Apalah yang tak kena dengan ibu hari ini... mati2 ingatkan hari ni dah hari khamis.. sekali tengok kalender dan buka lappy... rupanya baru hari Rabu. Agaknya sebab semalam adalah hari yang panjang.. melayan kerenah anak..
gambar credit to Google.com |
Pinjam gambor artis... heheh... ntah kenapa tetiba pagi ni nak citer pasal pakaian ibu mengandung.
Kalian (pertanyaan ni untuk ibu2 ajer yer, tapi kalo bapa2 kalo nak jawab bagi pihak isteri2 juga boleh) masa mengandung suka pakai baju yang camana ya...??
Ibu masa mengandung 3-3 anak, ibu suka pakai seluor. Memang ibu ade beli 3-4 pasang seluor ibu mengandung tu. Yang bujang2 sila ambil maklum, beza tau suor ibu mengandung dengan suor ibu yang perut kempis... ;)
Baju2 pula, kebanyakan nyer ibu tempah dari makteh Ani.. baju yang ala2 jubah seluar tapi takde lah kain mahal2.. hanya kain biasa2 ajer.. dan sampai sekarang pun baju2 itu ibu masih pakai. Sekarang ni bila ibu pakai baju2 tu, orang mesti ingat ibu mengandung.. sebab baju tu besar kan, tapi ibu suka pakai sebab selesa dan berangin... ;)
Ibu memang tak ade gaun ibu mengandung.. sebab en ayah tak suka. Katanya nanti terselak sana sini.. lagipun gaun ibu mengandung ni banyak yang tangan pendek, tak lawo nanti nampak ketiak (yang part ketiak tu en ayah le yang cakap).. Actually boleh pakai dengan extender lengan kan..
Ibu suka juga tengok fesyen2 ibu mengandung ni.. sekarang ni dah banyak busana untuk ibu mengandung, yang sangat cantik, selesa, nampak sopan dan yang pasti ibu2 masih tetap vogue walaupun semasa mengandung.
Cuma ada beberapa kes yang ibu pernah lihat... ada ibu2 mengandung yang sedikit lalai dalam menjaga aurat, terutama di bulan-bulan terakhir. Ada yang tudung pun dah tak mandang, pastu pakai plak gaun sesingkat lutut bila keluar dari rumah... adduuiii... adakah alasan 'panas' sehingga ada yang rela menggadai aurat.
Ibu akui, ibu juga kuat berpeluh semasa mengandung ke 3-3 anak.. tapi ibu sentiasa @ masih dalam 'sedar yang waras' tentang aurat. Kadang2 ibu jadi kecewa bila melihat situasi macam ni.. (terjadi pada orang yang kita kenal la...)
Mungkin kah kerana sedikit sikap alpa ibu2 semasa mengandung (dalam hal menjaga aurat), memberi kesan kepada pertumbuhan sosial anak di masa depan. Isu aurat ini sensitif bila disebut, tetapi bila melihat cabaran ibubapa masa kini dalam mengasuh dan mendidik anak2, begitu juga dengan masalah sosial sekarang ini, rasanya harus kita ambil serius. Kadang2 hal yang kita anggap remeh sebenarnya memberi kesan kepada masa depan. Wallu'alam.
**gambar update jam 10.10am **
p/s :
Ibu tak mengandung okeh... hehehe.. tulisan ini hanya untuk peringatan pada diri sendiri juga... sebab masih berharap untuk mengandung sebelum usia mencecah 40 tahun pada 2012 nanti..
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!