Tuesday, November 30, 2010

Home » , » Lempeng colek sambal ikan bilis + resepi karipap gergasi

Lempeng colek sambal ikan bilis + resepi karipap gergasi

Salam bahagia dan salam ceria,

Pepagi ni, jom makan lempeng colek dengan sambal tumis ikan bilis.. Lempeng ni memang tepung dan air semata2… memang tawor-heber la rasanya kalo makan camtu jer.. bila dah colek dengan sambal tumis ikan bilis, baru le datang nikmatnya.. nak2 kalo lempeng masih panas-panas. Thumbs up


IMG_9109


Piring ni memang antik.. kepunyaan arwah onyang Jenab (nenek pada makbonda).. tiap kali tengok piring ni mesti teringat pada arwah.. Zaman sebelum sekolah ibu dan adik (yg no2, suaminya miela) dok dengan arwah onyang. Apa yang onyang tak pernah masak untuk kami 2 beradik makan.. ubikayu bakor dalam api… lempeng, cucur kelapa, kerepek pisang kudapan harian kami, & ntah apa lagi lah… hari2 kami dok jatuhkan timba dalam perigi., jenuh onyang berleter, tapi kami tetap juga jatuhkan timba dalam perigi.. last2 dapat timba dari upih pinang sorang satu.. tu pun jatuh juga.. kome ade pengalaman macam ni… tetiba hati merasa rindu pada zaman tu… Confused smile

Since semalam dah buat tayangan perdana karipap gergasi, hari ni ibu kongsikan resepinya.. sangat2 mudah dan simple.. kalo kakyong, koleksi resepi memang semua yg mudah & simple. cepat di masak, sedap dimakan & tak lama2 kat dapur…



Bahan-bahan :
Untuk kulit
tepung, air, garam & marjerin/minyak masak
Buat macam nak buat kulit karipap le.. semua reti kan.. sukatan ikut suka, tapi 1 cawan tepung buleh dapat 3-4 biji karipap gergasi (bergantung pada saiz karipap yang dicanai)

bahan untuk inti ~ ini terpulang pada kreativiti masing, sendiri nak makan sedap kan..
telur (1 biji karipap = 1 biji telur)
bawang – didadukan @ ricih halus (ikut suka, tiada cara potong yang salah)
cili hidup/cili api..
lada sulah
daun celery/sup sebagai penambah bau… baru lagi berselera..
option sayuran lain – Carot diricih halus/kucai (semua ni baik untuk ibu menyusu)

Cara buat :

1. Canaikan kulit karipap.. canaikan sebesar pinggan makan, diameter lebih kurang 7-8 inci.. bukan le besor sangat..

2. pastu letakkan kulit yang dah dicanai bulat dalam mangkuk.. mangkuk yg kecik sket la dari saiz pinggan tadi, tujuan supaya bahan2 inti tak melimpah keluor & senang nak dikelim

3. pastu masukkan inti dalam (step 2) :  pecahkan telur 1 biji, tabur bawang, tabur cili, taburkan lada sulah dan daun celery, kalo nak tambah sayur lain (cth hirisan carot pun buleh).. pastu temukan bahagian tepi kulit untuk di kelim.. kelim bagi comel2 yer…  Hot smile kelim ni kena elok2, jangan terburai, nanti kalo terkeluor telur tu leh meletup… opppsss..

*nota 1 : jika tak suka telur tu sebiji cam tu.. leh campur kan bahan2 dalam bekas lain, kocak sikit macam nak buat telur dadar tu.. pastu masukkan dalam step 2.

*nota 2 : untuk inti ibu memang tak letak garam.. sengaja biarkan rasa natural.. sebab nanti nak colek dengan sos.. lagipun kalo letak garam dalam telur ni, dia suka berkumpul setempat, buleh hilang selera bila tergigit bahagian bergaram tu… Smile with tongue out

4. Ulang step 1-3.. buat sampai habis tepung @ ikut bajet le nak buat berapa biji..

5. Panaskan kuali (deep fried) dan goreng sampai kuning keemasan.. ikut suka la.. jangan hangus udah ler…  Untuk yang menjaga kesihatan dan nak kurangkan minyak.. buleh juga di bakar dalam oven, tapi tak pasti berapa lama & suhu berapa, sebab tak pernah cuba. Open-mouthed smile

6. Bila sudah masak, masukkan dalam pinggan comel2.. potong kan dia comel2.. hias ikut suka lah yer.. boleh makan dengan segala jenis sos pilihan tersendiri… makan dengan thousand island pun best… cili sos thai pun best jugak…

Sekian, resepi mudah dan senang dibuat. Selamat mencuba..

p/s
Masa zaman sekolah dulu, makbonda selalu buat.. buat bekal g sekolah.. penuh la 1 tipuware.. kenyang makan.. kadang2 mak buat untuk bekal balik asrama (Melaka).. selalunya habis dalam bas jer.. jauh ooo dari Ipoh ke Melaka... 8 jam.. dulu la, sekarang ni lagi cepat kot..








kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .