Salam hari Isnin...
Semoga semangat berkobar-kobar untuk memulakan minggu baru ni...
ni alkesah Aliya pada suatu tengahari (hampir nak tengahari tapi masa tu ibu belum masuk dapur lagi). hari tu Abang fikri & anis ikut atok, jalan2 naik motor & singgah terus rumah opah.. tinggal lah si kecik ni sorang dengan ibu.. pukul 3 petang baru abg fikri & kakak anis balik rumah
diam-diam aliya buat projek kat dapur.. ntah masa bila dia panjat kerusi & amik bekas isi susu kakak anis atas meja (ibu yang lupa nak alihkan kerusi jauh-jauh) |
susu botol belum berapa reti nak minum.. tapi susu tepung ni sedap jer dia ratah... ibu snap foto pun dia buat dek jer.. |
muka baru lepas nangis.. kena tinggal, tak dapat ikut atuk.. |
ni la muka pesalah yang langsung tak rasa bersalah.. innocent jer... |
Aliya masih lagi BF.. 2,3 minggu ni dia langsung tak mau fresh milk. Pagi2 dia akan minta milo, minum dalam botol.. Selain milo, memang asyik berkelek dengan ibu jer.. Boleh kata tiap jam dia akan mintak nak t*t*k.. so, kejadian BF sambil ibu buat kerja itu adalah suatu yang normal.
Ibu buat kerja = ibu mengadap lappy samada untuk kerja akaun, berblog, berFB, bertenet, dsb.
Pernah terjadi, suatu petang ade customer telefon.. baru jer nak bercakap dah Aliya merengek nak BF. Bila minta Aliya tunggu & cakap yang ibu nak cakap dengan kawan ibu dulu, tapi Aliya dok melalak sampai ngamuk-ngamuk. Sah2 customer dihujung talian pasti mendengar suara lalakan anakku. Jadi, terpaksalah minta maaf dengan customer sebab tak dapat nak bersembang. Minta la no telefon customer, nanti ibu buleh return-call. Sudahnya, bila ibu return-call, customer tu cakap tak jadi pulak nak beli. Takde rezeki lah kan.
Ibu pun sedih lah jugak, sebab dah hilang seorang customer. Tapi nak buek camno kan.. bukan kita tak mau layan panggilan customer, tapi situasi tak mengizinkan.. lagipun ibu takde pembantu.. sebab tu lah, kalo hal2 belian on-line ni, ibu prefer customer hantar request melalui email. Bukan sombong, tapi tak mau kejadian anak menangis minta perhatian, semasa menjawab panggilan customer, berulang lagi.
Aliya akan genap 2 tahun 18 Julai 2010.. Ibu pun belum plan apa2 untuk weaning-off.. kadang2 tu terfikir juga, kalo si kecik ni tak melekap jer kat ibu, lebih banyak kerja yang ibu boleh selesaikan. Tapi bila tengok muka tulus-mulus yang kuat merengek tu.. tak sampai hati pulak. Bior lah dia menyusu dengan ibu selagi yang dia mahu. Selagi ibu tak pregnant lagi, selagi tu la Aliya boleh terus menyusu.
Pengalaman sebelum ni, time pregnant susu memang kering.. dah tua lah katakan.
p.s
lama tak makan tempe.. bila lah ayah nak belikan tempe..


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
Ina · 775 weeks ago
mmg sedap woo meratah susu...sib baik none of my kids suka meratah susu...I dulu still ingat till umo 5 tahun pun suka curi2 ratah susu nih..hihi
yatie chomeyl · 775 weeks ago
kakyong72 119p · 775 weeks ago
semoga makbul lah doa yati...
nza · 775 weeks ago
kt umah kak nza nie xpernah kepupusan tempe, nk wat camne ayah org jawa..xleh idup tnpa tempe...hu.
kakyong72 119p · 775 weeks ago
pastu bila dah kahwin dgn suami (suami ku jawa x reti ckp jawa..) setiap kali ke rumah MIL mesti ada tempe... PIL makan tempe mentah2.. huhhh...
Nadiah Sidek · 775 weeks ago
nasib baik dah ada anak ni tak buat perangai ratah susu/milo/horlicks :p
My recent post Gorgeous Blogger Award
kakyong72 119p · 775 weeks ago
kakyong dulu masa kecik suka ratah milo campur dgn susu pekat... gila punya nikmat.. masa tu lah...
ieda · 775 weeks ago
kakyong72 119p · 775 weeks ago
Mama Hanim · 775 weeks ago
alamak trus jd lapar plak..hehehe..
kakyong72 119p · 775 weeks ago
give me 10.... heheeee :) )
attyfir · 775 weeks ago
takpe kakyong satu pergi 10 lagi rezeki mari .
kakyong72 119p · 775 weeks ago
tempe goreng sambal manis ikan bilis... best giler...
Insya ALlah, dah bukan rezeki dgn customer yg itu... ;)
Yati · 775 weeks ago
comel je Aliya.
Sama la kita. Memang tak boleh elak bila ada anak bf ni.
Yati juga pernah jadi macam tu.
Yati terus cakap je dgn customer kat telefon, sambil duduk dan sambil bf.
Anak happy dan diam, customer pun kita tak hilang. ^_^
kakyong72 119p · 775 weeks ago
ade setgh customer leh tunggu sementara kita nak adjust anak utk di BF..
tp ada masa aliya akan melalak kuat2.. sampai tak leh nak dengor apa yg caller dok ckp.. kita pun kdg2 jadi segan..
btw, suka sgt dengn customer yg memahami.. tu yg tetap bersemangat nak WAH..
yan · 775 weeks ago
My recent post Qis tak mengaku umur
kakyong72 119p · 775 weeks ago
tempe ni leh bykkan susu... heheh.. :D
lagipun sambal tempe memang sedap..