Sunday, November 28, 2010

Home » , » Kek saya mendap

Kek saya mendap

Salam ceria hari minggu,

hari ni, kami sekeluarga tiada di rumah.. kami ke Lenggong kerana majlis perkahwinan 2 puteri. Jadi ini adalah n3 autopublish.. sekiranya sehingga ke malam, ibu masih tidak menjawab apa2 komen @ berkunjung ke blog kalian, bermakna kami memang lewat sampai ke rumah. Winking smile

Hari Jumaat, 26 Nov 2010.. dengan bahan yang limited.. (sian sebenornya anak2 xde kudap2). Ibu pun kumpul2 apa yang ada.. dan mulalah projek membuat kek, sambil anis & aliya dok usik sana sini. Depa lagi xcited nak buat kek… adehhh… terlepas gak suara ibu.. “aiipppp, jangan pegang ni… tengok jer” “ tak boleh main ni, ni ibu nak buat kek…. eehhhh”

susu pekat takde stok.. susu segar lagi lah dah lama en ayah tak beli… so ade yang ini jer…

IMG_9151

konon2 nak buat kek coklat lagi… tapi serbuk koko tak ade.. maka guna la stok milo yang hanya tinggal sikit.. 2 sudu jer…


IMG_9152
ni 20 minit sebelum cukup jam.. elok jer naiknya…

IMG_9153
hangus juga walaupun dah adjust tray... ni selepas dah sejuk sket… 15 minit juga dia bertapa dalam oven sebelum ibu keluorkan.. nampak tak kek ni mendap… uwaaa… Thinking smile

IMG_9154
bukan setakat dia mendap… bahkan menguncup.. Smile with tongue out  nampak tak kat tepi loyang tu renggang… apsal yer kek jadi kuncup camni? apa masalah yang tak kena ni….

IMG_9156
ibu cuba2 buat topping.. tapi tak begitu pekat… hehehhe… kena belajar lagi, buat bagi betul… nampak tak kek tu nampak cam bengkang jer… huhuuu…  Hot smile texture yang tak menarik… ni mungkin kesan daripada mendapan yang berlaku… Open-mouthed smile gamaknya susu sejat tak sesuai kot utk buat kek....??? 

yang terer buat kek... nadiah ke.. sila beri ulasan untuk improvement..


Walaupun kek ni mendap.. tapi anak2 layan tak hengat… segan juga nak balas piring jiran.. kebetulan maks & maktam datang rumah.. maka depa lah jadi tukang rasa & tukang perabis..

as usual, en ayah takde nyer nak puji ke apa… dok tanya  “apa nama kek ni?”

Ibu jawab “ kek tak cukup bahan yang mendap ”… Smile with tongue out dah sah2 awak tak gheti buat kek, nak salahkan bahan pulak… ekekkekkeeekk… Winking smile




kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (33)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
kakyong... walaupun kek mendap tapi ada juga makanan nak isi utk perut anak2 kan?...
My recent post CUCI MATA @ TAMAN TASIK KULIM
apasal tak bagi nama kek tanah jerlus bila en ayah tanya, kakyong?

itulah pengalaman
tiada di mana2 dalam dunia ni selain dalam diri kita sendiri
My recent post Blog Pilihan Malaysia – Azman Roslan
1 reply · active 747 weeks ago
salam kakyong,

kek mendap sikit je tu. okay lg. hangus di atas dan naik-mendap: kek tu dimasukkan ke oven dgn suhu tinggi. dia naik cepat, than dia akan kuncup semula. nampak kek tu menjauh dr loyang, tandanya kek dah masak. masak benor :) selagi kek tu moist, ok la. kalau berderai yg tak sedap. salah satu sebab kek mendap ialah pintu oven dibuka terlalu awal masa baking. allows for 30 minutes after putting the pan in the oven before checking up.

next time kalau jd lg turunkan suhu oven 10-15 darjah celcius, tukar jd api bawah je utk 10 minit atau tutup loyang ngan aluminium foil, jauhkan loyang dari belakang oven dan ikut resepi betul2. hehehe!

kek milo..sodapnye..
My recent post CONTOH KNIT FABRIC UNTUK FITTED DIAPER
1 reply · active 747 weeks ago
salam kakyong...xkisah la ape ibu buat...asal air tangan ibu mesti sedap kan?kan?...az pon da lama xwat kek...mentang2la mak sendiri ade kedai kek...rase nk makan amik yg diorg buat jer hik
My recent post citer bibik
nadiah bukan la pandai sgt buat kek kakyong. pernah juga buat kek mendap..hihi. antara sbb kek mendap:
1. over mix
2. telur tak berada pd suhu bilik (guna telur yg baru keluar dr peti ais la maksudnya)
3. suhu oven tak betul atau oven belum betul2 panas

setakat tu la yg nadiah ingat. kalau buat kek yg guna susu..pakai fresh milk. so far nadiah tak pernah jumpa lagi kek guna sisu cair/susu pekat
My recent post Rumah dah dipanaskanyay!
Salam KakYong, dari pemerhatian ni KakYong sorang yg kreatif dan buleh survive di mana2 dlm apa jua keadaan, tulah cara nak idup. Gunakan bahan yg ada. Buleh tu, jadi gak kek. Kalau dia mendap mungkin sbb guna susu pekat atau tak cukup telur ke? Akak pun tak pandai pasal buat kek ni.
My recent post Caiyok Sabah!
sedap3... :p
lenggong.. hahahaha..
tempat lahir mak sya..
waaa.. akk orang sana eh?
2 replies · active 747 weeks ago
dah lama sgt shira tak wat kek... tp ni first time tgk kek yg mendap tau... shira terkadang wat, kek terlalu mengembang dan pecah, tu sbb terlebih pukul... yg kes kakyong ni tak pasti la plak...
1 reply · active 747 weeks ago
banyak sbb Kyong utk kek mendap. Yg Nur tahu, mugkin sbb telur yg diguna diambil dr peti (kena guna telur yg disimpan diluar), terlebih pukul, masa gaul tak gaul satu arah dan mcm2 lg. BUkanlah NUr expert tapi ni pun dr pengalaman masa rajin buat kek di NZ dulu.
My recent post Stop Child Abuse before more and more children suffer
1 reply · active 747 weeks ago
salam kak yong .
kadang2 sebab terkena air pun kek blh jadi mendap,walau pun sedikit . atau telur lama atau sejuk . cara putar pun mempengaruhi.kena putar mengikut lawan jam lh baik,jgn alih arah..sebab ia akan mempengaruhi juga.selamat mencuba kak yong .
1 reply · active less than 1 minute ago
waa....sedapnya kek..dh lama tk masak kek....suka buat kek coklat basah....lapar lak mlm ni...he3...
1 reply · active less than 1 minute ago
huhu sy tgk ni bukan terasa nk komen, tp terasa nk mamam :P
My recent post Tolong Vote Ahmadi -
1 reply · active less than 1 minute ago
kak yong,
saya kalau suruh buat kek memang sy serender lah! Lebih rela buat pizza utk kudap-kudapan anak2 he he he
My recent post Hospital Bag untuk Bersalin
1 reply · active less than 1 minute ago
salam yong..biasanya akak kalau buat kek mendap tu..tak cukup tepung..duliu2 zaman akak muda2 remaj baru2 nak belajar buat kek tu..
lepas tu akak tau dah..insyaallah..tak terjadi lagi mendap2 ni.
My recent post KERBAUOHKERBAU
1 reply · active less than 1 minute ago
masak pun kita tak reti, apatah lagi nak buat kek. kalo kakYong bagi kek ni kat kita pun, gerenti habis kita mkn ;)
My recent post “GA Teka &amp Menang Ibu3A”
1 reply · active less than 1 minute ago
me memang tak pandai buat kek hehe so tak leh nak komen
My recent post sneek peek - snow belakang umah kami@Notts
1 reply · active less than 1 minute ago
pernah jadi juga.. derhaka tak kena tempat lah ni..
:D
1 reply · active 747 weeks ago
kakyong...izan pun pernah buat kek jadi camtu. mendap. maybe sbb masa tu izan buat kek, bahan2 tak ikut sukatan kot.
My recent post Sarapan Apa Hari Ni
1 reply · active less than 1 minute ago

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .