Wednesday, August 4, 2010

Home » » Giveaway Hari Raya kakyong[dot]com

Giveaway Hari Raya kakyong[dot]com

Salam bahagia,






sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


GA ini adalah bersifat TERHAD.. 
maka tidak akan dipromosikan di Malaysian Giveaway @ My-Giveaway



Ramadhan belum lagi menjengahkan diri nya.. ibu sibuk plak nak buat Giveaway Hari Raya.. ngada-ngada2 plak dah kan..

Nawaitu asalnya adalah untuk menghadiahkan kiriman kad raya kepada rakan blog yang rajin beramah-mesra di blog kakyong[dot]com. Kad hari raya ini adalah kad dari lukisan mereka yang istimewa dari Mouth & Foot Painting Artists Sdn Bhd (MFPASB). 

Ibu pun tak ingat sejak bila ibu terlibat dengan MFPASB ni, rasanya masa ibu bujang lagi. Dah lama tak terima apa-apa kiriman daripada mereka. Tetiba tahun ni terima pulak, macam tau-tau jer ibu ade rezeki lebih. Insya Allah, ibu ambil kad yang mereka kirimkan & akan kirimkan cek untuk pembayaran.. sambil tu ibu order kalender untuk tahun 2011.. so tunggu ya, kalo sampai kalender tu nanti ade la harapan untuk GA tahun baru 2011 pulak... 

Memandangkan Ummie Cake House bersungguh-sungguh nak sponsor beberapa hamper biskut raya, maka Giveaway yang asalnya simple dah menjadi semakin meriah. Alhamdulillah. Foto hamper biskut raya ni ibu belum dapat lagi dari Ummie Noor, once ibu dapat, ibu akan UPkan di entri yang lain.

Panjang ibu membebel.. so now, jom tengok syarat Giveaway Hari Raya ini.
  1. Terbuka kepada kawan blogger yang rajin beramah-mesra di blog kakyong[dot]com, jika dulu rajin komen, tapi sekarang dah jarang.. still count okay.. janji kalian pernah beramah-mesra sepanjang tahun 2010. Minima pernah beri komen di 5 entri, sebelum tarikh entri GA ini. Maaf ya kepada yang baru jumpa blog ini... syarat ini memang sangat kejam.. 
  2. Menjadi Follower untuk blog Ummie Cake House & Anis Sweet Chocs & Cakes
  3. Masukkan blog kakyong[dot]com ke bloglist kalian.. ibu andaikan semua dah ade kot.. 
  4. Tepek banner di sidebar blog anda & linkback ke entri GA ini.
  5. Tinggalkan di kotak komen - (i)nickname blogger/id follower (ii) email (iii)url blog 
  6. Rephrase : Semua kawan ibu yang rajin beramah-mesra layak, yang penting sila beri alamat samada di Malaysia @ Singapura. Mereka yang berada di Malaysia & Singapura adalah layak sertai GA ini
  7. Tak perlu buat entri, tapi jika buat entri, bermakna anda dapat 1 tambahan bonus cabutan, so ade 2 peluang cabutan. Entri mesti include banner, linkback ke entri GA ini & juga letakkan link  Ummie Cake House & Anis Sweet Chocs & Cakes
  8. Semua peserta Contest Tagline & Special GA kakyong[dot]com adalah otomatik menjadi peserta. Jika kalian ikut syarat  no 1-5 akan dapat 1 bonus cabutan, jika buat syarat no 7 dapat 1 lagi bonus cabutan, so ade 3 peluang cabutan.
  9. Cabutan adalah melalui cabutan bertuah.. nama akan ditulis atas kertas & bakal dicabut oleh anak-anak ku yang ber3 orang ini.
  10. keputusan menentukan anda layak sebagai peserta adalah hak mutlak penganjur.. 
  11. GA ini akan dibuka selama 3 minggu. Harapannya semoga dapat kirimkan hamper & kad raya sebelum AidilFitri menjelang.
  12. syarat tambahanUntuk peserta yang tidak menepati syarat no.1 - anda perlu (a) beramah mesra di blog kakyong[dot]com & memberi komen di 10 entri terbaru (entri selepas entri Giveaway Hari Raya) dan (b) bilangan visit ke blog kakyong[dot]com mestilah 10 kali @ lebih (ibu akan semak/tracking via google analytic) . Gagal menepati syarat ini, penyertaan anda akan terbatal secara otomatik. Jika lulus dengan syarat ini, anda layak untuk 1 cabutan.


Hadiah :
  1. 2 orang pertama yang bertuah (2 cabutan pertama) bakal menerima 1 hamper biskut raya, jika ada tambahan akan diberitahu, foto hamper akan di UPload dalam entri akan datang.. ibu masih menanti foto dari Ummie Noor
  2. 1 orang bertuah (cabutan ke3) bakal menerima 1 set praline assorted choc tajaan Anis Sweet Chocs & Cakes
  3. 8 orang yang bertuah berikutnya bakal menerima kiriman kad raya dari kakyong.. kad raya adalah seperti yang dalam banner. Jika sambutan menggalakkan, bilangan kad raya akan ditambah, tapi kad raya biasa jer lah yer... 

Jika ikut rekod ibu ada dalam 40++ kawan blogger yang rajin beramah-mesra sepanjang tahun 2010 ini... jika lebih daripada 20 yang join.. ibu akan tambah bilangan kad raya.. okeh...

Sekian dan selamat berGiveaway hari raya buat kawan-kawan blog yang rajin beramah-mesra di sini. 










sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.






kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .