Friday, February 25, 2011

Home » , » Langkah memindahkan domain berbayar ke hosting berbayar

Langkah memindahkan domain berbayar ke hosting berbayar

Salam bahagia,


Kes ibu ni adalah kes yang sudah ada domain berbayar (http://www.kakyong.com) dan ingin berpindah ke hosting berbayar (baca : ditaja).. tahun depan kalo nak sambung baru bayar. Winking smile   Sebelum ini, dari tempoh May 2010 hingga Feb 2011, ibu menggunakan domain berbayar di hosting percuma (blogger @ blogspot)

Ini langkah2 yang telah ibu ambil :

1. Import post/n3 di blogspot ke wordpress.

Kalo belum ade akaun wordpress, sila la buka akaun wordpress dengan mendaftar di Wordpress.com dan Create 1 blog baru wordpress dan mulakan operasi mengimport blog.

Jika kome menggunakan kotak komen default blogspot, maka semua komen juga akan diimport. Winking smile  bagus kan.. rugi lah pada yang guna kotak komen selain blogspot.. macam ibu ni la.. Smile with tongue out 

kaedah untuk import post+komen di blogspot ke wordpress, buleh rujuk sini


Ibu malas nak buat tutorial.. dok cari2 kat google, terjumpa la n3 tu, memang sebijik sama jer dengan cara yang ibu guna.

note :

actually pihak fivio.com ada sediakan support @ membantu untuk memindahkan akaun blogspot ke WP dan set up ke self-hosting @ rumah baru.

Untuk kes ibu, ibu request pihak fivio.com transfer data dari data yang back-up di wordpress percuma (wordpress.com) ke hosting.


2. Kekalkan akaun di blogspot

Tukor url blog ke url blogspot lama.. maksudnya kembali ke url asal blogspot… ini jika kome nak menten blog yang diblogspot. Macam ibu ni lah.. ibu menten sebab ibu sayang.. ekekkekeOpen-mouthed smile jadi blog baru akan start fresh.. Winking smile

Maaf sebab ibu lupa nak printscreen semasa membuat pertukaran url… huhuuu.. rugi.. Sad smile  camno la leh terlupa..

caranya mudah ajer. : dashboard > Setting > Publishing
~ masukkan url blog lama & follow ajer arahannya

untuk menten blog lama @ url asal supaya boleh beroperasi seperti biasa.. jangan lupa edit link url di Nuffnang juga, kalo tidak akan keluor message error kat paparan iklan & statistik pengunjung pun tak dapat dikesan.

Feed blog ??!! Jangan riso, blogger akan auto direct ke link asal. Jadi kawan2 blog tak perlu nak add semula dalam bloglist. Winking smile Thumbs up


3. Tunggu arahan selanjutnya dari pembekal (dalam kes ibu penaja hosting fivio.com – untuk 1 tahun jer). 

Beberapa perkara dia akan request seperti :


  • username & password di Cpanel domain (tempat asal kita beli domain), ibu beli domain NetKL.
  • request akses ke akaun wordpress.com (yang percuma tu), untuk transfer data ke hosting




note : proses pemindahan domain ke hosting memakan masa antara 4 hingga 48 jam. huhuuu… mujur la dah tukor semula ke url lama.. kalo tak, mau la gigit jari x dapat berblog… ekekkekeOpen-mouthed smile


INi beberapa Term yang patut diketahui oleh semua yang berblog.


1. domain

domain ni ade 2 jenis.
  • domain percuma seperti blogger.com @ blogspot
  • domain berbayar ~ ini kena beli okay.. beli pada pembekal domain seperti NetKL, Malaysian Webhosting, dsb

domain berbayar ni ade macam2 extention contohnya:  .com, .net, .my, .org, .biz, .info, .us, .eu, .name, .tv dsb mengikut kegunaan @ tujuan.




domain berbayar ni kome boleh nak menumpang di hosting percuma contohnya di blogger.com. Blogger.com adalah penyedia domain & hosting percuma. Jadi, dah ade domain sendiri, masih boleh guna hosting percuma.

Ade beza tak dengan domain percuma? Perbezaan adalah dari segi nama yang lebih personalized @ hak milik sendiri, unik, lebih pendek dan mudah diingati.

DAri segi operasi blog, domain yang menumpang di hosting percuma, sama sahaja macam domain percuma.
Dalam bahasa yang mudah, domain adalah ‘nama’ = url link blog = alamat blog



sumber foto dari pakcik google


2. Hosting

Hosting adalah tempat/ruang menyimpan data (gambar, fail, teks  dan kandungan blog/laman sesawang).. kalo ade domain ajer (tak kiralah berbayar @ percuma), jika tiada hosting.. tiadalah maknanya. Sebab itu jika sudah beli domain, perlu cari hosting untuk menguruskan data simpanan. Tanpa hosting, blog @ website tidak boleh dilayari.

Hosting juga ade 2 jenis

Hosting percuma – seperti blogger.com, wordpress.com. yang mana kita dapat ‘tapak’ percuma untuk menyimpan data & data kita tu disimpan di tempat ‘awam’ dengan simpanan storage yang terhad.. mungkin bila2 masa boleh di’remove’, ter’delete’ oleh pihak hosting

Hosting berbayar –  beza hosting berbayar dengan yang percuma adalah >> ia umpama hardisk milik sendiri dengan ruang simpanan yang lebih luas. Bergantung pada pakej hosting yang dipilih yer.. jika mahu ruang yang lebih maka kena la bayar lebih.


printscreen dari fivio.com

Dalam bahasa mudahnya , Hosting = rumah



Untuk lebih faham & susunan bahasa yang lebih kemas dan rapi boleh baca di sini

sekian penerangan ringkas..

semalam hampir seharian ‘mencari’ info lanjut tentang hosting.. dan mulai 11 pagi tadi pihak fivio.com dah mulakan operasi migration ke ‘rumah baru’, jadi selepas ni http://www.kakyong.com akan beroperasi di rumah baru dengan tapak baru (wordpress)… banyak yang ibu kena catch up lepas ni..

Tak salah mengambil peluang ini.. sekurang2nya ada pengalaman berhosting sendiri. Winking smile pasti lebih banyak yang boleh ibu pelajari lepas ni…. jangan riso, ibu akan cuba kongsikan setakat yang ibu faham.


Sehingga petang ni, sudah hampir 6 petang, masih belum ade news dari pihak fivio.com. Jika ikut kan, sebaik proses nya selesai, ibu dah boleh mula menggodek2 dan berblog di rumah baru. Insya Allah, jika ade masalah.. sudah ade beberapa kawan blogger yang boleh di rujuk >> Syamila, Ummi Hanie & CikSembang.


p/s
Jika tidak faham kenapa n3 ini ditulis, sila rujuk n3


Peluang berhosting bakal jadi kenyataan : Untung nya join contest Yanmieonline










salam kasih sayang,
.



kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (20)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
dasyat lah kakyong dah makin maju
My recent post Hadiah GA dan Contest
1 reply · active 734 weeks ago
Ana,
maju setapak jer... ;)
Bunyinya menarik, tapi tak mampu lagi la,...
1 reply · active 734 weeks ago
Ana mesti buleh punya... pandai godek sana sini...
hmm..tak sabar lak nak tunggu rumah baru kak yong...

sya biasa setup akaun wp ni ambik masa dalam 1/2 jam sekali ngn import semua post dn komen dari blogspot..pengalaman lalu la..kalau tenet ok dan tak de gangguan...he3...
1 reply · active 734 weeks ago
sya,

tu bukan kakyong yg buat set up.. tu pun petang semalam baru dapat akses... huhuu...

terkial2... iklan nuff tak masuk lagi.. ingat nak tanya kat sya, camno nak masukkan coding...
ooo rupenyer wordpress ada yg free jugak ek...nape tak ramai yg guna ek? kakyong, kalau tukar template, agak2 hilang tak bloglist dan widget2 kat sidebar tu?
http://www.ceritaindahkami.com

My recent post Psssttt Nak tanya ni
1 reply · active 734 weeks ago
has,
rasanya blogspot ni lebih mudah utk customize & bg cantik... ;)

soklan tu rasa dah jawab kat blog has kan... :)
wah detail kakyong terangkan..terima kasih.
1 reply · active less than 1 minute ago
sama2 Qemaishak..
ini pun rekod utk diri sendiri
waaa... tahniah k.yong... kalo zura tak ader maknanyer... mungkin 3 4 tahun lagi kot=))
1 reply · active less than 1 minute ago
zurazuri,
nanti tiba masa nya, pasti sampai juga keinginan tu
nak gak ada domain sendiri tapi duit xder ;0 guna yang free dulu je skrg ;)
1 reply · active less than 1 minute ago
adyna,

x per,.. kumpul duit nuffnang.. ;)
kakyong ni kalo buat dpt tajaan utk hosting, rasanya tak juga dpt merasa..

rajin2 la join contest yg offer hadiah domain & hosting... boleh la dpt free...
Saya dari mula lagi guna nama domain dan hosting sendiri
My recent post Blog Disk Usage Warning warn
1 reply · active less than 1 minute ago
akubiomed,

owh.. begitu ya.. kakyong ni mula dari zero.. belajar sikit2...
yong..bagi akak yang kira baru jugak ni..memang tak faham apa yang yong tulis..
1 reply · active less than 1 minute ago
kak erna,

x faham x apa kak.. mungkin nampak a bit teknikal
tq for this entry..
kak yong, kalau me beli domain ie dot com tu kan, me boleh terus guna template blogspot tak??
masih blur2 ni--me teringin nak domain suzie284.com tu...tak sure kot2 dh ada org amik nama tu hehhe

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .