Tuesday, February 15, 2011

Home » , » Majlis bertunang dah macam majlis kenduri kahwin

Majlis bertunang dah macam majlis kenduri kahwin

Salam bahagia,






Nampak tak budak kecik si Aliya tengah dok kat pelamin ni... ni bukan pelamin orang kahwin kome... tapi pelamin orang bertunang... orang dedulu bertunang diam-diam jer.. majlis pun kecik2 jer.. jemput adik-beradik jer.. takat majlis sarung cincin jer.. yang meriah pun dengan hantaran jer. Almaklumlah belah Perak ni (tempat ibu le.. Perak ni luas, setengah tempat lain caranya) selalunya hantaran bertunang adalah segala macam kuih tradisional dan manisan. Tapi sekarang ni dah ade pakej untuk hantaran bertunang, segala cup-cake, coklat home-made, dan kuih2 modern yang berhias serba-makneka ada, tinggal hulur duit jer. 




ini masa majlis anak WakNah & Wak Im.. meriah majlisnya, Wak Im sendiri yang jadi pengacara majlis... hantaran serba biru ni dari pihak lelaki. 






Ini pula masa majlis bertunang Yanty (adik MakNgah Miela).. dah selamat pun bergelar isteri pada hari jumaat yang lepas.. ibu suka pelamin ringkas macam ni... 




Tengok hantaran ni, kuih2 semua tradisional belaka.. kuih bahulu, wajik yang gubah jadi jambangan bunga, pulut kuning, rendang ayam, kuih bakar, sebakul buah-buahan tu memang wajib dan & pelengkapnya 1 jug (bekas) air sirap. Teliti kan orang dedulu, kalo dah bawa semua makanan, kena la siapkan airnya juga, kalo idok mau makan tercekik takade ayor.... 

dalam gambor ni tak nampak pulak jug air sirap tu.. ni kalo yang nak mengantor jauh2, jug air sirap tu bior letok dalam bekas yang bertutup, idok le tumpoh... cam kami dulu, masa nak masuk kereta buh dalam botol, dah sampai rumah pengantin baru le isi dalam jag kaca... gitu le lebih kurang adat belah sini.



Sekarang ni majlis bertunang pun orang siap buat kad & gambor2 semua dah siap buat photobook.. tapi kan, hal bertunang ni memang tak elok disebor-luaskan.. jika ikut syariatnya pertunangan harus lah dirahsiakan kecuali untuk sebab2 tertentu.. tapi macam sekarang ni siap tayang segala hantaran di FB.. dan sila percaya, dah terjadi beberapa kes pertunangan terputus di tengah jalan, gara2 FB... 


Harapan kita kalo buleh, bior le berakhir hingga ke jinjang pelamin. 




NI sajer jer selit gambor Ally Iskandar bertunang... (motifnya : sebab semua nya tema merah.. nak ler tumpang keglameran Ally jap) rasanya lebih manis kalo si dara tunangan Ally ni kekal bertudung semasa majlis ni. 



salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .