Sunday, July 10, 2011

Home » , , » Letih berlatih, sudahnya tak masuk…

Letih berlatih, sudahnya tak masuk…


Salam hari minggu kawan-kawan,


Hari ini Fikri ada program di Dewan Serbaguna Bangunan Tabung Haji Ipoh. Saya memang teruja nak pergi, jika tidak kerana program Taski ABIM ni, mungkin tidak ade peluang saya nak jejak kaki ke Bangunan Tabung Haji. Open-mouthed smile

Seawal 6.30 pagi Anis & Aliya dah bangun.. depa memang selalunya terlebih-lebih excited, bila bab nak kuor pergi jenjalan ni.. Winking smile




Kami sampai hampir jam 7.45 pagi.. usai mendaftar nama Fikri dan ambil nombor bertuah (ada cabutan bertuah), saya pun bawa Fikri ke kumpulan taski Asy-Syakirin. Kemudian saya pun masuk dewan dengan Anis & Aliya, Fikri saya tinggalkan dengan kawan-kawan dan cikgunya.


Masa dalam dewan, saya hampir terlupa nak jengah ke luar untuk melihat Fikri. Saya langsung terlupa yang anak saya ni ade pe’el “mood yang tidak menentu”. Jadi saya terus saya melihat persembahan anak-anak taski bernasyid.. sehingga lah giliran Taski Fikri, saya perasan Fikri tidak naik pentas.


Memula tu tertanya2 juga, apsal pulak Fikri takde.. tapi tak teringat langsung nak pergi jengah dia, sebabnya leceh nak kawal Anis & Aliya.. kelibat en ayah pulak ntah di mana2.. 



Tak lama, hampir jam 9.30 pagi, en ayah datang & cakap “Fikri menangis” … time tu baru kelam-kabut nak keluor g jengah anak..  Masa saya sampai di grup taski Fikri, rupanya ramai ibu-ibu yang tunggu anak2 depa… hmm, masa saya sampai awal pagi tadi tak nampak pun ibu-ibu kat situ.. jadi saya tinggalkan Fikri dengan kawan-kawan dan cikgunya dengan harapan dia boleh berdikari. Disappointed smile


Rupa-rupanya sangkaan saya meleset.. teresak-esak dia menangis. Saya tanya kenapa? Fikri tak menjawab.. Ada seorang ibu ni beritahu saya “cikgu panggil masuk (fikri masuk pertandingan selawat berkumpulan), dia tak mau, dok menangis jer”


Saya pun pujuk-pujuk2 dia.. bagi minum air. Tak lama 2-3 minit, dia dah okay.. dan bila dia dah okay, nak masuk.. dah terlambat.. rupanya time tu grup taski Fikri dah naik pentas pun.. hmmm… Sad smile  saya sedikit terkilan.


Saya tak salahkan orang lain, saya rasa saya yang salah. Sepatutnya saya tak tinggalkan dia sorang2. Sepatutnya saya tunggu jer dengan dia, sampai tiba masa dia membuat persembahan. Tapi itu lah, menunggu dengan Anis & Aliya akan ‘crowded’ kan suasana.. Jadi, dah bukan rezeki Fikri kali ni nak tunjukkan bakat dia..


Saya sebenarnya nak sangat tengok Fikri kat pentas tu dengan kawan-kawan dia, bukan kerana nak bangga ke apa.. cuma ingin melihat keberanian dan keyakinan Fikri berdepan dengan orang ramai.. tapi bila dia menangis dan tak mau ikut membuat persembahan dengan kawan-kawan, saya terasa anak saya ni ‘mengalah sebelum mencuba’.. Smile with tongue out




Saya cakap pada en ayah, “apsal la anak ayah ni macam ni.. Ibu dulu masa sekolah dulu, tak de la camni.. boleh ajer berdikari.. lagi suka kalo mak ayah tak de.. ”


Indirectly cuba nak cakap mungkin ‘gen penakut dan kurang yakin diri ni diwarisi dari en ayah’… kikikikihhh…


Sudahnya, sebelum jam 10 pagi, kami tinggalkan dewan & tempat program.. en ayah dah malas nak buang masa tunggu lagi sebab Fikri dah takde masuk apa-apa lagi. Saya sebenarnya teringin nak tunggu sampai habis.. tapi malas nak bertekak dengan en ayah, maka saya ikut ajer lah.. lagipun Anis & Aliya tak sudah-sudah dok ajak balik.


Dalam kereta tu, jenuh jugak lah saya slow-talk dengan Fikri.. dia memang tak nak jawab kenapa dia tak nak masuk selawat tu.. dia diam jer..


Kalo nak tahu sebab-sebabnya.. kena lah tunggu 1-2 hari lagi.. nanti dia sendiri akan beritahu.. tapi saya pasti dia akan cakap macam ni “Kenapa ibu tak tunggu abang.?! ”  Winking smile


Penat jer berlatih, sampai dalam bilik mandi pun dok selawat & bernasyid, sudahnya tak masuk pengujian pun… actually ni lesson untuk ibu, len kali ibu take note. Ibu tak tinggalkan abang, ibu tunggu dekat abang jer. Smile


p/s
esok lusa nanti saya akan update gambar anak2 yang bernasyid… yang berselawat saya tak sempat tengok..


salam kasih sayang,
.


kalo suka dengan n3 ni, sila tekan yer..!!

Comments (20)

Loading... Logging you in...
  • Logged in as
Lama x jengah...tiba2 windu lak...alahai cian anak sedara mak ngah..ekceli ramai kata iela manjakan anak..tp mmg iela jenis klu anak msk apa2...pasti berada disamping mereka walaupun da besar..tgk la smlm (smpi ada opismate kata wat pe la sbk2 nak g tgk...cikgu kan ada)...tp iela ttp pegi walaupun x sht (abg x cuti2 pun).. hasilnya..Pasukan PPIM yg Amirah wakili bagi Daerah Kinta Utara menang Naib Johan Peringkat Negeri Perak..(sedih walaupn kalah ciput dgn Hulu Perak)..tp menitis air mata gembira..lain rasanya kakyong bila kita berada disamping mereka dikala mereka amat2 memerlukan..just imagine klu iela x g..pasti iela rugi sbb bkn selalu anak kita nak bertanding smpi peringkat negeri...
My recent post Tolong Vote Miela77 Online Shoppe dlm Digi WWWOW Award Online Shoppe Of The Year..please...
hihi..fikri²..lepas ni kuatkan semangat..no bad² mood ok...
My recent post KESiHATAN SYiRA KiNi
kakyong, good lesson utk saya jugak..sebab kalo saye pun tak terpikir nak tunggu kat tepi pentas, mesti nak duduk dekat crowd nak tangkap gamba..kiranya fikri betul2 perlukan ibu nya sebagai penguat semangat..nanti dah besar2 okla tu :) jejaka pemalu susah nak cari zaman ni :)
My recent post Nota buat anakku Aiman Hakim
Takpe kakyong. Nanti lain kali, mesti Fikri boleh buat.
Dia asalkan nampak muka kita, takpe kot, kakyong. Budak-budak.
My recent post Setelah dibingkaikan
lesson learned.... huhuhu... takpe...lenkali ibu tunggu, suara dia akan jadi yg paling kuat sekali :) )
ank hanie yg Abg tu pun masa umur 4 thn dah ke taski .. pun xmo masuk apa2..bese le tu kkyong .. ;)
My recent post [Review] : Blog Farawahidah (Ummi Eisya)
alahai sian dia... takpe la fikri.. lain kali blh masuk lagi ya... eemmm betul la kak, kadang2 tu.. kita fikirkan anak2 ni blh la berdikari kan.. tapi apa kan daya... tak tercapai dek fikiran
My recent post Apa Story Mory Hari ni.. !!
hehehe lawok la anak kak yong.. hahaha
allala sian fikri ye. dh berlatih cancel pulak nak naik wta persembahan. takpe, nanti leh cuba lagi utk next performance
My recent post Biografi: KELAHIRAN blog Sushi Cicah Budu
takpa kakyong.. pelan2.. bagi dia peluang..
lahi sedih klo anak ada hak tapi dinafikan..
susah nak cerita..
:(
dulu masa aliya anak saya tu 5 thn dia tk masuk apa2 jugak , dia tak nak cakapnya ..pastu 6 thn dia masuk dgn sendirinya ..ikut kemahuan budak2 juga kak yong
My recent post Cara Buat Semakan PLKN 2012
mayb fikri ni jenis yg pemalu n darah gemuruh........lagi pn dia masih kecik lagi.
My recent post Makhluk Asing
ami dulu pun camtu, nak terima sijil tadika masa 5 thn tu, puas menangis, takmo naik pentas, puas pujuk, sampai en. abah dah jegil bijik mata...geram sgt....bukan tak tunggu dia, dah lebih dari tunggu pun masih nak buat perangai, ade le yg nak kena cubit
My recent post Buah Moktan
1 reply · active 715 weeks ago
Su,

owh.. amni yg nampak ganaz tu pun mcm fikri juga yer masa umur 5 tahun..

rasanya Fikri ni lambat 'growing'... kita tengok nanti apa aksi fikri di acara & majlis akan datang...

en ayah pun tadi dah hangin... tu yg terus jer ajak balik...

My recent post Blog kakyong.com di TEGUR oleh Eyriqazz @ GTO
transformed hw's avatar

transformed hw · 715 weeks ago

dia kecut perut kot K.Yong. Ada yg ada "butterfly in tummy & stage fright" lebih dr org2 lain. takpela ada rezeki lain kali cuba lg.
1 reply · active 715 weeks ago
Nur,

darah gemuruh.. kakyong baru ingat masa sukan yg lepas pun, brp kali masuk toilet sampai terlepas acara...

Insya Allah, hrp hjg tahun ni Fikri akan tunjuk improvement...

My recent post Blog kakyong.com di TEGUR oleh Eyriqazz @ GTO
mungkin boleh jadi iktibar untuk saya ni. Lagi 2 minggu Abid pun ada persembahan nasyid dan selawat untuk Taski ABIM di sini.

Tapi yang tak bestnya, saya kena hantar dia sendiri dgn anak2 yg lain, en suami OS juga masa tu.

Kalau dia pun buat perangai mcm Fikri, habislah saya..huhu
My recent post 4km je aku mampu lari??.....
1 reply · active less than 1 minute ago
Yus,

Abid berani kot.. Fikri ni memang ade darah gemuruh, masa sukan yg lalu pun brp kali kena g toilet.. hehehhe..

gud luck utk Abid.. Yus ade anak yg lebih besar yg boleh jaga yg lain kan, sementara nak tunggu/teman Abid..

tp kan seronok tgk telatah anak2 bernasyid... comel dan bersemangat gitu... rogi betui fikri tak bersemangat mcm kwn2 dia yg lain..

My recent post Blog kakyong.com di TEGUR oleh Eyriqazz @ GTO
nape mcm tuuu...sayang betul..dah berlatih tp xnak masuk pulak..
1 reply · active less than 1 minute ago
qaseh,
nak buek camno.. buat nya dpt kita duga anak2 nak jd mcm ni...

My recent post Blog kakyong.com di TEGUR oleh Eyriqazz @ GTO

Post a new comment

Comments by

Disclaimer

Ini adalah blog peribadi. Semua catatan @ penulisan juga adalah hak milik peribadi dan pandangan penulis, kecuali dinyatakan sumbernya.

Tidak dibenarkan mengambil tulisan @ idea di sini tanpa kebenaran. Sila minta izin yer kalo nak amik idea @ tulisan di sini.. tapi tolong ler.. usah le amik keseluruhan n3.. penat tau teman memerah otak mencari idea.

Kalo kome main rembat jer n3 teman ni, memang teman tak halalkan.Jika sekiranya teman ade terjumpa mana-mana blog yang menampal tulisan dari blog ini tanpa pernah meminta kebenaran, tuan blog tidak akan teragak2 untuk request supaya n3 tersebut di'remove'.
. .