Monday, October 25, 2010

Home » , » Jom pekena Keteow goreng berkuah sambil review kerja ibu sepanjang tahun 2010

Jom pekena Keteow goreng berkuah sambil review kerja ibu sepanjang tahun 2010

salam bahagia & selamat pagi Isnin,

Minggu ini sudah masuk minggu terakhir bulan Oktober 2010. Tinggal 2 bulan lagi sebelum melangkah ke tahun 2011. Cepot benor masa berlalu kan..

Sebelum ibu review semula azam tahun 2010.. terlaksana ke idak atau hanya  catatan yang tidak @ lupa nak dipandang dan dibuat, jom breakfast dulu dengan keteow goreng basah/berkuah.


IMG_8746

Asalnya ibu nak masak keteow hailam.. tapi ntah camana tak macam keteow hailam pun.. maka nya ibu pinda la nama nya jadi keteow goreng berkuah.. nak panggei keteow goreng basah pun tak leh, sebab kuah nya melaut.. Open-mouthed smile

NI ibu masak hari Jumaat lepas.. buat 1/2 bungkus jer.. anak2 makan sampai licin. Berebut deme makan. Tapi tak leh buat sampei sebungkus, nanti tak habis.. membazir lah pulak. Seronok juga nengok anak2 makan berebut-rebut. Smile with tongue out

Kome kalo nak sedap makan keteow berkuah ni, elok letak udang.. baru manis.. lagi laju le anak2 menghirup.. walau anak2 (anak2 ibu le) tak suka makan udang, tapi deme kalo kuah sedap.. lagi laju makannyer.

Dah makan sedap, meh le join ibu sekali muhasabah diri… ehh, mereview azam tahun 2010. Bila ibu jengah balik n3 Selamat tinggal 2009 memang tinggi keazaman ibu untuk menjadikan tahun 2010 sebagai titikmula untuk ibu terus tersenyum dan terus gigih, namum bila disemak ‘kejayaan’ dalam bentuk ‘kerja yang siap’..  hmm, hasilnya tidak lah ‘lumayan’ @ membanggakan.. namun ia nya berterusan..

Dalam n3 ini, IBu hanya mereview hal2 yang berkaitan dengan kerja2 yang ibu buat di rumah, selain kerja2 rumah, mengasuh dan mengajar anak-anak. Hal/aktiviti dengan anak2 ibu citer di n3 lain nanti.

Pertama, Kakyong’s shoppe

Ibu telah memulakan bisnes online Kakyong’s shoppe pada awal tahun 2010.. tapak pertama bermula di platform wordpress, kemudian beralih ke platform blogspot. Buat masa ini ibu menumpu kepada jualan lampin kain modern (cloth diapers) dan aksesori baby. Jualan yang ibu dah buat belum lah lagi mencapai 500 keping cloth diapers.. namun ibu mampulah untuk pusing modal beberapa kali dan dapat servis bil streamyx.

Walaupun sudah 9 bulan menjual cloth diapers dan sambutan itu ada on & off (persaingan boleh tahan sengitnya.. karenah customer juga boleh tahan lah bisanya… kadang2 tak daya juga ibu nak beri harga murah..). Insya Allah, akan meneruskan usaha. Walau ia berkembang sangat perlahan, namun bisnes online ini telah membuat ibu tersenyum.. sekurang2nya jadual harian ibu telah diisi & gembira dapat menimba ilmu ibu dan berkenalan dengan pelanggan yang pelbagai latarbelakang. Terima kasih atas sokongan pelanggan2 kakyong’s shoppe, tanpa kalian takkan bergerak kakyong’s shoppe.

Perancangan ibu memang banyak untuk kakyong’s shoppe.. cuma sekarang ni ibu harus meningkat kan lagi promosi.. masih ramai lagi yang tak kenal kakyong’s shoppe, dan juga meningkatkan servis melayan pelanggan. Customer always right kan.. Hot smile

Insya Allah, ibu akan cuba membuat lebih banyak review tentang cloth diapers.. idea tu banyak nak tulis.. tapi malas nak susun point molek2.. amik masa sket.. kalo ibu sendiri tak faham.. apatah lagi orang lain, terutama yang masih belum kenal cloth diaper.. tengok pun tak pernah.


kedua, projek cross-stitch

Ibu mendapat semangat untuk menjahit cross-stitch semula setelah kerap-kerap melawat ke Yati’s blog. Sangat teruja dan sangat terMOtivasi bila melihat kerja-kerja cross-stitch Yati.

Projek permulaan ibu adalah cross-stitch bookmark. Yang ni ada yang ibu jadikan hadiah GA. Tak banyak yang ibu sempat buat pun… sukar mencari ruang untuk menyiapkan kerja.. tangan kecil Aliya kerap ajer ‘merosakkan’ benang dan kekerapannya Anis membantu ibu menjahit cross-stitch… sungguh menduga.. pernah sekali bekas benang2 ibu anak2 buat main.. (tak leh tinggal walau nak ke toilet kejap pun.. habis depa kerjakan)

IMG_6769
Ini adalah contoh hasil jahitan anis.. dia main cucuk jer benang tu ikut sesuka hati dia… Disappointed smile .. anak2 memang mudah meniru apa yang ibu buat..

Ibu memang ade lagi jahitan cross-stitch yang masih in-progress.. tapi sebab en ayah kata, tak payah la buat dulu.. lagipun belum ade tempahan dari sesiapa. daripa kerap diganggu oleh anak2., elok lah ibu tumpu pada aktiviti lain.


ketiga, kerja akaun
IMG_7118
I
ni adalah hasil pendapatan daripada kerja akaun, satu2 nya job yang siap dalam tempoh 1 bulan. Boleh teka berapa jumlah RM?? x sampai 1 ribu pun. Alhamdulillah, tahun 2009 - tiada job yang siap. Tahun 2010 ada juga 1 job yang siap & sehingga ke tarikh ini ade 1 job lagi, yang masih juga tak dapat disiapkan..

JOb yang tak siap tu, minta maaf banyak2 kat tuan empunya.. ni lah akibat kerja bertangguh.. dok sibuk hal lain.. sekali dengan lappy rosak.. kena buat semula (key-in semula dari awal), tu yang jadi down sikit bila tengok perancangan kerja (work planning) dah jauh melencoong dari perancangan asal.. ibu admit la.. ini memang 1 kegagalan untuk tahun 2010. dan ini dah menjadi liabiti, ibu harus segera usahakan agar ia bertukar menjadi aset semula.

keempat, menjahit

Ini pulak projek yang hanya bermula pada Julai 2010. Itupun selepas ibu berjaya membeli beberapa fabrik dan peralatan menjahit. Modal nya adalah dari kerja akaun tadi.

Ini pun amik masa juga, sebab ibu belajar online ajer melalui tutorial jahitan kawan2 blog.. terutama di blog My CrazyArtZone.

Ibu baru berjaya menjahit peasant top, skrit ropol, peasant dress & juga seluar untuk anak-anak. Banyak lagi yang ibu nak belajar pasal jahitan ni. JIka ibu tak mengadap blog, ibu banyak habiskan masa belajar men’digest’ tutorial jahitan on-line.

IMG_8548

Masih berharap untuk membeli beberapa jenis lagi fabrik cotton. Open-mouthed smile nak beli fabrik pun, terpaksa mengharap ehsan income dari kakyong’s shoppe juga.

Begitu lah serba sedikit (panjang lebor juga n3 ni kan) tentang apa yang ibu usahakan tahun 2010. JIka ingin diukur pencapaian.. sangat lah jauh untuk mencapai skala berjaya dengan penuh jaya. Jika orang lain boleh, ibu pun pasti boleh.. kalo banyak sangat alasan, camana nak berjaya kan.


Dan ibu sekarang ni dah tak melayan apa2 game di FB.. (sudah 3-4 bulan la jugak). FB pun dah jarang2 buka… kadang2 kalo buka pun tak sampai 10 minit.. tengok & baca sambil lalu jer status kawan2.. jarang sangat lah komen.. maaf yer.. bukan ibu sombong, tapi mood untuk berFB ni sudah sedikit padam.. dan buat yang baru add ibu as fren tu.. maap la yer.. memang dah ramai bebenor dlm KIV list tu… bukan ibu tak mau approve, masalahnya ibu pun tak kenal depa ni…

mujur la mood berblog masih ada lagi.

buat semua.. selamat bekerja dan memulakan minggu baru dengan penuh bersemangat. Untuk ibu2 yang SAHM & WAHM, semoga hari kalian adalah hari2 bahagia yang penuh semangat dan bertenaga , 24/7.  
Winking smileOpen-mouthed smile




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .