Salam bahagia,
Alhamdulillah, dalam dok teringin SANGAT nak ke SPA.. rupanya ada rezeki bila join “Jom Join Giveaway: Ziesalikan!! saya nak CANTIK!!!” Terima kasih Zie.
Keputusan pemenang ada diumumkan di pemenang Jom Join Giveaway Ziesalikan Saya Nak Cantik.
Telah diumumkan pada 25 JUlai, hari Isnin baru ni.. tapi malam tadi baru saya ade kesempatan nak semak.. itupun setelah 13 hari tak join apa-apa giveaway baru.
Tahniah juga buat norzarina dan pija@sitisifir.
Sabun ni namanya : sabun pengantin sri noora's
Walaupun namanya sabun pengantin tapi mak-mak dara (MD) juga boleh guna.. apa lagi.. kalo nak tau lanjut, sila klik pada link nama sabun tu yer… harganya untuk 2 ketul sabun (1 set) tu RM39.90.
testimoni? kena tunggu la saya guna dulu ya…
p/s
ramai kawan blog yang tertanya @ bertanya, kenapa saya sekarang ni dah jarang update blog ni…
bukan malas, bukan juga patah hati dengan dunia blogging.. anak2 dah semakin membesar, maka terpaksa hadkan masa beronline.. dulu boleh online lebih 5 jam 1 hari.. sekarang ni tidak lagi.. jadi kadang2 bila online, bukan lah tuju blog ajer.. kadang2 di FB.., kadang2 di twitter (meroyan dengan kawan2 twitter sambil cari info drama/filem terbaru, juga tips blogging untuk WP (wordpress)).. kadang2 di forum.. kadang2 melayan customer design.. kadang2 chat dengan kawan blog & FB ( you know who you are.. )
so kesimpulannya, bila dah semakin banyak aktiviti dan masa pulak terhad.. maka berlaku lah yang dinamakan kos melepas… namun berblog ni tidak lah akan ditinggalkan terus.. harap2 semua dapat memahami nya.
salam kasih sayang,
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!