Tuesday, August 17, 2010

Home » , » Wishlist untuk jahitan

Wishlist untuk jahitan

Salam hari selasa & salam bahagia buat semua,



sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Bulan yang lepas, ibu telah menjahit :

baru-baru ni ibu telah menjahit seluar untuk Anis.. tapi seluar ni macam tak cukup ukuran.. almaklumlah si Anis kan memang 'sedap' badannya... nanti untuk next jahitan ibu akan besarkan sikit.




ni planning untuk next jahitan, ala2 wishlist gitu .

  • gaun kembang peasant untuk anis & aliya 
  • blaus simple untuk ibu - yang ni guna kain ehsan orang bagi, actually few baju kurung yang saiznya terlalu besar, daripada tak guna kain tu.. elok juga ibu buat blaus untuk ibu kan.. lagipun ibu asyik pakai baju yang lama jer.....
  • alas periuk pelbagai guna - yang boleh juga guna untuk alas lesung batu & jadi pemegang periuk panas. (yang ni guna kain terpakai + kain perca - pun ehsan dari orang..)
  • backpack untuk aliya - sian kat Aliya kan.. abang & kakak ade beg sekolah.. tapi Aliya selalu jer kena pinjam kakak @ abang punya... la ni depa ber2 dah tak kasi pinjam.. untuk ini ibu masih mencari fabrik yang sesuai.
  • backpack simba - projek cross-stitch simba akan di convert ke backpack.. ini pun masih dalam proses mencari fabrik yang sesuai.. so simba masih belum boleh mengaum ya... 
  • baju kurung untuk ibu - yang ni kena request en ayah sponsor kan kain.. agak2 leh la dapat sebelum raya.. kenapa tah, tetiba tahun ni teringin plak nak baju kurung baru..
  • more seluar (panjang + pendek) & top untuk anak-anak... ibu nak utilise kan kain-kain (baju terpakai) yang orang bagi ni.. 

nota :
untuk projek backpack mungkin ibu kena kumpul duit dulu la.. sebab harga heavy cotton or linen fabric agak mahal... 1 yard/ela pun dalam range RM40 - 50++. harus lah cari fabrik yang berkualiti dan of course la mahal sikit.. supaya backpack ni boleh tahan lama.


Projek jahitan yang lain pula pasti akan makan bulan & tahun untuk diselesaikan.. Buat masa ni, ibu banyak habiskan masa menelek blog kraft dan jahitan.. (boleh check kat kakyong's bloglist - bahagian Jahitan & seni tangan ) suka tengok fabric cantik-cantik.. walaupun belum ade kemampuan nak beli.. tak per.. dalam angan-angan pun okay.. sebab dari angan-angan boleh menjadi kenyataan.. yang penting ada keazaman. 


Tolong doakan yer.. semoga ibu berjaya melunaskan impian-impian ni..



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .