Salam hari rabu,
Maaf ya semalam memang langsung tak kesempatan untuk jalan2 ke blog kawan-kawan.. komen-komen di blog pun tak sempat nak jawap lagi..
Bangunan yang tersergam di atas bukit.. di Bandar Meru Raya.. Bangunan milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak ini, setinggi 19 tingkat.. lift bangunan ni hanya sampai tingkat 18 jer. so nak ke tingkat 19 kena naik tangga.
ibu pernah ada pejabat di tingkat 18 (sewa ler)... masa tu awal tahun 2007, join-venture bisness Accounting & Finance dengan sorang kawan.
bukti - kadnama masa jadi Konsultan..
citer lama.. la ni jadi menteri kelam-kabut kat rumah pulak..
Selama hampir 18 bulan jugak lah Fikri (masa tu umur dalam 1++ tahun) menjadikan bangunan ini taman permainannya... hahaa... kalo ibu tak koje di tempat client, en ayah akan bawa fikri ke sini setiap petang.. kiranya lobi PTTC ni dah macam taman mainan dia.. siap lari-lari sana sini... masa tu baru nak pandai jalan jatuh.. pakcik guard situ pun dah kenal fikri.
Kalo en ayah ade hal, dalam pukul 3-4 petang, en ayah antor lah fikri lepak kat opis ibu. Sambil ibu buat koje, fikri pun godek2 la PC yang satu lagi... ibu biasa koje sampai maghrib.. dah tu masuk opis pukul 10 pagi..
Pada waktu petang, kat area bangunan ni memang best.. angin kadang2 bertiup boleh tahan jugak, tapi tak le sampai ribut... sepoi2 bahasa gitu.
Oleh kerana opis ibu tingkat 18, jadi memag boleh nampak la traffik di lebuhraya.. kadang2 kalo bosan, sempat jugak skodeng kereta2 yang lalu di tol jelapang (masa tu masih di lokasi lama).
Heheh.. panjang pulak mukaddimah mengimbau kenangan 2-3 tahun dulu.. jadi peneka yang berjaya adalah
Hez @ Ina Hashim memberi jawapan 100% tepat.. jawapan 10 hampir tepat. Actually ibu dah google & jumpa ade 1 blog ni yang quote bangunan tu sebagai "Perak Trade & Technology Centre." Tapi nama yang betul untuk urusan rasmi kerajaan & swasta adalah Perak Techno Trade Centre.
Rasanya senang jer nak review blog 2 orang kawan ibu nih... heheh.. cakap besor lah pulak...
Kakyong's shoppe - menjual kain lampin moden @ cloth diapers pada harga berpatutan - jenama Coolababy, QQbaby Minky & Babyland printed.
p.s
hari ni masih mode busy..
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!