Saturday, April 10, 2010

Home » , » Mencari cinta ...

Mencari cinta ...

Salam hari sabtu buat semua kawan ibu,

Penghujung bulan April ini adalah ulangtahun perkahwinan ibu & ayah yang ke-5. Tu lah yang meroyan mencari cinta.. dan pada tarikh ni, 10 April 2005, ibu & ayah selamat bertunang. Alhamdulillah, banyak onak duri ranjau yang telah dilalui. Tidak semuanya manis, dan tidak juga hari2 bercinta.


Agak2 nya kan masih ada lagi kah cinta setelah bertahun2 berkahwin. Macamana yang dikatakan cinta dalam perkahwinan itu... adakah ia nya membara2 menyala2 macam masa awal2 perkahwinan dulu.. agaknya apa harapan seorang isteri supaya suami selalu mencintainya sebulat hati.. <-- apa punya soalan daaa... 


ni foto persandingan dua pupu ibu (pengantin perempuan) berlangsung pada tahun lepas, di Taiping. meriah majlis nya.. semoga perkahwinan sentiasa meriah di samping keriuhan anak-anak.


Orang kata 5 tahun pertama adalah tahun penyesuaian. Huh, tak dinafikan untuk ibu 5 tahun pertama ni memang banyak ranjau nya. Maklumlah kami ni bukan nya bercinta2 sebelum kahwin, jadi kenal & tahu perangai baik buruk masing2 pun bila dah dok sebumbung.


Bila dah lama berkahwin & rumah pun semakin riuh dengan anak2, nanti pasti salah seorang @ dua2 sekali yang komplen.. contohnya... "ibu ni dah tak sayang ayah macam masa mula2 kahwin." "asyik sibuk dengan anak2 jer, tak hiraukan ayah dah"...


mungkin jawapannya bolah baca kat sini kot.. klik sini

Pada ibu cinta & kasih sayang ibu, walau tak terzahir dengan kata2, tapi cuba2 lah perhatikan tingkah dan perbuatan ibu. 

  • walau letih camana pun, ibu tetap usaha kemaskan rumah, sapu sampah, mop lantai.. kutip segala baju yang bersepah..
  • ayah tahu kan ibu berkerja dari rumah, tapi ibu tetap uruskan anak2, masak & buat segala yang terdaya, walaupun kadang2 dengan linang air mata.
  • kadang2 ibu marah bila tempat simpanan kain baju ayah bersepah.. tapi ibu tetap kemaskan juga
  • terjaga tengah malam & awal pagi membancuh susu anis & fikri adalah rutin biasa, yang kadang2 ayah tak sanggup nak buat, maka dalam sihat @ sakit, tugas itu tetap ibu jalankan
  • acapkali juga ayah lupa nak luangkan masa untuk belajar dengan anak2.. maka di situ lah ibu habiskan masa ibu
  • ibu sentiasa berharap ayah tolong ibu 'clear'kan pinggan-mangkuk di sinki, macam yang ayah selalu buat masa kita baru kahwin dulu.. tapi sudahnya ibu juga yang harus langsaikan sendiri.
  • gitu juga, kadang2 kain baju yang di'mesin' semalam tak sempat ibu jemur, ibu harap sangat kalo ayah boleh tolong sidai separuh pun dah cukup membantu ringankan kerja ibu.. 
  • ibu suka juga kalo ayah leh tolong ibu panjutkan poo-poo anak pada CD,,.. tapi selalunya ayah tinggalkan jer dalam bilik air.. ibu juga yang kena bereskan


huhuuuhh... banyak nyer ibu merungut.. ustaz cakap, kalo merungut nanti buat apa2 pun tak dapat pahala. Tapi ibu ni manusia biasa, camana agaknya ibu nak kurangkan stress ibu, kalo mengadu tak boleh, merungut tak boleh... adakah setelah 5 tahun berkahwin.. dah hilang belas ehsan & kasih sayang. Adakah isteri itu hamba tebusan? (ni bukan dalam kes ibu.. lebey2 plak tulis mcm ni).. 

Ibu cuma nak bagitau.. apa yang ibu buat dalam rumahtangga selama ni, itulah tanda kasih sayang ibu. Kalo ibu tak sayang, tentu dah terbiar anak2.. tentu rumah dah jadi 'rumah sampah'.. huhuuuu.. kalo ibu marah & tunjuk perasaan, bukan bermakna ibu tak sayang.. camne nak cakap, hangin tu sangat kuat kalo dah dekat2 nak kibar bendera jepun


Ada kwan2 ibu cakap, selepas 5 tahun kahwin.. dah mahir luor dalam.. tahu dah perangai suami.. kira expert lah.. tapi ibu rasa macam banyak lagi yang ibu perlu perbaiki.. banyak lagi yang kadang2 ibu rasa ibu tak faham. Mungkin ini bacaan yang sesuai untuk refresh pemahaman tentang tanggungjawab dalam perkahwinan.. boleh kot baca kat sini.

Ibu rasa (perasan jer lah ni), selama ni dah buat macam2.. rupanya selepas baca tu.. banyak juga yang telah ibu abaikan... banyak yang tak terlaksana.. rasa2nya memang ibu tak leh buat sorang2.. semua ni perlu buat sama-sama dengan ayah. So, pasni tak sepatutnya nak salah kan ibu @ ayah ajer.. dua-dua ade tanggungjawab. memang tak adil jika sesuatu tanggungjawab diletakkan pada salah seorang sahaja.



Ibu pernah tanya, 'ayah nak ke kahwin 1 lagi?' huhuuu, apa punya soklan, orang kalo boleh tak nak tanya soklan camni.  Ibu sebenarnya terkesan juga dengan kejadian tempohari.. tu pasal lah ibu belek2 juga  info2 ini supaya boleh dijadikan panduan... klik sini


sama cantik sama padan.. semoga kekal berbahagia sehingga ke akhir hayat.. ini lah juga harapan ibu dalam perkahwinan





kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

13 kawan ibu yang hebat:

transformed housewife said...

sy dan suami dah 6 thn. kami pun sama2 rasa banyak benda lg kena belajar kalau betul2 nak kenal perangai masing2. semoga perkahwinan Kyong dan suami bahagia dan berkekalan.

NzA said...

kakyong, kak nza kawin dh masuk 18thn....kawin diusia muda byk dugaan n ranjau. Mujur beza umo kak nza n suami 7 thn...byk blajar drnya.

Ttp mkn lama kawin kita mkn byk tumpuan pd anak2..nk wat camnekn. Alhamdulillah suami byk membantu sedari awal kawin cuma keblakangan ni dia semakin sibuk n kaknza trpaksa uruskn semua dr A-Z...Sedih xtrkata ttp sbgai isteri kaknza trpaksa redha...trkdg rasa diri trabai n mcm2 bisikkn dtg....cuma sbgai isteri kita kena kuat n kena byk brsabar.....Semoga Allah memberi ganjaran diatas penat lelah kita..insyallah...

Dan yg pastinya byk pahit manis yg perlu kita lalui.....

nadnye said...

Kak Yong.. selamat menyambut ulang tahun ke 5..
Yealah betul la cakap Kak Yong tu, sebagai isteri kita dah buat macam2 benda untuk suami tapi kekadang tak semua suami perasan pengorbanan si isteri..

Sabar lah Kak Yong, saya tahu Kak Yong nie penyabar orangnya..Tapi semua niat ikhlas keje yang dibuat berguni2 pahala dapat.. Kene fikir camtu lah kalau tak memang stress...

hmm.. yea memang susah kadang nak jadi isteri mithali, saya pun tak tahu kat mana tempatnya utk saya sendiri, nak merungut pun salah, tapi kadang bebanan tu kat mana nak dicurahkan...

Fikir pahala dan kebaikan jea dan satu lagi walau macamana sekalipun pengorbanan isteri kepada suami tapi tetap kena layan dia sebaik mungkin...

Anamarza said...

selamat ulang tahun yg ke-5 Kak yong...rasanya kan, selama mana usia perkahwinan tu belum boleh jadi kayu ukur sejauh mana kita kenal suami kita..sy pun dah genap 8 tahun kenal ngan suami dan dah 4 tahun usia perkahwinan tapi ade masa macam masih blum kenal dia sepenuhnya lg..

♥MAMASYAZA♥ said...

happy 5th anniversary to kak yong, semoga happy n berbahagia selalu bersama en. ayah tercinta. su yg tahun ni, nak masuk 12 tahun kawin pun kengkadang bergaduh gak ngan en. abah. en. abah slalu outstation, so byk urusan anak2, kain baju, umahtangga, su yg uruskan. kengkdg tu rasa hilang sabar gak sbb semuanya kita nak buat...tp apakan daya..terpaksa terima semua tu...ada ganjarannye nanti..tp kengkdg bila penah/letih, mengatasi segala2nya...hati rasa sakit, nak marah..nak nangis pun ada..hehehe..dengarla luahan perasaanku..hehehe

Yan said...

ujung bulan ni aniversari kyong yer.. 30hb ke? klu yer samela ngan tarikh bertunang yan duulu tahun 2006..
klu ikutkn rasenyer yan bru lg kawin.. tp bile dihitung kira rupenyer da hampir 3 taun..
yan kdg upset juger sbb dlu ms kjer yan x sempat nk uruskn uma, msk semgu sekalipn jarang.. tp skang bile da jd h/wife separuh ms nih.. aderla ms tuk uruskn seme tu wlupn lum perfect..

kakyong resign keje pas bpe thn kawin?/ yan luperlaa

Ummi Salsabila said...

happy anniversary kak yong..dah 5thn dah yer.smg kekal bahagia ke akhir hyt..

odah pun kdg2 ada juga terasa,bila suami xnmpk pengorbanan n apa yg kita buat tuk family.

Izan Ishak said...

HAPPY 5th ANNIVERSARY KAK YONG....
moga bahagia hingga ke akhir hayat ye.

**izan pun hujung tahun ni dah nak masuk thn ke-10. tp masih banyak perkara yg kene belajar.... jadi isteri n ibu yg lebih baik ..

Unknown said...

nuradyani,
ye batui tu.. sama2 lah kita belajr utk lebih mengenali pasangan kita.. tak ingat sapa tak ckp, tapi lebih kurang mcm ni lah.. 'beljar untuk terus mencintai orang yg sama (pasangan kita) berkali2..'


kak nza,
saya memang tabik dgn kak.. semakin byk saya godek n3 lama kak, ada juga yg saya belajar, ade gak pekdah nya pd diri saya.. kalo org lain leh lalui nya, takkan lah saya x leh.. kak dah 18 tahun, saya ni masih bertatih lagi...


nadnye,
kadang2 suami ni dia bukan tak perasan.. tp sbb kita BOLEh handle, dia nampak kita boleh URUS kan semuanya.. maka dia pun ala2 CUCI-Tangan ler... buat2 tak perasan... huhuuuu..

kakyong penah tanya suami.. tu la dia jawab 'ayah tgk ibu okay jer.. semua ibu leh buat.. ayah pun rehat lah'... huhuuuu... sejak tu, kalo tgk en ayah meREHAT saja2.. kita pun mula lah.. 'ayah, leh tolong ni tak'.. 'ayah, tolong lah mop/sapu jap'...

tp kalo dia baru balik dr koje tu, xde lah suka-suki nak minta tolong.. tgk keadaan lah jugak kan...

Unknown said...

Ana,
tu lah.. ade kes yg kenal/bercinta sampai 10 tahun, aleh2 kahwin hanya kekal 4 bulan jer... huhuuhhh..

tu yg kalo ade yg tanya, mana lebih baik bercinta sebelum kahwin @ bercinta slps khwin..
susah nak jawab, sbb asasnya --> bila dah dok serumah baru tahu tembelang masing2.. so masa tu kalo tak reti nak bertolak ansur, menerima kebaikan & kekurangan pasangan.. memang susah le nak g jauh...



Su,
dlm perkahwinan mana yg tak penah bergaduh.. bohong lah kalo baik & intim sepjg masa.. adat lah kan.. sebenarnya masa bergaduh tu lah kita akan semakin kenal pasangan kita, kurang2 kita tahu apa yg dia tak suka.. & dari situ kita cuba utk buat adjustment.. cari titik penyelesaian.. dan at the end, sama2 untung...

Unknown said...

Yan,
kakyong dah nikah 1 tahun baru ko bertunang Yan... huhuuu
Yan, skrg ni dah x kerja.. so balas balik apa yg tak sempat buat dulu.. kakyong dulu masa kerja pun, lauk hari2 tapau, balik rumah masak nasi jer.. tp kalo dah lewat, bila balik kerja lepas maghrib, memang terus makan di kedai..

kakyong dah hampir 2 tahun dok rumah.. may 2008 kakyong start buat kerja buat a/c dr rumah... tp lepas bersalinkan aliya, Jul 2008, terus fulltime SAHM..


US,
hehe.. sama jer perasan isteri2 ni kan.. suami2 tolong2 lah lebih hargai isteri.. org lelaki ni kekadang dia susah nak percaya apa yg isteri buat.. bila dah nampak hasil, baru lah nak support.. msa tu hati isteri pun dah hampir nak retak.. huhuuu, tp mujur le isteri ni jenis yg mudah dipujuk.. malas nak marah lama2...


Izan,
10 tahun.. lama tu.. semoga terus kuat.. bila nak dpt bb gal pulak? ;)


btw, terima kasih ya kawan2 semua atas ucapan tahniah... tengah pk, camana nak sambut 5th anniversary ni.. sbb dah 5 tahun kan, terasa lah pulak nak sambut, walau sblm ni x penah sambut pun... huhuuu.. kesian kat saya ni..

Nur said...

Dear kakyong,
selamat menyambut ulang tahun perkahwinan! Yati doakan, semoga rumahtanggan dan keluarga kakyong aman damai dan bahagia sampai hujung nyawa.
Yati pulak anniversary ke 9 hujung tahun ni. Bagi Yati kan, kita kena suruh suami buat kerja, kena bagi order. Kalau tak, dia tak buat. Yati pernah jumpa sekali je, sorang suami orang ni, isteri dia kerja kat rumah, jadi semua kerja rumah suami buat, seperi, cuci dan sidai kain, termasuk masak. Sekali tu je Yati jumpa suami macam tu. Memang susah nak cari. Tapi yang ada dengan kita ni, kita suruh la dia buat camtu. Maksud Yati, suruh lembut-lembut, bukan kasar ye. contohnya, "Abangku sayang, sila la tolong sidai kain di jemuran, dan masak nasi sekali, nanti malam dinda buat kopi dan urut, nak tak?" Ha, mesti dia buat punya la. Ha ha... jgn kita sorang buat kerja sambil berlinang airmata, tak worth it, suami isteri kena split tugas rumahtangga, baru adil. I wish u all the best, kakyong. (hugs...!)

Unknown said...

yati,
thanks.. nak peluk yati jugak... :D

yati,
yg berlinang air mata tu bukan sajer2.. tp kalo dah kerap2 seharian ibu nyer je sorang2 handle urusan di rumah.. ayahnya g kerja seawal pagi.. pulangnya selewat ptg, kdg2 hari minggu juga xde di rumah..
kdg2 terpk.. i need a break.. at least dpt bercuti ke mana2 ker.. lupa jap urusan rumah..

1 lagi, bukan tak split kerja rumah.. tp koje yg seharusnya si ayah buat, si ayah 'lupa' @ min-alif-lam-sin.. kalo dia dah dpt vitamin M, usah lah dirayu2.. jwpn nya, jap lagi lagi.. itu lah... camno lah si fikri tak ikut beralasan, dah ayahnyer pun cam gitu... huhuuu..

ade masa tu leh sabor.. tp kita pun kdg2 'dendam' gak... hahah.. xde lah buat yg bukan2, cuma kalo ckp lembut2 dah tak jalan,.. cuma nak dia faham jer.. isteri nya ni bukan robot.. perlu gak nak berehat..

yg x best tu, kalo ade kwn2 yg cucuk jarum.. yer la ramai kwn2 suami.. pangkat tokeh belaka., wife deme pun jenis berduit, so tak harap laki buat koje rumah sbb ade org gaji... huhuuu.. x adil kan kalo ikut kwn2 mcm ni...

p/s : ni memang sesi melepas perasaan.. uwaaaa... actually nak sambung lagi n3 mencari cinta ni.. x sempat nak menaip lagi..

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .