Monday, August 30, 2010

Home » , » Akhirnya bersiaran kembali

Akhirnya bersiaran kembali

salam ceria dan salam bahagia buat semua,

sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..

3 hari penuh tidak bersiaran... gara-gara diserang virus.. bukan setakat che biru yang terkena, bahkan email & blog juga terkena tempiasnya..

Sekarang ni mana-mana blog yang sign-in menggunakan email gmail, maka bila google 'suspend' @ tahan email kerana ada virus (dikesan mempunyai aktiviti luarbiasa).. maka blog juga akan secara otomatik akan diremove.

Itulah yang telah terjadi pada 3 hari yang lepas.. ramai yang tak dapat masukkan.. huhuuu.. kecut perut kalo tetiba blog ni lenyap cam tu jer... 


ini trend statistik dari 23 hingga 29 Ogos 2010.. trafik dari 27 hingga 29 Ogos hampir kosong... 3 hari blog tidak dapat dijejaki.. hihiii... mujur la tak hilang terus..




Ini lagi kesannya... status geli-geli dah bertukar ke ordinary(non-exclusive)... uwaaa..  ini part yang sedihlah jugak.. sebab earning BE semuanya dah jadi separuh.. sebelum ade earning BE yang dah hampir cecah RM40, bila dah berubah status.. tinggal separuh je.... 

btw, ibu dah hantor 'surat cinta' ke nuffnang. Hopefully, segeralah dikembalikan status geli-geli itu... 

ohya, sedikit tips sekiranya kalian mengalami masalah email di'suspend' oleh google (ini untuk yang sign-in  blogger.com guna gmail, kalo guna yahoo tu, ibu tak pasti)

  • jangan panik, tarik nafas panjang
  • cuba sign-in email, jika tak boleh nak masuk.. follow ajer flow arahan dari google.. kalian mungkin perlu dapatkan verification code via handphone, jadi ikut jer arahan.. & beri no hphone & google akan antor kod melalui sms, normally with 10-15 second cod tu dah sampai.
  • atau kemungkinan juga pelu verify/sahkan akaun email beberapa kali.. ikut jer arahan dari google..
  • once akaun email google berjaya diverify.. maka dah boleh sign-in ke draft-blogger.. bermakna blog-blog anda selamat dan sudah boleh digunakan seperti biasa.

Kenapa ibu amik masa sampai 3 hari... lama kan... dipendekkan alkesah..
  • berkali-kali ibu call kedai servis computer @ tempat ibu beli lappy ni la.. tak berjawab
  • hari jumaat plak call lagi.. dah le ari tu cuti umum nuzul alquran kan..
  • hari sabtu, en ayah balik lewat, hampir jam 5 petang.. call juga kedai tu, tak berjawab
  • hari ahad - ajak en ayah g tau... nak jengah kedai tu.. sebab dia pernah cakap, depa buka hari ahad.. en ayah sudah cuak.. macam malas je nak g.. en ayah cakap tunggu hari isnin... so ibu call makngah miela tanya tempat dia biasa servis lappy...
  • akhirnya kami ke kompleks Yik Foong.. dah bertahun tak jejak kaki ke situ.. angkut sekali anak-anak.. en ayah plak cuak kan main.. hari panas plak tu.. sampai Yik Foong baru tahu, rupanya ada PC Fair PIKOM dari 28-30 Ogos 2010 (tapi tak tau le kat mana).. tu pasal ade byk kedai komputer yang tutup... cesss.. kebetulan kedai yang ibu beli lappy tu pun ade branch kat Yik Foong.. maka nampak le notis pasal PC Fair tu..
  • antor la servis kat kedai di Yik Foong tu (tempat yang makngah miela suggest).. kena RM30 untuk reformat.. kalo ke kedai yang ibu beli lappy tu FOC jer.. tapi takkan lah nak tunggu sampai 31 Ogos 2010 kan..

Untuk cabutan GA hari raya.. Insya Allah, ibu akan buat hari ini dan esok ibu akan UPkan n3.. harap sabar menanti ya.. plan asalnya nak umumkan keputusan dalam 1-2 hari selepas GA ditutup.. tapi mana lah nak sangka lappy plak di serang virus.



Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .