Salam bahagia,
Kes ibu ni adalah kes yang sudah ada domain berbayar (
http://www.kakyong.com) dan ingin berpindah ke hosting berbayar (baca :
ditaja).. tahun depan kalo nak sambung baru bayar.
Sebelum ini, dari tempoh May 2010 hingga Feb 2011, ibu menggunakan domain berbayar di hosting percuma (blogger @ blogspot)
Ini langkah2 yang telah ibu ambil :
1. Import post/n3 di blogspot ke wordpress.
Kalo belum ade akaun wordpress, sila la buka akaun wordpress dengan mendaftar di
Wordpress.com dan Create 1 blog baru wordpress dan mulakan operasi mengimport blog.
Jika kome menggunakan kotak komen default blogspot, maka semua komen juga akan diimport.
bagus kan.. rugi lah pada yang guna kotak komen selain blogspot.. macam ibu ni la..
kaedah untuk import post+komen di blogspot ke wordpress, buleh rujuk sini
Ibu malas nak buat tutorial.. dok cari2 kat google, terjumpa la n3 tu, memang sebijik sama jer dengan cara yang ibu guna.
note :
actually pihak fivio.com ada sediakan support @ membantu untuk memindahkan akaun blogspot ke WP dan set up ke self-hosting @ rumah baru.
Untuk kes ibu, ibu request pihak fivio.com transfer data dari data yang back-up di wordpress percuma (wordpress.com) ke hosting.
2. Kekalkan akaun di blogspot
Tukor url blog ke url blogspot lama.. maksudnya kembali ke url asal blogspot… ini jika kome nak menten blog yang diblogspot. Macam ibu ni lah..
ibu menten sebab ibu sayang.. ekekkeke…
jadi blog baru akan start fresh..
Maaf sebab ibu lupa nak printscreen semasa membuat pertukaran url… huhuuu.. rugi..
camno la leh terlupa..
caranya mudah ajer. : dashboard > Setting > Publishing
~ masukkan url blog lama & follow ajer arahannya
untuk menten blog lama @ url asal supaya boleh beroperasi seperti biasa.. jangan lupa edit link url di Nuffnang juga, kalo tidak akan keluor message error kat paparan iklan & statistik pengunjung pun tak dapat dikesan.
Feed blog ??!! Jangan riso, blogger akan auto direct ke link asal. Jadi kawan2 blog tak perlu nak add semula dalam bloglist.
3. Tunggu arahan selanjutnya dari pembekal (dalam kes ibu penaja hosting
fivio.com – untuk 1 tahun jer).
Beberapa perkara dia akan request seperti :
- username & password di Cpanel domain (tempat asal kita beli domain), ibu beli domain NetKL.
- request akses ke akaun wordpress.com (yang percuma tu), untuk transfer data ke hosting
note : proses pemindahan domain ke hosting memakan masa antara
4 hingga 48 jam. huhuuu…
mujur la dah tukor semula ke url lama.. kalo tak, mau la gigit jari x dapat berblog… ekekkeke…
INi beberapa Term yang patut diketahui oleh semua yang berblog.
1. domain
domain ni ade 2 jenis.
domain berbayar ni ade macam2 extention contohnya: .com, .net, .my, .org, .biz, .info, .us, .eu, .name, .tv dsb mengikut kegunaan @ tujuan.
domain berbayar ni kome boleh nak menumpang di hosting percuma contohnya di blogger.com. Blogger.com adalah penyedia domain & hosting percuma. Jadi, dah ade domain sendiri, masih boleh guna hosting percuma.
Ade beza tak dengan domain percuma? Perbezaan adalah dari segi nama yang lebih personalized @ hak milik sendiri, unik, lebih pendek dan mudah diingati.
DAri segi operasi blog, domain yang menumpang di hosting percuma, sama sahaja macam domain percuma.
Dalam bahasa yang mudah, domain adalah ‘nama’ = url link blog = alamat blog
|
sumber foto dari pakcik google |
2. Hosting
Hosting adalah tempat/ruang menyimpan data (gambar, fail, teks dan kandungan blog/laman sesawang).. kalo ade domain ajer (tak kiralah berbayar @ percuma), jika tiada hosting.. tiadalah maknanya. Sebab itu jika sudah beli domain, perlu cari hosting untuk menguruskan data simpanan. Tanpa hosting, blog @ website tidak boleh dilayari.
Hosting juga ade 2 jenis
Hosting percuma – seperti blogger.com, wordpress.com. yang mana kita dapat ‘tapak’ percuma untuk menyimpan data & data kita tu disimpan di tempat ‘awam’ dengan simpanan storage yang terhad.. mungkin bila2 masa boleh di’remove’, ter’delete’ oleh pihak hosting
Hosting berbayar – beza hosting berbayar dengan yang percuma adalah >> ia umpama hardisk milik sendiri dengan ruang simpanan yang lebih luas. Bergantung pada pakej hosting yang dipilih yer.. jika mahu ruang yang lebih maka kena la bayar lebih.
|
printscreen dari fivio.com |
Dalam bahasa mudahnya , Hosting = rumah
Untuk lebih faham & susunan bahasa yang lebih kemas dan rapi boleh baca di sini
sekian penerangan ringkas..
semalam hampir seharian ‘mencari’ info lanjut tentang hosting.. dan mulai 11 pagi tadi pihak fivio.com dah mulakan operasi migration ke ‘rumah baru’, jadi selepas ni
http://www.kakyong.com akan beroperasi di rumah baru dengan tapak baru (wordpress)… banyak yang ibu kena catch up lepas ni..
Tak salah mengambil peluang ini.. sekurang2nya ada pengalaman berhosting sendiri.
pasti lebih banyak yang boleh ibu pelajari lepas ni…. jangan riso, ibu akan cuba kongsikan setakat yang ibu faham.
Sehingga petang ni, sudah hampir 6 petang, masih belum ade news dari pihak fivio.com. Jika ikut kan, sebaik proses nya selesai, ibu dah boleh mula menggodek2 dan berblog di rumah baru. Insya Allah, jika ade masalah.. sudah ade beberapa kawan blogger yang boleh di rujuk >>
Syamila,
Ummi Hanie &
CikSembang.
p/s
Jika tidak faham kenapa n3 ini ditulis, sila rujuk n3
salam kasih sayang,
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!