Rumah kami memang berbau cat.. sebab semalam en ayah baru mendapat vitamin M untuk mengecat tembok pagar dan tiang rumah... sebelum ini dah berbuih la ibu dok cakap, cepat lah cat tembok tu ayah, nanti dah bulan puasa ... LETIH.. tak larat.. hall dalam rumah ni tak tau lah bila pula nak dicat.. grill pintu sliding & pagar juga menunggu giliran untuk dicat.. semoga vitamin M en ayah ni kekal lah lama.
Dan rumah maya ibu ni pun ibu tukor templatenya.. sengaja ibu guna tempate designer blogger. Supaya selepas ini mudah untuk ibu TUKAR GANTI background nya ikut mood & bila-bila masa teringin nak tukor.
template ni bertahan beberapa bulan sahaja..
mulai 1 Ogos 2010.. bertukar ke background ini..
sengaja mencari kombinasi merah kuning & ungu.. sekadar nak berubah angin
actually ibu suka background yang berwarna biru...
banyak pilihan background yang ada di template designer.. bila-bila masa saja boleh berubah angin
Beberapa perkara yang perlu dibuat @ diambil perhatian semasa mengubah dari customize template ke template designer blogger.
- Jangan risau - widget di sidebar @ apa widget dalam blog tidak akan hilang. Anda hanya perlu menyusun nya semula sahaja.
- Sila add semula kod nuffnang
- jika anda guna kotak komen intense debate, sila reinstall semula, guna kaedah widget
- jika anda guna Google Analytic.. juga sila reinstall kod GA dalam template
- jika anda customize menubar @ auto slide bar (macam kakyong punya ni), sila masukkan semula kod script yang berkaitan
Takda masalah sangat untuk blogger menukar template menggunakan designer templates ni.. cuma diharapkan akan ade lebih banyak background disediakan pada masa akan datang.
Ibu ambil masa lebih kurang 1 jam juga mengadap benda ni, itu pun bersulam-sulam sambil melayan anak mandi pool di laman sambil jengah2 en ayah mengeCAT tembok pagar.
Memula plan nak tukor ke warna hitam.. tapi rasa macam peliklah pulak... rasa macam jadi orang lain plak..huhuuuu... so maintain background entri warna putih @ cerah.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!