Salam bahagia kawan-kawan,
Puan Bee dah lama dah tubuh kelab KSRS ni… tapi saya jer yang takdak masa nak adap & buat n3 sesi perkenalan nih… sekarang ni list perkara yang nak dibuat memang takkan habis.. kerja dalam rumah, kerja online.. .. menyahut seruan.. seruan sapa eh… saya dah lupa (lately ni kerap lupa nama orang).. katanya ibu2 yang dok rumah, jangan jadikan alasan bosan untuk tidak beraktiviti di rumah… kena isi masa dengan aktiviti yang buleh membuat kita sibuk & minda tak pikir banyak hal yang bukan2 (hal yang tak mendatangkan faedah, contoh bersangka yang tidak2 pada orang)..
Maka dengan ini saya nak join menjadi kelab KSRS (kelab suri rumah sedunia)..
1. Ni ler gambor terbaru saya yang sudah tidak vogue lagi
alamak , besor plak gambor ni… sudah le muka dah banyak ‘cela’, dagu pun berlapis sudah.. akakakkaa … huhuu… teringin nak pergi spa… .. berangan jer lah buat masa ni puan bibah ooiii.. btw, ni gambor terbaru dengan spek baru buat dari kedai Pija..
2. nama – dalam IC “Habibah Yahya”, panggilan keluarga & adik-adik “Kakyong”.
3. umur saya? Jan 2012 nanti akan mencecah 40 tahun.. jadi sila lah buat kira-kira sendiri ya..
4. sekarang ni saya dan keluarga tinggal di Ipoh. Jemput lah singgah, tapi harus bersabarlah, sebab la ni rumah saya tak pernah nya kemas.. manjang jer tunggang-langgang..
5. email : semua tahu dah kot, saya boleh dihubungi di kakyong72@gmail.com
6. Status : sudah berkahwin dan di kurniakan 3 orang anak.
7. kerja saya : sudah 3 tahun menjadi suri rumah sepenuh masa dan sudah 2 tahun juga saya aktif berblog, dan spend beberapa jam sehari online @ bertenet.
8a. Facebook : Kakyong Habibah Yahya which saya dah jarang aktif.. sesekala saya selak2 juga status kawan-kawan.. tapi memang jarang sangat di FB kecuali untuk semak mesej dari kawan2..
8b. Twitter : Ibu3A – saya baru jer tukor id twitter.. dan saya aktif juga di sini.. cuma 1-2 minggu ni tak berapa sempat nak semak semua timeline.. Insya Allah, jika anda mentioned saya, pasti saya reply tweet anda…
9. Banner blog : buat masa ni saya guna yang ini jer, hadiah dari Ummi hanie.. terima kasih Hanie.
sekian,
Kakyong Ibu3A KSRS {Kelab suri rumah sedunia }
nota : Semua ibu2 di jemput untuk sertai KSRS ni... either kome berkerja atau tidak... kome tetap suri rumah tangga.. ;)))
.
kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!