Monday, November 22, 2010

Home » » Pokok Anggur... hampir berputus asa untuk membesarkan kamu..

Pokok Anggur... hampir berputus asa untuk membesarkan kamu..

Salam bahagia,


Pokok Anggur ni.. benih nya ibu dapat dari Ayahnde Pengasas... boleh rujuk n3 ni >> haruan jadi anggur, sutera dan epal dan juga n3 update pokok anggur dan sutera

Awal tahun ni, pokok anggur ni macam dah mati (ada 2 pokok sahaja yang hidup.. huhuu)... sampai en ayah plan nak buang... huhuu.. ibu ni kan, punya tak reti nak jaga pokok2 ni... Tapi ibu dok tahan en ayah, jangan buang.. susah payah juga la ibu usaha tukor tanah.. tak lama lepas tu perasan dia bertunas... dan dia pun dah makin sihat..



ni pokok no1... tengok la anak2 'lemas'kan pokok tu... huhuu... daun2 habis depa cabut buat main2... actually  daun2 semua dah nampak rimbun.. Ibu dok merengek kat en ayah, supaya buatkan para dan letak jaring diatasnya supaya daunnya boleh memanjat.. Tapi sampai sudah en ayah tak buat2... 





dan ini lah nasib pokok anggur no1... dah kering tak bermaya... tapi ibu sayang nak buang, ibu biarkan jer... 


Pokok yang no2... gambar masa dia mula merimbun ibu jenuh cari.. tak jumpa pulak dalam folder... 




Ini lah nasib pokok anggur no 2... sudah mati kekeringan. berminggu ibu tak jengah, ibu biarkan jer.. siram pun tak.. dah la sebelum tu tanah dalam pasu tu jadi sarang semut... Nak tukar tanah, tapi en ayah asyik malas nak amik/cari tanah. btw, nampak tak sebelah tu, ade tunas baru yang makin membesar... erkkkk.... 





Ibu plan nak antor jer pokok ni ke rumah makbonda. Pokok ni actually macam dah beri peluang banyak kali kat ibu, sebab dah banyak kali dia layu, & bertunas semula.. tapi entah bila lah dia nak besor2 kalo tuan nya tak reti nak menjaga.


Dan sekarang ni, ibu memang dalam mode berputus asa nak besorkan pokok anggur ni.. dalam tempoh 1 minggu ni, ibu belum lagi bagi pokok @ tunas baru ni 'minum'.. ibu riso, kalo terlebih air, kang dia mati.. tunas tu naik pun lepas 1 bulan ibu tak buat apa2 kat pokok yang dah layu tu.. nak buang sayang. Alhamdulillah, ia bertunas semula.. 



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (22)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
dah seminggu tak siram tanaman kat tepi pagar
hari hujan :)
My recent post Bazar Buluh Kubu
1 reply · active 748 weeks ago
tehr,
tak siram tp ada hujan.. yg ni sampai kering kontang,,
rajin gak kak yong ekk bercucuk tanam..harap2 pokok anggur tu mekarlah balik yer
1 reply · active less than 1 minute ago
rynas,
give up juga nak menjaga .. lebih lagi bila tak tau cara2 yg betul...
ingatkan siram jer dah okay.. ni kena patah balik bertanya dengan orang yg expert..
wahh..rajinnyer kakyong tanam poko anggur.. takpe, lame2 tu mesti naik..

yg pasal ga has tu, kak yong dah jumpa link nak tengok list peserta? ada kat tab menu kat atas, kak yong tekan conway, nanti akan ada drop down menu ke list peserta..
My recent post Kenapa Saya Patut Menjadi Apo2 Yolah Next Top Icon
nak tanam pokok anggur memang memerlukan kesabaran dan tau teknik yang betul.
selalunya setiap lapisan ambil masa 4-5 minit. bergantung kepada kepanasan oven gak.
kakyong,
orang kata tahun pertama memang susah nak bela pokok anggur ni..
kalau betul gaya.. tahun2 seterusnya baru menjadi..
memang kena banyak sabar..
rajin kak yong layan pokok2 tu..sya mmg tk minat...bukan sket...tp byk...hehehe...
My recent post Selepas seharian dok office
nadiah tak reti la jaga pokok. kurang minat pun. hee~
My recent post Aidiladha ke-2 di Lincoln
kak yong yg rajin pon lom berjaya membesarkan pokok nih..klu sy lagilah cmner agaknye..dhlah mmg spesis 'tangan panas'..bela pokok kaktus yg paling senang jaga tu pon leh mati..huhu
yong..sayang pokok tu..jaga balik..bagi makan minum..sihat la nanti..kena bagi para..biar dia memanjat..
My recent post APAM SALJURESEPI DARI SINAR KEHIDUPANKU
kat Taman Cempaka ada cina tanam anggur..menjadi gak
My recent post Ulang Tahun Ke-125 Keluaran Pertama Setem Malaysia
pokok anggur memang susah nak idup..
kalau idup pun .. tak mo berbuah..
kalau berbuah.. ader2 jer tangan yg gatal..
kesimpulannya memang frust laa ..kalau tanam anggur..
My recent post You Are Sweet Blogger Like Candy
a'ahla kakyong.. pokok tu cam bagi peluang lg kat kakyong..

yan mmg tak reti jaga pokok... org kata tangan panas?? ke tangan sejuk eh...
klu tanam mesti mampoih pokok tu
My recent post Siapa ada anak lahir bulan November &amp December
wah...anggur kakyong?
bestnyee kalo berpeluang berbah..buleh Hanie mengendeng2 umah kkyong..hehe ;p
hmm kalo Hanie pun mesti fail jaga pokok anggur tu..yg biase2 ni pun nk mati..sikit2 buleh le
My recent post Tutorial - Letak iklan Adsense di bawah setiap entry
1 reply · active 748 weeks ago
alahai bestnya kalau dia tumbuh segar dan ada buah kan.. tak sabar nak tengok buah dia
Kakyong,
kalau cucuk atas tanah tu, mau subur tu.
Rasanya la. :)
huhu.. habis lemas yer.. cian pokok anggur tu
My recent post Diari Aidil Adha Tahun 2010
ada harapan lagik tuh kak!!
ada harapan lagik tuh kak!!
saya tak pandai jaga pokok... tukang tengok je la...

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .