Sunday, December 20, 2009

Home » » Bersua kembali

Bersua kembali

Salam blog dan salam rindu buat semua kawan2 ibu...

Hampir 3 bulan ibu tidak bersiaran.. dan selama itu juga lah ibu memendam rindu pada semua kawan2 ibu dan juga blog kesayangan ibu ni. Alhamdulillah, laptop ibu pun dah berjaya dibaikpulih. Insya Allah, ibu akan kembali menulis dan bercerita seperti dulu.

Cuma untuk seminggu dua ini mungkin ibu masih belum dapat menziarah blog kawan2 ibu. Ada beberapa perkara yang perlu diuruskan selain perlu adjust semula jadual harian. Almaklumlah sejak hampir 3 bulan tidak bersiaran, ibu penuhkan masa dengan beberapa aktiviti lain. Jadi la ni harus lah berbagi masa dengan blog semula. Kemungkinan besar mungkin ibu tak kan punya masa untuk update blog setiap hari, tapi apa2 pun, ibu akan terus menulis dan menziarah blog kawan2 ibu.



Kalo ikut hati yang tengah dok melonjak suka ria ni memang nak sangat ziarah blog kawan2 ibu. Rindu sungguh nak tahu cerita dan perkembangan kalian. Terseksa juga bila 3 bulan ni tak dapat nak berhubung dengan kawan2 blog. Alhamdulillah, pada kawan2 ibu yang pernah bertanya khabar & sms ibu, ibu ucapkan terima kasih banyak2.


Untuk pengetahuan semua, ibu, en ayah dan anak2 semua sihat. Nanti, pelan2 ibu akan ceritakan perkembangan anak2.. sehari dua ni banyak yang perlu diuruskan, akaun gmail ibu pun 'penuh sangat'.. hampir 2000 email. Itu pun akan ambil masa untuk di'urus'kan.


Di kesempatan ini juga ibu nak ucapkan Selamat Menyambut tahun baru 1431H. Semoga dengan kedatangan 1431H ni memberi keceriaan dan kehidupan yang lebih baik untuk kita semua.








kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

33 kawan ibu yang hebat:

Anamarza said...

Selamat kembali berblog Kak Yong n salam Maal Hijrah

AiNeRzA said...

Selamat kembali ke tanah blog kak yong...hihihii :X

MyHasla said...

salam maal hijrah & welcome back to cyber world!

sya said...

selamat kembali kak yong.. :D

miela77 said...

wa...kakyong da kembali...selamat menjelajah...klu terjumpa yang tak patut jumpa tu..jgn marah iela eh.. ku hanya menjalankan tanggungjawabkuje..hehehehehehe

Ummu Mishkah said...

owh.. hilang rindu buat kak yong.. salam maal hijrah!

Unknown said...

salam kak yong...terus tgk kak yong update blog terus saya senyum..hehehe

NzA said...

salam kakyong..slmat kembali ke alam maya...

ummuammar said...

Welcome back Kak Yong! Miss u so much..

yatie chomeyl said...

kak yonggggggggggggggg....rindu giler dgn kak yong. welcome back....baby SN pun dah besar ni, mesti kak yong rindu kat baby SN kan? ;)

Pija Madzlan said...

kakyonggggggggggggggggggggggg..........adeih...panik2....kawan2 tolng daku!!!!!

Ummi Hanie said...

assalamualaikum

selamat kembali ye kakyong
salam maalhijrah juga jika masih x terlewat utk ucap

Diver Mom said...

selamat kembali ke dunia blogging kak yong! :)

Dayah @ Real Ummu said...

welcome back kyong...

kakfizah sitisifir..apsal kalut..adakah ini hasil projeknye tuu..??

ummiluqman@azma said...

salam kembali kak yong dan salam maal hijrah

Pija Madzlan said...

Kakyong dan yg lain,

Sila rujuk entry ni ek...

http://sitisifir10.blogspot.com/2009/12/kakyong-telah-kembali-bersiaran.html

*mcm masuk contest pulak anto link

Master Coordinator Shaklee, Pakar Vivix Shaklee ResV Softgel, COD SHAKLEE Seluruh Malaysia, Daftar Ahli Shaklee / Daftar Agen Bisnes Shaklee 019-3476996 said...

selamat kembali kakyong.....
hadiah tahun baru dari kakyong untuk kawan2 :)

zieha said...

hai kakyong..bersua kembali di alam maya..:)

Lily@MamaZaraZareef said...

kami pon rindu dgn cerita kak yong dan anak2...=D

♥cybermummy♥ said...

kak yong welcome back .
Rindu sangat dengan kak yong :D

Nadiah Sidek said...

rindunya kat kakyong..! welcome back! slmt berblog ye kakyong..tak sbr nk bc citer kakyong :)

Unknown said...

salam kak yong...selamat berbloging yer kak yong, jgn lupa 'berkebun' tu skali..ekekk!

Unknown said...

kawan2 ibu yg dirindui,
Terima kasih yg tidak terhingga..

kakyong baru subuh ni baca n3 di blog pija supernova.. dan ade kakyong tinggalkan sikit komen..

http://sitisifir10.blogspot.com/2009/12/kakyong-telah-kembali-bersiaran.html

subuh2 ni u all buat ibu kebanjiran airmata..

Salwa said...

kakyong..cepat wat entry baru ok :) dah tak sabar :)
btw toys tu dah out of stock...
huhuhuh

alinalan said...

Salam K.Yong,
selamat kembali.

Normaliza said...

Selamat kembali kak yong.. :)
Lama dah duk tunggu entry baru kak yong..hehe

♥MAMASYAZA♥ said...

wah...akhirnya kak yong berblog semula....selamat menyambut tahun baru hijrah

Fiza Rahman said...

Yeay...kak yong dah mula bersiaran (^_^), selamat kembali berblog kak yong.

Rozy said...

selamat kembali kak yong!!

iNa said...

welcome back kak yong..
miss u... :)

DNNA said...

Salam KY,

Selamat bersiaran kembali ye ...
:) :) :)

Nurul Izza said...

kakyong.assalamualaik..slmt kembali.rindu nk bc entry kakyong. ;))

Unknown said...

terima kasih semua... terima kasih kerana meRAIkan kepulangan kakyong ke dunia blogging..

pada yang belum sempat kakyong ziarahi, harap bersabar yer..

kali ni kakyong cuma akan post n3 4-5 n3 seminggu, xdelah setiap hari mcm dedulu.. dan kakyong akan cuba utk lebih kerap berkunjung ke blog kwn2 & mengenali kawan2 dgn lebih baik... ;)

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .