Semalam sebelum tidur sempat printscreen... dah mencapai 500 Followers blog kakyong[dot]com.. ini yang buat semakin bersemangat nak berblog.
Awal pagi ni buka blog, tengok dah 501.. jika ikut kiraan yang betul, belum 500 lagi.. sebab ade beberapa yang ada Follow 2 kali, tak tau camane leh jadi depa ter'follow' 2 kali...
Apa2 pun, ibu nak ucapkan terima kasih.. di atas kesudian kalian memeriahkan blog ibu ni. Tanpa kalian, sapa lagi blog kakyong[dot]com. Insya ALlah, ibu cuba jejak kalian.. Sejak followers dah meningkat ke 400++ ni, ibu belum ada kesempatan lagi nak menjejak.
Buat masa ini, ibu takde buat 'insentif' untuk followers. Ibu galakkan kalian tinggalkan komen di n3.. senang ibu nak jejak. Dan pada yang rajin beramah-mesra, Insya Allah, pasti ade insentif.. cuma ibu memang tak announce awal2.. sebab ibu hanya inginkan kawan blogger beramah-mesra di blog ini secara genuine.. maknanya memang betul2 suka memeriahkan blog ibu.. bukan semata2 mengejar hadiah dsb.
p/s :
kalian breakfast apa pagi ni?
ALiya bangun awal hari ni, 6.30 pagi dah bangun.. semalam jam 11 pagi baru bangun.
Pagi ni Ibu masak bubur nasi campur ubi kayu.. ntah kenapa teringin nak makan cam ni hari ni.
jap lagi nak buat bawang goreng, ayam goreng (pastu carik2 kan), ikan bilis goreng, sayur campur sikit, kacang tanah goreng, dan sambal kicap cili api. Rasanya menu ni sampai tengahari. ;)
Selamat berhari Jumaat.. kejap je dah jumaat kan.
Anak2 dah 2 hari tak ke rumah opah nyer.. lega sikit.. kalo tak siap ade yang banting2 badan suruh call atok jemput depa.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!