Hampir setengah hari ni 31 Oct 2010, kami sekeluarga di rumah opah & atok santan. Bakal besan opah & atok santan datang merisik makcik kesayangan fikri dari Malim Nawar. Insya Allah, kenduri bertunangnya bakal berlangsung pada 26 Disember 2010.
Gambar blur.. ntah naper.. setting tak betui kot… tensi betui sebab bukan 1,2 tapi banyak plak gambor yg blur… yang sedang hulur pinggan baju kemeja kotak2 tu ler bakal menantu opah& atok santan.
btw, opah santan masak nasi ayam, mee rebus/bandung, pulut kuning dan rendang ayam… meriah… Ibu buat apa? Ibu tolong sikit2 jer.. sebabnya en ayah buleh lupa yang majlis merisik tu hari ni, dia ingatkan minggu depan.. pukul 10 pagi baru kelam-kabut nak bersiap..
cincin merisik dah tersarung di jari.. Insya Allah, menanti majlis bertunang pada Dec ni.. Tahniah makcik Ekin..
Penghujung Nov nanti Insya ALlah ada majlis kenduri kahwin 2 puteri (anak makndah) di Lenggong. Mesti meriah sebab majlis ni double wedding .. kira bahasa melayu nya 2 pengantin sekali gus.
Tak lama lagi dah nak cuti sekolah.. mana bermula lah musim kenduri kahwin kan…
Suasana di belah Tasek, Ipoh… udah mendung & gelap bebenor.. masa ni hampir jam 6 petang.. masa menulis n3 ni belum hujan lagi. Tapi memang dah sampey musim hujan, malam tadi pun tidur berstokin dan bersweater & berselimut tebal… sejuk kan main.
NI baru musim hujan, kawan2 yang merantau ke luor negara yang ade 4 musim, sekarang ni dah nak masuk winter kan… uuuissshh, camner le gaya nya tu…
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!