Friday, October 15, 2010

Home » , » Fobia nak makan.. gara-gara semalaman muntah-muntah

Fobia nak makan.. gara-gara semalaman muntah-muntah

Salam bahagia dan salam ceria,






sila klik pada tajuk entry untuk meninggalkan komen..


Ini cerita tentang Aliya.. malam kemarin (hari selasa, 13 Oct 2010) jam 8 en ayah bawa ke3-3 anak2 ke rumah opah santan. Jam 10 lebih baru depa sampai ke rumah. 

*Ada la ruang untuk ibu selesaikan kerja rumah cepat (selesaikan kerja melipat kain baju yang membusut.. belum lagi menjadi gunung Everest dan juga mengemop bilik, dapur dan hall).. kemudian ibu cepat2 buat n3 blog sambil BW. *

Hampir jam 11 mlm, Anis dan Fikri sudah lama dibuai mimpi.. (lega tau., sekarang ni anak2 dah xde sindrom tidur lewat ) Aliya sajer yang belum.. tetiba dia muntah sebanyak2 nya.. habis rambut semua.. terpaksa la ibu mandikan dia... sabun kan wangi2..

*menyesal pulak sebab anak2 tak makan di rumah sebelum pergi ke rumah opahsantan.. en ayah nyer lah tergesa2 sangat... *

Aliya muntahkan semua nasi goreng yang dia makan.. ibu tercium bau yang sungguh tidak enak.. seperti nasi goreng itu terlebih perasa (pak aji..??!!).. dan terlalu berminyak.... 

Dan sehingga jam 3 pagi.. Aliya keep on muntah.. even dari tengah malam, dia menyusu (BF), pastu dia akan muntah semula.. pastu dia request nak minum air masak.. ibu beri dia air suam.. tak sampai 5-10 minit.. dia muntah kan semula air tu.. sampai kuning la warna muntahnya. (Ibu memang dah mula panik Aliya mula muntah kuning..) Tengok jam dah hampir 3 pagi.. Aliya keep on vomiting again & again.. 

ibu pun bancuh 'garam rehidrasi'.. bancuhan pertama ALiya tak mau minum.. mungkin sebab dia terasa satu macam.. kemudian ibu pun ambil 1/4 masukkan dalam cawan lain & tambah air.. konon2 mengurangkan kemolaran garam tu.. akhirnya Aliya mau minum, dia tertipu.. ibu cakap air suam.. dia minum sikit.. pastu ade la dia minum suku cawan.. sikit lah kan.. lepas minum 'air garam rehidrasi yg dah ditawarkan itu', Aliya berjaya tidur selama 1 jam.. dan selepas itu hampir setiap 1 jam dia akan terjaga dan request nak minum air.. dan Alhamdulillah, akhirnya habis juga 1 cawan air 'garam rehidrasi yang dah ditawarkan' 

Btw, sangat kasihan.. budak kecil ni sampai lembik.. dia dok ngadu perut sakit.. Ibu tak berani nak sapu sebarang minyak.. ibu cuma sabu vick di dada & belakang dia jer.. & sedikit kat pinggang dia. Ibu tak leh nak lena.. 

Lepas subuh, Aliya hanya bergayut kat nenen ibu jer... hampir jam 7 pagi, dia bangun & turun katil , request nak makan nasi.. habis 1/2 senduk nasi putih dia makan.. dia makan nasi jer. Lepas tu dia mintak air susu milo. BUatkan susu coklat untuk dia 3 oz.. habis dia minum.. Nampak macam dah sihat.. 

ini gambar sehari sebelum kejadian muntah2.. tengah berebut basikal dengan kakak

Lepas tukor CD & pakai baju lain.. dia terus request nak main kat luor.. *kakak & abang masih tidur lagi..* Jam 7.30 pagi dah nak main beskal.. okeh.. ibu layan kan jer lah... dah letih main beskal.. dia pun mandi, sebab kakak dah bangun..

Jam 9 pagi, dia request nak tido dalam buai.. tak cukup tidur rupanya.. hampir 3 jam dia tidur.. lepas bangun tidur.. dia cuma nak minum air jer.. dia jamah nasi 2,3 butir jer.. dia langsung tak mau makan.. BIla dipujuk2 , Aliya cakap ' nanti mutah..' BIla ayah pujuk2 pun dia geleng2 kepala.. adeiii la anak..

Petang tu jam 3 dia tidur lagi.. sampai jam 5 petang. Pastu terus g main lagi kat luor.. masa tu kakak Anis & Fikri tengah main beskal kat luor.. dah penat main, mandi & bersiap untuk maghrib.. still tak mau makan.. makan roti sikit jer.. dia nak minum air suam jer.. Lepas Isyak direct melekap kat ibu jer..

Sebelum tidur malam, dia request susu milo.. so ibu buatkan 3 oz jer.. terus tidur didodoikan en ayah. hari ni (hari n3 dipublish) ibu kena masak moi kot.. sian sungguh bila tengok Aliya cam fobia jer nak makan. Dalam tak mau makan tu, dia kuat lagi lari sana-sini.. panjat2 lagi... 


p/s :
Ada tak kawan2 ibu yg pernah alami situasi ni... share please camno nak buat.. 1 hari tak makan xper lagi.. kalo berhari2 mau kurus si kecik ni.. dah le badan tu baru nak 'terbina'..





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .