Salam hari Selasa semua..
Semoga kalian sihat2 & berbahagia selalu di samping keluarga & sahabat handai taulan.
mati itu pasti.. cuma bagaimana kita hadapinya bila kehilangan teman hidup?!! |
Ibu sebenarnya tak dapat nak menggambarkan bagaimana kah keadaan & perasaan ibu, jika ibu kehilangan en ayah untuk selama-lamanya. Bukan ibu tidak meRedhai nya.. cuma.. ntah lah.. macam2 yang bermain di kepala, & macam2 gambaran yang berputar-putar.. hakikatnya & dengan sejujurnya ibu katanya, ibu memang tidak bersedia rohani & jasmani. Ohhooo, mungkin ibu harus tarbiah jiwa ibu.. harus jadi kuat mulai detik ini. mati itu pasti, cuma kita tidak tahu siapa yang akan dipanggil dulu.
Bukan ibu sengaja nak bercerita begini, cuma ibu terkesan dengan dugaan yang dilalui oleh seorang rakan blog ni. Ibu memang sangat-sangat minta maaf pada Ismayanti kerana ibu baru tahu, nampak sangat banyak lagi blog kawan2 ibu yang belum ibu jejaki & terlepas pandang.
Semalam semasa ibu terpandang status Ismayanti di FB., ibu jadi sedikit curious & rasa ingin tahu itu membuak2, jadi malam tadi ibu menjelajah ke blog beliau. Masya Allah, rupanya sudah sebulan lebih suami beliau dipanggil Illahi. Ibu menerjah hampir 5-6 n3, mungkin juga lebih, sehingga ke n3 beliau di penghujung Mar 2010. Aduhh, ibu rasa 'terduduk @ terjelepuk'.. tak leh nak kata apa.. tetiba terbayang 'how am i going to do if i'm in her shoe'
Syabas Ismayanti, anda memang ibu yang tabah.. salam takziah dari kakyong. Semoga terus tabah & kuat dalam mengharungi kehidupan. Kakyong juga doakan semoga Ismayanti (Yan) cepat sembuh & sihat. (beliau baru jalani pembedahan bahu.. akibat kemalangan itu) Anak sulong beliau sebaya dengan Fikri, baru 4 tahun..
Ibu terkenang pula pada seorang sahabat ibu ni. namanya Suhanariyah (Ana). Ana ni kawan ibu sejak sekolah rendah lagi. Walaupun ibu masuk MRSM & belajar ke UUM, hubungan kami tidak pernah putus, bahkan Ana adalah antara sahabat ibu yang paling kerap mengutus surat. Semua suka-duka Ana kongsi dengan ibu melalui surat2nya. Dan pada tahun penghujung 2001 (tak silap ibu), suaminya pergi buat selama2nya kerana denggi berdarah. Pada waktu itu, Ana pula sedang sarat mengandung.
Ana melahirkan baby kembar pada Feb 2002. Ada Ana kirimkan beberapa keping gambar si kembar semasa masih bayi & juga semasa umur 2-3 tahun. Jenuh ibu selongkar cari dalam lemari album yang tu, tak jumpa lah pulak.. so ibu kidnap 1 keping foto si kembar dari FB Ana...
ni foto tahun 2010. rasanya dah umur 8 tahun kot. |
Si kembar ini langsung tidak pernah melihat ayah mereka, tapi ibu mereka sangat Tabah.. walau kata Ana perjalanan anak2 nya baru bermula, namun ibu tahu sahabat ibu ini memang seorang Ibu yang tabah & bersemangat tinggi.. si kembar ini khabarnya sudah mula mengecap kejayaan, semoga terus berjaya ya nak.. balas budi ibu kalian.
p.s
Ibu tak pasti adalah ibu boleh jadi ibu terbaik untuk anak2 jika harus membesarkan anak2 seorang diri. tetiba jadi pesimis... takut... sungguh, ibu takut.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!