Showing posts with label perkahwinan. Show all posts
Showing posts with label perkahwinan. Show all posts

Tuesday, May 11, 2010

Adakah saya akan seTABAH mereka

.
Salam hari Selasa semua..

Semoga kalian sihat2 & berbahagia selalu di samping keluarga & sahabat handai taulan.


mati itu pasti.. cuma bagaimana kita hadapinya bila kehilangan teman hidup?!!

Ibu sebenarnya tak dapat nak menggambarkan bagaimana kah keadaan & perasaan ibu, jika ibu kehilangan en ayah untuk selama-lamanya. Bukan ibu tidak meRedhai nya.. cuma.. ntah lah.. macam2 yang bermain di kepala, & macam2 gambaran yang berputar-putar.. hakikatnya & dengan sejujurnya ibu katanya, ibu memang tidak bersedia rohani & jasmani. Ohhooo, mungkin ibu harus tarbiah jiwa ibu.. harus jadi kuat mulai detik ini. mati itu pasti, cuma kita tidak tahu siapa yang akan dipanggil dulu.

Bukan ibu sengaja nak bercerita begini, cuma ibu terkesan dengan dugaan yang dilalui oleh seorang rakan blog ni. Ibu memang sangat-sangat minta maaf pada Ismayanti kerana ibu baru tahu, nampak sangat banyak lagi blog kawan2 ibu yang belum ibu jejaki & terlepas pandang.

Semalam semasa ibu terpandang status Ismayanti di FB., ibu jadi sedikit curious & rasa ingin tahu itu membuak2, jadi malam tadi ibu menjelajah ke blog beliau. Masya Allah, rupanya sudah sebulan lebih suami beliau dipanggil Illahi. Ibu menerjah hampir 5-6 n3, mungkin juga lebih, sehingga ke n3 beliau di penghujung Mar 2010. Aduhh, ibu rasa 'terduduk @ terjelepuk'.. tak leh nak kata apa.. tetiba terbayang 'how am i going to do if i'm in her shoe'

Syabas Ismayanti, anda memang ibu yang tabah.. salam takziah dari kakyong. Semoga terus tabah & kuat dalam mengharungi kehidupan. Kakyong juga doakan semoga Ismayanti (Yan) cepat sembuh & sihat. (beliau baru jalani pembedahan bahu.. akibat kemalangan itu)  Anak sulong beliau sebaya dengan Fikri, baru 4 tahun..

Ibu terkenang pula pada seorang sahabat ibu ni. namanya Suhanariyah (Ana). Ana ni kawan ibu sejak sekolah rendah lagi. Walaupun ibu masuk MRSM & belajar ke UUM, hubungan kami tidak pernah putus, bahkan Ana adalah antara sahabat ibu yang paling kerap mengutus surat. Semua suka-duka Ana kongsi dengan ibu melalui surat2nya. Dan pada tahun penghujung 2001 (tak silap ibu), suaminya pergi buat selama2nya kerana denggi berdarah. Pada waktu itu, Ana pula sedang sarat mengandung.

Ana melahirkan baby kembar pada Feb 2002. Ada Ana kirimkan beberapa keping gambar si kembar semasa masih bayi & juga semasa umur 2-3 tahun. Jenuh ibu selongkar cari dalam lemari album yang tu, tak jumpa lah pulak.. so ibu kidnap 1 keping foto si kembar dari FB Ana...  


ni foto tahun 2010. rasanya dah umur 8 tahun kot.

Si kembar ini langsung tidak pernah melihat ayah mereka, tapi ibu mereka sangat Tabah.. walau kata Ana perjalanan anak2 nya baru bermula, namun ibu tahu sahabat ibu ini memang seorang Ibu yang tabah & bersemangat tinggi.. si kembar ini khabarnya sudah mula mengecap kejayaan, semoga terus berjaya ya nak.. balas budi ibu kalian.

p.s
Ibu tak pasti adalah ibu boleh jadi ibu terbaik untuk anak2 jika harus membesarkan anak2 seorang diri. tetiba jadi pesimis... takut... sungguh, ibu takut.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Tuesday, May 4, 2010

Mencari cinta.. jodoh lewat

.
salam hari selasa & salam ceria buat semua..

Ibu doakan semoga kawan2 yang rajin menziarah ke blog ibu ni sentiasa dirahmati Allah dan berbahagia selalu.

Hmm, walaupun sudah dapat ''che biru'' namun ibu masih juga tidak punya kesempatan untuk mengupdate n3 baru, juga tidal sempat juga untuk membuat sessi penjelajahan... 

Musykil sungguh ibu, camno lah Ben Ashaari boleh update lebih daripada 10 n3 1 hari.. pastu leh menjelajah blog lagi.. huhhh, memang betui2 blogger tegar...  dalam tempoh yang singkat jer ranking blog dia mencanak2 naik... tahniah en Ben.

nanti ade ruang masa ibu nak merepek sket lah pasal blog ni... ranking, follower, komen, n3 & etc...

n3 kali ni just nak mengulas sedikit berkaitan isu jodoh lambat ni... sila jangan lah sesiapa yang nak ambil hati atau apa2 ya.. sebab apa yang ibu nak tulis ni hanya berdasarkan pengalaman sendiri.. kot2 ade yang lupa @ yang belum tahu.. ibu kahwin pada umur 33 tahun. Lambat kan... 

Pada awal tahun 2009, ibu ada membuat n3 bertajuk Nak kahwin... jodoh lambat. N3 tersebut bukan di blog Catatan Ibu, tapi diblog ibu yang satu lagi.. blog tu memang dah lama tak berupdate.. tapi masih ade juga beberapa tulisan ibu yang masih mendapat komen dan maklumbalas dari pengunjung.

Beberapa hari yang lalu.. ibu menerima komen ini... sebenarnya ibu amat terkesan dengan komen beliau.. sebab ibu juga pernah berada di tempat nya.




Suka ibu nak ingatkan, apa yang ibu tulis dalam n3 Nak kahwin.. jodoj lambat tersebut adalah sebagai panduan agar adik2 yang belum bertemu jodoh, berfikiran positif, bersangka baik dengan Allah, juga tidak dimakan dek cemuhan @ kata2 yang tidak enak didengar. 


Jika ikut pengalaman ibu, tahun 2000 adalah tahun dimana STRESS itu bermula... stress sebab tak kahwin2 lagi.. walhal umur masa tu dah cecah 28. Stress sebab tak kahwin ni, kalo tidak ditangani dengan baik memang boleh menyebabkan kemurungan, tak mau bersosial, pendek kata memang boleh jadi sangat2 low esteem.. infirior complex tahap gaban... sungguh.. 

Cemburu pada rakan2 yang sudah kahwin adalah sesuatu yang kadang sukar untuk dibuang dari jiwa.. tiap kali tersua kawan yang sudah menggendong anak @ anak yang sudah ke sekolah.. hati bagai tersayat2.. kadang2 bisikan2 yang membunuh jiwa tu kerap hadir.. 'kenapalah aku tak macam ni?'.. ''kenapa lah orang tak mau kat aku ni''... ''ohhh, menyesalnya.. kenapa lah tak cari pakwe masa kat kampus dulu"' dan macam2 lah.. bisikan2 macam ni lah yang akan buat jiwa merintih, sedih, sayu, rasa seperti tidak disayangi , rasa terpinggir.. kalo ade kenduri kahwin tu, seboleh2 nya memang tak mau hadir... sungguh, sampai jadi anti-sosial gitu...
5 tahun juga ibu mengharung suka-duka Stress On & Off..., ''kejap postif, kejap pesimis, kejap  rebah.. berkali2 rebah & bangun semula''.. bukan sekali di'perkenal'kan dengan potential calon suami, tetapi berkali2 juga.. semuanya membawa ke jalan buntu.. takda jodoh lah tu... Pada awal tahun 2005, ibu dah macam give-up.. sampai tahap dah malas nak pikir pasal kahwin.. diri ibu ni dah sampai tahap fobia nak berkenalan dengan lelaki dah.. sampai kan benteng diri ni semakin menebal benci pada lelaki... kalo lelaki yang baru kenal & jenis ngada2 nak kenal ibu tu, memang selamba jer lah ibu hentam cakap kasar2... huhuuuuhhh.. setelah berkali2 dibuat seperti kita ni yang hard-up sangat kat depa, so lama2 dah malas nak amik port pasal cintan2 or bercakap cara lemah-lembut-gemalai... 

Hmmm, panjang dah membebel plus meluah rasa pengalaman lepas... jadi untuk adik/saudari/cik Anon yang memberi komen di atas.. jangan lah pikir susah nak mencari calon pada usia 29 tahun.. Allah mendengar rintihan dan permohonan adik.. Ingatlah Allah memberi apa yang kita perlukan, bukan apa yang kita inginkan.

Ohya, ingin ibu nyatakan ibu punya circle of frens yang sangat2 supportive dalam tempoh 5 tahun tersebut. Thanks kak wani, kak norliza, kak finaz, Asniza (owner Ratuhati), Najwa, kak Ain, kak Su, Amoi, Zurim, Kak yati... just to name a few. Saya sayang bangat sama anda semua.... 

Tidak dinafikan ramai juga kawan2 yang membawa rebah.. so pandai2 lah nak uruskan hal kawan2 ni.. ada baiknya kita bersikap terbuka.. suka hati lah depa nak kata apa, yang penting kita tak buruk2 kan orang lain... what goes around comes around kan...

Bertemu jodoh dengan en ayah.. sila lah baca kat sini ya.. malas dah nak citer banyak kali...







kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Wednesday, April 14, 2010

Masih mencari cinta .. perlu mendalami ilmu Munakahat

Salam ceria semua,

Anda join group Kisah Rumah Tangga (KRT) di FaceBook.

Ibu dah hampir 1 bulan men'join'kan diri ke KRT. Ibu jarang tinggalkan komen, ibu lebih suka memerhati. Hari ni ibu tertarik dengan 1 poin perbincangan ni.



kalian setuju dengan statement itu... kalo ibu2 mesti setuju... http://www.emocutez.com .. rasanya tak semua isteri2 yang setuju kot... pihak bapak2 pulak, mesti melenting... hangat hati jadinya...  http://www.emocutez.com




kat bawah ni, antara komen2 ahli KRT...




pendapatan kalian bagaimana ?? http://www.emocutez.com


pendapat ibu..

Ibu cuma sedih, sebab ramai isteri & suami skrg ni tak mendalami ilmu Munakahat (ilmu perkahwinan).
ramai suami letakkan urusan dalam rumah ke bahu isteri semata..

ramai isteri yang terima bulat2 tanggungjawab... & ramai juga yg baru kahwin dah rasa fail jadi isteri...sedihkan..  http://www.emocutez.com


Ibu & ayah ?  http://www.emocutez.com

Masa awal kahwin, kata en ayah, kerja rumah ni bukan kerja ibu.. so sejak awal kahwin,  kerja jemur kain, basuh pinggan.. en ayah lah yang buat.. yang selebihnya ibu lah yang buat. *we did split the house work* Masa kami takdak mesin basuh, en ayah yang le yang susah payah memberus menoyoh baju setiap malam... sadis kan.. sian en ayah.. mujur le baru berdua.

Namun lama-kelamaan, bila ibu dah 24 jam di rumah.. dah cekap segala kerja... *cekap ker...* .. tak dinafikan ada juga influence faktor luar yang akhirnya en ayah jadi 'mim-alif-lam-sin' nak tolong ibu dengan kerja rumah.

Kadang2 en ayah kerja seawal pagi & balik lewat petang, so ibu pun takdelah tergedik2 nak minta tolong.. kena lah bagi en ayah rehat jugak kan. Kang kalo en ayah tak cukup rehat, sakit pulak.. sapa yang susah... ibu juger... So, samada ibu letih ke, cergas ker, buat koje rumah dengan air mata ker... pada ibu, kalo ibu tak buat, siapa nak buat. Dan supaya ibu tak kerap rasa tertekan dengan kerja rumah, ibu ajak anak2 sekali buat sama2 dengan ibu... mungkin dalam n3 yang lepas, ibu merungut kan main lagi kan... hihiii







Dan ibu suka dengan poin yang dinyatakan dalam n3 ni.. kalo nak baca klik lah sini







kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Saturday, April 10, 2010

Mencari cinta ...

Salam hari sabtu buat semua kawan ibu,

Penghujung bulan April ini adalah ulangtahun perkahwinan ibu & ayah yang ke-5. Tu lah yang meroyan mencari cinta.. dan pada tarikh ni, 10 April 2005, ibu & ayah selamat bertunang. Alhamdulillah, banyak onak duri ranjau yang telah dilalui. Tidak semuanya manis, dan tidak juga hari2 bercinta.


Agak2 nya kan masih ada lagi kah cinta setelah bertahun2 berkahwin. Macamana yang dikatakan cinta dalam perkahwinan itu... adakah ia nya membara2 menyala2 macam masa awal2 perkahwinan dulu.. agaknya apa harapan seorang isteri supaya suami selalu mencintainya sebulat hati.. <-- apa punya soalan daaa... 


ni foto persandingan dua pupu ibu (pengantin perempuan) berlangsung pada tahun lepas, di Taiping. meriah majlis nya.. semoga perkahwinan sentiasa meriah di samping keriuhan anak-anak.


Orang kata 5 tahun pertama adalah tahun penyesuaian. Huh, tak dinafikan untuk ibu 5 tahun pertama ni memang banyak ranjau nya. Maklumlah kami ni bukan nya bercinta2 sebelum kahwin, jadi kenal & tahu perangai baik buruk masing2 pun bila dah dok sebumbung.


Bila dah lama berkahwin & rumah pun semakin riuh dengan anak2, nanti pasti salah seorang @ dua2 sekali yang komplen.. contohnya... "ibu ni dah tak sayang ayah macam masa mula2 kahwin." "asyik sibuk dengan anak2 jer, tak hiraukan ayah dah"...


mungkin jawapannya bolah baca kat sini kot.. klik sini

Pada ibu cinta & kasih sayang ibu, walau tak terzahir dengan kata2, tapi cuba2 lah perhatikan tingkah dan perbuatan ibu. 

  • walau letih camana pun, ibu tetap usaha kemaskan rumah, sapu sampah, mop lantai.. kutip segala baju yang bersepah..
  • ayah tahu kan ibu berkerja dari rumah, tapi ibu tetap uruskan anak2, masak & buat segala yang terdaya, walaupun kadang2 dengan linang air mata.
  • kadang2 ibu marah bila tempat simpanan kain baju ayah bersepah.. tapi ibu tetap kemaskan juga
  • terjaga tengah malam & awal pagi membancuh susu anis & fikri adalah rutin biasa, yang kadang2 ayah tak sanggup nak buat, maka dalam sihat @ sakit, tugas itu tetap ibu jalankan
  • acapkali juga ayah lupa nak luangkan masa untuk belajar dengan anak2.. maka di situ lah ibu habiskan masa ibu
  • ibu sentiasa berharap ayah tolong ibu 'clear'kan pinggan-mangkuk di sinki, macam yang ayah selalu buat masa kita baru kahwin dulu.. tapi sudahnya ibu juga yang harus langsaikan sendiri.
  • gitu juga, kadang2 kain baju yang di'mesin' semalam tak sempat ibu jemur, ibu harap sangat kalo ayah boleh tolong sidai separuh pun dah cukup membantu ringankan kerja ibu.. 
  • ibu suka juga kalo ayah leh tolong ibu panjutkan poo-poo anak pada CD,,.. tapi selalunya ayah tinggalkan jer dalam bilik air.. ibu juga yang kena bereskan


huhuuuhh... banyak nyer ibu merungut.. ustaz cakap, kalo merungut nanti buat apa2 pun tak dapat pahala. Tapi ibu ni manusia biasa, camana agaknya ibu nak kurangkan stress ibu, kalo mengadu tak boleh, merungut tak boleh... adakah setelah 5 tahun berkahwin.. dah hilang belas ehsan & kasih sayang. Adakah isteri itu hamba tebusan? (ni bukan dalam kes ibu.. lebey2 plak tulis mcm ni).. 

Ibu cuma nak bagitau.. apa yang ibu buat dalam rumahtangga selama ni, itulah tanda kasih sayang ibu. Kalo ibu tak sayang, tentu dah terbiar anak2.. tentu rumah dah jadi 'rumah sampah'.. huhuuuu.. kalo ibu marah & tunjuk perasaan, bukan bermakna ibu tak sayang.. camne nak cakap, hangin tu sangat kuat kalo dah dekat2 nak kibar bendera jepun


Ada kwan2 ibu cakap, selepas 5 tahun kahwin.. dah mahir luor dalam.. tahu dah perangai suami.. kira expert lah.. tapi ibu rasa macam banyak lagi yang ibu perlu perbaiki.. banyak lagi yang kadang2 ibu rasa ibu tak faham. Mungkin ini bacaan yang sesuai untuk refresh pemahaman tentang tanggungjawab dalam perkahwinan.. boleh kot baca kat sini.

Ibu rasa (perasan jer lah ni), selama ni dah buat macam2.. rupanya selepas baca tu.. banyak juga yang telah ibu abaikan... banyak yang tak terlaksana.. rasa2nya memang ibu tak leh buat sorang2.. semua ni perlu buat sama-sama dengan ayah. So, pasni tak sepatutnya nak salah kan ibu @ ayah ajer.. dua-dua ade tanggungjawab. memang tak adil jika sesuatu tanggungjawab diletakkan pada salah seorang sahaja.



Ibu pernah tanya, 'ayah nak ke kahwin 1 lagi?' huhuuu, apa punya soklan, orang kalo boleh tak nak tanya soklan camni.  Ibu sebenarnya terkesan juga dengan kejadian tempohari.. tu pasal lah ibu belek2 juga  info2 ini supaya boleh dijadikan panduan... klik sini


sama cantik sama padan.. semoga kekal berbahagia sehingga ke akhir hayat.. ini lah juga harapan ibu dalam perkahwinan





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .