anak tengah tengok video di laman kideos. Ibu dapat tahu pasal ni dari blog Anakku Sayang.. laman web video untuk anak-anak. Dengan adanya kideos ni, ibu takde lah nak riso bila bagi fikri tengok video youtube sorang2.. kalo dia nak klik-klik pun memang semua video untuk kanak2 jer.

Foto kedua itu pula adalah lukisan terbaru fikri. Ibu nampak macam dinasour jer.. tapi fikri belum kenal dinasour.. dia cakap dia lukis badak sumbu. Nampak tak yang macam bonggol dibelakang kepala tu, tu la tanduk badak sumbu... heheheee... bagai nak rak ibu ketawa... *teruk betui, patutnya tunjukkan lah yang betul, ni ibu pakat gelak sakan plak*. Tapi ibu dah ajor fikri, tanduk badak kat atas hidung badak sumbu bukan kat badan badak.

hari ke 19, rabu, 9 Sept 2009

menu kami pada hari tu lebih kurang sama jer dengan semalam. Sandwich lagi dan kali ni kami bertukar juadah dengan jiran2. Semalam tu kami test dulu, dah confirm rasa sedap dimakan, baru le berani nak hulur ke rumah jiran.

malam tu anak2 makan ikan panggang lagi.. yang semalam punya 3 ekor jer masak semalam nyer.. abis anak2 kerja kan semuanya. Tapi hari ke 19 ni, ibu panggang ikan cerut.. alah ikan sardin yang kecik2 tu.. lupa lah nak snap foto.. *lupa..tension betui..* kalo tengok macam pulut panggang pun yer....

hari ke 20, khamis, 10 september 2009

Ibu sibuk sungguh hari ni, kemas rumah, dan segala2 nya lah... almaklum lah 11 september tu ibu kena buat lawatan mengejut ke Kolej Islam.

hari tu ibu dah malas tak tau nak masak apa. Bila tanya en ayah, en ayah jawab 'apa-aper jer..' ishh, tensen betui kalo nak pikir menu nak masak ni.. at last pukul 6 petang baru ibu masuk dapur...

Bihun sup yang simple2 jer.. mujur le dalam petiais ade lah baki2 aweh2 yang boleh digunakan.. semuanya serba sedikit.. jadi sup tu ibu masukkan daging, ayam, sotong & udang. Ibu rebus 1 bungkus bihun, hampir nak habis juga lah dikerjakan kami sekeluarga. Memula tu plan nak bagi jiran, tapi dek kerana lewatnya ibu masuk dapur.. maka ngam2 jer masuk waktu sebaik makanan siap dihidangkan.

pagi tu ibu bersahur dengan baki bihun sup, dah malas nak masak time sahur, lagipun sorang jer nak makan.. tengok aksi aliya makan bihun sup... hihiiii


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, September 15, 2009

Ramadhan 1430H : Day 16 & 17

Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini Catatan Ramadhan

hari ke 16, Ahad, 6 September 2009

Hari itu ibu masak kari ikan.. actually resepi ikut apa jer bahan yang ade dalam petiais. Buah tomato dah habis, tapi en ayah dah malas nak kuor, jadi ibu guna asam keping lah untuk masak kari kali ni. Yang tak bestnya, ibu terlebih boh halba campur.. banyak benor rasanya biji sawi.. sampai terasa pahitnya... Udang tu pula, bakar atas pan jer.. konon2 nak masak ala2 BBQ gitu..

Anis yang sibuk sangat nak buat kek.. hari tu abang fikri yang sibuk buat kek.. hari ni Anis lah pulak...

Tak tau naper lah hari tu fikri langsung tak mo di ambil foto.. marah sangat bila ibu snap juga foto dia...

Pagi tu, Anis pulak yang bangun teman kan ibu bersahur.. Anis bersahur nasi, telur goreng & kicap jer... sungguh malas ibu nak masak untuk bersahur ni.. sian Anis sebab gulai kari baki malam tadi ibu dah habiskan....

hari ke 17, Isnin, 7 September 2009

Takde mood nak makan nasi jadi kami berbuka dengan roti ajer.. berulamkan sosej masak telur dan sambal sardin tin.

ni le bakinya setelah di'kerja'kan ibu & ayah.. memang berselera walaupun hanya roti, ditambah lagi dapat minum air teh panas. Kuih itu pula dari jannah, tak tahu kuih apa.. tapi rasanya seperti kelapa parut yang dikisar halus dan dicampur dengan tepung pulut (rasanya lah) & kemudian diuli dan dibentukkan berpintal2, dan digoreng lalu disira dengan gula kastor, ala2 seperti donut gitu. Sungguh sedap... *pun masih tidak berkesempatan untuk bertanya jannah, resepi untuk buat kuih ini*

Aliya suka sandwich sardin.. dia bukan nyer makan roti.. tapi isap & makan isi sardin tu je..

hari ke 17 tu, fikri demam.. dari tengahari dia mengadu badan panas.. memang betul panas badan nya. Dah lama fikri tak demam, ibu pun tak ingat bila kah kali terakhir fikri demam.. bila ibu dah lap badan abang fikri, dia rasa okay.. dia ligat pulak main.. langsung tak macam orang demam. Petang tu ayah beli air cap badak & kortal..

Ini lah air cap badak tu.. ini memang keluaran & produk orang Islam. Kilang nyer dekat jer dengan tempat kami. Dulu business partner ibu pernah juga bagi service perundingan kat syarikat ini. Alhamdulillah, dari malam tu hingga ke esok paginya fikri minum. Bangun pagi tu dah sihat macam biasa. Ibu risau juga sebenarnya.. rupanya nak tau sebab apa demam.. sebab abang fikri malas mandi.. kadang2 dia mandi sehari sekali jer.. dari bangun pagi sampai tengahri jenuh lah nak suruh mandi. Dah lepas dari demam ni, pagi2 terus masuk bilik air.. tak payah dah ibu nak kena jadi 'tarzan' semata2 nak suruh abang fikri mandi.

.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Friday, September 11, 2009

Ramadhan 1430H : Day 21

Catatan ibu yang berkaitan dengan Ramadhan boleh tengok sini Catatan Ramadhan

Ibu berhutang n3 bagi Catatan Ramadhan Day 16 - Day 20. Insya ALlah, akan di'bayar' pada n3 yang selepas ini.

Hari ini 11 September 2009, Jumaat hari ke 21 berpuasa.

Pagi ni Aliya ikut ibu work. Kakak Anis & abang fikri tinggal kat rumah makbonda.

Aliya kat mana ni? nanti dah besor leh masuk ngaji sini yer...

Ibu dijemput ke Kuala Kangsar, ke kampus baru Kolej Islam Darul Ridzuan.. untuk buat sedikit review akaun.. sikit jer kojer nyer.. *used to be their consultant.. dulu ler..* .. tak lama mana pun.. sambil tu snap2 foto sekitar kampus sebelum balik.. cantik kampus baru ni.. nampak gaya nyer, kampus ni dah jadi kampus kesayangan Sultan Azlan Shah.

Aliya behave very well semasa ibu tengah dok buat kerja.. tapi banyak kali kerja ibu kena stop sebab Aliya asyik nak nenen jer. Ibu hanya bawa bekal biskut & air masak jer untuk Aliya.

masjid kolej, sudahpun dijadikan masjid untuk solat Jumaat mulai 4 September 2009.. atas titah Seri Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ibu tak sempat nak jengah masuk, tapi ikut kata staff situ, karpet nyer dari Oman (pilihan baginda sultan), kalo berjalan memang leh tenggelam kaki.

Padang hoki ini pun dibina di dalam kawasan kampus.

Cuaca sangat baik petang tu.. ibu perasan lah pulak foto2 yang ibu snap seme lawo2... ahakksss.. angin juga bertiup kuat petang tu. On the way balik, hujan turun lebat selepas kami masuk hi-way.. tapi di Kuala jer hujan.. di Ipoh tak hujan pun. Ibu sampai rumah hampir jam 6.10 petang. Masa tu en ayah tengah ready siap2 kan barang2 untuk masak nasi goreng... hoyay... petang tu ibu tak masak pun...

Sian.. anak-anakku kelaparan.. en ayah cakap lepas amik depa dari rumah makbonda, en ayah cuma bagi depa susu jer.. sorang 2 botol.. en ayah cakap masa amik tu makbonda cakap depa dah makan.. tapi pukul 7.10 tu depa makan, ala2 pelahap lah jugak.. siannyer.. mujur ker sehari jer ibu kuor rumah. Setelah setahun lebih tak kena tinggal, anis punya lah merajuk sebab kena tinggal dengan ibu. Masa ibu balik, tak nak cakap dengan ibu pun, siap jeling2, pastu diam buat muka merajuk. Jenuh la ibu memujuk, peluk2, cium2 baru lah okay.

Lepas maghrib tadi... ade pulak kambing hitam datang ziarah kami... aduhaiiii, busuk nyer bau kambing tu.. tak tahan ibu dibuatnya.. nak snap foto punya pasal, terpaksalah tahan hidung.

Sekian lah cerita serba ringkas hari ini.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Monday, September 7, 2009

Ramadhan 1430H : Day 15

hari ke 15 puasa, hari sabtu 5 Sept 2009.

Kami berbuka puasa di rumah ibu mertuaku. hari tu ibu memang betui2 gantung periuk & kuali.. bestnya, ada lah jugak 1 hari tak perlu nak masuk dapur. Seharian tu, ibu cepat2 siapkan kerja rumah.. sambil2 tu tetap juga bertenet.. sebab banyak yang masih perlu diupdate.. link kawan2 ibu yang baru pun masih ramai yang belum sempat ibu masukkan ke kakyong's bloggerlist. Line internet pulak sangat2 semput lately ni. Tak tahu lah kalo line orang lain okay.. tapi ibu punya memang semput.. maksima boleh buka 5 tab ajer.. kalo buka lebih, alamatnya memang slow sangat2..

layan foto jer lah yer.. ibu malas lah pulak nak tulis panjang2... ni sajer, syok2 sendiri snap foto dengan anak2...

fikri plak langsung tak mahu foto nya di ambil.. marah lah tu.. sebab kena tunggu lama kat dalam kereta.. en ayah singgah di pasar Ramadhan Bercham Raya (dekat2 dengan Taman Perpaduan tu).. situ memang meriah & dari sejak kahwin memang selalu pergi sini jer.. tapi sebab nak cepat & malas nak bersesak2, lebih2 lagi dengan wabak h1n1 ni.. maka ibu & anak2 tunggu dalam kereta jer lah..

en ayah singgah kedai berahim kat depan maktab perguruan Ulu Kinta.. beli air biasa, air mata kucing ler... kat situ petai pun ade jual, buah2 pun ade.. kalo nak beli buah2 murah @ buah2 yang dah siap dipotong lah.. meh la datang sini.

ni sebahagian juadah nya.. ikan terubuk panggang.. dibawa khas dari Taiping..

ulam petai & daun selom pun ada...

rendang kaki ayam.. *tak nampak pulak kaki ayam nyer..*, rendang ayam pun ade, ibu yang tak snap jer.. next foto adalah pecal, hasil rembatan di pasar Ramadhan Bercham Raya.

adib tengah dok main apa lah tu.. kelentang-kelentung bunyi nya... dan anak2ku yang ber3 orang ni.. dah tak sabar2 nak makan.. macam baik jer..

ibu bergedik2 santai dengan cikgu zura *to sitisifir : zura ni anak Makcu *... next foto adalah Makwe & ibumertuaku... ;)

ni sambal tumis ikan bilis dengan terung kecil2 tu.. alah, lupa lah pulak nama terung tu.. dulu kecik2 dulu arwah onyang jenab ada tanam terung ni.. onyang dulu selalu buat rebus jer terung ni, pastu cicah dengan sambal belacan.. pahit sikit terung ni.. dah lama tak merasa pun. Ari tu makan sikit jer.. tak berani banyak2.. angin.. kalo kena serang dengan angin.. uhukkk.. tak tahan...

yang hijo tu bubur som-som.. sedap makan dengan air gula melaka...ni memang wajib buat tatkala sedara mara ramai berkumpul camni.. ibumertuaku jawa... dulu hada pun ade bagi resepi bubur som-som ni.. jap nak cari...

ahaa.. jumpa pun.. tapi hada punya warna putih.. so kalo nak kaler hijo ni.. blend daun pandan & tapis ambil airnya erkkk.. ni resepi nya..bubur som-som.. credit to hada...

ni plak puding caramel.. dibuat khas oleh Yus @ wife sepupu suami.. tak sempat nak snap foto Yus.. tapi Yus ni memang pandai memasak lah.. puding ni memang dibuat khas untuk ibu mertuaku.. siap 2 loyang lagi.. ibu pun suka sangat2 puding caramel ni.. yang Yus pun ni memang sungguh sedap.. dia ade campur biskut cream cracker sket katanya..

ni foto makNdak.. kakak ibumertuaku.. yang hensem segak tu, PakCu, ayahnde nyer cikgu zura.. PakWe pulak adalah abang ibumertuaku..

Sekian, catatan hari ni.

nota kecik :

Pemenang untuk contest Jom Main Air bersama.. harap dapat bersabar ya. Sengit sungguh persaingan, ade markah yang sama pulak.. uhukkk.. tunggu yer.. sedang tunggu sorang lagi juri di Kepong buat pemilihan pulak..

kakyong ade update foto2 pemenang di FB tapi privacy untuk juri yang last tu jer.. bagus kan Facebook, boleh nak upload foto album banyak mana pun & boleh set privacy.. sama juga macam PicasaWeb Album..


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .