Tuesday, May 11, 2010

Home » , , » Adakah saya akan seTABAH mereka

Adakah saya akan seTABAH mereka

.
Salam hari Selasa semua..

Semoga kalian sihat2 & berbahagia selalu di samping keluarga & sahabat handai taulan.


mati itu pasti.. cuma bagaimana kita hadapinya bila kehilangan teman hidup?!!

Ibu sebenarnya tak dapat nak menggambarkan bagaimana kah keadaan & perasaan ibu, jika ibu kehilangan en ayah untuk selama-lamanya. Bukan ibu tidak meRedhai nya.. cuma.. ntah lah.. macam2 yang bermain di kepala, & macam2 gambaran yang berputar-putar.. hakikatnya & dengan sejujurnya ibu katanya, ibu memang tidak bersedia rohani & jasmani. Ohhooo, mungkin ibu harus tarbiah jiwa ibu.. harus jadi kuat mulai detik ini. mati itu pasti, cuma kita tidak tahu siapa yang akan dipanggil dulu.

Bukan ibu sengaja nak bercerita begini, cuma ibu terkesan dengan dugaan yang dilalui oleh seorang rakan blog ni. Ibu memang sangat-sangat minta maaf pada Ismayanti kerana ibu baru tahu, nampak sangat banyak lagi blog kawan2 ibu yang belum ibu jejaki & terlepas pandang.

Semalam semasa ibu terpandang status Ismayanti di FB., ibu jadi sedikit curious & rasa ingin tahu itu membuak2, jadi malam tadi ibu menjelajah ke blog beliau. Masya Allah, rupanya sudah sebulan lebih suami beliau dipanggil Illahi. Ibu menerjah hampir 5-6 n3, mungkin juga lebih, sehingga ke n3 beliau di penghujung Mar 2010. Aduhh, ibu rasa 'terduduk @ terjelepuk'.. tak leh nak kata apa.. tetiba terbayang 'how am i going to do if i'm in her shoe'

Syabas Ismayanti, anda memang ibu yang tabah.. salam takziah dari kakyong. Semoga terus tabah & kuat dalam mengharungi kehidupan. Kakyong juga doakan semoga Ismayanti (Yan) cepat sembuh & sihat. (beliau baru jalani pembedahan bahu.. akibat kemalangan itu)  Anak sulong beliau sebaya dengan Fikri, baru 4 tahun..

Ibu terkenang pula pada seorang sahabat ibu ni. namanya Suhanariyah (Ana). Ana ni kawan ibu sejak sekolah rendah lagi. Walaupun ibu masuk MRSM & belajar ke UUM, hubungan kami tidak pernah putus, bahkan Ana adalah antara sahabat ibu yang paling kerap mengutus surat. Semua suka-duka Ana kongsi dengan ibu melalui surat2nya. Dan pada tahun penghujung 2001 (tak silap ibu), suaminya pergi buat selama2nya kerana denggi berdarah. Pada waktu itu, Ana pula sedang sarat mengandung.

Ana melahirkan baby kembar pada Feb 2002. Ada Ana kirimkan beberapa keping gambar si kembar semasa masih bayi & juga semasa umur 2-3 tahun. Jenuh ibu selongkar cari dalam lemari album yang tu, tak jumpa lah pulak.. so ibu kidnap 1 keping foto si kembar dari FB Ana...  


ni foto tahun 2010. rasanya dah umur 8 tahun kot.

Si kembar ini langsung tidak pernah melihat ayah mereka, tapi ibu mereka sangat Tabah.. walau kata Ana perjalanan anak2 nya baru bermula, namun ibu tahu sahabat ibu ini memang seorang Ibu yang tabah & bersemangat tinggi.. si kembar ini khabarnya sudah mula mengecap kejayaan, semoga terus berjaya ya nak.. balas budi ibu kalian.

p.s
Ibu tak pasti adalah ibu boleh jadi ibu terbaik untuk anak2 jika harus membesarkan anak2 seorang diri. tetiba jadi pesimis... takut... sungguh, ibu takut.





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (21)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
salam...

sebelum tu nak cakap... awat len benar kotak komen kakyong ni... tak reti ler hehehe...

baca entri kakyong ni pastu singgah plak kat blog ismayanti tu buat yan terdetik benda yg same.. huhu..sedey.. mmg tak dapat diimaginekan.. tp yan selalu pk.. dan remind diri... yg apepun yg terjadi yg Allah dah tetapkan tu ade hikmah dan insya Allah kite pasti boleh laluinya...

tp kadang terpk jugak.. cemane klu kite takleh terima hakikat... jd giler.. ish sian pulak kat anak2 kan.. so mau tak mau.. kite kena kuat..

tengok nenek yan besarkan 3 anak tanpa suami yg meninggal sewaktu dia peknenkan anak ke-3 (lemas dilaut).. dia cari duit sendiri.. sampai akhirnya mampu ade bisnes keropok lekor sendiri.. maknanya ape?? klu dia boleh setabah itu.. kenapa tidak kite?
ass'kum!
Kak Yong.. pemergian suami saya pada 29 Mac 2010 akibat 'kemalangan di stesen minyak' banyak memberi keinsafan kepada saya bahawa setiap insan yg kita sayangi adalah pinjaman daripadaNya. Saya redha dengan pemergiannya. Semoga Arwah tenang di sana. Hanya doa yang dapat saya utuskan buat bekalannya disana...
1 reply · active less than 1 minute ago
Yan/Isma..
"kemalangan di stesen minyak'.. Masya Allah, kakyong ade tgk vidoe cctv tu.. menitik air mata terkenang nasib isteri & anak2... Maaf Isma, kakyong memang tak tahu detail 'kemalangan' masa baca dlm blog Isma...

Insya Allah, Isma memang tabah & semoga terus tabah & mulakan hidup dgn semangat baru demi anak2...
My recent post Tag : Baby with Soother/Feeding bottle **contest**
setiap orang di duga Allah dengan ujian yg berbeza-beza, sahabat kak yong cukup tabah=)
My recent post Sabar atau dayus?
1 reply · active 776 weeks ago
salam kenal Sirna,
kakyong add sirna di kakyong's bloggerlist list..http://kakyong72-bloggerlist.blogspot.com/

setuju dgn sirna, setiap kita diuji dgn cara yg berbeza.. Insya Allah, Allah menguji pasti mengikut kemampuan kita.. semoga kita sentiasa ingat padaNya..
Kakyong,

ada kalanya, kita tak tau kekuatan dan kemampuan kita, selagi benda tu tak jadik kat kita.

Ajal di tangan Tuhan. Redha dan yakin di sebalik sesuatu benda, ada hikmahnya.
1 reply · active 776 weeks ago
Puteri,
puteri mana ni yer? len kali sila tinggalkan link anda... hehehehhh

betui betui.. cuma ada pada waktu2 tertentu kita jadi pesimis.. tahu lah kan emosi Up & Down..
saya pun tak pasti jika saya setabah itu utk menerima kehilangan. SEperti kata rakan2 yg lain kita harus redha dgn pemergian
1 reply · active 776 weeks ago
monaaida,
lorr.. nape tak tinggalkan link... ?
mungkin awal nya sukar, lama-kelamaan pasti boleh, kan... <-- ayat utk penyedap diri sendiri juga ni...
perlu redha w.pn rasanya kita xsekuat itu.....
1 reply · active 776 weeks ago
yer lah kak.. perlu belajar menerima takdir Allah dengan berlapang dada..
sgt kuat dugaan tu.. sedih baca n3 nih..
My recent post APA LAGU CINTA UOLS?
1 reply · active 776 weeks ago
kakyong lepas baca post2 di blog isma.. mencurah2 air mata..
kty pun tak tau ..andai ianya terjadi pada kty ..mampukan kita..ye
1 reply · active 776 weeks ago
betui kak, tak leh nak menduga kan.. tentulah ia tak semudah abc
Kak yong, saya baru jer baca blog ismayanti, sedih sangat tgk anak&sup2; dia, bertakung airmata ni ha...huhuhu...dugaan untuk dia.
My recent post ♥ Happy Mother's Day ♥
1 reply · active 776 weeks ago
dugaan untuk dia & pengajaran untuk kita..
setiap kita ni telah ditentukan ujian & dugaan..
kakyong semalam bukan takat bertakung, memula bergenang.. pastu terus mencurah2..
terus tidur awal (11 mlm kira awal lah..))

My recent post Adakah saya akan seTABAH mereka
kehilangan secara tiba2 mmg sgt dirasai.
baru pg ni ada sorg patient yg spt hilang semangat kerana kematian suami 3 hari lepas.mereka sedang dlm mood ceria sb akan buat kenduri sambut menantu bongsu pd 12/6 nanti..suami makcik ni meninggal secara tiba2 tanpa sebarang penyakit...ajalnya sudah tiba...hanya kata2 semangat dpt saya berikan untuknya.
1 reply · active 776 weeks ago
ieda,
kata semangat dr kenalan/sahabat akan jadi penyejuk jiwa utk mereka yg masih bersedih kerana kehilangan ..

My recent post Adakah saya akan seTABAH mereka
Mmg tak dapat bayangkan kalau perkara itu terjadi pada kite..=(
1 reply · active 776 weeks ago
susah nak cakap kan..

My recent post Adakah saya akan seTABAH mereka

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .