Ini adalah tag 25 perkara yang diterima dari Anne, jadi suka-suki jer ibu convert kan untuk meluahkan beban dihati ibu ni…. 
1. Sebelum memulakan plan untuk bekerja di rumah, ibu sudah bersedia dengan 3 akaun bank yang sarat.. total melebih 30K.. bermakna ibu ade simpanan yang melangkaui jumlah lebih dari 1 tahun gaji ibu. Kalian mungkin ade simpanan lebih dari ni kan… tapi kalo ade pun, usah lah suka-suki berhenti kerja dulu.. plan betul2..
2. Beban hutang dengan bank yang ibu galas adalah hampir RM800 setiap bulan , ~ hutang loan rumah & loan ASB.
3. Maka setiap bulan, dengan suka-sukinya RM1k melayang.. tanpa was2 dan ragu2 lagi. Kenapa RM1k.. sebab ibu masih baik hati nak tolong en ayah.
4. Setelah 1 tahun berlalu dan sedikit pendapatan kecil dari membuat akaun, wang di akaun 1 telah menyusut dengan jayanya… 
5. Selepas 1 tahun, tak mampu nak sevis loan ASB, maka loan itu pun ibu tebus-balik.. lagipun dah cukup haul yang membolehkan ibu tebus-balik.. tak ingat dah syaratnya. Rugi jer amik loan ASB ni.. sape yang ade, elok2 lah ditebus.. rugi kira2 jer.. lebih baik kome disiplinkan diri simpan rm2-300 tiap2 bulan.. tu lebih banyak manafaat nyer dari berhutang & mengkayakan bank. 
6. Akaun 2 pulak ibu khaskan untuk membayar fee MIA membership.. Ibu ni masih lagi Ahli MIA & bertaraf Akauntan Bertauliah.. cuma bezanya, CPE (continuing profesional education) point ibu untuk tempoh 3 tahun kebelakangan ini adalah “telur ayam”
.. mana nak cekau duit untuk join seminar, konvensyen, kursus dsb.. btw, duit yang ade dalam akaun 2 ni cukup untuk servis fee for another 7-8 years.
7. Sangat sedih bila ade pihak kata ibu pentingkan diri sendiri, sebab tak mau keluorkan duit dari akaun 3.. dan sangat letih untuk memahamkan pihak tersebut betapa pentingnya akaun 3 itu untuk menjadi ‘payung’ buat ibu & anak2 di masa hadapan. Tolong lah faham. 
8. Sangat kesian dengan en ayah, kerana tiap bulan bergelut untuk membayar bil sana-sini.. sampai baju/seluor pun tak pernah berganti.
9. Sangat kesian juga dengan en ayah, kerana beban yang ditanggung seorang diri, sampai kereta pun dah senget-benget.. memang tak nampak harapan nak tukor kereta baru.
10. Sangat kasihan dengan anak2..
tiap kali teringin kat apa2 mainan, en ayah akan berkira-kira dengan bajet yang ada… dan janji hanya tinggal janji.
11. Sangat kesian dengan diri sendiri.. teringin nak jalan2 @ makan angin.. nak lepaskan kerunsingan hati dan melapangkan diri.. dan akhirnya end-up pujuk diri bawa anak2 main di taman kecil.
12. Tak mampu lagi nak beralasan dengan kawan-kawan,.. dan alasan yang sama harus dituturkan bila tiap kali mereka menjemput ke rumah (which mainly di Lembah Kelang) >>> keadaan ekonomi tidak mengizinkan. Walhal semasa bujang, ibu ni memang kaki jalan. yerlah sebab masa tu duit bukan masalah besar.
13. Ibu sebenarnya sangat suka berada di rumah dengan anak2.. lebih suka jika dapat membebaskan diri sepenuhnya dari memikirkan hal kewangan.. namun nampaknya ia hanya mimpi.. 
14.“ibu kalo tak kerja, memang macam ni lah selamanya”
sedih sungguh bila statement ini kerap ‘menampar diri’.
15. Ibu juga sangat suka bekerja dari rumah.. namun untuk mengharap pendapatan yang dapat menyara kehidupan untuk tempoh yang singkat ini.. sangat2 lah memerlukan pengorbanan & sokongan.. tapi sukar sungguh untuk mendapat sokongan.. 
16. Ibu malu bila tetamu datang ke rumah.. jamu air masak jer.. sebab masa tu teh pun dah habis, apatah lagi kordial.. ada kopi jer, & tetamu pulak tak minum kopi... ditambah lagi, roti biskut takde.. nak buat cucur, tepung tinggal sikit & minyak masak pun dah habis..
17. Pendapatan bisnes online…
hmmm sangat tidak menggalak.. boleh la untuk servis line telepon & streamyx.. Alhamdulillah, daripada xde langsung kan.. tapi untuk lebih dari itu.. untuk masa ni, memang “in my dream” la jawabnya.
18. Tak best.. t-shirt, blaus, slack ibu semua dah lusuh.. huhuu.. saya nak baju baru.. kasut baru.. bukan untuk bergaya, tapi cukuplah untuk saya rasa selesa di pandang orang.
19. hakikatnya, ibu merasa sangat rendah diri… walau dalam diri ibu selalu tanamkan rasa positif..
ibu pasti ade kawan2 blogger yang juga surirumah/WAHM yang punya rasa ini.
20. Kesian bila anak2 request nak makan ayam.. tapi depa kena lah jugak telan telur dan kicap.
21. Ibu tak de duit saku.. teringin nak makan buah pisang kaki @ persimon.. buah mahalkan, jadi permintaan selalu ajer diabaikan.
22. Tak syok bila pergi beli-belah.. sebab senarai barang selalu kena catu… huhuu.. teringin nak buat cheese cake.. baru pegang sebuku cheese dah kena pk, ade benda lain lebih penting… yer la sebab duit bukan ibu yang pegang kan.
23. Kami tiada skim Takaful untuk anak2.. yang ibu punya pun sudah habis dikeluarkan… huhuuu.. 
24. Ibu nak beli mesin jahit yang lebih besor & serbaguna.. kalo tak koje.. mana nak datang duit.
25. Yang pastinya ibu pikirkan masa depan.. keperluan anak2 bila sudah masuk sekolah nanti.. la ni tiada simpanan walau RM50 pun untuk sebulan.
26. IBu ingin punya semangat waja macam dulu.. rasa yakin dalam tindakan dan pertuturan… rasa diri bermaruah, rasa mampu berdikari tanpa mengharap & merayu ehsan orang lain…
owhh.. dah lebih dari 25 rupanya… ni lah kalo dah menaip tak reti nak fullstop… (anak2 masih tidur, menaip pagi ini sangat lancar)
Buat semua, tolong doakan semoga ibu dapat bekerja semula.. bukan untuk hidup bermewah2.. tapi sekadarnya dapat membesarkan anak2 dalam suasana yang selesa dan menyiapkan sedikit simpanan untuk masa depan, termasuk juga menyiapkan Takaful untuk anak2.
p/s
sebenarnya opah & atok santan lebih & sangat riso dengan kehidupan kami anak beranak.. deme riso sangat kalo kami tak makan. Riso sangat bila en ayah bercuti panjang dan tak dapat niaga bila x dapat bekalan kelapa.. Kelapa susah nak dapat sekarang ni.. kelapa Indon mahal, pastu cepat busuk…
Ibu redho walau hidup kami kini ibarat kais pagi makan pagi.. (kena pk, ramai lagi orang kat luor sana yang susah dari kami..kurang2 kami ni ade rumah sendiri untuk berteduh).. cuma ibu tak leh nak berdiam diri, mengharapkan keajaiban..
Ibu tak kesah walau ade yang kata ibu sibuk benor nak cari duit kat blog (header, watermark lah, ruang iklan lah.. macam tak cukup makan).. ibu bukannya minta duit free tau.. I give my service..


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!
Chef Noor · 748 weeks ago
Bib...u wait...i will help u my dearest friend!! but the decision is in your hand...it is time to change!
Aku nak Habibah yg aku kenal dulu...Bersemangat,dedikasi dan bermaruah...
Ina Hashim · 748 weeks ago
sementara nak dpt keje baru tu...cuba2 le buat kuih jual ke,nasi lemak ke...g tumpang letak kat mana2 gerai...ataupun amik upah menjahit yang mudah2 ke since Bib reti menjahit
yan · 748 weeks ago
kdg2 yan cuba nak simpan 30-50 sebulan
tp ujung2 mesti guna... tuk bil la ape la..
My recent post Siapa ada anak lahir bulan November & December
sadiyanasadikin · 748 weeks ago
aten10 · 748 weeks ago
semoga Allah murahkan rezeki kakyong...
My recent post METER
kiki · 748 weeks ago
:) )
My recent post larian kedatangan
mama zharfan · 748 weeks ago
My recent post Alhamdulillahrezeki November lagime won MOBS GA4
has · 748 weeks ago
My recent post Kenapa Saya Patut Menjadi Apo2 Yolah Next Top Icon
Mohkembara · 748 weeks ago
My recent post INTERVIEW WITH AN EX-MUJAHIDDEEN Part 3
ummumishkah · 748 weeks ago
Ummi Hanie 98p · 748 weeks ago
kami ni pun sbenarnya takde simpanan , xmampu lg nk mnyimpan sbb byk komitmen . fokus skrg langsaikn utang piutang then baru boleh mula menyimpan,kira kkyong lg kaya dr kami tau..hehe ;)
and..harapkan simpanan KWSP,itu pun bukan buleh pakai skrg,,,utk kemudian hari insyaAllah lah...
My recent post Tutorial - Letak iklan Adsense di bawah setiap entry
ieda · 748 weeks ago
kita ni biasalah..sekejap atas sekejap bawah.saya pun sekarang ni mcm hala ke bawah sikit..letih jugak..tgk kerja mcm bagus tp in real life struggling jugak.
My recent post BUKAN IMAM MUDA
hezesuze · 748 weeks ago
MamaYatie · 748 weeks ago
apa pun saya doakan Semoga Allah mempermudahkan segala usaha kak yong, kalo bukan dengan bekerja makan gaji pun mungkin rezeki dari sudut lain..Insyaallah ...amin
" Kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita minta hari ni sbb Dia telah merancang sst yg lebih baik utk kita di kemudian hari. Sesungguhnya dia lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hamba-hambaNya"
My recent post Jom Kenal Follower Ke-100 Duniaku Di Sini
D_08 57p · 748 weeks ago
alaaahhhhhaaaaiiiii....dalam gelak2 tu......
tak sangke KakYong suffer tetiap bulan.....
beghat mate memandang....beghat lagi bahu yang memikuiii
sabo le kakyong......
Insyallah ade ghzeki ade le keghoje nanti...
My recent post 30 November 2010
Norhayati berahim · 748 weeks ago
My recent post KASUT
Nadiah Sidek · 748 weeks ago
My recent post Aidiladha ke-2 di Lincoln
lynn · 748 weeks ago
sbg akauntan bertauliah,saya yakin i/allah ada jalan rezeki utk akak & family..sama aje situasi kita kak..bezanya saya bekeja & akak tak bekerja..sama2 struggle for life..nak settlekan hutang piutang..nak hidup sedikit senang bukan bermewah2..apapun smg niat akak allah permudahkan !
My recent post aku yg paranoid ke
chekna · 748 weeks ago
My recent post hijrah
masayu · 748 weeks ago
Semoga kak yong tabah dalam apa juga keadaan, tidak ada masalah untuk kembali bekerja semula, itu juga pengorbanan. Bermula semula untuk meningkatkan ekonomi keluarga. Ramai yang berada dalam keadaan ini.
My recent post Berdikit-dikit
kinakOyu · 748 weeks ago
My recent post - GiveAway viWy-gurLisH -
nieaz · 748 weeks ago
elly&emmy · 748 weeks ago
My recent post You Are Sweet Blogger Like Candy
rynas · 748 weeks ago
My recent post besarnya buku